Skip to main content

Raya Kami: Kedai RM2, Ziarah Pusara, Lawat Pakcik Makcik

HAI KORANG... Sihat ke?

Last aku apdet blog 5 Ogos, makanya dah 7 hari*seminggu* tak apdet blog.
Kejadian yang jarang berlaku nih?#sampai ada yg wsap tanya nape tak apdet blog? 
Selalu hari2 apdet, walaupun entri langsung tak berilmiah, huhu
Ada yang rindu ke? kikiki

Sebenarnya aku sangat M.A.L.A.S, ye itulah alasan sebenar
#hari2 nak apdet, taip satu perenggan .. stop, kering idea
S.I.B.U.K tu salah satu alasannya.

Emm, nak sambung citer raya lagi ke? cam dah basi tahap nak masuk tong sampah dah ni. Tapi kang tak tulis nampak cam tergantung lak citer raya kami tu.Sambung sikit jelah ye*jap ye, nak perah otak untuk ingat balik, huhu*

Aku duk kampung dari Ahad (sehari sebelum raya sampai Sabtu, raya ke6), so memang banyaklah benda yang aku buat dan juga benda yang aku makan, huhu.

Antara perkara yang aku buat ialah:

MEMBELI BELAH DI KEDAI RM2

Senang citer, kalau balik kampung je rasa semua barang sangatlah murah. Spentot anak2 pun beli borong kat pekan dikampung sebab rasa macam murah sangat. Balik kampung raya tu, ada pasaraya RM2 baru bukak, apalagi... penuhlah semua pakat memborong kat situ. Padahal kat sini pun ada kedai RM2, tapi tak pegi.

Balik kampung je rasa cam best beli barang kat kedai RM2. Segala mak nenek hanger, timba semua nak borong situ, macamlah ko balik kampung naik lori 1 tan, huhu. Anak2 pun enjoy sakan sebab umi layan je beli barang menan RM2, diorang pun pelik sebab selalunya mesti umie akan kata 'tak payah, mahal' bila tangan kecil capai barang menan made in china, yang konsepnya sekali pakai jahanam masuk tong sampah. Grrrrrrrrrrr
sopim menan pakai duit raya diorang
rm10 dapat 5 jenis barang
sekali setahun umie layan, haha 
ZIARAH PUSARA YANG TERSAYANG

Bagi aku, doa tak kira dimana2 tapi bila time raya nak jugak ziarah pusara mereka yang disayangi. Itu rumah mereka sekarang, kita pun akan menyusul cuma tarikh dan bagaimana kita pergi, itu rahsia Allah. Ada 2 pusara yang sangat terkesan dalam hidup aku (arwah tok (belah mak) dan Poksu (adik mak). Lagipun pusara diorang dekat2, nak ziarah boleh pegi sekali harung. Ajak anak2 sekali, nanti harap diorang tak lupa ziarah dan sedekahkan AlFatihah buat umie bila dah takde nanti #eh!sedih lak rasa bila membayangkan saat itu

LAWAT PAKCIK DAN MAKCIK

lepas ziarah pusara, lawat pakcik makcik pulak, sambil menghabiskan belen kuih raya diorang. Masa ni lah nak kenal sedara mara, balik kampung setahun sekali. Dah balik ke umah sendiri, buat hal sendiri. Pegi keje, balik keje jelah.

bila balik kampung sekali sekala ni, telinga kasi tebal sikit. Ayat biasa dengar 'eh, sihat sangat sekarang ye' (dalam bahasa mudahnya 'gemuknya ko sekarang'). Emm, kenyataan .. terima jelah

Lagi apa ye?

Okey apa yang aku makan.

Macam2 aku makan. Raya kali ni serentak dengan musim buah. Apalagi, besen rambutan dan manggis memang antara juadah raya. Durian pun ada, makan lah sampai puas. Ayah pulak kutip petai dari kebun, mak buat sambal petai ngadap itu dari pagi sampai malam. Petai semata2, bukan ada ikan bilis pun. Kat sini nak beli petai pikir 16kali, seikat 3 keping RM5. mahal kot bagi aku sebab ayah jual 5 keping=RM2, hihi.

Aku dan anak2 balik sini hari Sabtu, tumpang cousin yang keje nurse kat Serdang tu. Gerak jam 10.30 pagi, syok je membuta kat belakang sebab diorang 2 beradik gilir drive. Selamat sampai umah Mil (Cheras) jam 4.30 petang. Alhamdulillah, 6 jam perjalanan tanpa jem, tanpa singgah toilet pun. Ahaks

Okey, tu je cite raya kami...

Comments

uncle gedek said…
M.A.L.A.S, & S.I.B.U.K.... siap huruf besar tu! haha
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

eh.. samalah pulak kita.. kat kampung sibuk memenuhkan kedai rm2 tu.. klu kat sini selalu x berkesempatan he..he...
HeNRieTTa JoSe said…
kedai rm2....dah lamer xpergi kedai cmne...tahun nie xziarah kubur...
MOKCIK AZWA said…
Wah..caya la perjalanan balik 6 jam jer tanpa singgah toilet...tabekkk hehehe
Unknown said…
Kita pon rajin ke kdi rm 2..selalunya beli mainan ngan alat tulis anak dara yg darjah satu kerap hilang...jd bila hilang pon x stresd sgt sbb murah...hahaha
Kakcik Seroja said…
Seronoknya dapat balik berhariraya di kampung - sesuatu yang mungkin tak akan berulang dalam hidup kakcik... :(
Acik Erna said…
nasib baik ada fb..kot tak akak pun tanya gak mana pegi hi hi
paridah said…
sesekali balik kampung xterkata seronoknya..kan irfa.
Kakzakie Purvit said…
Perjalanan balik kalau tak jem duduk pulak macam mem memang bestlah tahu-tahu sampai rumah aje..
Dr K said…
Sesetengah benda di kedai RM2 atau RM5 ni, sebenarnya nilainya tak sampai pun RM2 / RM5...mmg kena bijak memilih...:)
Nastyna said…
I semapt merasa kedai rm2 masa balik kampung ritu, berpianar bijik mata rasa cam nak ambik semua, last2 ambik dua barang jer. rambang mata wei.

kan... ziarah pusara ni effect dia lain sikit, buat rasa insap sangat sangat, walau sekejap huhuhu.
Unknown said…
entry ringkasan gila!! tanak kawan!! mana gambar makanan???
Seronok pergi beli barang kedai RM2. Macam-macam boleh beli.
Mak Wardah said…
Irfa...kita SERUPA, alasan SIBUK & MALAS
kakrose said…
bagus Irfa..ambil langkah berjimat. duit lebihan boleh menabung untuk masa depan.
haaaaaaaaaa... akak tuari pun giler menyopping kat kedia RM2. Betul2 depan umah MIL. Brg yg 5 5 hinggit kat DIY tu sume RM5. Ni dah gian nak balik kampung lagik, nak pegi kedai RM2, hihihihi.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...