Tuesday, March 18, 2014

Medan 2014 Part 3: Pajak Ikan, Medan Indonesia

PAJAK IKAN @ PASAR IKAN, MEDAN
# tapi disini tidak menjual ikan


Jarak dari Hotel Kesawan yang kami duduk ke Pajak Ikan dalam 5 minit je lenggang kangkung, tak payah nak naik angkot (angkutan kota) @ beca/betor(beca motor).

Apa ada dalam tu?

Dalam tu takde jual ikan pun, tapi macam Jalan TAR, ada kedai2 tepi tu jugak. Dalam Pajak Ikan ada jual telekong, kain baju, kain pasang, kain batik dan macam2. 

amboi kakak, senyum lebar ye

bermacam jenis kain lace
bakal2 pengantin @ mak pengantin sila booking tiket sekarang  


ini kakak pun kemain senyum lebar
dia otomatik buat 'peace' bila kamera di hala kat dia
kakak ni kelakar lah 

lawa kan? 

ni kat kedai handbag tepi Pajak Ikan tu
semestinya handbag berjenama tapi 'aspal' (asli+palsu)
aku cuci mata je 

blouse, tapi size aku takde, huhu

baju tido budak, yang banyak kat pasar malam tu ambik sini kot

lagi kain lace

kakak jiran banyak borong dari kedai ni
faktor utama ialah, layanan bagus dari tokeynya yg ramah itu 
ni ler akak jiran yang memborong tu







dalam Pajak Ikan ada surau, disebut 'musholla' kat sana
Dan, jangan terkejut kalau sepanjang korang di dalam Pasar Ikan tu, penjaja jalanan akan mengekori dan berusaha memujuk untuk membeli barangan mereka (tshirt Medan, Keychain, Fridge Magnet, Tali Pinggang, Wallet, Penyangkut Baju dll). Pada awalnya, diorang tawarkan harga yang teramat mahal dan macam tak logik akal langsung, tapi kalau korang nak beli, sila tawar gila2, jika dia rasa boleh untung, korang akan dapat rega korang nak. Err, kalau korang hati tisu, jangan start bertanya, susah nak lepaskan diri, baik korang geleng laju2 sambil cakap 'taknak, dah beli semalam' huhu

Tak beli takpe, diorang tak marah, cuma membebel@mengomel je, pekakkan telinga tapi telinga aku nipis, panas gak hati sebab kita paham diorang cakap apa. Ada satu kes tu, dia nak bukak barang depan kami, tapi kami tak bagi. Dia nak jugak bukak, pastu cam paksa kami pilih size, masa dia cari size kat dalam kedai, kami blah. Dia kejar kami cakap barang dia hilang masa kami tinggalkan barang dia, tapi kami buat bodoh je. Setakat bising mulut jelah. Tak berani lebih2 sebab masa memula sampai lagi 'pakwan' dah suh sorang penjaja jalanan ikut kami macam bodyguard, hihi

Memandangkan aku ni sikit blur dengan matawang mereka, aku tawarkan RM untuk beli barang. Tapi masa dia letak rega, aku dah tengok carta kecik dulu, kalau contoh RP tu convert ke RM dalam rm50, aku tawarkan rm10/15 duit RM. nak ambik, taknak aku tak kisah pun. Banyak lagi penjaja lain. So aku dapat jugak beli t-shirt Medan dengan rega RM8/selai. Tapi hati2, jangan tersalah pilih, kita pilih tshirt kain elok, tapi bila bayar dapat tshirt kain murah.   


dah lupa nama dia, 'pakwan' dah bagitau dia suh jadi bodyguard kami masa dalam Pajak Ikan


ni penjaja yang mengekor kami wpun dah cakap taknak beli

dalam banyak2 barang dijual, ni je yang aku dapat

okey, sekian kisah di Pasar Ikan@Pajak Ikan
nanti kita sambung lagi ye

daa 


34 comments:

  1. masa akk gi dulu siap ada yg tarik2 baju...ee.. takut...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. MSREDCHEESECAKE..
      sy jugak membayangkan mcm tu sblom pegi, so far takde pulak
      cuma ramai yang pesan hati2 dengan beg
      orang dia pun pesan yg sama, alhamdulillah tak berlaku pd kami

      Delete
  2. Mak akak dh sampai sini & mmg ceritanya sama jugak dgn versi Irfa.
    Akak.. ntah bila la nak sampai kut.
    Sbb tiap kali propose.. anak2 tarik muka berbelas-belas.
    (ye la.. tak macho la pi shoping ngan Ibu kan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SHAM..
      hihi, cik abe saya pun tak berminat nak ke sini
      sbb tu kot dia benarkan saya pegi dengan kengkawan :)

      Delete
  3. lawa kain yg irfa beli (gambar last)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NIEDA..
      ada kisah pasal beli kain tu
      ada sorang makcik ni, dia dah pilih kain nak beli, tp nak dapat rega murah kena beli 5 psg
      dia baru pilih 3, so tak dapat rega murah
      kesian kat dia, sy offer beli satu dan dia beli sepasang lagi utk cukupkan 5 psg
      itu lah kisah sebalik kejadian

      Delete
  4. Yeszaa...akhirnya dapat masuk ke blogger secara mengelat hehehehe..

    tengok2 dah part 3 dah ek...wah best jugak membaca entry Irfa.. dan gambar2 yang diambil pun sangat menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AZWA..
      kenapa? xleh masuk blog ke?
      saja nak cepatkan habis citer ni, nanti simpan lama, lupa pulak
      gambar tu kamera biasa, tp baru pandai guna, huhu

      Delete
  5. Salam Ziarah Irfa...Wah!klu g sana mmg rambang mata pilih kain...semuanya cantik2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAI AZATIE SAYANG..
      tq singgah ;)
      mmg rambang mata jugak, kalau ikut hati mmh juta2 habis ;)

      Delete
  6. aku ternampak kain lace mcm baju pengantin sorang blogger..hehehe..

    ReplyDelete
  7. Kena ada bodyguard jugak ye..kain smua y maca glamer2 je..buleh pakai raya lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV..
      masa kami sampai situ, penjaja jalanan pakat terkam ke kereta pakwan
      so pakwan suh mamat tu follow kitorang, sbb dia dah kenal mamat tu
      bagus jugak ada yang follow, kalau tak jenuh menepis

      Delete
  8. fuh, cantik2 kain lace tu... pengantin tua ni pun berkenan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAKSU..
      dalam gambar mmg nampak lawa
      bila kat sana, tak larat nak pilih sebab serabut dengan orang jual barang, huhu
      dah balik rasa nyesal tak beli sepasang dua buat baju raya, huhu

      Delete
  9. Pajak Ikan or PAsar Ikan..mati mati nasib baik tak mati..ingatkan tempat jual kan..rupanya tak ada kena mengena langsung hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      orang sana panggil Pajak Ikan, kita panggil Pasar Ikan
      yg pasti mmg xde jumpa ikan kat situ, hihi
      dari mana dapat nama pun tak pasti, mungkin dulu ia adalah pasar basah jual ikan kot

      Delete
  10. Geramnya kakak tengok kain-kain tu..
    Telekung kat sana murah-murah dan cantik juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAKIE..
      ikut selera lah kak, ada orang kata cantik, ada yang kata sarat sangat
      kawan ada beli, tapi saya x beli pun
      rega mmg murah sgt kalau pandai tawar ;)

      Delete
  11. Perasan tak, dalam gambar kat atas tu tak de pun yang ada gambar Kak Irfa. Kan kak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      dah namanya jurufoto, maka nya empunya diri tiadalah dalam gambar ;)

      Delete
  12. dorang ni agak aggresif kan, yer la nak cari makan, tapi sampai paksa2 orang macam sangat tak best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NASTYNA aka MUMMY JJ..
      nak kata paksa sgt tak jugak
      lebih pada memujuk. jenis hati tisu kleenex ni mmg cepat la cair
      tak sampai hati mcm ada rasa nak jalan sambil pejam mata gitu

      Delete
  13. bole saya tau hotel yang dekat dengan pajak ikan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMAL TRAVEL..
      welcome to my blog
      emm..dah tulis atas sekali tu, sy duk kat Kesawan Hotel
      jalan kaki 5 minit je ke Pajak Ikan

      Delete
  14. Pergi kat kedai roy yer....kat pajak ikan medan

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAI YUSLIZA..
      ha'ah, kedai Roy
      kenal ye?
      nanti saya terjah blog Yusliza ye

      Delete
  15. saya akan ke sana mnggu depan..senang x nk dptkan supir utk bawak jln2

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZIZI..
      tq singgah sini
      keluar ke kat ketibaan tu dah besepah yg offer jd tour guide
      don worry ye
      tp pandai2 pilih ,

      Delete
  16. Sy asli medan. Dtg la kat sini lg :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)