Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Jaga Muka Dengan Serum

Salam Jumaat... Sebenarnya aku tersilap hari, mati-mati duk ingat hari ni Khamis. Adoi la, dah tak keje ni kadang haribulan dan hari pun boleh ingat-ingat lupa. Sabor je lah Perkongsian hari ini ialah tentang jaga kulit. Wah ko... bajet cantik sangat kan nak kongsi rahsia kulit cantik. Takde maknanya pun. Aku kulit biasa-biasa je. Takdelah gebu gebas mana pun, cuma takde jerawat batu je. Dah penghujung 30an ni baru sedar nak jaga kulit nak jaga badan bagai, harapnya belum terlambat. Lagi 3 tahun masuk angka 4 series, kekadang rasa jeles tengok akak-akak yang aku kenal nampak cantik walaupun dah bercucu. Moga aku pun cantik dan sihat macam diorang di usia itu nanti, Insha Allah. Aku baru berjinak pakai serum sejak beberapa bulan lepas. Memula dapat free, pakai lah bila ingat. Lama-lama rasa suka bila sentuh kulit muka rasa licin dan lembut je. Takdelah lembut macam pipi Baby Aisha tu, tapi lembut dan lembab lah dari dulu-dulu. Rupanya banyak je serum jual kat pasaran, tinggal

Baby Aisha: Selesa Dalam SSC (Soft Structured Carrier) by Khayla

Hai korang... Hari ni cikebom Aisha mood baik, bagi peluang umie update blog. Dia elok je main sendiri dengan mainan kakcik. Aku nak kongsi sedikit tentang BabyWearing. Dulu2 kalau keluar bawak anak, usung stroller. Tapi memandangkan sekarang ni, pantang silap sikit, cepat je viral. Aku pernah di jeling sebab aku biarkan si abam cuba naik escalator sambil sorong stroller (baby dah aku dukung, stroller tu kosong) itu pun orang dah jeling. Cuba kalau aku sorong dengan baby sekali naik stroller, mau viral cakap ibu yang bangang cuba naik escalator guna stroller. Bukan taknak guna lif, tapi hampir setengah jam menunggu lif, semuanya penuh dengan kapel sihat walafiat yang taknak guna tenaga naik escalator. Huhu Setelah survey dan terpengaruh dengan sorang kawan yang nampak sangat selesa usung babynya dengan SSC, SSC singkatan kepada Soft Structured Carrier. Aku pun baru tahu dengan bertanya kepada En Google, haha. Wow! sangat terkejut bila tengok harganya sampai angka ribu

By Dream Sister Bundle, Kualiti Setanding Dengan Harga

Dulu jarang tengok @ jumpa kedai bundle baju baby. Yang ada cuma untuk dewasa je. Sekarang ni dah banyak, kalau di Facebook tu boleh kata berderet jual baju bundle baby. Aku pun dah jadi ketagih beli baju kat laman bundle baby ni  *pre love lah sedap sikit sebut dari bundle, hehe* . Sebelum tido, duk skrol FB yang jual prelove. Kalau timing bagus, ada orang prelove baju anak-anak diorang yang dah tak muat, baju branded dapat kurang dari rm10 dengan kualiti cantik lagi.  Selain dari kawan baik aku jual bundle baby, yang aku pernah share kat blog suatu ketika dulu  KLIK SINI , terbaru adik ipar pun baru berjinak jual bundle baby. Meh tengok model tak berbayar masa diorang ambik stok, cikebom meyelit bersama sepupu2nya, hehe. Okey jangan malu-malu untuk like page diorang ye, By Dream Sister Bundle . Ada jual selai selai dan boleh jugak beli kiraan kilo (mana tahu korang nak niaga jual kat opis ke, jual kat taman dengan jiran2 ke) boleh pm terus kat page diorang ye.

Dari Dapur DJ Shaz, Mabeles You

Aku sangat kagum dengan orang pandai masak, pandai buat kek, pandai serba serbi. Aku ada ramai kawan yang pandai buat kuih, buat kek. Ada yang ambik tempahan untuk majlis lagi. Kagum giler aku dengan diorang. Aku ni, baru ada orang usik2 nak datang umah minggu depan, minggu ni aku dah seram sejuk kaki tangan 'eh!nanti nak jamu apa orang datang? takkan nak hidang biskut cicah teh o? nak masak menu pelik2, kang tak sedap malu pulak'. Padahal yang nak datang tu bukan nak makan pun, kalau nak makan sedap baik diorang gi restoren yang dah tentu2 masak sedap. Tak gitu? Oh ni sebenarnya aku nak citer tentang salah sorang kawan yang kenal dari blog bersambung ke laman muka buku FB, dan bebaru ni aku sempat merasa air tangannya. Eh makan ati tau hari2 tengok dia post brownies kat Facebook, gigih lah aku masuk order kebetulan dia onthe way nak balik kampung, kiranya order drive thru lah ni. Mujurlah laluannya balik kampung, lalu taman perumahan aku. Ada sesapa kenal? Inilah dia

Chia Seed Ku Bercambah

Salam hari minggu. Apa aktiviti hari ni? Seperti biasa rutin hari Sabtu aku hantar Abam training bola. Tapi hari ni takde training sebab ada lawan bola kat Seremban. Abam pegi tumpang jiran. Tapi hari ni kakak ada tuition extra, maklumlah PT3 dah dekat. Tq ticer yang rajin buat extra class tanpa bayaran tambahan. Okey ni ada benda nak cite. Korang cuba teka apa kah bendanya ni? Ini ialah chia seed yang telah bercambah. Usianya baru beberapa hari. biji ni terlekat kat penutup botol dah bertambah tinggi dalam 1 inci Ada sesapa kat sini guna chia seed dalam makanan @ minuman? Aku ada terbaca tentang chia seed yang bagus untuk turunkan berat badan, saja la nak cuba (nampak sangat ke aku ni mudah terpengaruh? haha) KLIK SINI kalau nak baca, SINI PUN ADA SHARE  (ramai keliru chia seed dengan biji selasih, tapi bukan ye, mungkin sepupu belah mak dia kot, haha *lawak hambar* Aku letak dalam botol air minum aku je, tak buh dalam makanan pun. Takde rasa apa pun, cum

Baby Aisha: Tik To Tik Tok, Sudah 9 Bulan

Assalamualaikum Umie sibuk, maklum lah Home Manager katakan banyak benda nak diuruskan so biarlah saya tolong sapu sawang blog umie ni hihi Hai genap 9 bulan umur saya hari ni kejap je masa berlalu kan? Umi cakap ' rasa macam baru semalam umie terkejut monkey dalam bilik doktor bila tahu saya diam2 dah 3 bulan saya menyorok dalam perut umie' hihi Terima kasih Umie, Ayah, Kakak, Abam dan Kakcik yang sabar melayan saya layan saya yang suka menjelajah satu rumah layan saya bila saya meragam Terima kasih pada kenalan umie dalam FB dan jugak Blog (walaupun umie dah jarang update blog kesayangan nya ini) Sebagai kenangan, saya listkan apa perkembangan saya setakat ini - saya dah boleh merangkak laju, sampai depan muka pintu bila ayah nak gi work - saya dah ada 2 gigi bawah, 2 gigi atas untuk gigit umie, auwwwwww - saya dah boleh berdiri lepas tangan dalam kiraan 2 saat - saya dah makan bubur blend - saya masih menyusu denga

AidilAdha Kami 2016

Orang kata, raya dimana2 pun sama je. Asalkan bersama yang tersayang, itu dah memadai. Aku akuinya sejak berkeluarga dan anak-anak pun dah berderet. Jangan tak tahu, Awal2 dulu kalau tak dapat balik beraya di kampung sendiri, murung beberapa hari walaupun mulut kata redha, haha. Dah 16 tahun kahwin, kami takde sistem giliran balik raya pun. Raya kami tengok bajet, kalau $$ lebih, boleh balik kampung aku. Bajet kureng, raya kat Cheras je pun ok, takde hal. Alhamdulillah sehari dua ni bajet tidak menjadi isu, Cuti pun tidak menjadi hal sebabnya aku pun dah takde majikan dan enAbe bekerja sendiri. Dulu zaman bekerja dengan orang, mereput lah kau tunggu cuti raya lulus, kerja shif kena ikut giliran. Takkan lah tiap tahun muka ko je cuti raya kan? Mana adil bagi orang lain. 11-12 SEPTEMBER 2016 AidilAdha kali ini aku beraya bersama Mil dan adik2 ipar (raya sambil bercuti). Sorang je adik enAbe yang tak dapat join gathering raya kali ini sebab dia buat aqiqah dirumah mertua, so cuma

Cuci Gambar Dengan LifeBuuk

Awal bulan tu ari aku ada cuci gambar guna online, dari LifeBuuk. Gara2 terpengaruh dengan kawan yang cuci gambar percutian dia. Nampak sangat comel gambar2 tu dibukukan dengan buku comel tu. Aku pun ambik jugaklah pakej, RM60/3 buku album. Nampak macam leceh je nak buat, tapi kalau tahu cara, takde lah susah mana pun. Memula sekali, korang kena install apps ni kat henpon dulu ye, pastu pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang. Bayar online, guna Maybank2u pun boleh. Nanti dapat code. Pastu follow je arahan yang simple dan senang faham. Pastu dah boleh lah upload gambar. Lagi senang kalau korang dah siap2 buatkan album dalam Facebook. Tu ari aku tak tahu, jenuh lah skroll satu-satu gambar dari galeri handphone. Tak pasal, ada gambar kena print 2kali. Rugi je Memula stress jugak pilih gambar, sampai 2x kena reject sebab gambar tak menepati piawaian diorang. Diorang akan emel kalau gambar kena resubmit balik. Aku jarang buka emel, tu yang lambat proses. Memula tu