Skip to main content

Fisio Day 5 (20/02/2012)

JUST FOR RECORD

sepatutnya sesi fisio ni dah tamat minggu lepas.tapi disebabkan 'kesilapan teknikal' aku tak pegi fisio hari khamis dan jumaat.so tangguh lah konon 2 sesi lagi tu nak buat minggu ni.meranalah aku dua hari (sabtu dan ahad) kerana menanggung sakit.pelik dah masuk 4 kali fisio masih tak banyak perubahan...bukan takde langsung tapi tak banyak.bawak bersabar ye Irfa..

ada kala bila sakit sangat rasa menyucuk kat tulang punggung :(.oh!ujian sungguh.semalam fisio macam biasa..staff tu pun kata 'akak tak boleh duduk lama.tak boleh angkat barang berat..bila duduk lama je..bangun jalan-jalan'.

HARI NI..gi fisio pagi,malas nak pegi petang lagi sebab tak pasti akan ada masalah transport @ tak.so lebih baik pegi pagi dan cik abe boleh hantar aku terus ke medical centre dari rumah.

sesi mula jam 9.10 pagi dan habis jam 10.10..abis fisio cik abe hantar balik opis..rasa lega lepas fisio tapi alangkah bagus lepas fisio dapat baring je dari kena duduk atas kerusi ni.huhu..

Comments

Aidah said…
Akak rasa sepatutnya lepas fisio, Irfa kena rehatlah. Orang kalau sakit pinggang ni memang tak boleh duduk lama tau.
Irfa said…
KAK AIDAH..
itulah yang sister tu cakap.kalao lepas fisio balik opis buat keje (keje duduk je pulak tu)takde maknanya fisio..tapi sy cukup malas nak keluar belah petang .susah nak ke sana ;(

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...