Skip to main content

Fisio Day 1 (8/02/2012)

Just For Record

semalam jam 4.15 petang aku dah sampai ke medical centre.hujan lebat yang amat selamba je park sebelah ambulan.sambil parking siap doa moga-moga keta tak kena clamp.kalau kena jugak kenalah merayu 'encik.saya sakit pinggang.takleh jalan jauh.so mintak tumpang park kejap je'.hehe.ambik nombor nak jumpa doktor dulu.emm sib baik tak kena tunggu lama..sebelum aku ada sorang je brother tengah tunggu turn.Dr dah tahu history aku dan dia tak banyak cakap.tulis apa ubat kena ambik dan suh aku masuk bilik fisio.oh!adik yang peramah itu takde.suka adik tu dia sangat friendly.tak rasa malu nak fisio ngan dia.tapi adik fisio baru ni pun boleh tahan.tak kenal maka tak cinta.hehe

baring dulu..emm katil ni kecik sikit.dulu katil besar.mungkin ada orang tengah guna katil besar.memilih sungguh la..tak padan dengan sakit tuh.adik fisio bagi penerangan sikit.katanya nampak bengkak so dia tak letak pasir panas macam dulu.tapi ganti dengan seuncang besar ais.sejuk beb.lama gak la uncang ais tu tercongok atas belakang pinggang aku..dah kebas diganti pulak dengan sejenis gel dan diurut,emm nyaman seh.

abis je sesi urut..diganti pulak dengan pad yang akan mengalirkan arus elektrik yang selamat la..bukan karan biasa tu (suka suki je guna ayat sendiri).rasa macam kena gigit semut halus tapi tak gatal..macam kena garu pun ada.lama la sampai aku tertido.huhu.sedar-sedar mesin berbunyi 'titttttttttttt'.okey sesi fisio pertama dah setel.jam sudah pun ke angka 5.00 petang.terus balik umah je

hari ni sesi ke 2.

bai

UPDATE KEMBALI JAM 4.30 PETANG..
fisio kensel..budak2 fisio tak de.diorang dipanggil balik ke HQ..emergency.penat je aku bergegas keluar opis nak kejar time fisio jam 4 ptg.huhu.ingat tadi lepas fisio balik terus dan malam ni dapat tido lena.non ado....kena balik opis semula.

harap2 esok boleh sambung fisio.

Comments

*SiRibenMerah said…
pasir panas tuh penah try sendiri kat umah.. bila baca entry neh teringat lak kesah dulu2.. :)
Anaasuria said…
wah, macam kat spa pulak ye, ada sesi urut urut..
moga sakit pinggang irfa segera sembuh...
dee said…
teruk sakit pinggang ko irfa... ko penah jatuh ke?
Irfa said…
SIREBEN MERAH
@pasir panas tu kita boleh buat kat umah tapi sapa yg nak tolong buatkan..lagipin kat umah banyak la 'gangguan'.pegi kat med centre ni mmg ada org buatkan step by step dan kita tadah je :)

ANAA..
harap2 gitulah..tak selesa sungguh nak bergerak bila sakit pinggang ni

DEE-DEE..
kecik2 dulu penah la jatuh motor.jatuh pokok.muda2 tak terasa lagi bila dah tua sikit baru nampak kesannya :(
Lady Windsor said…
Irfam u buat fisio nape? kat mana? i suka kalau baring dengan hot pad...yang sesi fisio suck tu pun best gak kan..ada rasa macam kena gigit semut..geli pun ada ..hihi...err u sakit apa ni? take care tau!
Unknown said…
Salam,
Moga cepat sembuh ! LF ada menggunakan mesin arus elektrik (OTO brand .. tak mahal sangat .. RM 1200 lebih kurang) ... boleh cuba !
Irfa said…
LW..
sakit pinggang/belakang..sy fisio kat medical centre klia je.tak perlu ke hospital.biasala..keje banyak duduk ni cepat sakit bahagian pinggang

UNCLE..
tq fr doa.rm1200 tak murah bagi saya :)
Aidah said…
Hmmm..,akak baru khatam post Irfa yang tak sempat baca sebab dah 2 hari akak tak sihat. Gastrik dan macam2 lagi sakit orang tua. Semoga Irfa sembuh sebab akak pernah dengar orang yang pulih sepenuhnya dari fisio je. Akak ni cakap org, diri sendiri pun tak pernah check, apatah lagi fisio. Hehehe.
Irfa said…
KAK AIDAH..
oh akak pun tak sihat jugak..
biasalah kak,sakit ni nak dtg senang je..nak pegi tu yag liat sikit.beringat juga sakit itu penghapus dosa :)
Mak Wardah said…
Irfa, sabar sebyk2nya. Kami doakan Irfa cepat sembuh. Insya Allah selalunya lepas diduga ALLAH kurnuakan rezeki yang lebih baik. RM1200 akan digantiNYA dalam bentuk lain dimana niali berlipat kali ganda. Sabar ye Irfa.
Irfa said…
MAK WARDAH..
mekasih atas doa itu :)
harap2 tak kritikal smapai kena beli tilam tu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t