Skip to main content

Isnin Yang Huru Hara ;(

ASSALAMUALAIKUM ..

baca tajuk pun korang dah boleh agak mood aku pagi ni kan?aduhai..kat rumah ada 2 kanak2 ribena.selalunya si adik je yang buat perangai sikit (dia kalau boleh nak aku belek dia kat umah tak payah gi keje) tapi pagi ni adik bangun dengan senyuman tapi si abang pulak yang buat hal.

selalunya aku akan kejut dia jam 6.30 pagi..aku dah siap gosok baju sekolah dan susun buku dalam beg.dia cuma perlu bangun mandi dan solat subuh.tapi pagi ni..takde angin takde ribut dia buat hal.bangun nak mandi pun hegeh-hegeh,menung sana sini.aku dah siap solat subuh dia masih bertuala mandi..pandang je baju atas katil.jam dah 6.50.angin tak?memang kena lah..(sedikit aksi ganas yang tak boleh di ceritakan kat sini..aku kan memang penyabar orangnya).

penyudahnya sarapan kek muffin bertemankan airmata.sib baik lah tak kena tinggal dengan van.

hantar adik pun ada cerita,3 kali aku ulang alik.mula-mula hantar adik..lupa bawak beg sekolah agama si abang,balik umah ambik beg dan hantar balik.dah hantar beg pengasuh tanya 'susu Hajar mana?'..balik sekali lagi ambik susu.tak pasal-pasal aku bersenam jalan kaki pagi ni.

datang keje pakai baju kurung kaler kuning raja dan tudung kelabu.huhu.rasa macam nak balik tukar baju pun ada.sangatlah tak matching baju aku hari ni..senang citer serba serbi tak kena lah pagi ni.

itu pun nak citer ker Irfa oi?korang okey ke pagi ni?ceria macam upin ipin atau huru hara macam aku jugak?

Comments

mummY daniSha said…
hehehe..biasaala tu budak2 pg2 bgn tido memang liat sikit....danisha pg2 kene kasik mud dulu baru bole mandi huhu..."cha,x bole bukak mata" haisshhh sabar jela hehee
Anonymous said…
hehehehehe kak
sabo jela...
x pe normal la tu=)
keje keje...jangan huru hara lagi hokeh =)
Yunus Badawi said…
Abang tak tengok jam kot pagi tadi sebab jam dia dah rosak. Dia nak Irfa belikan yg baru ... hehehe
Yunus Badawi said…
Hari ni senanglah nak kenal Irfa kalau terserempak di tengah jalan. .....


Cari aje wanita yg pakai baju dan tudung kontras .... ngeee


larikksss
Aidah said…
Macam tu lah pagi Isnin selalunya Irfa. Tak de makna nak tenang, ada jugak kelam kabutnya tu.
oren said…
selalunya, isnin ok..yg tak ok hari selasa - khamis, sbb flat giler..kalo mlm ahad, selalunya dh siap2kan beg, botol air depa semua..kalo hari2 biasa nih, nak kena tunggu tupperware kering, baru masuk beg..tu yg pepagi buta dh jadi tarzan..

jumaat, ok sbb the boys cuti (depa ikut cuti kedah)..so, tak kalut sgt...
MOKCIK AZWA said…
Aduhai la yer.. memang ada hari2 yang kalau boleh kita nak pusing jarum jam supaya kita ada banyak waktu untuk memperbetulkan keadaan..sabor jer la..
Kakcik Seroja said…
Sesekali, situasi begitu memang akan terjadi. Sabo je la...
Unknown said…
hehehe..morning monday blues tu..semuanya serba tak kena kan
Hanis Azla said…
biasa mcm tu irfa, bila mood hura hara dtg, serba serbi jd tak kena.. bab warna baju ngan tudung tak match tu mmg tahu sgt perasaan tu.. mmg nak sgt balik rumah tukar baju kan...
bangsawan nilai said…
nasib baik aku tk pakai tudung...he he
Unknown said…
he he wat cam akak nie,malam sebelum anak anak tidoq pesan siap siap kat depa sok pagi jangan buat hal,tak nak merajuk rajuk,taknak menangis,ibu kejut terus bangun,lau tak...ibu yang mengamuk ha ha !
Deqna said…
hahahaha akak ni lawak lah... bab tudung tu wat saya nak gelak tau siap nak balik bagai...hahaha

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...