Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Ujian Sakit Penghapus Dosa2 Kecil

Alhamdulillah, dapat bersiaran sekejap walaupun di uji dengan beberapa perkara kebelakangan ini EnAbe suspect denggi, dah 2-3 hari ulang alik klinik check darah # semua hospital panel penuh, takleh admit sebab takde katil tapi hari ni kena usaha jugak sbb dah tumbuh bintik merah di kaki n tapak tangan Abam dan kenit pun demam on off dah bawak ke klinik untuk check darah, so far okey cuma kena monitor kalau demam kena check darah balik cuma aku dan kakak je okey jangan lah sakit serentak, huru hara rasanya okeylah kengkawan kalau sudi doakan en abe dan anak2 kami cepat baik jumpa lagi, Insha Allah

Musim Demam Sana Sini

Badan di opis, hati nun di rumah Cinta Hati demam Abam Cinta Hati dan Ayah Cinta Hati pun demam huhu Anak kawan yang satu rumah pengasuh dah masuk spital malam tadi Sah Denggi aduh! risaunya   mintak letak kain basah kat mata, sebab mata kita panas katanya Cepat baik ye sayang umie semua Demam manja2 je tau # mood kelaut

Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Sudi Order Lagi

Hai korang lunch kat mana hari ni? emm, banyak benda nak buat lunch nanti antaranya ialah pos barang * alhamdulillah, boleh kata sejak dua menjak ni order tak putus2 dan setiap hari kena pos, sib baik post office bangunan sebelah je* antara yang paling dapat permintaan ialah Nasi Arab Al Bayt dan Inner Magic dan terbaru Reevo Malt Coklat (yang ni belum share kat KEDAI ONLINE ) # dulu2 asal cuma suka2, tapi sekarang dah jadi side income Alhamdulillah ni 'baby baru' dalam bisnes jualan aku nak tahu boleh wsap no di atas kalau nak baca testimoni ikhlas Nasi Arab Al Bayt boleh klik Customer Asyifa Customer SariYusa Customer RumahKuning Customer KakZakie jemput kesana kalau nak baca kisah mereka *antara yang membeli dengan aku, ada yang lain membeli tapi takde blog silent reader katanya TQ sebab support bisnes kecik i, sayang u oll* okey, jom jamu mata masak-masak umah mil last week aku masak nasi + sos harrah dan salad dan mil tambah dengan dal

Jeruk Mangga Asam Boi Terlajak Laris Masa Kini

Selamat petang semua meh nok 'sohor etek' (makna sebenar orang kampung aku cakap 'show off') sana sini duk show off gambar Jeruk Mangga Asam Boi nah sekeping gambar buat cuci mata # walaupun bukan hasil usaha aku tapi nak jugak tunjuk boleh lah ye  ni semalam punya citer, jiran anta gambar ni kat whatapps dia dan akak pengasuh buat ni sebesen bagi jiran2 merasa, termasuk lah aku ni resepinya kot adalah yang nak mencuba # ingat nak cari mangga lah barang sebiji dua, nak lagi senang beli je lah BAHAN2: *mangga muda - hiris lah ikut suka nk bentuk apa pun * asam boi * gula dan garam secukup rasa * cili padi hiris kasar* CARA2: gaul mangga yang di hiris dengan semua bahan tersebut tanpa air ye, sebab nanti gula tu cair bercampur air mangga tu sejukkan dalam peti ais untuk 1/2 jam lepas tu boleh nyanyi lagu 'Gardenia' ~ enak dimakan begitu sajaaaaaaaaaa... oh mangga asam boi ~ sekian resepi hari ni (^

Dilema Memilih Tadika Untuk Si Kecil

Assalamualaikum... Moga semua yang singgah sini ceria-ceria hendaknya. Ni ada benda nak tanya. Kisah biasa je, saja nak ngada2 ngan korang. Boleh gitu? dia dan sepupu menadah muka depan maksedara nya maka ini le hasilnya sanggup cakap pakai bahasa isyarat, takut gincu tanggal Sikenit ni tahun depan dah 5 tahun. Kalau ikut sejarah kakak n abam yang lepas, tahun depan dah patut hantar tadika. Tapi masa kat taman lama, pendaftaran tadika swasta masih lagi kategori murah (pendaftaran dalam bajet rm300-500 dan bulanan dalam rm100-rm150). Nak kata pandai sangat tak jugak pun, cuma kenal lah huruf dan nombor sebelum masuk darjah 1. Kat taman baru ni, ada 1 tadika Kemas (aku ada sejarah hitam dengan tadika Kemas cawangan yang sama masa abam umo 5 tahun, penah citer kat blog lamaaaaaaaaaa dulu, malas nak korek balik entri lama. Tapi bila ingat balik rasa macam toreh balik luka lama) . Selain dari tu, semua tadika swasta. Ada Smart Reader Kid, Genius Aulad, Krista dan beberapa

Paris Short Trip 2014: Pertemuan Kali ke 2 dan Bye Bye Paris, Tak Datang Lagi Kot

okey, sampai masa untuk pulang jom nyanyi 'pulang mari lah pulang, marilah pulang bersama-sama' lagu sapa tu? awal tak awal, lebih kurang 7.30 pagi check out dari apartment kerani kaunter pun lom datang keje tinggal je kunci kat receptions # masa berjalan kaki meninggalkan apartment ada sikit rasa sedih wpun baru 2 mlm kat situ, kami dah mula sukakan suasana kawasan perumahan tu sunyi dan tenang je  sampai airport terus cari kaunter check in untuk penerbangan Mas dan tak disangka, pertemuan kali ke 2 dengan NurulWahabDepp ingat lagi pertemuan pertama kami dulu? Boleh KLIK SINI untuk baca  Nurul bersama suami dan anaknya diorang balik bercuti ke kampung halaman Mr Depp      bergambar sekeping dua sebagai bukti pertemuan sama penerbangan pulang ke Malaysia dengan kami kami seat depan, diorang kat belakang sikit dalam flight tak jumpa, aku sibuk melayan mata, hehe   bye bye Paris, jumpa lagi macam tak jumpa l

Paris Short Trip 2014: Bunga2 Berkembang Di Kota Paris

Sebelum entri penutup Cuti2 Mengejut kami ke Paris ni ada entri selingan Sapa sini suka bunga? Aku bukan peminat bunga sangat kat umah aku pun nak jumpa sekuntum bunga pun payah usahkan bunga hidup, bunga plastik pun takde yang ada bunga tulip kayu kenangan masa gi Amsterdam dulu-dulu Tapi bila tengok bunga berkembang aku cukup suka rasa hati aku berkembang macam kembangnya bunga tu meh layan gambar bunga2 berkembang yang sempat aku snap semasa di sana   depan apartment yang kami duduk  bunga dalam taman di Disneyland kembangnya bunga tu sama kembang ngan mak bunga depan tu,  haha jangan ditanya nama bunga2 tu ye, aku tak tahu tiba2 rasa macam nak tanam bunga macam dulu2 tapi masa pindah tu ari, aku dah sedekah semua pasu bunga pada jiran2 lama kalau nak start balik hobi lama, jenuh ler nak kena cari pasu balik macam tak rajin je macam malas je jaga bunga ni boleh tahan leceh kena rajin siram,

Paris Short Trip 2014: Sehari Suka Ria di Disneyland Paris

Salam Jumaat untuk semua yang masih sudi singgah ke sini *maaf lambat update, macam2 perkara berlaku * Jumaat lepas cabut gigi lepas tu balik kampung sabtu, ahad, isnin lawat nenek kat kampung tak enjoy makan sebab sakit gigi dah masuk keje selasa (masih lagi mood menahan sakit) tak tahan punya pasal, Selasa  ngadap doctor balik rupanya ada yang belum selesai (agak ngeri bila ingat balik) susulan kes ngeri tu aku sambung mc Rabu dan Khamis hari ni baru masuk keje semula later aku story eh pasal cabut gigi super seram tu okey, meh sambung kisah NI Alhamdulillah, semua tido lena wpun tempat baru aku kelubung dengan selimut dari kaki ke kepala, wpun dah pasang heater tak tahan sejuk, tapi ada hati nak berhijrah ke negara 4 musim nih kul 4.00 pagi dah terbangun, lapar al maklum ler kat Malaysia dah jam 10 pagi panaskan nasi segera, sambil kemas apa yang patut dibawak kul 7.00 kerah anak2 bersiap paksa diorang makan lepas tu paksa diorang '

Paris Short Trip 2014: City A Residence Apartment Hotel, Selesa dan Bersih

Salam Selasa sori lambat buat sambungan cuti mengejut terkejut ke Paris tu ye seperti yang dijanjikan ni ler tempat menginap kami selama 2 malam di Paris City Residence Marne la Valle-Bry sur Marne booking n bayar online je Euro231.80 (2 malam) untuk kesini boleh naik tren je dari airport Terminal 1 - Terminal 2 - turun di Chatelet Les Halles tukar tren line A- pilih tren ke Marne La Valle turun di stesen Bry-Sur-Marne * tiket boleh beli je kat kaunter* kami pilih untuk tinggal kat sini sebab ia ditengah2 antara airport dan Disneyland untuk ke Disneyland tak perlu tukar tren lagi naik je tren dari tempat kami tinggal tu, last stesen ialah Disneyland sedikit info: check in between 4pm-8pm check out before 11am ~*~*~*~*~ okey, inilah stesennya Bry-Sur-Marne # ejaan tak sama dengan sebutan yang kita fikirkan jalan kaki sikit tak sempat nak berpeluh pun taraaaaaaaaaa, dah sampai pun ini budak merisaukan aku sebelum