Tuesday, August 5, 2014

Raya Kami: 1 Syawal Pun Tiba

Sambungan entri semalam

1 SYAWAL 1435 (28 JULY 2014)

Jam 6.00 pagi aku dah bangun, niat nak buat nasi arab Al Bayt sempena menu pagi syawal. Semudah ABC, tak kejutkan sesiapa pun untuk tolong masak.. sorang2 je aku kat dapur, tak sampai sejam dah siap masak Nasi Arab Ayam Mandy.

Nak tengok?

NAK ORDER KLIK SINI
# iklan di blog sendiri dibenarkan, hihi 
Dah siap masak, kejut anak2 dan ajak mandi sunat Aidilfitri. Walaupun anak2 dah besar tapi bila hari raya, tetap aku mandikan. Pastu pakai lawa2, ngadap meja makan. #bila time mengadap meja makan di pagi raya, aku rindu kat Mil, sebab kalau pagi raya Mil suka masak sampai penuh meja. Tahun ni tak merasa kuah kacang dan rendang air tangan Mil, huhu.

Sebelum ke masjid untuk Solat Aidilfitri, meh kita berfotoan barang sekeping dua sebagai kenangan hari tua, hihi.

For info, family aku ni cukup susah nak foto ramai2 macam orang lain #kadang sampai sentap pun ada. Sebab tu kadang2 ada rasa jeles tengok foto raya korang kat blog, macam2 pesen. Kami nak sekeping foto sempurna pun susah nak bagi kerjasama. Ada je yang main nyorok2, huhu.

selepas berhempas pulas, dapatlah kami bergambar 6 beradik lengkap, wpun ada yang muka tak ready. Lantak, janji aku ready, kui kui kui. Pastu gambar mak ayah bersama anak2 dan cucu2nya.

Balik solat aidilfitri, singgah beberapa rumah jiran. Bagi anak2 merasa raya. Pastu balik umah, tunggu tamu datang beraya. Raya pertama ramai sedara mara datang rumah kami, maklumlah nenek ada umah aku, so ramai lah datang nak jumpa nenek (antara warga tua yang masih hidup di kampung kami).

Petangnya, takde xtvt. Layan tv, anak2 main dengan sepupu2nya. Aku cam biasa lah, xtvt ulang alik ke meja makan sambil layan whatapps, huhu#sebenarnya aku dah lupa apa yang aku buat, sebab banyak hari jugak duk kampung.

Indahnya raya, katanya.... 

28 comments:

Sweetie said...

Saya pun jeles gak tengok orang bergambar dengan mak ayah di pagi raya... dulu masa keduanya masih hidup kami tak berpeluang nak bergambar sebab zaman tu kamera mahal dan tak mampu beli... sob.. sob.. sob!

Sal Bee Yah said...

hehe...adik-beradik saya lain plak, pantang ajak bergambar, laju je. parents je tak berapa suka bergambar

klik iklan sony untuk kak irfa

uncle gedek said...

geram oh tengok ayam mandy tu...!

salam adilfitri!

mama ka0ri said...

SIL kita suka sgt ngan nasik mandy tu..nanti nak try buat la..hihi..

Acik Erna said...

ulang alik meja makan sampai tak larat perut nak terima kan hi hi.pas ni cepat ganti atau pun puasa sunat syawal ye

~adeQ~ said...

Saya dah start puasa ganti, sebab rasa bersalah makan banyak di Aidilfitri...heheheheh

Rai Ourkizuna said...

hebat gila..sejam dah siap menu nasi arab tu..

paridah said...

sedapnya makannasi mandy di pagi raya...

Eye_nee said...

Perghhh pagi2 masak nasik arab dah..sedapppnya...

Stillwater Collection said...

Abam dgn kakak pun awak mandikan ke Irfa?

dalila said...

Salam Aidilfitri

Irfa said...

SC..
hihi, mandi tu bukan mandikan mcm budak kecik tu
kira siram last tu je, mandi mcm biasa diorang sendiri lah
last tu je sy siram dgn doa mandi sunat aidilfitri :)

Irfa said...

SALAM DALILA..
U too
salam aidilfitri

Irfa said...

EYE NEE..
haha, cam hebat sgt kan?
tatacara belakang kotak, follow je, mmg le cepat siap
sendiri giling rempah, mau raya haji baru siap, kikiki

Irfa said...

KAK PARIDAH..
hihi, kegemaran family kami sekarang ni

Irfa said...

RAI..
kagum ke?
aku pun cam tak percaya tp mmg kenyataan :)

Irfa said...

NURSHI..
lom start, baru lepas ABC :)
esok kot

Irfa said...

KAK SWEETIE..
kami pun bebaru ni je, dulu2 pun payah jugak
sbb kamera pun xde
kalau ada pun pinjam.. pakai kodak kena cuci kedai

Irfa said...

SAL BEE YAH..
samalah pun, adik2 je yg pantang hala kamera, asik selfie memanjang
mak ayah kena paksa baru nak senyum

Irfa said...

UNCLE GEDEK..
haha, jemput tengok gambar :)
salam syawal kita

Irfa said...

MAMA KAORI..
sekarang ni, kalau ada family gathering mmg menu nasi arab jelah
sbb itu paling mudah masak dan semua org suka ;)

Irfa said...

KAK ERNA..
tu lah pasal
meja pun kalau boleh bercakap mau dihalau jgn dtg kat dia
haha

rostina76 said...

selamat hari raya & maaf zahir batin Irfa. comey dah tu foto hari raya family. heheh

Our Story said...

sedapnya... eh sama la tiap kali raya kna buat rayu2an bru dpt bgmbr sama2 klu dak jgn harap...

ejulz said...

Salam Aidilfitri.. :)

Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Mak Wardah said...

Seronoknye Irfa, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin .

Joyah Kebaya Ketat said...

babe, nnt minta tolong orderkan nasi arab tu bole??

Nastyna said...

eh kami ni lagi lah, tak pernah ada gamabr family tak kira la senonoh or tak senonoh huhuhu, usahkan family besar, family kecik yang 4 beranak ni pun tak pernah ada. nak kena buat ni.