Skip to main content

Surat Untuk Cikgu

AMARAN DARI TUAN TANAH KEDAUNG:
surat ini adalah suara hati dari seorang ibu.baca dan cuba fahami tetapi jangan sesekali menilai.sebelum publish entri ni aku dah fikir 3 kali dan fikir lagi 5 kali dan fikir lagi 1 kali..lalu aku publish.jika nanti ada komen 'yang pedas' aku cuba untuk memahaminya..

jika kamu yang membaca ini seorang guru ATAU juga seorang ibu ATAU ibu yang bekerja sebagai guru,maaf kalau tulisan ini agak kasar.janganlah menghukum aku dengan berkata aku seorang ibu yang pantang anaknya ditegur cepat sungguh melenting.aku boleh terima kalau teguran itu dengan cara yang betul.

ini adalah kesinambungan dari KISAH INI..

selamat membaca.

SURAT UNTUK CIKGU
-------------------------------------------------------------
SALAM SEJAHTERA CIKGU..(maaf saya lupa nak tanya apa nama cikgu..mungkin kerana waktu itu saya sangat nebes kerana mendapat berita itu tanpa saya duga)

Pertama sekali.jutaan terima kasih atas kesudian cikgu mengajar anak saya.besar sungguh jasa seorang guru walaupun saya tahu cabaran mendidik anak zaman sekarang amat berbeza jika hendak dibandingkan zaman saya dahulu.

Ibu bapa zaman saya dulu kalau anak dimarah oleh cikgu mereka tidak berani memberitahu ibubapa kerana silap haribulan mereka pula yang dimarah kembali oleh ibubapa walaupun kesalahan belum dibuktikan.

Zaman ini ibubapa dah ada blog dan ada fb.sikit je cerita tak enak di dengar dari mulut anak sudah keluar cerita kat blog ataupun sudah update status kat facebook.

Ikhlas dari hati saya berterima kasih bila cikgu menegur perlakuan anak saya semasa disekolah.Saya sebenarnya tak tahu macam mana kelakuan anak saya di sekolah kerana saya tak nampak.kalau boleh jadi halimunan susah tentu saya akan jadi halimunan dan duduk di sebelah meja anak saya dalam kelasnya dan memantau perlakuan anak saya itu.kalau nakal saya cubit-cubit lengannya sampai lebam.tapi itu adalah mustahil.

Oleh yang demikian saya sangat terkejut bila cikgu kata anak saya 'seorang yang fussy boy'.kata cikgu 'dia ni budak yang suka bagi alasan.kalau suruh buat sesuatu ada je alasan'.bila saya tanya cikgu 'ada ke homework yang tak siap?' tapi cikgu kata 'takde'.saya pun pelik apa maksud 'fussy boy' yang cikgu maksudkan itu.

Saya berterima kasih sebab cikgu sudi menegur kelakuan anak saya itu.kalau tidak kerana anak saya tertinggal duit poket dan saya tidak datang ke sekolah menghantar duit tersebut di kelasnya sampai bila pun saya tak tahu perangai anak saya.Cuma saya 'sedikit terkilan'.maaf ye cikgu 'sedikit sahaja'.itupun kerana cikgu memberitahu saya tentang kelakuan anak saya itu dihadapan kelas dan semua mata memandang ke arah kami dengan penuh minat.Alangkah bagus kalau cikgu usaha sikit bangun dari meja guru itu dan berjalan ke pintu memberitahu saya tentang perangai anak saya itu.

Ye,dia masih budak kecil.baru 7 tahun apa sangat yang dia tahu.semasa cikgu memberitahu perangainya kepada saya dia masih mampu tersenyum seperti tiada apa-apa.saya pula yang malu..sebab saya dah tua,bukan budak-budak.rasa macam saya tidak pandai mendidik anak pula pada saat itu.tapi walaupun dia berumur 7 tahun tapi saya tahu dalam hati kecilnya dia ada rasa malu.ye,memang dia malu.semalam dia bercerita pada saya yang dia malu kepada kawan-kawan.Kebetulan pulak semasa cikgu mengadu tentang perangainya ada kawannya yang tumpang semulut mengadu pada saya yang anak saya itu 'buat dia'.maksud buat itu mungkin juga 'bergurau kasar'.budak lelaki biasalah.kalau anak saya mengadu orang buat dia pun saya akan melenting sedangkan saya tahu anak saya itu pun boleh tahan perangainya.

Cikgu..
Saya harap cikgu bersabar dengan karenah anak saya itu.Mungkin dia masih dalam proses belajar.Baru bulan ke2 dia bersekolah.Berilah dia peluang dan dalam masa yang sama saya juga akan sentiasa berpesan kepadanya agar menjaga tingkah laku.

Sekian.Wasallam

Dari saya..
Ibu kepada pelajar cikgu yang bernama ..dot dot dot

-------------------------------------------------------------
emm..
luahan hati seorang aku.sejujurnya,kita tak tahu macam mana perangai anak kita bila di sekolah.mungkin dirumah pijak semut pun tak mati tapi dibelakang kita..gajah pun disepak macam bola.Sebagai ibu aku dan mencuba sedaya upaya mendidik anak-anak.Harapan semua ibubapa supaya anak-anaknya menjadi manusia berguna dunia akhirat.


Abang..
umie harap ini kali pertama dan terakhir umie dapat repot perangai abang dari cikgu sekolah...jaga perilaku abang kerana abang membawa nama ibu bapa dalam diri abang walau kemana abang pergi.kalau baik budi pekerti abang ..nama ibu bapa akan dikait sekali dan begitulah sebaliknya.

akhir kata SALAM MAULIDUR RASUL DAN SELAMAT BERCUTI :)

Comments

rumah kuning said…
saya pun seorang guru...dan walaupun saya tidak terlibat dgn insiden itu tapi saya amat berdebar ketika membaca en3 ini.
saya faham perasaan irfa kerana semua ibu bapa inginkan yg terbaik utk anak2 kita.
memang cikgu tersebut tidak sepatutnya memberitahu/mengadu secara terbuka di depan kelas begitu.sedikit kesal dgn cara dan gaya cikgu tersebut berinteraksi dengan ibubapa.
biasala tu irfa, kanak2 baru 2 bulan masuk sekolah. jgn risaulah...
Mak Su said…
errr... pemikiran cikgu sekarang ngan cikgu dulu sgt berbeza... apakah mgkn kerana mereka ada banyak silabus utk dicover? ontah. x pahamlah
saya said…
Mmmm... Tak tau nak komen apa, tapi budak zaman sekarang pun bukan mcm zaman kita dulu, dan cikgu zaman skrg pon tak mcm cikgu dulu. Budak dulu walopon nakal tapi dgn cikgu dia takot. Cikgu skrg pulak menegur tak pandang kiri kanan tak mcm cikgu dulu panggil murid ke bilik guru sorang2 dan cakap apa benda yg nk ditegur. Entah la takot memikir zaman kedepan mcmmana pulak cabarannya...
Unknown said…
hmmm,aku rasa cikgu tu patut bagitau secara berdepan bukan dihadapan kelas..yelah,budak 7 tahun mestilah byk karenahnya..tak bolehlah nak anggap semua budak baik je kan...sabar yer
Zareda Norman said…
Irfa

Cikgu pun manusia biasa . Dia dah tak berapa kebal macam cikgu dulu dulu yg penuh dgn sifat moral.. Heheh tapi kita tak boleh menafikan tugas guru ygmulia tu kan kankan

Kak zar pun pernah mengajar tapi jiwa guru tu tak tebal so tukar profesion. Tapi first day tahunni kat sekolah ika kak zar dgr sendiri sorang guru pompuanbertudung labuh ckp kat anak murid dgn nada serius.. "awak semua ni pergi sekolah buku hapa pun tak bawak, bawak telur dua biji aje boleh diharap" uikss mak aih che memon terkesima.. mestihidup cikgu tu sedih kan sampai mental dia boleh tergamak melepaskan kata kata tu.. Harap harap guru guru pada maa kini masih tebal dengan jiwa keguruan. Cikgu bolehhhh.. Eh.. Tetiba..
izawani said…
Biar cikgu ngadu apa saja perangai anak kita... supaya kita tahu sikap anak kita. Cuma sound kat cikgu, pelan pelan skit yer cikgu... nanti saya kecik hati.... hehehe...

Apa apa hal pun, akak pegi jumpa anak waktu rehat... atau panggil anak keluar dari kelas. Bila jumpa cikgu pun waktu dipanggil... atau akak sendiri akan panggil cikgu ke pintu... :)


:)
Luna said…
walaupun aku skrg dh jd cikgu, tp aku x terasa dgn entry ni dan tidak juga berpihak kpd sesiapa..sbb tak pasti kejadian sbnr kan..tapi kalau sbg ibu, aku faham...ibu mana lah yg happy kalau anak diperlakukan begitu...wpun skadar kata2 tapi x betul juga caranya,sbb di dpn kelas. kalau ikutkan,fussy tu maksudnya cerewet. mcm x kena pulak dgn yg dikatakan 'banyak alasan' dan 'tak siap keja sekolah'tu. apa yg sbnrnya cikgu tu maksudkan?aku rasa dia salah pilih perkataan.kesian lak.mungkin ni kifarah bg dia lah..lancar sgt menilai dan menegur anak org dpn2..skali terkeluar perkataan yg lgsg x kena dgn apa yg dimaksudkan. ntah apa2 je.
lieynanilaz said…
err...aku tak tau nak komen apa...
paridah said…
assalam irfa...cikgu tu terasa dirinya sgt bijak kot..sbnrnya kureng serba serbinya...
Leney said…
Irfa,
Anak saya pun 7 tahun. Saya tak pernah pergi pun tgk dia kat sekolah lepas hari registration tu...macamanalah perangai dia kat sek. Kalau saya pun tentu terasa kalau cikgu ckp begitu depan semua orang. Sebab tu saya tak suka gi ambik report card. Semua yg tgh tunggu giliran boleh dengar apa cikgu komen.
Irfa said…
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG KOMEN.
pada hari kejadian itu aku sempat ke kedai buku sbb nak beli satu buku yang belum ada.akak koperasi tu peramah dan dia tanya 'anak skolah drjah berapa?'so aku tercerita anak darjah 1 tp bukan anak sulung.tadi tertinggal duit poket sy datang hantar kat kelas.tak sangka pulak kedatngan sy ke sekolah hari ni dapat berita kurang gembira.cikgu komplen anak saya.sy boleh terima cuma cara menegur depan semua murid tu je buat saya terkilan'.tahu apa komen cikgu tu?kata akak tu 'cikgu darjah 1?yang badan besar sikit dan pakai spek tu ker?aku cakap 'yelah kot.tapi saya boleh tak perasan pakai spek ke tak'.tambah akak tu 'kalau yang badan besar pakai spek tu mmg camtu.ramai dah org komplen pasal cikgu tu'..ooooooooooooooooo kalau camtu bukan aku je la yg kena.
balik dr koperasi siap intai lagi nak confirmkan cikgu tu pakai spek ke tak/konfem la dia adalah cikgu yg akak koperasi tu citer
Anaasuria said…
relex ye irfa.. ala kecik lagi abang tu.. baru jer masuk sekolah, mestila banyak perangainya.. cikgu patutnya lebih peka dan faham kerenah budak baru masuk sekolah ni.. perlu ada cara yang sesuai untuk menangani situasi macam ni... saya pun anak darjah 1 gak, memang macm2 kerenah..
Unknown said…
bersabar yea!anak saya si iman pula,cikgu pesan balik rumah kena baca lagi yea,tak lancar lagi,tapi yang best tu cikgu siap bercakap lau tak lancar lagi cikgu tukaq kelas...! napelah cikgu berkata sedemikian rupa?apa apa pun anggaplah itu sebagai kata kata semangat...
mummY daniSha said…
hurm..rasenye cikgu tu x patut hehee....x salah die nak tegur/komen,tp tegurla dgn cara berhemah=p

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...