# tapi disini tidak menjual ikan
Jarak dari Hotel Kesawan yang kami duduk ke Pajak Ikan dalam 5 minit je lenggang kangkung, tak payah nak naik angkot (angkutan kota) @ beca/betor(beca motor).
Apa ada dalam tu?
Dalam tu takde jual ikan pun, tapi macam Jalan TAR, ada kedai2 tepi tu jugak. Dalam Pajak Ikan ada jual telekong, kain baju, kain pasang, kain batik dan macam2.
|
amboi kakak, senyum lebar ye |
|
bermacam jenis kain lace
bakal2 pengantin @ mak pengantin sila booking tiket sekarang |
|
ini kakak pun kemain senyum lebar
dia otomatik buat 'peace' bila kamera di hala kat dia
kakak ni kelakar lah |
|
lawa kan? |
|
ni kat kedai handbag tepi Pajak Ikan tu
semestinya handbag berjenama tapi 'aspal' (asli+palsu)
aku cuci mata je |
|
blouse, tapi size aku takde, huhu |
|
baju tido budak, yang banyak kat pasar malam tu ambik sini kot |
|
lagi kain lace |
|
kakak jiran banyak borong dari kedai ni
faktor utama ialah, layanan bagus dari tokeynya yg ramah itu |
|
ni ler akak jiran yang memborong tu |
|
dalam Pajak Ikan ada surau, disebut 'musholla' kat sana |
Dan, jangan terkejut kalau sepanjang korang di dalam Pasar Ikan tu, penjaja jalanan akan mengekori dan berusaha memujuk untuk membeli barangan mereka (tshirt Medan, Keychain, Fridge Magnet, Tali Pinggang, Wallet, Penyangkut Baju dll). Pada awalnya, diorang tawarkan harga yang teramat mahal dan macam tak logik akal langsung, tapi kalau korang nak beli, sila tawar gila2, jika dia rasa boleh untung, korang akan dapat rega korang nak. Err, kalau korang hati tisu, jangan start bertanya, susah nak lepaskan diri, baik korang geleng laju2 sambil cakap 'taknak, dah beli semalam' huhu
Tak beli takpe, diorang tak marah, cuma membebel@mengomel je, pekakkan telinga tapi telinga aku nipis, panas gak hati sebab kita paham diorang cakap apa. Ada satu kes tu, dia nak bukak barang depan kami, tapi kami tak bagi. Dia nak jugak bukak, pastu cam paksa kami pilih size, masa dia cari size kat dalam kedai, kami blah. Dia kejar kami cakap barang dia hilang masa kami tinggalkan barang dia, tapi kami buat bodoh je. Setakat bising mulut jelah. Tak berani lebih2 sebab masa memula sampai lagi 'pakwan' dah suh sorang penjaja jalanan ikut kami macam bodyguard, hihi
Memandangkan aku ni sikit blur dengan matawang mereka, aku tawarkan RM untuk beli barang. Tapi masa dia letak rega, aku dah tengok carta kecik dulu, kalau contoh RP tu convert ke RM dalam rm50, aku tawarkan rm10/15 duit RM. nak ambik, taknak aku tak kisah pun. Banyak lagi penjaja lain. So aku dapat jugak beli t-shirt Medan dengan rega RM8/selai. Tapi hati2, jangan tersalah pilih, kita pilih tshirt kain elok, tapi bila bayar dapat tshirt kain murah.
|
dah lupa nama dia, 'pakwan' dah bagitau dia suh jadi bodyguard kami masa dalam Pajak Ikan |
|
ni penjaja yang mengekor kami wpun dah cakap taknak beli |
|
dalam banyak2 barang dijual, ni je yang aku dapat |
okey, sekian kisah di Pasar Ikan@Pajak Ikan
nanti kita sambung lagi ye
daa
Comments
Akak.. ntah bila la nak sampai kut.
Sbb tiap kali propose.. anak2 tarik muka berbelas-belas.
(ye la.. tak macho la pi shoping ngan Ibu kan)
tengok2 dah part 3 dah ek...wah best jugak membaca entry Irfa.. dan gambar2 yang diambil pun sangat menarik..
Telekung kat sana murah-murah dan cantik juga kan..
ikut selera lah kak, ada orang kata cantik, ada yang kata sarat sangat
kawan ada beli, tapi saya x beli pun
rega mmg murah sgt kalau pandai tawar ;)
orang sana panggil Pajak Ikan, kita panggil Pasar Ikan
yg pasti mmg xde jumpa ikan kat situ, hihi
dari mana dapat nama pun tak pasti, mungkin dulu ia adalah pasar basah jual ikan kot
dalam gambar mmg nampak lawa
bila kat sana, tak larat nak pilih sebab serabut dengan orang jual barang, huhu
dah balik rasa nyesal tak beli sepasang dua buat baju raya, huhu
masa kami sampai situ, penjaja jalanan pakat terkam ke kereta pakwan
so pakwan suh mamat tu follow kitorang, sbb dia dah kenal mamat tu
bagus jugak ada yang follow, kalau tak jenuh menepis
emmm siapakah blogger itu?
tq singgah ;)
mmg rambang mata jugak, kalau ikut hati mmh juta2 habis ;)
sy jugak membayangkan mcm tu sblom pegi, so far takde pulak
cuma ramai yang pesan hati2 dengan beg
orang dia pun pesan yg sama, alhamdulillah tak berlaku pd kami
hihi, cik abe saya pun tak berminat nak ke sini
sbb tu kot dia benarkan saya pegi dengan kengkawan :)
ada kisah pasal beli kain tu
ada sorang makcik ni, dia dah pilih kain nak beli, tp nak dapat rega murah kena beli 5 psg
dia baru pilih 3, so tak dapat rega murah
kesian kat dia, sy offer beli satu dan dia beli sepasang lagi utk cukupkan 5 psg
itu lah kisah sebalik kejadian
kenapa? xleh masuk blog ke?
saja nak cepatkan habis citer ni, nanti simpan lama, lupa pulak
gambar tu kamera biasa, tp baru pandai guna, huhu
welcome to my blog
emm..dah tulis atas sekali tu, sy duk kat Kesawan Hotel
jalan kaki 5 minit je ke Pajak Ikan
dah namanya jurufoto, maka nya empunya diri tiadalah dalam gambar ;)
nak kata paksa sgt tak jugak
lebih pada memujuk. jenis hati tisu kleenex ni mmg cepat la cair
tak sampai hati mcm ada rasa nak jalan sambil pejam mata gitu
ha'ah, kedai Roy
kenal ye?
nanti saya terjah blog Yusliza ye
tq singgah sini
keluar ke kat ketibaan tu dah besepah yg offer jd tour guide
don worry ye
tp pandai2 pilih ,