Skip to main content

Istimewanya Tarikh 29 February 2012



29 FEBRUARY..orang kata tarikh yang special sebab di sambut 4 tahun sekali.sama cam anak blogger angah yang akan sambut besday 4 tahun sekali.jenuh la mak dia nak menerangkan kat dia,kenapa tak boleh sambut besday tiap-tiap tahun macam orang lain.

semalam pun aku terkena..aku kena key in data dalam microsoft excell.tarikh bulan February tapi aku lupa tukar tahun 2011 kepada tahun 2012.so lepas tarikh 28feb dia terus ke tarikh 01 mac.penin la pale aku kenapa tak de tarikh 29feb.rupanya lupa tukar format tahun :).maluuuuuuuuuuuuu je

apa istimewanya tarikh 29feb pada aku?emm..takde apa kot.

-check kalendar,dalam family pun (belah aku maupun belah cik abe) takde yang lahir 29feb.

-oh!aku baru balik dari fisio pagi tadi..lepas fisio aku makan aiskrem walaupun aku belum ambik sarapan(aku nak aiskrim Magnum tapi takde,so jenama Kit Kat pun jadilah).

-depan aku ni ada bekal,macaroni dengan mushroom sos Prego

lagi apa yer?

emm hari ni bos cuti.petang semalam dia pesan suh aku setelkan keje yang dia bagi tu..okeylah..buat keje dulu.bye

pstttttttttttttt..apa istimewanya 29 feb pada korang?ops..lupa aku pun dilahirkan bulan Feb.kiranya Februari mekar dihati lah kan ;)

Comments

fatin said…
mm.. ia satu hari extra~
=}
Irfa said…
FATIN MRAZ..
gaji pun masuk awal sikit :)
Yunus Badawi said…
Takdelah istimewa sangat kecuali spt yg saya sebut dlm n3 hari ni.

Pagi2 Irfa dah makan aiskrim? Kalau kanak2 mesti dah kena marah .... hehehe
Irfa said…
YB..
taklah..tiba2 anak tekak ni teringin nak makan eskrem :)layan kan je lah
Mulan said…
ada kawan pon gitu.. masa kecik dok tanya mak dia ngapa besday dia sokmo takde.. 4 tahun sekali je.. dah besar baru faham..
Irfa said…
MULAN..
nak tunggu dia paham kenapa 'setiap 4 tahun tu' yang lambat :)
Zareda Norman said…
tak ada apa yg istimewa tapi tetap suka februari
Irfa said…
KAK ZAR..
sy tahu knape akak suka February.
hehe.bulan akak dilahirkan.ye tak?sib baik tak lahir 29feb.harus 4 tahun sekali baru akak sambut besday ;)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...