Skip to main content

Sarapan Nasi Goreng Bersama Tauge Hijau


gambar ambik kat SINI

wah!macam skema sangat tajuk.seumur hidup aku tak penah beli tauge hijau ni.kalau beli pun tauge putih yang biasa je,itupun jarang-jarang.sejak baca artikel katanya tauge putih tu diorang siram ngan air kencing untuk bagi rangup lagi la aku elakkan dari beli tauge.tauge putih yang kasar-kasar tu pun baru je berani makan ;)gitulah kisah aku dengan tauge.

dan aku tergoda bila baca kat satu blog (maaf lupa blog sapa) dia citer pasal tanam tauge.kat situ aku baru tahu ada tauge kaler hijau.dia makan macam salad je.lepas baca tu ingat habis kat situ je lah.kebetulan jumaat lepas gi pasaraya dekat rumah..pusing-pusing tempat sayur tu aku nampak tauge hijau tu..nampak segar je.terus capai.masa tu tak fikir nak masak apa pun..sabtu ahad takde kat umah.semalam ingat nak masak sayur tu letak dalam nasi goreng tapi semalam kan Isnin Yang Huru Hara.mana sempat nak bergoreng nasi.

maka pagi ni impianku tercapai

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dipersembahkan NASI GORENG TAUGE HIJAU namanya ;)



jemput makan korang :P

Comments

Kakcik Seroja said…
Sedap tak tauge hijau tu? :)
Irfa said…
KAKCIK..
sedap jugak..tapi dia tak rangup macam tauge putih tu.macam sayur biasa je
Irfa said…
MAMA EMA..
pun baru je berkenalan ngan tauge.
dulu tauge putih tu pun sy x makan.
saya rasa bau dia meloyakan.
Kakzakie Purvit said…
Kakak taugeh putih ke hijau ke memang makan semuanya. Tapi yg hijau biasa kakak tumis dgn carrot dan cendawan butang sedap tau...
Irfa said…
KAK ZAKIE..
oh.tq,sy baru je fikir ada belen lagi tauge hijau tu nak masak apa :)
Anonymous said…
jujurnya ni baru cheqna tahu tauge ada kale hijau
hehehe
Irfa said…
CHEQNA..
jujurnya saya juga pun baru kenal tauge hijau ni dan baru tadi pertama kali makan ;)
Yunus Badawi said…
kalau beli tauge putih yg biasa tu Jumaat lepas pagi ni tentu tauge tu pun dah hijau ..... hahaha
pB said…
wah ...

demo...

bulae depae nok jalae jauh ....

nok ikuttttt
lieynanilaz said…
rasa macam tak jumpa lagi tauge ni...
Irfa said…
YB..
ye ker?biar betul..

KAKPB..
sapo nak gi jalae jauh?kakpb ko?
Irfa said…
LIENANILAZ..
tak perhati betul2 kot sebab tu x jumpa..kat pasaraya mesti ada tu
Yummeh! Sedapnye nasi goreng ko. Bt aku nak msk nasi goreng gak blk umah t. Hehehehehe...
NenetPenne (NP) said…
sedikit minyak
bawang putih diketuk2 manja..
sos tiram
taugeh hijau

goreng bawang putih sampai berbau harum
masukkan sos tiram
masukkan taugeh hijau, ajinomoto (kalau suka) masak kejap jer tau...seminit gituh
walla siap...
Irfa said…
FARA..
sedap sgt tu taklah..tapi habisla satu bekas tu aku sorang ;)lunch pun tak payah keluar makan

NET..
oh tq utk resepi itu ;)
selalu masak camtu utk siew pak choy je

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...