Skip to main content

Sup Bebola Daging Mabeles

my lunch today



sup bola-bola api, hihi
# lagu Siti Nordiana n arwah Achik tu kan?
femes jap lagu tu zaman remaja dulu

kalau blog orang lain duk up apa dia orang masak
aku pulak duk post gambar makanan beli kat kafe
emm, hari bekerja bila nak masaknya
balik masak untuk dinner jelah pun

tapi sup tu sedap sangat
bebola daging tu terasa sangat dagingnya
terus teringat masa makan bebola daging kat Bakso Amat, Medan Indonesia dulu
dahlah sup panas, tambah sesudu sambal kicap
perghhhhhhhhhhhh layan

okey, tu je nak share hari ni

daaa

Comments

Unknown said…
Terasa lapar plak tgk bebola tu..
Anonymous said…
Lapar!!!!
Sedapnya Irfa kalau akak dapat hirup panas2 sup bebola daging irfa ni :D
isme_cv said…
bakso kah???slurppp
Wak Lat said…
Salam. Hee sungguh sedap bebola sup.
Unknown said…
payah nak cari bebola daging yang sedap.. ada pun yang perisa daging.. nyampah..

haip.. lapo pulak tengok makanan ni..
Kopiolimauice said…
tambah sambal kicap perghhh betambah2 sedap ;)
Zaitun said…
Sedapnya...feberet kak zai ni.
BAHIYAH AMANI said…
Sedapnya, sy pun suker mkn. Bilalah nak belajar buat bebola daging ni, yg beli sumer tak berkenan.
Nastyna said…
walaupun mu up hasil cafe, tapi tetap impak kesima pada ku hahaha. nak buat la nnt, thanks for idea.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...