Skip to main content

Kenangan: Buah Keranji dan Biskut Tok

Korang penah tak tengok sesuatu dan benda itu mengingatkan korang pada kenangan silam? Masa aku duk skodeng xtvt kengkawan kat MukaBuku, aku jumpa 2 gambar yang betul2 mengingatkan aku tentang nostalgia di zaman aku membesar dulu. Nak tahu? kalau tak nak pun, memang aku nak citer, hihi



Biskut Butang
 (kata akak sebelah aku ni)
aku tak tahu apa nama sebenar dia
sebab aku dan adik2 panggil 'biskut tok'

dulu ... 
masa kecik2 atok suka beli biskut ni bila datang ziarah kami
biskut ni memang sentiasa mengingatkan aku pada arwah tok
atok suka bercerita 
cerita dongeng kanak2
macam cerita kancil dan harimau
si buta dan si tempang
dan macam2 lagi cerita dongeng kanak-kanak zaman dulu
alfatihah untuk Tok
# lap air mata


Buah Keranji dalam perahu

dulu masa kecik, ayah keje sebagai penebang balak
lama jugak la, sampailah ayah tukar kerjaya jadi buruh bangunan di Kota Singa
lepas tu tukar kerjaya jadi Penoreh Getah
sekarang jadi Tukang Rumah, hihi

berbalik pada citer buah ni
masa ayah keje tebang balak
masuk hutan keluar hutan
2 minggu sekali, baru ayah balik rumah
ada ketika ayah bawak balik seguni buah keranji hutan
kulit dia keras sedikit berbanding buah keranji dalam gambar ni
tapi rasanya sama je
masam2 manis
takdenya buah keranji rasa buah oren, hihi

bila dah banyak sampai tak termakan
aku bawak ke sekolah kongsi ngan kengkawan
pastu kengkawan nak beli

aku suh mak buh dalam plastik airbatu
aku jual 20sen kot kalau tak silap
wah! masa tu darjah 2/3 kot
kemain ko.. dah minat bisnes, hihi

tapi
ada sekali, duit jualan aku kena curi
huhu, nanges tau
hasil hari tu adalah kot dalam RM5
tak tahu lah sapa yang punya keje
silap aku jugak sebab simpan dalam beg sekolah
ada yang intai masa aku simpan $$ dalam beg 
takpelah, bukan rezki aku hari itu

okey.. 
itu je kenangan yang aku nak kongsi ngan korang
banyak sebenarnya kalau nak tulis
semua benda bagi aku ada kenangan
ada yang manis, ada yang pahit, adat yang masam jugak
kalau semua manis, nanti kena kencing manis, hihi

kenangan yang korang paling ingat apa dia?
kalau rajin kongsi ler ..

daaaaa


Comments

Unknown said…
akak pun penah jual buah keranji ni masa sekolah rendah dulu..nostalgia nih
Unknown said…
aku tak penah makan buah keranji!! first time tengok rupa dia..
izawani said…
Akak memang makan 2 benda kat atas tu. Masa kecik, adik adik akak suka makan gula kat atas tu jer... biskut dia buang... tensen jer...

Buah keranji dalam perahu tu pun sama... dua dua jenis akak makan... masa kecik kecik dulu arwah ayah beli...
Dan ada juga buah lain yang jadi kenangan... tapi di blog irfa... so, tak payah citer la... hahaha...

Puan Eka said…
eka pun penah makan buah keranji ni. Atok eka amek kat hutan kalau dia pegi masuk hutan
isme_cv said…
buah keranji ni ada jual kat lipis..otw nk dtg sini aritu de nampak..
Nong Andy said…
Buah keranji tu nmpak unik. Macam manggis pun da..1st time nmpak ni..
Tijah said…
hahaha. atas sekali tu aku panggil biskot puting
MOKCIK AZWA said…
Masa kecik2 dulu biskut gula warna warni ni memang kegemaran..tu kira biskut paling best la masa tu..tapi la ni, jarang dah nampak biskut ni dan rasanya pun dah tak sesedap macam dulu..

buah keranji dalam perahu kalau balik KT biasalah nampak..
t.a.t.a said…
aku lagi teruk. aku ingat buah keranji tu buah ciptaan sendiri tau. ala buah ciptaan untuk pantun tu. baru aku tahu buah tu betul² wujud.
t.a.t.a said…
biskut tu masih jual lagi sekarang ni kan?
dulu masa kecil makan gula nya aje.
laa ni dah tua makan biskut nya aje.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...