Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

ByeBye 2013, Welcome 2014 dengan AZAM Baru

Hari ini 31 DEC hari terakhir untuk tahun 2013 manis + pahit + masam semua ada tawa ria dan airmata bergabung membentuk warna2 kehidupan  sebagai penulis diari tegar wajib tulis, kalau tak tulis .. ada rasa kekosongan dalam jiwaku 'kosong .. kosong' bak lagu Najwa Latif si merah telah mencatat sejarah lalu 2013 si biru Insha Allah, semoga yang manis2 akan tercatit dilaman kosong 2014 itu seperti biasa, azam baru dah tersenarai tapi ada satu azam kena renew yang tahun lepas punya yang tak kesampaian takyah nak senyum2 ye kengkawan doakan moga aku berjaya dan dikuatkan semangat, hihi ops, tadi aku dah gi ambik darah  (posa start jam 10 malam tadi) doc kata result keluar next week harap2 keputusannya tidak membuatkan darah naik, hihi kopi pasta dari blog Kevin Zahri  Dear fren yang rajin singgah baca sesekali mengomen disini TQ banyak2 maaf kalau selama berceloteh, ada yang terasa hati Jumpa lagi tahun depan sayang kor

Masa Kita Dan Anak2

Terlintas nak tulis pasal ni bila baca  BlogOurkizuna , kalau rajin, baca situ dulu baru korang paham apa yang aku nak tulis. Dalam 24 jam sehari, berapa lama sebenarnya masa kita dengan anak? Contoh aku sendiri: Isnin - Jumaat (hari bekerja) 7.20 pagi dah keluar rumah, sampai rumah jam 6.20 petang. Ambik anak kat rumah pengasuh, balik umah, masak untuk dinner, ajar anak ngaji Lepas Isya tengok tv kejap. Pung pang pung pang 10.30@11 malam anak2 dah tido Sabtu Ahad - kalau takde xtvt, duk lah umah sepanjang hari dari pagi sampai malam - kalau en abe cuti, keluar makan2 kat luar @ balik jenguk mil n fil kat Cheras - kalau en abe keje, dan CV sudi bawak jalan, kami keluar cuci mata kat shopping mall terdekat, hihi Itu rutin aku, korang pun rasanya lebih kurang je kot. TAPI, dalam sabtu ahad tu wpun ada kat rumah bersama anak2, banyak lagi mende lain nak buat. Basuh kain, kemas umah itu ini begitu begini. Berapa lama sebenarnya yang kita betul mengadap anak? dengar luahan

Cicir, Tercicir @ Keciciran ?

penat, penattttt sangat macamlah jalan kaki naik bukit turun bukit, huhu walaupun tak mendaki, ia tetap penat  penat turun naik keta, penat mendengar, penat beratur bla bla bla tadi cuti 1/2 hari cuti penghabisan untuk tahun 2013 meneman kakak orientasi Form 1 beratur beli buku biasa lah, semua nak last minute tadah telinga dengar taklimat dari pihak sekolah yang aku ingat ialah: - anak2 yang baru melangkah ke sekolah menengah ni dalam krisis mengenal diri untuk memasuki alam remaja bila cikgu cerita serba sikit gejala sosial remaja kini meremang bulu roma aku semoga dijauhkan anak2 kita dari gejala tidak sihat tapi, kakak belum tahu duduk kelas mana sebab nama takde dalam list ada 12 kelas untuk Form 1 tapi nama kakak takde *tarik napas, hembus* kata mereka2 disekeliling itu biasa bagi murid2 yang baru bertukar sekolah jadi sabar jelah menunggu khamis nanti baru tahu duk kelas mana harap takde masalah emm, nak apply cuti 201

Laman Internet, Kongsi Maklumat Biar Berpada-pada

penah terbaca kat mana, dah lupa sekali ko mendaftar kat laman internet sampai bila2 pun ada history ko kat situ contoh mudah:  masa remaja galak upload gambar di laman internet esok-esok, 30@40 tahun akan datang cucu korang boleh tengok balik gambar nenek pada zaman gemilang nya kalau gambar yang baik takpelah kalau sebaliknya? sendiri fikir jadi berpada2lah nak share kisah kehidupan dilaman maya ini 10@15 tahun lagi, cucu aku baca blog 'neni' nya kot amboi, nak 'neni' sekali cucu panggil opah, kah kah kah selamat berhujung minggu emm, apa program ye?

Sakit Lutut ? Donna Glucosamine Sachet OK Tak?

ada sesapa yang penah nampak produk ni tak? tak kisah ler penah guna sendiri @ beli untuk family @ mak ayah cer bagi pendapat an  sikit orang kata bagus utntuk lutut testimoni terdekat ialah kawan aku bukan untuk dia, tapi penah beli untuk mak dia yang dah lama sakit lutut dah lama solat duduk, akhirnya merasa solat sambil berdiri dulu dia beli ngan kawan aku yang buat promosi CCM kat lobi opis kami semalam wsap dia, tanya bila ada bukak kiosk kat sini lagi tapi katanya, dia dah benti keje emm, kalau okey .. ingat nak cari lah kat farmasi # kes aku masih terkawal masih mampu solat berdiri, saja la nak tanya pendapat sesapa penah cuba produk ni

Fakta @ Auta Anak No 1

eh! Khamis ke hari ni? Ingatkan hari Isnin (poyo amats) Ni entri kopi pasta yang di edit dengan gigih kuasa kuda kepang  # KHAS UNTUK ANAK NO 1 (aka anak sulung macam i, en abe dan jugak kakak) 1.Senang memaafkan orang  *mcm ye, macam tak* 2 .Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang *garang? tanya anak2 aku konfem diorang cakap umie garang, nak pulak kalau tanya si Ajaa, sekarang asik komplen 'umie selalu marah kita' huhu, mau tak marah, pinggan mangkuk periuk belanga aku jadi menan dia, padahal menan sendiri ada sebakul*      3. Kalau gelak tak ingat dunia  *orang kata, sesapa yg suka gelak ni selalu nangis bila sendirian*            4. Sensitif, hati lembut *yang ni aku setuju, memang over sensitif, orang je yang mungkin tak sedar*           5. Ramai peminat *peminat? aku bukan retis yang ada peminat, huhu*            6. Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya *of kos la sayang kalau orang tu sayang kita, tak sa

Cut Your Rice and Sugar, Please Do Exercise

Ini adalah sambungan, kalau nak tahu pasal apa, sila klik sini .. Kan tadi citer pasal sakit lutut yang tiba2 datang tanpa di undang sehari dua ni. So pegi lah jumpa doctor feveret, hihi. Feveret lah sangat, sebenarnya itu je klinik yang ada dekat opis aku. Jalan kaki dari opis lebih kurang 8 minit setengah, itu kalau lenggang kangkung. Kalau berlari dalam 4 minit kot, so far aku belum terai lagi. Duduk jer depan doctor, aku citer la serba sikit (lebih kurang 350 patah perkataan) dan sampai je ayat terakhir, doctor bagi senyuman manis bak madu Tualang (kenal tak? sila gugel kalau nak tahu) . Lebih kurang 7 patah je ayat yang keluar dari mulut doctor benggali tu, 'Cut Your Rice and Sugar, Please Do Exercise' . Ek eleh, kalau gitu, aku pun boleh jadi doctor # kuar bilik doctor sambil nyanyi lagu feveret Ajaa 'Cupcake Cupcake Cupcake, Om Nom Nom Nom Cupcake' lalalalaa lupa lirik # emm bersenam dan kurang nasi ye? dah nak ujung tahun ni, so kita masukkan dalam li

Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara

Assalamualaikum .. doa bila hujan turun Masih di bulan tengkujuh (negara kita ada 2 musim je, musim panas ngan musim hujan) , jadi tak payah terkejut sangat bila bangun tido hujan pun turun dengan lebatnya macam pagi ni. Hati pun berbisik 'tak yah keje lah hari ni, ambik la cuti kecemasan ke, mc ke'. Tapi otak waras mencelah 'woit, ko jangan nak ngada2. Cuti tinggal 1/2 hari je tau, cepat mandi, pegi keje' huhu, baiklah. Pung pang pung pang .. 8.05 dah sampai opis, elok je pun (antara staf terawal datang keje, sila ambik award anda di kaunter sebelah toilet). Kejap lagi nak gi klinik, tak tahu apa kena agaknya .. tiba2 lulut belah kanan rasa sakit. Nak duduk lepas sujud pun siksa, nak kata jatuh ke hapa, rasanya tak de. # macam ni la agaknya rasa orang sakit lulut yang terpaksa solat atas kerusi, huhu. Harap2 tak serius.

Back To School

Hai korang, keje ke? Ingat sambung cuti sampai Rabu, hihi (cuti tahunan dah tinggal 0.5, so bekerja lah kami sebelum kami di kerjakan) Okey, ni kisah anak-anak nak masuk sekolah, 'BackToSchool' kata orang kampung aku. Orang lain dah siap lama dah, aku je baru heges-heges, hihi. Kami memang gitu setiap tahun, bak kata enAbe 'apa susah, esok nak sekolah ..  hari ni pun sempat pegi beli'. *huhu, nanges dalam hati*  Ingat senang ke buat keje last minute, berpeluh aku dalam supermarket tu memilih kain baju sekolah anak2. Sib baik masih ada size. Dahlah semuanya mahal, zaman aku dulu uniform sekolah anak-anak perempuan, mak jahit sendiri. Anak lelaki je yang kena beli. Aku tak beli semua baru pun, beli yang mana penting je dulu. Tapi uniform kakak konfem semua baru sebab dah tukar kain biru gelap kepada kain biru terang (huhu, makcik dah tua, anak dah masuk sekolah menengah) . Walaupun abam menten masih sekolah rendah tapi bila try balik uniform yang lepas, semua dah se

Tahniah Untuk Adik, Happy Besday Untuk Ayah

Semalam ... result PMR di umumkan TAHNIAH untuk adik2 yang dapat straight A bagi yang kurang A .. jangan bersedih jalan masih panjang, usaha lagi untuk masa akan datang A berderet tidak menentu kita berjaya dalam hidup yang penting berusaha untuk berjaya # wah! ayat, kemaen macam pakar motivasi (ker nasi basi?)   Aku ada sorang adik yang ambil PMR tahun ni ni yang bongsu, dipanggil 'Isu' oleh anak2 buahnya 'BFF' kakak masa 2 tahun duk di kampung, hihi Alhamdulillah, resultnya membanggakan kami wpun bukan straight A TAHNIAH ye ISU, dapat jugak 6 ketul A nanti kami korek tabung untuk beli hadiah spesel untuk Isu ye Hari ni ..  20 Disember 2013 Hari Lahir insan bernama AYAH  the only ayah yang aku ada tiada dua atau tiga  dan tiada ganti di dunia ini Happy Besday ke 59 Tahun buat AYAH jasa dan pengorbanan yang tak mampu dibalas hanya doa dari anakmu untuk seorang ayah moga sihat sokmo, dipermudahkan dalam urussan har

Telur Mata Goyang

 Salam Jumaat # yea yea.. dah jumaat, esok dan lusa cuti rehatkan pinggang sarapan pagi ini, pertama kali beli kat kafe ni jauh dari opis aku, kebetulan member hantar husband dia kat situ tapau le sekali # rasa boleh tahan telur mata goyang # nama letak sendiri ada kisah aku dengan telur mata sejak dari zaman kanak2 ribena, aku tak suka telur mata aku lebih rela susah payah untuk masak telur dadar # susah payah tau, sebab kena potong bawang+cili, letak garam, kacau dan goreng telur mata senang je, panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur nak garing ke nak goyang ke ikut suka # goyang maknanya telur kuning separuh masak, hihi orang kata 'tak kenal maka tak cinta' aku membayangkan telur mata ni mesti hanyir nak pulak kalau telur kuning separuh masak sekali terai 'eh! cam sedap le pulak' sejak itu jatuh cinta sama itu telur mata dan kuning telur 1/2 masak nak pulak kalau makan char kuew teow + telur mata bergoy

Clean House (Cuci Rumah)

~ Hallo everybody~ sihat2 ke semuanya? okey, ni nak citer pasal en3 sebelum ni , barang dah sampai petang semalam kes ditutup, Bye-Bye Skynet # setakat ni puas hati dengan Pos Laju  wpun penah barang kena ambik kat pejabat pos sebab takde orang kat rumah tapi diorang call bagitau, takdelah senyap je  ada beberapa siri yang penah aku share tentang kisah pos barang ni rajin boleh baca sini *pos barang pada diri sendiri * mencari cara pos barang yang jimat dan selamat Cerita lain.. Hari apa tah, aku tertengok kat saluran 703, satu rancangan bertajuk  'Clean House' . Seorang pengacara dan 3 pembantu datang ke rumah pemanggil yang buat aduan, mintak tolong ajar diorang macam mana nak kemas rumah diorang. makcik 'Niecy Nash' yang jadi pengacara korang mampu duk dalam rumah macam ni? rumah ke stor? Episod yang aku tengok tu kisah suami isteri yang dah 4 tahun kawen, si suami masuk rumah isteri bawak sebiji sofa je  (itu pun

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang

Dari Blog Kepada Novel

Hai korang (^_^) dah sarapan? lama x tunjuk menu sarapan kan? sebenarnya, takde yang menarik kat kafe sebelah, makan sekadar mengenyangkan perut je dan terpaksa beli situ sebab malas nak menapak jauh, huhu. Okey.. aku perasan sejak dua menjak ni, ramai (ramai bagi aku ialah lebih dari seorang) yang pada awalnya menulis kat blog tapi sekarang ada buku sendiri. Boleh panggil buku ke novel? kalau novel ia berbentuk khayalan-cerita yang di reka, kalau cerita benar .. kita panggil apa? Travelog ke? lantak lah apa pun * tepukan tahniah untuk mereka* hebat kan? Kalau di blog, merepek  apa pun.. orang sudi baca, dia baca. Agak2 membosankan, esok dah tak datang lagi. Tapi kalau buku/novel, mesti pembeli tu minat gila kat penulis, sebab tu diorang beli dan simpan sebagai koleksi. Betul tak? Aku ada beli novel dari blogger, siap rekues suh tanda tangan lagi TQ SIS HANIS AZLA novelnya bertajuk Takdir Fitrah Terindah. Sekarang ni aku tengah aim beberapa buku dari blogger (dah beli nanti,

Sate R&K kini di Enstek dan Cadar Cotton Patchwork

Salam Jumaat.. # eh! dah jumaat ye, tapi kenapa rasa macam hari Selasa? (ini semua poyo, maklumlah semalam baru keje selepas Selangor cuti tu hari, hihi) Sebelum bercerita, kalau korang berminat dengan cadar cotton patchwork .. boleh buat pre-order. Ala, cadar kain cotton tampal yang coraknya cantik2 tu. Aku tengah kumpul order, tarikh tutup order 20 Dec ni. Insha Allah, kalau ramai order, harga makin murah. Contoh cadar macam gambar kat bawah ni. close up Cadar Cotton Patchwork Untuk lebih detail boleh ke  HajarCloset   # harga istimewa pagi kenkawan dari blog kesayangan aku ni malas nak klik situ, boleh wsap aku kat 016-6116459 Ni kisah malam tadi ... rasa sunyi sangat kat rumah, cuma aku dan kenit Ajaa je. Kakak dan abam kat umah makwan di Cheras, En Abe keje shift petang. Sebab dah takde sapa kat umah, nak masak pun malas. Sib baik sebelum balik, member yang aku tumpang gi keje tu singgah tapau sate. Makanya, dinner sate jelah malam tadi. Okey, nak kongs

Kalendar 2014

ni antara aktiviti hujung tahun baca kalendar, hihi ( baca dan sambil menelaah tau)  apa yang selalu aku tengok? # bila cuti raya posa dan raya haji? jatuh pada isnin selasa @ khamis jumaat? sebabnya.. kalau jatuh hari tersebut, jimat tak yah ambik cuti tahun cuti tu dah gabung ngan sabtu ahad, dah sakan cuti raya # in lieu banyak tak cuti umum jatuh pada hari sabtu? boleh simpan sebagai cuti kecemasan ;) # cuti sekolah ini pun penting kotlah nak gi cuti2 (kalau) dan merancang untuk balik kampung  korang kalau tengok kalendar tahun baru, apa yang korang selalu tengok? # ada sesapa nak sedekah diary tahun baru 2014? jangan memalu, sila pm saya tau  (^_^)

BBQ Santai di Wetland Putrajaya

INI KISAH SABTU LEPAS # sehari sebelum si abam bersunat Ini bukan family day opis aku, tapi opis adik aku CikViva cerita penuh boleh baca kat blog dia pintu masuk Wetland Putrajaya selepas 'berpusing' beberapa kali, akhirnya jumpa pintu masuk jangan marah je CikViva model of the day tak berapa sihat, bila batuk nampak mencungap je sian kita (dia suka bahasa kan diri dia sebagai 'kita')  cuba teka mana satu kaki sikenit Ajaa? soklan mintak pelempang, hehe aku dengan adik2 dan anak2 je # en abe keje  love heart, diamond umbrella 'ini burung, bukan rama-rama tau' # marah dia bila kami kata dia buat rama-rama dari tempat parking keta, naik tram ke tempat kejadian Elok kami sampai, hujan pun turun .. tak lebat tapi kalau berdiri tengah hujan tu selama 15 minit, basah jugak la baju tu. Sarapan dulu sebelum bertolak ke tempat kejadian. Tram bawak kami pusing2 kat tempat tanam pokok, pastu lalu kat tempat flamingo, masa

Abam Sudah Layak Satu Saf Dengan Orang Dewasa

Yeayyyyyyy, abam sudah layak satu saf dengan orang dewasa bila solat di masjid nanti, hihi. Biasa kena duk belakang dengan bebudak lom sunat, sekarang dah naik taraf. Meh kita kongsi cerita sebagai kenangan  ... kalaulah blog ni masih wujud lagi dalam masa 10 tahun akan datang, abam mungkin mintak aku delete entri ini kot. Kuar rumah pepagi, jam 8.30 di klinik. Dah ramai yang berkain pelikat tunggu turn jumpa 'Doktor Mudim' hihi. Abam dapat giliran nombor 10. Oh lupa, abam ambik pakej laser dengan bayaran rm150. Memula nak ambik kaedah clamp tu konon tak sakit, tapi ramai yang kata clamp lambat baik. Dan kebetulan masa menunggu tu ada seorang bapa bawak anak jumpa doktor semula sebab dah 20 hari bersunat masih lom baik, macam ada gelembung air katanya. Si bapa tu pun kata 'bagus lah puan ambik kaedah laser, saya pilih clamp konon tak nak bagi dia sakit sangat, rupanya clamp ni lambat baik' aku doakan moga anak itu cepat baik. Lain budak lain kesannya kot. Sep

Jawapan Teka Teka: Hati Unta Ubat Asma @ Semput ?

jawapan untuk teka teki minggu lepas jawapannya ialah: HATI UNTA YANG SUDAH DI KERINGKAN wah! dalam 12 yang meneka itu ada 3 orang menjawab dengan betul Kak Erna, KasihIbu dan Aini Zakaria TAHNIAH kepada mereka # maaf takde hadiah, huhu kan tu hari aku ada post pasal si kenit yang ada simptom asma/semput ada yang mencadangkan cuba bagi dia makan hati unta mana tahu serasi dan boleh jadi ubat untuknya dengan izin Allah  kebetulan member ditugaskan mengurus jemaah haji yang lepas aku saja la pm dia dalam nada gurau tetapi serius nak hati unta sikit ingatkan dia lupa rupanya2 terserempak dengan dia last week dia bagi hati unta tu tak banyak, dalam 4 keping gitu  memula tengok dia hulur tu aku macam terkejut jugak sebab aku membayangkan hati unta tu macam hati lembu beli kat pasar rupanya dah kering macam asam keping, hihi aku tak tahu cara sebenar nak bagi si kenit makan tu so aku rebus bagi minum air itupun terpaksa bancuh dala

Jom Teka

sila teka kalau korang bijak bestari psttttttttt, isnin baru aku akan publish komen hahaha  *gelak jahat*

Laa, Dah Jumaat Ke?

This Morning kat rumah: si kenit: umie jangan work, kita nak kawan, umie baringlah sini aku: umie work sayang, umie work 2 je lagi nanti umie cuti, kita kawan-kawan ye dalam keta kawan otw ke opis: aku: eh! ada kemas opis ke? (sebab aku tengok dia pakai kasual *jeans/tshirt*) kawan: taklah, saja je nak pakai macam ni jalan-jalan sembang sembang nak sampai opis ntah macam mana aku tetiba teringat hari ni Jumaat, bukan Khamis member bantai gelak katanya  'patut la tadi awak tegur kenapa saya pakai kasual hari ni ye rupanya awak lupa hari' ini lah natijahnya bila cuti hari Isnin jadi hari bekerja kurang sehari ku fikir Khamis, rupanya Jumaat huhu # esok ada orang ajak join dia pegi family gathering kat Putrajaya Wetland katanya ada bbq, ada telematch jugak anak2 mesti happy harap2 esok cuaca baik selamat berhujung minggu (^_^)

Kenangan: Buah Keranji dan Biskut Tok

Korang penah tak tengok sesuatu dan benda itu mengingatkan korang pada kenangan silam? Masa aku duk skodeng xtvt kengkawan kat MukaBuku, aku jumpa 2 gambar yang betul2 mengingatkan aku tentang nostalgia di zaman aku membesar dulu. Nak tahu? kalau tak nak pun, memang aku nak citer, hihi Biskut Butang   (kata akak sebelah aku ni) aku tak tahu apa nama sebenar dia sebab aku dan adik2 panggil  'biskut tok' dulu ...  masa kecik2 atok suka beli biskut ni bila datang ziarah kami biskut ni memang sentiasa mengingatkan aku pada arwah tok atok suka bercerita  cerita dongeng kanak2 macam cerita kancil dan harimau si buta dan si tempang dan macam2 lagi cerita dongeng kanak-kanak zaman dulu alfatihah untuk Tok # lap air mata Buah Keranji   dalam perahu dulu masa kecik, ayah keje sebagai penebang balak lama jugak la, sampailah ayah tukar kerjaya jadi buruh bangunan di Kota Singa lepas tu tukar kerjaya jadi Penoreh Getah sekarang jadi Tuk