Wednesday, March 19, 2014

Medan Part 6: Bakso Amat, Sate Padang Afrizal, Jus Sirsak dan Bika Ambon Zulaikha

Okeh, dah masuk part 6, apdet 2 entri dalam sehari sebab nak cepat habiskan citer jalan-jalan ni, rasa cam semput dah mengarang bajet ramai yang menunggu entri aku lalala

Malam tu lepas Maghrib, sekali lagi pakwan menawarkan diri bawak kami gi makan malam. Kali ni kami dibawak makan bakso. Pakwan bawak kami ke sebuah restoren bakso yang katanya antara yang femes di Medan. Dia kata, bukan aku kata ye. Bakso Amat namanya. Tak pasti samada 'Amat' tu nama tuannya @ merujuk kepada 'amat' sedap rasanya.

Aku tak penah makan bakso, so aku tak tahu macam mana sebenarnya rasa bakso yang sedap. Orang kata Bakso ni ialah sejenis sup bebola daging.

Masa kami sampai, restoren penuh dan takde parking. Kedai tu tepi jalan dekat simpang, calang2 orang memang susah nak masuk parking. Kagum dengan kesabaran pengunjung kedai ni, sanggup tunggu lama untuk dapat parking dan ada ketikanya kata pakwan, dahlah menunggu lama utk parking, sekali lagi kena menunggu untuk meja kosong. Kalau kurang sabar dan tengah lapar, baiklah pegi tempat lain.

Kami bernasib baik sebab tak menunggu lama, penjaga parking tu nampak je pakwan datang, siap halau keta yang parking tepi sebab nak bagi pakwan masuk, dah rasa cam vip pulak kami malam tu. hihi

BAKSO AMAT

gabungan mantap
BAKSO + TEH BOTOL

# sekali lagi gambar adalah blur
BAKSO ni boleh mintak nak makan dengan nasi, bihun @ mee
tapi mee dia macam maggi goreng, pelik gak aku nengoknya

SATE PADANG AFRIZAL

Lepas makan bakso, pakwan tanya kalau kami nak try sate padang. Aku dah rasa cam takleh nak masuk dah, sebab bebola daging tu dahlah banyak, besar pulak tu. Tapi kakak comel nak gak rasa sate padang asli kat medan katanya, jom lah kita pegi. Nanti kempunan, hihi

gambar lawa ni dari SINI

GAMBAR BLUR DARI KAMI

pendapat aku tentang Sate Padang?
okey je, tp kuahnya bukan kuah kacang macam sate biasa aku makan
kuahnya macam pekat likat di buat dari ubi kot, ditabur bawang goreng
pakwan kata kerepek tu gaul sekali dalam kuah sate padang tu
pelik lak rasa makan sate dengan kerepek

tapi kakak comel kata sedap, tekak masing2
ker sebab aku dah kenyang makan bakso?
Makan sate padang, order jus sirsak. Ingatkan jus apa lah tadi, rupanya jus durian belanda. Gambar tiada, pinjam en gugel boleh lah ye. SINI

JUS SIRSAK aka JUS DURIAN BELANDA



Lepas dah kenyang makan bakso dan sate padang, kami tanya pakwan 'kat mana ada jual Bika Ambon yang katanya tersohor kalau datang Medan nih? nak beli  sebagai buah tangan' dan tanpa di sangka, pakwan berenti betul2 depan kedai Bika Ambon Zulaikha ni.

BIKA AMBON ZULAIKHA

Kedai Bika Ambon Zulaikha antara kedai yang tersohor jugak dalam bisnes Bika Ambon. Jalan tu banyak kedai bika ambon. macam2 nama, tinggal pilih je mana yang berkenan di hati.

aku beli 2 biji je bika ambon ni, satu utk kami dan satu untuk adik ipar
tapi anak2 aku tak minat, rasanya pelik, kata diorang
bika ambon ni selalu ada je kat opis aku, pakwan pun rajin mengirim  
orang kata, bika ambon macam kek gula hangus
adik sepupu serumpun dia lah kot  

bergambar depan papan tanda tu wajib sebagai bukti bergambar penah sampai sana
layannnnnnnnnn
Malam tu sebelum tido siap2 packing barang, ada yang kerut2 kening sebab beg takleh nak zip, yang pasti bukan aku la, hihi.

Esok dah nak balik, rindu anak-anak dan jugak bapaknya anak. Eh! tetiba ada bunyi krik krik krik, cengkerik menyanyi di keheningan malam ...

part 7 akan menyusul ..


21 comments:

  1. salam irfa….amboi makan besar tu @medan. btw bika ambon zulaikha tu mmg tersangat la sedapnya (bg kros la). dulu selalu dapat dr jiran sbb dia asal dr sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ROS..
      hihi, tak sangka jugak ada orang sudi assist kami masa kat sana
      semua ni tak dirancang, sblom pegi just emel nak tanya mana hotel yang murah tapi bagus
      tak sangka dia tunggu kami dan temankan kami kesana sini, siap bawak makan sekali

      bika ambon tu jugak feveret saya ;)

      Delete
  2. wah bestnya jalan2 sambil jamu selera masakan yg sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      rezki jangan di tolak ;)

      Delete
  3. mesti sedap bakso kat sana kan..letak sambal kicap lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV..
      kita igt nak ajak awak pegi at least sekali je, nak makan bakso dan nasi padang ;)

      Delete
  4. bakso tu nampak gaya, macam sedap...
    saya ada makan bakso kat sini..mmg kureng betul la rasanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ..
      pakwan pun kata kat mesia dia x selera nak makan bakso
      tp kat sana, 2 mangkuk sekali makan ;)

      Delete
  5. Bakso tu memang mantap..
    Tetiba lak rasa mcm nak gugel resepi..
    (resepi jer)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SHAM..
      gugel je
      buku resepi kita sekarang cuma di hujung jari, tak yah penat nak salin dlm buku, hihi

      pakwan tu kata, daging utk buat meatball bakso tu import dr Malaysia
      dia kata, tak tahu lah betul ke tak

      Delete
  6. Bakso yg mcm megi tu la yg ori. Sedappp. Susah giler nk jumpa kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZIELA..
      oh ye ke?
      tp megi rasa tak kenyang
      kalau mee kuning mgkin lebih kenyang kot ;)

      Delete
  7. Bakso indon mmg guna mee cam maggie tu so bg jm x sedap sgtlah tp dek kerana bebola yg besar2 tu mmg puas hati no wonderlah ramai org
    Ehhh dh nk balik yer lah kan 3 hari 2 mlm je. Rasanya cukup x tempoh tu rasa nk ripit x

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      pertama kali tengok depan mata dan pertama kali makan
      so far tak mengecewakan ;)
      mmg femes kot kedai tu sbb orang keluar masuk sampai ke malam
      2 malam dah lebih dr cukup
      ni pun akak tokey ajak pegi lagi, balik hari sbb kain dia dah sold out
      fikir banyak kali nak pegi, penat kot klu balik hari

      Delete
  8. bika tu bingka kot kan..aku ingatkan sejenis jajan..masa kecik dulu ada jajan nama jajan bika..

    punya la teruk kan..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      aku tahu jajan nama bika tu
      skrng pun ada lagi kat kedai runcit kampung ;)

      Delete
  9. jus sirsak..unik nama nya rupanya jus durian belanda..klu yg tak minum mau nangis dapat air camgitu T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOPI O LIMAU ICE..
      kalau suh pilih jus alpukat dan jus sirsak
      saya pilik jus sirsak, ada rasa masam2 manis gitu

      Delete
  10. Nmpk cam sedap je bakso
    Sate mcm pelik tp dira mcm teringin gaaak
    Uwaaa terliuuuur

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIRA..
      mmg pelik sikit sate tu di tekak akak
      tp member makan sampai licin, tekak masing2
      tp bakso tu punya bebola daging mmg teringat sampai sekarang

      Delete
  11. Assalam kak Irfa,
    Nak tanya la rate kain pasang n kain pelikat tue brp rm/rp ye kat sana??

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)