Skip to main content

Blog Satu Cara Untuk Mengatasi Masalah Tekanan.Betulkah?

sekarang ni aku tengah mengkhatam blog BackpackerBusuk baru jumpa je blog ni.mungkin ramai yang dah baca blog dia,aku je yang kelewatan ;).memula aku ingat dia lelaki sebab baca lompat-lompat.rupanya pompuan.kagum la dia boleh jalan merata tempat sorang-sorang.pepatah 'alah bisa tegal biasa' sangat sesuai kot dengan dia.seronok baca pengalaman orang.dan cara dia bercerita sangat detail dan berinformasi.sesuai dijadikan panduan untuk yang suka travel.aku penah cakap ngan cik abe bila anak-anak dah besar aku nak backpacker dengan cik abe jalan-jalan keliling dunia.haha..bayangkan kalau aku dah lepas pencen sandang bagpack macam mat saleh tu..larat lagi kah?

tadi aku sempat sarapan ngan cik abe sebelum pegi fisio.sarapan berat roti telur digandingkan bersama dengan segelas teh tarik.perghhhhhhhhhhh nikmat.tu pun aku kontrol napsu untuk tak mencapai sebungkus nasi lemak daun pisang depan mata.huhu..tengok telur rebus pun teringin jugak.alahai..napsu napsi sungguh la.

sambil baca paper (lupa paper apa..mungkin utusan @ berita harian @ kosmo).tapi tajuk yang menarik perhatian aku ialah BLOG BOLEH MENGATASI MASALAH TEKANAN (lebih kurang gitu la tajuknya).sebenarnya cik abe yang hulur paper tu kat aku,dah sedia maklum bininya blogger suam-suam kuku kan.hehe

aku setuju dengan apa yang ditulis oleh penulis itu.(hish..aku lupa lah paper apa tadi..tapi muka depan nya ada citer pasal budak pompuan 17tahun yang lari ikut bangla@pakistan bernama Samer Khan tu).

balik pada citer Berblog Boleh Mengatasi Masalah Tekanan itu,bagi aku la..kalau kita guna untuk kebaikkan maka baikla yang kita dapat.kalau niat tak baik..sebaliknya lah yang jadi.

aku dulu sebelum terlibat dengan blog ni..aku ni memang suka perhati gelagat manusia.dan aku selalu fikir apa agaknya yang orang tu tengah fikir?macam mana hidup dia?gembira @ sedih?

bila kenal blog..aku baca macam-macam kisah kehidupan.ada kisah lucu dan juga kisah sedih.oh!tapi tak semua blog tulis terperinci kisah mereka.ada yang memang tulis yang gembira je..terpulang pada diri masing-masing.aku pun tak citer 100 persen kisah aku dalam blog ni.

korang macam mana?

Comments

izawani said…
Akak tak citer 100%... banyak yang terpaksa disorok... :) Tapi banyak jugak yang dicerita...
Kakcik Seroja said…
Kakcik kadangkala rasa nak cerita semuanya. Mungkin boleh kalau semua pembaca tida kmengenali kakcik secara realiti. Tapi sekarang ramai orang yang kenal kakcik termasuk anak2 adalah pembaca setia blog kakcik. Ish... memang tak bolehlah nak cerita semua, kan?
Deqna said…
saya jenis bukan jenis suka bercerita sangat.. tapi tangan ni suka menaip, so tercerita lah jugak.. tapi pada saya blog saya sekadar pasal saya and family lah kot...
muslimah rempit said…
dalam dok sorok-sorok...
tercerita banyak gak hahahha... betul la tu Blog untuk terapi diri hehehe
Mak Wardah said…
Sama jugak irfa, akak tak tulis 100% tapi hampir 75% diceritakan.
mummY daniSha said…
betulla tu kot hehee...byk citer pasal anak2 je...dgn harapan die dah besar,leh baca diary mama die =)
betul tu irfa, cik ina pun suka baca blog, lagilah blog yang banyak menulis dari blog yang buh gambar.cik ina tulis 50% je pasal hidup cik ina kat dlm blog, selebihnya kalau cite mau yang baca menangis teresak-esak : )
zino said…
betul tu..
cuma menulis blog tak serancak dulu.... ini gara2 FB la kot hehe
bangsawan nilai said…
tulisan dlm blog aku berbentuk 'adaptasi'....
Irfa said…
KAK IZAWANI..
Saya pun.10% simpan untuk diri sendiri.tapi yang tercerita itu adalah kenyataan..bukan rekaan ;)

KAK CIK..
Mmg la.kalau ikutkan hati semua nak tulis.tapi fikir balik apa gunanya?
Kalau ada mslh pun kita sendiri yang kena selesaikan..org cuma boleh bg pendapat@pandangan.Tapi ada juga pendapat dan pandangan yang boleh diguna pakai..
terpulangla pada diri masing2

DEQNA..
Akak pun..tak sah kalau tak buh entri bila bukak blog.kadang2 malu gak sbb tah apa-apa je yang akak tulis.Citer pun kisah kami je

MUSLIMAH REMPIT..
Hehe..mmg pun.90 % dah tercerita.
bila jumpa kawan pun ada yang tanya pasal apa yg saya dah tulis.tak payah citer diorang dah baca dulu

MAK WARDAH..
Akak 75% saya pulak 90 %.hehe

MUMMY DANISHA..
Citer anak-anak dan selit jugak citer umienya ;)

CIK INA..
Yang sedih 50% tu citer kat Pencipta cukuplah

BRO ZINO..
Saya setia kat blog sbb fb kena block..sesekali bukak pun dah tak ghairah cam mula-mula

BANGSAWAN NILAI..
Adaptasi?tak kisahlah nak tulis camner pun..blog kita,selera kita ;)
bangsawan nilai said…
irfa, maknanya bukan bulat-bulat la...
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
ohhhhhhhhhhhhhhh i see ;)
Mak Piah said…
betul betul betul...

the best thing is..I am anon so i can say whatever I like.

ngeh ngeh ngeh.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...