Skip to main content

Maafkan Saya Penunggu Gua

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI..
JANGAN MUDAH BUAT ANDAIAN..SELIDIK DULU BARU TAHU CITER SEBENAR

ni sambungan KISAH PELANDUK DUA SERUPA ITU..aish..tak abis lagi ko Irfa ngan kisah pelanduk itu.

2 hari lepas dia (kawan lama itu) sms aku..so kami berbalas sms (aku lebih suka sms dari call..kecuali kalau nak cepat la).lagipun aku ni cepat je jawab sms.kecuali kes terpencil contoh *kedit abis*.

so semalam aku cuti (sakit tekak+sakit badan.pegi klinik doktor tak bagi mc.katanya 'belum kritikal'.huhu..so aku ambik cuti jelah..balik klinik singgah cc lepas beli barang dapur.motif singgah cc sebab nak bukak fb la..aku masih tak puas hati pasal 'kes silap tegur orang tu'..dia kata bukan dia.bukak fb aku terus terjah album gambar kawan itu.oh baru perasan..anak dia 4..semua pompuan.orang yang kusangka 'dia' tu kalau tak silap ada 5 orang anak..dan yang paling besar lelaki.konfem la bukan dia.lega kerana persoalan itu terjawab.

tapi kan memang pelanduk dua serupa sungguh la.masalahnya bukan aku yang nampak dulu tapi adik aku..dia yang bagitau mungkin itu kawan lama aku.kiranya bukan mata aku je yang salah tengok sebab mereka itu memang serupa sungguh.penah dengar orang kata kita ada 7 orang yang sama seiras dalam dunia ni.ye ker?

dan satu lagi paling kebetulan,pompuan itu juga 'loghat yang sekapal' ngan aku.lagilah menambahkan keyakinan aku.

okey..abis citer tu.harap dapat jumpa dia..tadi dah set kalau boleh nak jumpa dengan kawan-kawan yang lain juga.itupun kalau diorang sudi..yang duk area dekat-dekat sini la..

emm tetiba tak sabar nak jumpa kawan lama :P

(macam lari je tajuk dengan jalan citer..sapa yang jadi penunggu gua ni.hehe)

Comments

Kakcik Seroja said…
Tak apalah, sekurang2nya Irfa tak sombong untuk menegur, kan? :)
Munn Jaafar said…
dok cr jugak pasal ape penunggu gua tu...hihi
Aidah said…
Ingat ada kisah misteri nusantara tadi. Yang pasti misteri Irfa dah terjawab. Akak pernah dengar pasal 7 orang yang serupa ni. Di manakah agaknya kembar akak. Hehehe.
Unknown said…
mesti tak sabar jumpa kawan lama kan
Irfa said…
KAKCIK//
tegur tu sbb sgt yakin yang saya tak salah orang.huhu

MUNNA//
ha'ah kan..mana peginya penunggu gua itu :)

KAK AIDAH//
saya penah di tegur katanya ada org seiras saya..dia igt kembar.org tu keje tol sg besi..
tingin gak nak tengok betul tak sama ngan saya.hehe

ILA//
eksited sgt tu x jugak..jumpa kawan lama ni ada ketika best tapi ada ketika sgt tak best kalau yg dtg itu nak tunjuk bagus ke ;(.tp mengeratkan silaturrahim itu salah satu sifat mulia dn boleh memanjangkan umur :)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...