Thursday, April 24, 2014

Rumpai Laut, Ikan Bilis dan Kopi Tenom Dari Kakak Peace

malu pulak bila baca kisah kelakar aku gi intebiu tu
meh kita baca kisah lain pulak ye

sapa ingat kakak Peace?

lepas intebiu semalam, berkejar ke balai berlepas
akak peace nak terbang balik Sabah bah
dia baru balik dari sopim raya kat Vietnam hari isnin
wah! sakan sungguh suri rumah berjaya ni
asik terbang je keje dia 
syokkan, suri rumah yang jadi bos sendiri sambil urus hal rumah tangga
emm, bukan senang nak senang

jumpa dia sebab dia berkali2 pesan nanti nak jumpa
katanya 'jangan lupa jumpa sebelum akak balik tau, nak bagi ikan bilis'
ingatkan ikan bilis je
rupanya ada 2 jenis rumpai laut
(kaler ungu pepel dan hijau)
lagi satu, ada juga kopi Tenom (tersohor di Sabah katanya)
# sori gambar ikan bilis dan kopi Tenom lupa snap

dulu tersohor sangat rumpai laut yang dikata ada kolagen nih
aku pun penah lah terlibat dalam kegilaan ini sekejap, hihi
macam2 orang kata pasal rumpai laut ni
bagi aku, masa aku makan dulu, rasa takde masalah 'membuang'
lancar dan laju cam keta api erl, euwwwwwwwwww
tapi aku makan yang free je, tak penah beli pun, hihi  
dia ada tanya kalau aku nak tolong jualkan ikan bilis dan rumpai laut ni
aku tak tahu nak jawab apa
sebab tak tahu lah orang nak ke tak
# aku lebih suka jual barang, dari jual mende makan 

tapi ikan bilis dia bagi semalam selamat masuk kuali
hari ni pun bawak bekal nasi ngan sambal ikan bilis
bersih dan fresh sangat ikan bilis tu, takde bau hapak pun

# sedang berkira2 untuk bagitau akak peace, yang aku ada blog, haha
apa reaksi dia kalau tau muka dia ada kat blog nih?
sengal sangat tau

okey, tu je nak citer
daaa

(^_^)


9 comments:

  1. Replies
    1. KAK SHAM..
      gambar apa?
      ikan bilis@kopi Tenom@ sambal bilis saya?
      hihi

      Delete
  2. Replies
    1. KAK SHAM..
      hehe, dah selamat masuk perut
      tak sempat agmbik gambar dah
      yg spesel siap campur petai sikit
      terbaik

      Delete
    2. Kak, snap gambar perut akak pun ok la. Haha.

      Delete
  3. Ikan bilis dah belah ke dik..kalau dapatt yang tu warna putih digoreng rangup sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ERNA..
      ha'ah
      ikan bilis putih dah belah tu

      Delete
  4. ha kan dulu punya la fenomena benda alah ni, my fren siap nak postkan kat I sini tapi I cakap tak payah la, takut tak lepas. So u pun tak payah la susah2 nak postkan kat I ok hehehehee (perasan gini sekali sekali syok gak)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)