Skip to main content

Duit Poket Anak Sekolah

salam hari jumaat untuk semua yang sudi singgah sini.

hari ni hero takde kelas agama,bagi duit poket rm3 je.semalam dia lupa bawak duit poket dan terpaksalah aku hantar duit kesekolah (terjadi satu peristiwa masa nak hantar duit tu..nanti aku citer yer kat next entri)

BACA SINI maka tercetuslah idea nak merapu ;) nurshi..tumpang link yer

ada blog yang aku baca memang dia tak ajar pun anak guna duit.terpulang la pada pendapat masing-masing.(hormati juga pendirian orang lain w,pun tak sama ngan kita)macam anak aku ni umur 6 tahun dah kenal duit..siap boleh kira belen lagi kalau beli apa-apa.jugak pandai gi kedai beli sendiri apa yang diorang nak..kedai dalam taman la..itupun aku monitor dia jalan kaki sampai masuk kedai dan sampai rumah..(bukan la diorang boleh keluar rumah suka-suki untuk ke kedai). eh macam keluar tajuk je..motif nak cerita ialah aku tak benarkan anak-anak keluar rumah suka suki kecuali dipantau;)

aku nak citer ni bab duit poket.zaman kakak skolah sini dulu aku bagi rm2 je sebab dah bayar makan tengahari kat skolah RM50 sebulan (wajib untuk semua murid bayar duit makan dan makan tengahari disediakan di kantin sekolah).rm2 tu hanya untuk beli waktu rehat jam 10pagi.katanya 'kakak beli air sirap dan donut je'.

sekarang kata kakak 'mok bagi rm2.tapi kakak jarang guna.kalau guna pun untuk beli air je sebab pagi-pagi dah sarapan kat rumah..makan nasi kerabu @ nasi lemak.pastu mok beli nasi berlauk untuk bekal makan waktu rehat'.memang ada yang tegur pipi kakak nampak berisi masa balik cuti CNY yang lepas.mana tak nya asik makan nasi je ;)..pesan aku 'kakak jaga makan sikit nanti gemuk susah tau nak kurus balik'.oh!tak sedar diri punya umie.dia makan nasi siang malam pagi petang boleh pulak yer.

balik citer hero..setiap hari isnin,selasa dan khamis aku bagi RM4.banyak ker atau sikit?kalau hari Rabu dan Jumaat aku bagi RM3 je.bukan apa,sebabnya dia ni memang kuat makan.satu lagi tu ari masa orientasi aku sempat la jengah kantin sekolah dia..ada senarai harga makanan yang dijual



sila klik gambar untuk lebih jelas

kalau korang nampak..nasi ayam RM3.50 macam sama ngan harga kat luar.kalau aku bagi rm2 nanti dia nak makan apa?aku ingat nak buatkan bekal tapi aku penah buat bekal elok je dia bawak balik sebab abang lupa nak makan.aku agak la..dia lupa nak makan sebab dia tahu ada duit boleh beli je.emm aku ingat nak buat bagi dan bagi dia RM1 je untuk beli air..atau air pun aku bekalkan jugak.hehe.

eh!aku penah test dia masa tu takde duit kecik..so aku bagi RM5 dan korang tahu dia beli apa?balik tu aku tanya tapi duit baki takde..elok je dia beli dompet duit gambar pooh..pandai lak citer itu bukan dia punya tapi penyudah dia ngaku dia beli dompet tu sebab banyak duit baki.boleh?kawan aku kata 'budak baru pegang duit memang camni.lama-lama dia ok la tu'.

aku bukan apa,takut nanti tak bagi duit dibuatnya dia mintak duit kawan.sapa yang malu?aku jugak..........

Comments

Kakcik Seroja said…
Kakcik bagi BS @ Adik, RM4.00 sehari dan Bangcik RM6.00. Maknya kadang2 makan makanan berharga RM1.50 je!
ISh....seram beb. Aydin kecik g. Tp bila aku baca pengalaman kwn2 yg anak dah bsr nie, bt aku berkira2...mcm ne gaya aku nak didik si Aydin tu t. Haishhhh!
misya said…
budak-budak sekarang memang pandai beli apa saja sendiri,anak sya pun macam tu,ada saja nak di beli kalau ada balance duit belanja.
Irfa said…
KAK CIK..
tu la pasal..maknya kadang2 blanja ala kadar je..asal kenyang tapi anak2 mesti di pastikan cukup makan

FARA..
tak payah nak seram la fara oi
ko akan alami bende ni ikut peredaran masa..pjg umur ko juga akan lalui detik2 itu..tabah la ye
hehe

MISYA..
yang best tu dah pandai bukak tabung.hari ni masuk 50 sen pun nak kira jugak dah berapa jumlah.kalau camtu baik tak yah buh dalam tabung..alahai
pB said…
Nurin , sehari serial. Skoloh agama , dia jaranw bowok pitih sebab dio bowok bekal.

Kak Ngah pulok , sehari pun serial ....
Hanis Azla said…
tahun lepas akak bagi sorang rm3.. tahun ni sorang rm4 plk sbb harga makanan dan minuman di kantin dah mahal.. anak2 akak pun mmg tak boleh bagi duit lebih.. klu lebih mmg sah2 dia org beli benda2 yg membazir.. itu yg setiap hari kena pastikan ada duit kecil..
Kakzakie Purvit said…
Hubby kakak bagi anak kakak RM 4/- sehari tapi tengahari Mak Zah akan ke sekolah hantar baju/beg sekolah agama/makan tengahari utk kesekolah agama. Barang makan mahal kadang kena bawa rm5/- Tak habis masuk tabung

Kakak pula boleh katakan jarang guna duit sebab selalu bawa bekal...
Irfa said…
KAKPB..
lagi jimat..igt dulu2 ma bagi rm1 utk belanja 3 hari.
day 1-40 sen.
day 2-30 sen
day 3-30 sen

penah berlaku..day 1 abiskan rm1,.
2 hari minum air kosong balik umah makan nasi banyak2 sbb lapar sgt.nak bgtau duit abis takut kena marah :)
Irfa said…
KAK HANIS..
saya pun baru je tahu rega makanan kat kantin mahal..sblm ni zaman kakak skolah sy tak abik pot sgt bab duit pket sbb dah bayar kat skolah untuk lunch.si hero ni dah la kuat makan.bila dah tengok chart rega makanan tu terfikir kalau bagi rm2 dia nak makan apa pulak
Irfa said…
KAK ZAKIE..
kalau sy x keje mungkin sy akan buatkan bekal dan waktu tengahari hantar makanan..inipun tgh hari dia balik umah pengasuh dan siap makan nasi..tapi duit yg dibagi abis jugak.huhu
Aidah said…
Anak akak skolah dari pagi sampai 4.30 pm selalunya akak bekalkan Rm5 dan lagi RM5 utk emergency. Tapi habess disapunya semua. Kdg2 ada aje brg nak beli kat co-op, pen lah, correction tape lah. Haiih, risau akak. Tapi anak perempuan akak ni sgt jimat, Irfa. Lansung tak belanja sbb bawak biskut dan air dari rumah. Tu lah bezanya.
Izza - Jiejah said…
anak kita sama skolah kot ..integrasi? sbb lunch provided kan?
saya bg RM2 , jarang berbaki.kalau ada baki pun 20sen huhu. tu pun dah bekalkan dia air + lite b/fast. b/fast dia bantai mkn dlm kereta asa on d'way g skool sbb perjalanan dlm sejam gak . duit dia guna masa rest pukul 10. mmmpppp tu baru darjah 1 huhu
Unknown said…
kakyong belum ada pengalaman beri duit belanja utk anak.. sbb di tadika (2-2 masih di tadika, sorg 5 & sorg 6 tahun) ada di sediakan makan.

pendapat kakyong, x kesah brp amaun tu asal bersesuaian. Kalo anak tak habis belanjakan duit tu, boleh ajor dia menabung...
Rumah Kuning said…
saya pun jadi serba salah nak bg duit kat ain. nak bagi sikit bimbang tak cukup, nak bagi byk takut dia boros tak tentu hala.
Irfa said…
KAK AIDAH..
siap ada duit emegency lagi yer ;)
dulu masa kakak ada bagi satu beg untuk syiling..guna untuk telefon je..tapi si hero ni belum lagi la
bukan nak bezakan anak..tapi budak lelaki dan budak pompuan mmg beza la..dah kenyataan gitu :)
Irfa said…
JIEJAH@IZA..
ha'ah.si kakak dulu drjah 1 smpi darjah 4 skolah integrasi,duit makan tengahari dah siap bayar so tak perlu la bagi duit poket banyak2..tp skrg kakak dah skolah biasa

KAK YONG..
ye betul tu dah ajar dia makan apa yang mengenyangkan..kalau ada duit lebih simpan dalam tabung untuk beli benda yang dia suka nanti.tp tu la..hari2 kira duit tabung.huhu
Irfa said…
RUMAH KUNING..
budak2 baru pegang duit.suka sgt dapat pegang duit sendiri.rasa macam OKB orang kaya baru :) buku nota kecik2 tu pun beli..conteng2 pastu koyak buang.membazir sungguh tau
Unknown said…
BESAR JUGA BELANJA MAKAN DI KANTIN SEKOLAH YA

kAK YUS JARANG BAGI ANAK DUIT KE SEKOLAH, KECUALI SEKOLAH AGAMA. BIASA BAWAKAN BEKAL. KALAU TERLAMBAT BANGUN TAKDE BEKAL BARU BAGI DUIT, ITU PUN RM1.50 JE, SBB BEKAL AIR TETAP ADA. kALAU SEKOLAH AGAMA, AQIL BIASA SINGGIT, ALIA PULA 60 SEN JE...

TAK PERNAH TANYA MEREKA BERAPA HARGA MAKANAN DI KANTIN, SBB MEREKA SENDIRI SUKA BAWA BEKAL. KALAU AKAK LAMBAT TAK BUAT BEKAL,MMG MERAJUK MEREKA...HUHU.
mariam janis said…
akak bagi duit rm4 utk anak2 sekolah dan menengah, kalau ada duit lebih akak bagi rm5, akak risau anak minta kawan duit kalau tak cukup makan. tak apalah niat sedekah dgn ikhlas, insyaallah Allah lipat gandakan duit akak,amin. satu lagi akak belikan tabung, lebih duit masuk tabung. anak2 suka menyimpan.
Mak Wardah said…
Irfa, akak bagi Along, hari biasa RM3-dia makan roti canai & air, kalau ada Ko-kurikulum tambah lagi RM5 buat dia beli makanan, selalunya dia beli roti. Hari Jumaat std RM8. Makan rojak dgn cendol kat masjid. My daughter sama mcm Along tapi dia belanja kurang sikit. barang mahal kalau bagi sikit sangat kesian pulak nanti.
Irfa said…
KAK YUS..
bagusnya kak yus siap buat pekal setiap hari.saya nak cuba buat tapi tak terbuat ;)bangun pun cukup-cukup time je camner nak buat bekal (alasan)

MARIAM JANIS..
terima kasih singgah sini :)
sy pun sediakan tabung jugak siap bgtau kalau penuh tabung ni boleh apa yg dia idamkan.nampak gaya belum fail lagi isi tabung.jangan dikorek sudahla.pun risau juga takut mintak duit kawan

MAK WARDAH..
tulah pasal.duit sekarang dah susut nilai :( bagi sikit takut tak makan..bagi lebih takut beli benda lain

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...