Korang penah tak tengok sesuatu dan benda itu mengingatkan korang pada kenangan silam? Masa aku duk skodeng xtvt kengkawan kat MukaBuku, aku jumpa 2 gambar yang betul2 mengingatkan aku tentang nostalgia di zaman aku membesar dulu. Nak tahu? kalau tak nak pun, memang aku nak citer, hihi
Biskut Butang
(kata akak sebelah aku ni)
aku tak tahu apa nama sebenar dia
sebab aku dan adik2 panggil 'biskut tok'
dulu ...
masa kecik2 atok suka beli biskut ni bila datang ziarah kami
biskut ni memang sentiasa mengingatkan aku pada arwah tok
atok suka bercerita
cerita dongeng kanak2
macam cerita kancil dan harimau
si buta dan si tempang
dan macam2 lagi cerita dongeng kanak-kanak zaman dulu
alfatihah untuk Tok
# lap air mata
Buah Keranji dalam perahu
dulu masa kecik, ayah keje sebagai penebang balak
lama jugak la, sampailah ayah tukar kerjaya jadi buruh bangunan di Kota Singa
lepas tu tukar kerjaya jadi Penoreh Getah
sekarang jadi Tukang Rumah, hihi
berbalik pada citer buah ni
masa ayah keje tebang balak
masuk hutan keluar hutan
2 minggu sekali, baru ayah balik rumah
ada ketika ayah bawak balik seguni buah keranji hutan
kulit dia keras sedikit berbanding buah keranji dalam gambar ni
tapi rasanya sama je
masam2 manis
takdenya buah keranji rasa buah oren, hihi
bila dah banyak sampai tak termakan
aku bawak ke sekolah kongsi ngan kengkawan
pastu kengkawan nak beli
aku suh mak buh dalam plastik airbatu
aku jual 20sen kot kalau tak silap
wah! masa tu darjah 2/3 kot
kemain ko.. dah minat bisnes, hihi
tapi
ada sekali, duit jualan aku kena curi
huhu, nanges tau
hasil hari tu adalah kot dalam RM5
tak tahu lah sapa yang punya keje
silap aku jugak sebab simpan dalam beg sekolah
ada yang intai masa aku simpan $$ dalam beg
takpelah, bukan rezki aku hari itu
okey..
itu je kenangan yang aku nak kongsi ngan korang
banyak sebenarnya kalau nak tulis
semua benda bagi aku ada kenangan
ada yang manis, ada yang pahit, adat yang masam jugak
kalau semua manis, nanti kena kencing manis, hihi
kenangan yang korang paling ingat apa dia?
kalau rajin kongsi ler ..
daaaaa
Comments
Buah keranji dalam perahu tu pun sama... dua dua jenis akak makan... masa kecik kecik dulu arwah ayah beli...
Dan ada juga buah lain yang jadi kenangan... tapi di blog irfa... so, tak payah citer la... hahaha...
buah keranji dalam perahu kalau balik KT biasalah nampak..
dulu masa kecil makan gula nya aje.
laa ni dah tua makan biskut nya aje.