Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Istimewanya Tarikh 29 February 2012

29 FEBRUARY ..orang kata tarikh yang special sebab di sambut 4 tahun sekali.sama cam anak blogger angah yang akan sambut besday 4 tahun sekali.jenuh la mak dia nak menerangkan kat dia,kenapa tak boleh sambut besday tiap-tiap tahun macam orang lain. semalam pun aku terkena..aku kena key in data dalam microsoft excell.tarikh bulan February tapi aku lupa tukar tahun 2011 kepada tahun 2012.so lepas tarikh 28feb dia terus ke tarikh 01 mac.penin la pale aku kenapa tak de tarikh 29feb.rupanya lupa tukar format tahun :).maluuuuuuuuuuuuu je apa istimewanya tarikh 29feb pada aku?emm..takde apa kot. -check kalendar,dalam family pun (belah aku maupun belah cik abe) takde yang lahir 29feb. -oh!aku baru balik dari fisio pagi tadi..lepas fisio aku makan aiskrem walaupun aku belum ambik sarapan (aku nak aiskrim Magnum tapi takde,so jenama Kit Kat pun jadilah) . -depan aku ni ada bekal,macaroni dengan mushroom sos Prego lagi apa yer? emm hari ni bos cuti.petang semalam dia pesan suh aku setelkan keje...

Sepetang Bersama Blog Resepi

'dia'datang lagi.sapa?sakit pinggang la.tapi buat-buat tak sakit.nak pegi fisio takde transport.esok pagi lah aku pegi..terus dari rumah.harap-harap tak jadi macam malam tadi.aku tertido lepas solat,sedar-sedar dah subuh.tah bila si kenit tido sebelah aku.hero pun baik je lena dalam bilik dia.tq untuk en abe yang memahami aku yang sedang sakit. (poyo je masa nak tulis ni..jangan ada yang muntah sudah la ye) .orang sakit lebih sensitif,ingat tu yer.. masa masih panjang.lagi 1/2 jam nak balik.bukan takde keje tapi mood belum datang.hehe.gila ke hape dah petang mood belum datang.tadi menjelajah blog kengkawan dan terjengah ke blog resepi *sambil telan air liur*.hebat hebat diorang ni yer.macam-macam resepi ada.dari menu barat ke timur,dari utara ke selatan.klik je mana suka..lepas klik,copy+paste simpan kat folder resepi sendiri ;).bila nak buat tu?nanti nanti lah..ai bz takde alasan tak pandai masak zaman sekarang.malas ngan rajin je.yelah,dengan sekali klik semua resepi depan ma...

Mesin Jahit dan Baju Kurung

aku ada la 4 pasang baju kurung pahang.tapi yang pelik bin ajaib kenapa mudah sangat tetas kat bahagian bawah ketiak tu..bukan tang ketiak betul tapi bawah sikit.ish camner aku nak terangkan nih..tempat penyambung tu..kalau korang tengah pakai baju kurung pahang sekarang sila la belek yer.. terpaksa la aku keluarkan 'kotak ajaib' jahit sikit tang koyak tu.tak besar pun dalam 1 inci je.tensen tau..sebab sebelum tido dah plan nak pakai baju tu..tetiba pagi tengok koyak pulak. ingat lagi tak lagu ni(lupa kumpulan nasyid yang mana) liriknya 'iman tak dapat di warisi,dari seorang ayah yang beriman' lebih kurang gitu la bunyinya. so kalau mak tukang jahit femes di kampungnya tak semestinya bakat tu boleh diperturun kepada anak-anak.silap haribulan mak tukang jahit tapi anaknya nak jahit butang tercabut pun tak reti. mak aku dikira tukang jahit glemer la kat kampung.masa kecik2 aku sampai menyampah gila tengok mesin jahit.rasa macam nak humban ke sungai pun ada sebab petang-pe...

Sarapan Nasi Goreng Bersama Tauge Hijau

gambar ambik kat SINI wah!macam skema sangat tajuk.seumur hidup aku tak penah beli tauge hijau ni.kalau beli pun tauge putih yang biasa je,itupun jarang-jarang.sejak baca artikel katanya tauge putih tu diorang siram ngan air kencing untuk bagi rangup lagi la aku elakkan dari beli tauge.tauge putih yang kasar-kasar tu pun baru je berani makan ;)gitulah kisah aku dengan tauge. dan aku tergoda bila baca kat satu blog (maaf lupa blog sapa) dia citer pasal tanam tauge.kat situ aku baru tahu ada tauge kaler hijau.dia makan macam salad je.lepas baca tu ingat habis kat situ je lah.kebetulan jumaat lepas gi pasaraya dekat rumah..pusing-pusing tempat sayur tu aku nampak tauge hijau tu..nampak segar je.terus capai.masa tu tak fikir nak masak apa pun..sabtu ahad takde kat umah.semalam ingat nak masak sayur tu letak dalam nasi goreng tapi semalam kan Isnin Yang Huru Hara .mana sempat nak bergoreng nasi. maka pagi ni impianku tercapai taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dipersembahkan NASI GORENG TAUGE HIJ...

Laju..Buai Ku Laju..

jom nyanyi sama-sama laju buaiku laju aku nak kawen dengan anak raja......... sesekali je pegi taman walaupun taman tu betul-betul depan rumah.jarak tak sampai 10 langkah je.TAPI..sangat tak selamat bagi bot-bot kecil(anak2 kecil) sebab budak-budak besar main bola sepak kat situ jugak.dah banyak kejadian patah jari sebab kena bola.tetiba teringat kisah cucu sedara KakErna yang patah dua tangan jatuh kat taman.bila aku tengok si Ika (nama cucu sedara Kak Erna itu)masa kenduri rumah kak erna sabtu lepas,sampai ke malam aku duk teringat si kecil Ika tu.semoga tangannya yang patah itu akan kembali normal.rasanya boleh baik kalau rajin gi fisio. ni gambar minggu lepas..kalau rajin petang ni nak bawak dia ke taman.tengok keadaan la.sebab sekarang ni asal petang je hujan,asal hujan ke petang ;).kalau tak rajin adik duk rumah je lah teman umie baring-baring depan tv layan citer korea.lagi bagus :)

Isnin Yang Huru Hara ;(

ASSALAMUALAIKUM .. baca tajuk pun korang dah boleh agak mood aku pagi ni kan?aduhai..kat rumah ada 2 kanak2 ribena.selalunya si adik je yang buat perangai sikit (dia kalau boleh nak aku belek dia kat umah tak payah gi keje) tapi pagi ni adik bangun dengan senyuman tapi si abang pulak yang buat hal. selalunya aku akan kejut dia jam 6.30 pagi..aku dah siap gosok baju sekolah dan susun buku dalam beg.dia cuma perlu bangun mandi dan solat subuh.tapi pagi ni..takde angin takde ribut dia buat hal.bangun nak mandi pun hegeh-hegeh,menung sana sini.aku dah siap solat subuh dia masih bertuala mandi..pandang je baju atas katil.jam dah 6.50.angin tak?memang kena lah.. (sedikit aksi ganas yang tak boleh di ceritakan kat sini..aku kan memang penyabar orangnya). penyudahnya sarapan kek muffin bertemankan airmata.sib baik lah tak kena tinggal dengan van. hantar adik pun ada cerita,3 kali aku ulang alik.mula-mula hantar adik..lupa bawak beg sekolah agama si abang,balik umah ambik beg dan hantar balik....

Tolong @ Sila..

memula nak mintak maaf sebab posting aku tajuk Cerita Meja Sebelah sebelum ni.rasa bersalah sebab tak pasal-pasal ajak korang ngumpat dia sedangkan aku tak kenal dia pun.tapi dia pun salah gak,dia cakap kuat dan telinga nipis aku ni cepat je menadah nak mendengar.very de kepochi la ini makcik ;(.walau siapa pun kamu,saya mintak maaf ye encik 'lif naik sendiri'. sebab nyampah tengok posting duk atas sekali aku post yang ni.apa motif ambik gambar dalam toilet?hehe jumpa kertas ini ditampal sekeliling tandas (disuatu tempat yang dirahsiakan demi keselamatan awam..hehe). dah macam budak-budak pulak sebab benda macam tu pun nak kena dibagitau.nak melepaskan hajat pun jadi terbantut. 'sila' lebih sopan 'tolong' bunyi cam marah je ;) dua perkataan yang tidak sama tapi lebih kurang je maknanya

Wordless Thursday ;)

menu bekfes (roti je yang aku buat..telur sama paru itu dibeli)sejak pakai bengkung ni takleh makan banyak..cepat kenyang.tapi bila buka bengkung?sendiri mau ingat la :) spek mata senget benget di kerjakan oleh si dara kecik.huhu.siapa harus di persalahkan? 1-aku kah yang salah letak tempat yang mudah di capai tangannya? 2-dara kecit kah kerana dia pantang nampak spek mata?spek ayahnya 2 kali jadi korban. 3-kualiti spek yang kurang bermutu? sila jawab :)

Blog Satu Cara Untuk Mengatasi Masalah Tekanan.Betulkah?

sekarang ni aku tengah mengkhatam blog BackpackerBusuk baru jumpa je blog ni.mungkin ramai yang dah baca blog dia,aku je yang kelewatan ;).memula aku ingat dia lelaki sebab baca lompat-lompat.rupanya pompuan.kagum la dia boleh jalan merata tempat sorang-sorang.pepatah 'alah bisa tegal biasa' sangat sesuai kot dengan dia.seronok baca pengalaman orang.dan cara dia bercerita sangat detail dan berinformasi.sesuai dijadikan panduan untuk yang suka travel.aku penah cakap ngan cik abe bila anak-anak dah besar aku nak backpacker dengan cik abe jalan-jalan keliling dunia.haha..bayangkan kalau aku dah lepas pencen sandang bagpack macam mat saleh tu..larat lagi kah? tadi aku sempat sarapan ngan cik abe sebelum pegi fisio.sarapan berat roti telur digandingkan bersama dengan segelas teh tarik.perghhhhhhhhhhh nikmat.tu pun aku kontrol napsu untuk tak mencapai sebungkus nasi lemak daun pisang depan mata.huhu..tengok telur rebus pun teringin jugak.alahai..napsu napsi sungguh la. sambil baca p...

Fisio Day 6 (22/02/2012)-Last Day,Hopefully

JUST FR RECORD.. HARI YANG CERIA ;) baru masuk opis..dari rumah terus ke medical centre buat fisio.aku cakap kat staff fisio 'akak harap hari ni last akak kena fisio.kalau boleh taknak datang lagi' boleh?Insya Allah.. sesi mula jam 9.15 dan tamat tepat jam 10.10 minit pagi.dan aku jugak dah dapat bengkung pinggang yang aku order tu.siap adik fisio tolong pakaikan.sekarang aku tengah pakai bengkung dan duduk tegak macam pengantin atas pelamin yang sedang tunggu acara menepung tawar.hehe. adik tu siap melawak 'kak,ni bengkung pinggang untuk betulkan pinggang akak tu bukan bengkung untuk cantik yer.pakai dalam baju bukan pakai kat luar baju' ..eh,gile ke nak pakai kat luar baju.emm..mana tahu kot lepas ni boleh ramping cam RCW.keh keh keh. berjanji pada diri sendiri untuk: -mula bersenam.sekurang-kurangnya jalan kaki pusing taman kalaupun aku tak boleh berlari.badan naik jugak membebankan belakang dan pinggang kita. -jaga postur badan (cara duduk dan jugak cara tido) -elak...

Pencen Nanti Nak Duk Mana?

baca kat blog IBU IKA tentang percutiannya ke Penang.ramai yang komen Penang tempat yang best.dan terus aku teringat dialog aku bersama cik abe satu ketika dulu.masa tu kami bercerita tentang nak beraya kat mana tahun ni..tahun lepas raya kampung aku di Klate..dan aku plan tahun ni nak beraya belah Perak dan kalau ada bajet boleh jalan-jalan ke Penang.sedara mara cik abe pun ramai area sana.cuma sedihnya raya tahun ni cik abe dah takde nenek,yang di panggil Pah.arwah meninggal awal tahun ari tu.alfatihah. CIK ABE:abang suka suasana kat Penang.dah pencen nanti boleh la kita duk sana. AKU :(muka ala-ala tercekik biji kurma) hah!penang.dalam banyak2 negeri abang pilih nak duk penang.tetiba rasa jauh la pulak nak balik kampung. CIK ABE:apa yang jauh.eh dulu bukan ke ada hati nak berhijrah duk kat New Zealand (usik ai le tew). AKU LAGI:emm apa yang best kat penang? CIK ABE:makan-makan,suasananya..semua la best AKU LAGI DAN LAGI :(pandang luar tingkap dalam mood masih tak percaya). Penang?...

Gerak Hati Seorang Isteri @ Seorang Ibu

bila ada masa lapang yang banyak aku suka singgah satu blog ni.selalunya baca je tak tinggal komen pun.nak tahu siapa dia?tak nak pun aku tetap jugak nak citer kan..hehe beliau adalah *Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie yang Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998 iaitu Puan Suzana Ghazali.terbaru beliau menulis KUASA GERAK HATI .orang selalu kata 'itu hanya mainan perasaan '.tapi percayalah..sedikit sebanyak bila bergelar isteri@ibu perasaan itu datang tanpa di undang.betul tak?sama la dengan ibu kita..sedikit sebanyak w,pun kita tak bagitau kisah sebenar tapi hati ibu itu boleh agak ada sesuatu yang tak kena.hebat kan? bila aku sangat susah hati tentang satu-satu perkara,ia akan membawa ke dalam mimpi.penah satu kali tu aku mimpi mak aku..dalam mimpi tu aku cerita semua masalah aku kat mak.sedangkan di alam realiti aku tak penah citer apa-apa kat mak aku.nak kebetulan esoknya..mak aku call tanya 'saja je telefon.tak sedap hati.semua sihat k...

Cari Perbezaan Dalam Gambar Ini..

GAMBAR 1 GAMBAR 2 pstttttttttttt:teka teki ini takde hadiah ye. (mood lari :( sedang menahan sakit pinggang ni..baru balik fisio pagi tadi tapi kena masuk keje..kan best lepas fisio boleh balik rumah) .

Fisio Day 5 (20/02/2012)

JUST FOR RECORD sepatutnya sesi fisio ni dah tamat minggu lepas.tapi disebabkan 'kesilapan teknikal' aku tak pegi fisio hari khamis dan jumaat.so tangguh lah konon 2 sesi lagi tu nak buat minggu ni.meranalah aku dua hari (sabtu dan ahad) kerana menanggung sakit.pelik dah masuk 4 kali fisio masih tak banyak perubahan...bukan takde langsung tapi tak banyak.bawak bersabar ye Irfa.. ada kala bila sakit sangat rasa menyucuk kat tulang punggung :(.oh!ujian sungguh.semalam fisio macam biasa..staff tu pun kata 'akak tak boleh duduk lama.tak boleh angkat barang berat..bila duduk lama je..bangun jalan-jalan'. HARI NI..gi fisio pagi,malas nak pegi petang lagi sebab tak pasti akan ada masalah transport @ tak.so lebih baik pegi pagi dan cik abe boleh hantar aku terus ke medical centre dari rumah. sesi mula jam 9.10 pagi dan habis jam 10.10..abis fisio cik abe hantar balik opis..rasa lega lepas fisio tapi alangkah bagus lepas fisio dapat baring je dari kena duduk atas kerusi ni.huhu....

Dulu Sinetron,Kini Drama Korea

boleh gitu?tetiba beralih arah..sangat tak tetap pendirian.tapi bukan salah aku.dah lama aku bagi peluang dengan sinetron ni.balik-balik itu jugak jalan citer.kalau tak hilang anak..tertukar anak..bosan la..sama la ngan citer Filipina tu.ek eleh..dulu tak sedar diri sanggup pecut laju-laju balik keje takut ketinggalan.last sinetron yang aku layan ialah Nada Cinta tu semakin hari makin mengarut.tetiba je watak baru muncul,lepas satu..satu watak baru muncul.bila tahun nak abes ni...dah tukar cenel terus. so sebelum mulut mula membebel,aku beralih dari channel 104 Astro Ria ke channel 393One.(ni gara-gara tukar dekoder beyond la ni..ada kisah jugak tukar dekoder ni..nanti la aku citer kalau ingat).sekarang ni pantang masa terluang (alasan sekarang sakit pinggang lagi la banyak rehat je).remote kat tangan aku je sampai hero komplen 'umie tengok citer apa ni?asik-asik citer cina je..dia mana tahu beza citer cina ke citer korea.nampak muka putih dan mata sepet je terus cop 'citer cin...

Bila Dah Mula..Susah Nak Berenti

Apa yang dah mula dan susah dah berhenti? cer teka.. cer teka.. kalau macam aku ni paling tak suka ngan teka teki.nampak sangat kurang sabar kan?hehe sapa-sapa dah mula menulis blog bila tak tulis ada rasa kekosongan kalau tak menulis walaupun cuma satu ayat.pernah terniat nak tutup je blog (satu ketika dulu) tapi tak jadi..rasa macam ada sesuatu yang 'kosong' bila tak menulis. aku perasan ada blogger yang dah lama tak menulis..ingat dah tak nak menulis lagi tapi rupanya buka blog lain dan pakai nama lain..mesti rindu kan?tu pasal buka blog balik cuma mungkin nak cari kawan baru so tukar nama.. sesekali terasa rindu pada kawan2 blog yang aku kenal masa tahun 2006.ramai yang dah tutup atau private blog... macam aku..kalau dah biasa dengan nama Irfa dan blog Happyirfa ni,kalau tukar nama mesti rasa kekok.kawan-kawan pun mesti dah biasa panggil nama tu :). agak-agak berapa lama lagi blogspot ni akan bertahan yer?

Senyuman Di Pagi Jumaat

wah!dari meja aku ni boleh nampak kamu semua senyum je.kenapa?haa..aku tahu kenapa korang senyum lebar hari ni..mesti sebab hari ni last keje dan esok boleh cuti.hehe ker aku je yang seronok sangat sebab esok dan lusa cuti.oh..tak sabar nak lepak baring-baring kat umah. tambah lebar senyum aku bila pagi ni aku telah menggodek pc dan telah men download Google Chrome..membolehkan aku view blog secara penuh.aku tak tahu korang paham tak maksud aku.selalu aku buka blog aku ni cuma nampak header,entry yang aku tulis je..link kawan-kawan belah kanan tu pun tak de. satu lagi..sebelum ni banyak blog kengkawan tak boleh bukak..so kena baca kat google reader je..sekarang(harap-harap berterusan la) aku dah boleh buka semua blog yang aku letak belah kanan tu.oh hepinya.. okey..aku nak komen semua blog kawan-kawan..tunggu ye aku datang ni

Abang Dan Adik

Ape macam?rasa bermotivasi tak baca entri sebelum ni ?(maaf..w,pun cuma berkongsi emel yang dicopy paste..aku tak mampu nak tulis macam tu). sedikit sebanyak ada kena mengena dengan hidup kita.tak banyak,sikit mesti ada kan..bab kawan-kawan pun sama.carilah kawan yang betul2 boleh di anggap kawan.Alhamdulillah..dalam hidup aku di kelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan boleh berkongsi susah senang. begitu juga KELUARGA..kalau kita rasa banyak keje sampai tak cukup masa untuk anak-anak dan pasangan kita..jangan paksa diri.kalau kita mati,kompeni dalam masa 24jam boleh cari pengganti..tapi kehilangan kita pada keluarga memberi kesan yang bukan sedikit...terutama pada anak-anak. share kisah abang dan adik :) sebagai selingan. ABANG.. hari-hari check beg sekolah abang,mesti ada je yang hilang.kalau tak pemadam .. pembaris.selalunya 2 barang tu la yang hilang.pensel sib baik la ada.nak marah pun aku dah penat.buat sakit tekak aku je.dah pesan,lepas guna terus simpan pensel box dalam beg.ta...

Edisi Sharing Is Caring: Guide to A Better Life

Guide to A Better Life Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.Dalam surat beliau kepada isteri nya dan anak-anaknya , beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email. Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita Personaliti 1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya. 2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini 3. Jangan berlebihan, tetapkan had 4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius 5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’ 6. Bermimpilah ketika anda berjaga 7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada ...

Kakak Anggun

itu hari aku baca BLOG NI ..sebab tulis dalam BI so lambat sikit la nak khatam ;) apapun sangat menarik untuk dibaca dan dikongsi.free boleh la ke sana. opss..entri hari ni tentang seseorang.nama adalah Rahsia (sebenarnya aku pun tak tahu nama dia) Aku akan jumpa dia kadang2 kat surau Kadang-kadang masa beli makan kat kafe Dia akan senyum dan aku balas senyuman itu Aku suka tengok cara dia berpakaian Suka tengok baju dia..tudung dia..kasut dia Suka tengok mekap dia yang simple tapi manis Umur dia mungkin pertengahan 40an tapi dia masih cantik Kakak tu Anggun,Manis dan Sejuk mata memandang Anggun bagi aku bukan kerana mekap tebal atau baju labuci penuh atau juga handbag yang mahal dan kasut berjenama kakak tu biasa-biasa je Siapa Dia? Dia adalah KAKAK ANGGUN.. (dia tak tahu pun aku gelar dia camtu) Aku tak tahu apa nama dia ni Anggun gak namanya tapi bukan Anggun ini yang aku maksudkan.( gambar sekadar hiasan gitu) Agak-agak la kalau panjang umur aku Di usia 40an nanti camner le rupa ak...

Fisio Day 4 (15/02/2012)

HARI NI.. buat fisio sesi pagi.malas la pulak dah petang nak drive kesana.walaupun tak jauh mana (15minit drive dalam cuaca panas terik sangatlah merimaskan) dan kebetulan pagi ni bawak Hajar ke klinik dan siap pun cepat (klinik desa lagi cepat dari klinik kesihatan biasa..mungkin tak ramai yang pilih klinik desa).aku tak kisah klinik mana pun..lagipun cuma nak timbang berat dan ukur tinggi je..kalau demam tu lain citer la kan.adik naik satu kilo je dari check up last bulan October tahun lepas.berat sekarang 11 kilo.lebih sikit dari sekampit beras ;).sebenarnya patut datang check up 11 Jan tapi aku terlupa.cuai sangat disitu sib baik bukan kena ambik suntikan. cik abe hantar terus ke medical centre..aku pesakit yang ke 2.proses macam biasa.aku dah tak rasa sakit sangat macam dulu..cuma masih kena duduk menegak.tak boleh bersandar sangat nanti sakitnya datang berdenyut-denyut.huhu. fisio dari jam 10.00 pagi sampai 11.00 pagi .. ops,semalam ada tanya sister kat medical centre pasal beng...

Google Translate Happyirfa

sebelum tulis lebih lanjut aku nak gelak dulu..sejak celik it sikit ni aku tak penah pun try Google Translate.hari ni mencipta sejarah... ha ha ha ha ha.. kelakar siot. adui..sakit perut..lintang pukang dan bercampur aduk bahasanya :) haa.......yang ni langsung aku tak paham sorilah..entri merapu.kepala pusing malam tadi tido lewat,lipat baju sambil layan tv (padan muka sendiri)

Fisio Day 4 (14/02/2012)

JUST FOR RECORD.. petang semalam aku sampai medical centre tepat jam 4.00 petang.bilik fisio kosong takde pesakit..adik-adik fisio duk borak sebab takde pelanggan :).aku ambik katil tepi cermin.katil ni tak penah aku try lagi.. sesi fisio bermula macam biasa.letak pek pasir panas..urutan pakai gel dan last sekali urutan pakai mesin.aku meniarap sambil baca majalah.kelas kan?macam gi spa je rasa.tapi for info orang yang ada sakit belakang atau pinggang sila elakkan dari tido meniarap.pantang besar tu kata adik fisio.meniarap cuma boleh masa buat fisio je. borak-borak ngan adik fisio yang assist aku (lupa la nak tanya apa nama dia). aku tanya la macam mana nak ambik course macam diorang belajar ni.kat mana?bape harga?dia jawab semua soalan temuramah tak rasmi aku tu panjang lebar.aku cakap la yang aku ada adik tengah tunggu result spm.tak tahu lagi nak suh adik sambung belajar course apa (eh!aku tak pulak tanya adik minat tak bidang ni.saja la tanya). katanya kalau nak ambik bidang fisio...

Okey..Wokey..Ok @ K

nak tanya ni..korang kalau dapat sms dari sesapa bagitau tentang sesuatu contohnya sms ayat pernyataan la..korang jawab tak sms tu atau korang ignore je bagai angin lalu? aku ada satu perangai pelik..aku sangat sakit ati kalau aku sms pastu orang tak jawab.w,pun aku dah check status 'sms sent' tapi aku tetap tak puas hati.macam orang tak baca je sms tu.susah sangat ke nak jawab?ker jawab dalam hati dan bajet orang dah paham ko dah baca sms tersebut. kalau malas nak taip ayat penuh perkataan OKEY tu ..jawab la atleast perkataan K..susah ker?sib baik la 'room mate' aku bukan jenis yang malas nak jawab sms..kalau tak hari-hari la gamaknya aku stress. k lah bai note: entri tak puas hati dengan seseorang tentang sesuatu :(

Fisio Day 3 (13/02/2012)

JUST FOR RECORD.. kali ke 3 Fisio.. sampai medical centre tepat jam 4.10 petang (13/02/2012) ramai pulak yang tengah fisio.aku dapat katil tapi mesin fisio tengah guna,so lama la pek pasir panas tu duk atas pinggang aku sementara tunggu mesin tu abis diguna. hari ni juga orang lain yang buat fisio sebab adik Anis yang comel minggu lepas dah takde.adik fisio baru ni lupa nak tanya nama ;).tak banyak cakap budaknya..tapi buat keje sedikit kelam kabut.naik bulu roma aku bila dia macam kelam kabut nak sambung wayar untuk letak kat badan aku.ish budak ni biar betul..sib baikla adik fisio yang senior tu tolong.yelah orang baru..siap aku sound 'dik.risau akak ni.dah rasa macam bahan eksperimen lak duk atas katil ni'. macam ni la alat yang digunakan semasa sesi fisio itu(gambar culik dari gugel) lepas sesi urutan dengan mesin,adik fisio yang senior tu buat urutan guna tangan kat pinggang aku.sapu minyak panas.fuh..lega yang amat.rasa macam taknak balik je.hehe.lepas sesi urut tu sikit ...

Melayan Anak Tekak

sejak akhir-akhir ni 'anak tekak' aku ni macam-macam benda nak makan.simptom apakah itu?petik kata orang tua-tua 'makanlah selagi masih ada selera.dah sakit nanti letak ayam golek depan mata pun dah tak lalu nak telan' .boleh diterima tak alasan itu? ni lunch kat kafe semalam nasi + ikan cencaru kicap=RM4.00 okeyla..nak murah lagi masak sendiri la kan sambil makan..cuci mata dengan pemandangan kat depan tu PAGI NI.. dan ini menu pagi ni.dah 2 hari teringin nak makan mee goreng macam ni.sib baik ada yang sudi meneman ;) aku punya mee goreng mamak style dan teh tarik yang depan order kawan punyan.ala-ala tosei dan namanya sedikit pelik.Uttapom ..(ejaan mungkin salah..tapi bunyi lebih kurang la.hehe) ..rasa cam tosei tapi lebih tebal.selalunya tosei nipis je.pertama kali aku dengar nama makanan Uttapom.siap aku tanya akak yang teman aku makan 'kak.ni makanan baru ker?' tak pasal-pasal kena gelak. rasanya TERBAEK :)

Macam-macam Keywords

saja check akaun nuffnang,oh!dah boleh cash out.suka suka..tapi biarlah dulu.itupun berjanggut tunggu baru layak cash out.nampak sangat blog suam-suam kuku.masa ni barulah nak cakap 'aku menulis bukan kerana kejar duit nuffnang' hehe.dah bagi ambik je lah..banyak songeh pulak.kalau taknak peram jelah sampai jadi pekasam.tak gitu cik memon? kebetulan bukak nuffnang saja la klik sana sini.terklik ruang keywords (ops..baru tahu kat sini kita boleh tahu macam mana orang masuk blog kita).. ini senarainya: happyirfa warung kita safi gamat produk skincare clarins adakah halal red mommy gaduh di watson masa belanja anak sekolah di london yang paling aku pelik..RED MOMMY GADUH DI WATSON?camner pulak boleh ada keywords camtu?heran tul aku..bila masa aku tulis pasal redmommy?dan belanja anak sekolah di london?oh tu ari aku ada tulis pasal duit poket anak sekolah kan?boleh la diterima keywords itu.. macam-macam keywords kan?korang pulak cuba citer apa keywords paling ekstrem yang korang j...

Makan Sedap Di Rumah Kenduri

Sabtu lepas dapat undangan dari Kak Erna ,anak sedaranya kawen.kebetulan adik-adik aku sudi meneman dan bawak aku ke sana so aku apalagi..kecik tapak tangan stadium bukit jalil aku tadahkan.Cik Abe keje..so tak dapat lah join sama. jam 11.00 pagi adik pompuan ambik aku kat umah dan kami pecut ke Senawang ambik adik lelaki yang lebih arif jalan untuk ke majlis.(aku ni bab baca peta memang fail la).kami selamat tiba ke majlis jam 12.15..boleh tahan jugak jauhnya dari rumah aku.tapi seronok bila nampak muka kak Erna yang menyambut kedatangan kami dengan senyum manisnya. makan-makan yang sangat best..yang aku ingat ialah gulai lemak daging salai dan ayam bakar percik tu..eh juga cendol yang sedap dan sejuk sesuai untuk hari yang panas terik.lepas makan kebetulan pengantin sampai..di arak dengan pengusung.tapi sayang tak sempat ambik gambar masa tengah usung tu..gambar yang ada pun pengantin dah turun dari pengusung. yang best ada tarian piring.pertama kali tengok tarian piring depan mata.s...

Taktik Perompak Masa Kini..menakutkan

serius..menakutkan.bila dapat emel ni terus otak aku teringat cerita benar yang aku dengar dari seorang kawan(kisah ni berlaku pada kawan kepada kawan aku).free sila baca. kisah ni berlaku mungkin 5 atau 6 tahun yang dulu.semasa ramai pekerja mendapat pampasan selepas mereka sukarela berhenti kerja dengan sedikit imbuhan.seorang wanita separa umur mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak..lebih dari RM50K kalau tak silap kerana ingin membayar kepada tukang buat rumah kerana telah siap me renovate rumahnya. keluar dari bank dia perasan ada motor mengekorinya.dan sampai ke jalan yang agak sunyi motor itu menghalang kereta mereka (dia bersama suaminya).pemandu motosikal itu menerpa ke tingkap dan menyuruh beliau menyerahkan beg merah itu sambil berkata 'bagi beg merah itu'.macam mana perompak itu tahu dalam beg merah itu ada duit yer?banyak lagi beg lain dalam kereta tapi kenapa beg merah itu yang dia mintak? kata kakak itu 'mungkin kah ada orang dalam bank yang telah membe...

Siapa Stella Naaba?Kayalah aku nanti

TADI check emel Yahoo..delete apa yang patut..tak suka la banyak emel dalam inbox.yang banyak pun cuma emel notification je ..dan aku saja gatal bukak emel ni.Wah!kayalah aku,nanti ada orang nak bagi aku duit beb.korang nak share ngan aku tak?meh no akaun aku transfer sorang sikit.sharing is caring katanya ----------------------------------------------------------------- Dear Friend, I am Stella Naaba the manager and auditing accounting department in AFRICAN BANK here in Ouagadougou, Burkina Faso. In my department we discovered an abandoned sum of $17.3 MILLION UNITED STATE DOLLARS) in an account that belongs to one of our foreign customer (MR.WILLIAM SMITH) from Florida, U.S.A who died along with his entire family in a plane crash. Since we got information about his death, we have been expecting his next of kin to come over and claim his money because we can not release it unless some body applies for it as next of kin or relation to the deceased as indicated in our banking guidlines ...

Fisio Day 2 (10/02/2012)

JUST FOR RECORD.. JAM 12.00 tgh hari tadi baru balik dari fisio.sesi mula jam 10.20 sampai 11.30 pagi.saja pegi sesi pagi.tak berani ambik risiko macam semalam..pegi petang konon lepas fisio nak terus balik rumah..tup-tup fisio tutup awal ada hal kecemasan.so ari ni pegi jam 10.00 pagi..nasib aku baik ada satu katil kosong(dalam tu ada 4 katil)kalau semua katil penuh kenalah menunggu sikit.tu pun siap bawak novel konon kalau menunggu boleh baca sambil buang masa.hehe hari ni tak macam hari pertama..hari pertama letak pack ais.tapi hari ni letak pack pasir panas.sambil borak-borak dengan sorang adik trainee,namanya Anis.comel je muka macam budak-budak..siap suh aku teka umur dia berapa.nampak macam umur 19 tahun rupanya dah 22 tahun.tapi next week dia dah takde kat situ lagi sebab diorang ni selalu kena tukar-tukar.3 bulan je kat sini dan bulan 6 nanti dia dah abis belajar.dia kata 'best la borak ngan akak'.apa yang bestnya dik oi,akak harap ko berjaya dalam pelajaran dan menjad...

Malam Tadi dan Pagi Ini

MALAM TADI aku tertido awal.anak-anak buat apa kat bawah pun aku tak tahu.yang aku ingat last sekali hero dan si kenit main dalam bilik kakak.aku plan nak baring kejap je lepas tu nak turun masak yang simple-simple untuk diner.pinggang masih sakit dan tambah sakit sebab fisio tak jadi petang semalam. aku cuma sedar bila cik abe kejut bangun makan roti john katanya.masa tu jam dah kul 11.00 malam.si kenit elok je tido sebelah aku.pun aku tak sedar bila masa dia nak tido.sejak dia berenti 'susu badan' minggu lepas sikenit pandai berdikari.pandai turun dan naik ke bilik sendiri.cuma aku risau dia tak berapa nak minum susu.tapi sib baik dia lalu makan.kalau pisang tu lagi la dia suka.ops..dia panggil pisang sebagai 'PITAM'.hehe. YaAllah..aku ni tido ke pengsan ni?sib baik la cik abe balik awal...bila aku tengok henpon ada sms dari cik abe tanya 'anak-anak dah makan ke belum'.tapi aku tak dengar pun sms masuk.huhu.. turun je bawah tengok hero tengah makan roti john....

Fisio Day 1 (8/02/2012)

Just For Record semalam jam 4.15 petang aku dah sampai ke medical centre.hujan lebat yang amat selamba je park sebelah ambulan.sambil parking siap doa moga-moga keta tak kena clamp.kalau kena jugak kenalah merayu 'encik.saya sakit pinggang.takleh jalan jauh.so mintak tumpang park kejap je'.hehe.ambik nombor nak jumpa doktor dulu.emm sib baik tak kena tunggu lama..sebelum aku ada sorang je brother tengah tunggu turn.Dr dah tahu history aku dan dia tak banyak cakap.tulis apa ubat kena ambik dan suh aku masuk bilik fisio.oh!adik yang peramah itu takde.suka adik tu dia sangat friendly.tak rasa malu nak fisio ngan dia.tapi adik fisio baru ni pun boleh tahan.tak kenal maka tak cinta.hehe baring dulu..emm katil ni kecik sikit.dulu katil besar.mungkin ada orang tengah guna katil besar.memilih sungguh la..tak padan dengan sakit tuh.adik fisio bagi penerangan sikit.katanya nampak bengkak so dia tak letak pasir panas macam dulu.tapi ganti dengan seuncang besar ais.sejuk beb.lama gak la un...

1001 Cerita

HAMPIR BERKUBUR.. gara-gara terpengaruh tengok blog orang lain lawa..aku ter'gatal klik kat sini ..abis caca marba blog kesayangan ku ini kejap tadi..sib baik lah jugak klik sana sini sinun akhirnya blog ini masih bernyawa.syukur :) 4 HARI CUTI YANG PADAT DENGAN AKTIVITI dah basi pun tapi tetap gak nak tulis sebagai kenang-kenangan apa yang aku buat sepanjang 4 hari cuti Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusam yang lepas.( kalau la Kelantan itu cuma 2 jam harus aku balik kampung jenguk kakak). dah jauh tu redha je la.nak balik ngan kapal malas pulak. SABTU- lepas zohor kami (aku,anak2 dan 2 adik )ke shah alam ada dua pupu kawen kat masjid besar shah alam.majlis akad nikah jam 5.00 petang.kami datang paling awal..wah!teruja buat lawatan dalam masjid.ada macam-macam aktiviti rupanya.bukan setakat masjid untuk solat semata.ada jugak gerai jual jubah dan macam-macam barang kat ruang legar tu.sempat la rembat selai jubah ala arab untuk hero pakai solat. dalam dewan akad nikah lepas majlis a...

'Dia' Datang Lagi

sebelum tu.TERIMA KASIH untuk yang komen pasal entri lepas .hari ni kembali bertugas setelah bercutian selama 4 hari,sib baik jugak kenit tak buat hal bila di hantar ke rumah pengasuh pagi tadi. dari isnin lepas (kalau dikira hari ni masuk hari ke3 la) aku menahan sakit pinggang.dari pinggang ke bawah..sakitnya macam sakit nak bersalin.huhu.nampak gaya aku kena mengadap doktor dan mungkin juga kena buat fisio balik.last buat fisio 26/09/2011-tahun lepas. YaAllah.. ini baru sedikit ujian.tapi sengsaranya hanya Allah yang tahu.citer kat orang pun bukan orang paham sebab aku masih lagi nampak sihat dan lalu makan.baring sakit,duduk sakit,berjalan sakit..nak rukuk pun tak boleh,kenalah solat sambil duduk. tu je nak citer.oh!sebenarnya banyak aktiviti 4 hari cuti tu..next la citer.

Surat Untuk Cikgu

AMARAN DARI TUAN TANAH KEDAUNG: surat ini adalah suara hati dari seorang ibu.baca dan cuba fahami tetapi jangan sesekali menilai.sebelum publish entri ni aku dah fikir 3 kali dan fikir lagi 5 kali dan fikir lagi 1 kali..lalu aku publish.jika nanti ada komen 'yang pedas' aku cuba untuk memahaminya.. jika kamu yang membaca ini seorang guru ATAU juga seorang ibu ATAU ibu yang bekerja sebagai guru,maaf kalau tulisan ini agak kasar.janganlah menghukum aku dengan berkata aku seorang ibu yang pantang anaknya ditegur cepat sungguh melenting.aku boleh terima kalau teguran itu dengan cara yang betul. ini adalah kesinambungan dari KISAH INI .. selamat membaca. SURAT UNTUK CIKGU ------------------------------------------------------------- SALAM SEJAHTERA CIKGU..(maaf saya lupa nak tanya apa nama cikgu..mungkin kerana waktu itu saya sangat nebes kerana mendapat berita itu tanpa saya duga) Pertama sekali.jutaan terima kasih atas kesudian cikgu mengajar anak saya.besar sungguh jasa seorang g...

Maafkan Saya Penunggu Gua

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI.. JANGAN MUDAH BUAT ANDAIAN..SELIDIK DULU BARU TAHU CITER SEBENAR ni sambungan KISAH PELANDUK DUA SERUPA ITU ..aish..tak abis lagi ko Irfa ngan kisah pelanduk itu. 2 hari lepas dia (kawan lama itu) sms aku..so kami berbalas sms (aku lebih suka sms dari call..kecuali kalau nak cepat la). lagipun aku ni cepat je jawab sms.kecuali kes terpencil contoh *kedit abis*. so semalam aku cuti (sakit tekak+sakit badan.pegi klinik doktor tak bagi mc.katanya 'belum kritikal'.huhu..so aku ambik cuti jelah..balik klinik singgah cc lepas beli barang dapur.motif singgah cc sebab nak bukak fb la..aku masih tak puas hati pasal 'kes silap tegur orang tu'..dia kata bukan dia.bukak fb aku terus terjah album gambar kawan itu.oh baru perasan..anak dia 4..semua pompuan.orang yang kusangka 'dia' tu kalau tak silap ada 5 orang anak..dan yang paling besar lelaki.konfem la bukan dia.lega kerana persoalan itu terjawab. tapi kan memang pelanduk dua serupa sungguh...

Duit Poket Anak Sekolah

salam hari jumaat untuk semua yang sudi singgah sini. hari ni hero takde kelas agama,bagi duit poket rm3 je.semalam dia lupa bawak duit poket dan terpaksalah aku hantar duit kesekolah (terjadi satu peristiwa masa nak hantar duit tu..nanti aku citer yer kat next entri) BACA SINI maka tercetuslah idea nak merapu ;) nurshi..tumpang link yer ada blog yang aku baca memang dia tak ajar pun anak guna duit.terpulang la pada pendapat masing-masing. (hormati juga pendirian orang lain w,pun tak sama ngan kita) macam anak aku ni umur 6 tahun dah kenal duit..siap boleh kira belen lagi kalau beli apa-apa.jugak pandai gi kedai beli sendiri apa yang diorang nak..kedai dalam taman la..itupun aku monitor dia jalan kaki sampai masuk kedai dan sampai rumah ..(bukan la diorang boleh keluar rumah suka-suki untuk ke kedai). eh macam keluar tajuk je..motif nak cerita ialah aku tak benarkan anak-anak keluar rumah suka suki kecuali dipantau;) aku nak citer ni bab duit poket.zaman kakak skolah sini dulu aku ba...