Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Terima Kasih, Kau Tetap Di Hati

Salam Terima Kasih pada yang masih sudi singgah di blog sendu ni makin lama makin sendu, huhu Semalam 24 Ogos 2015 hari terakhir aku menerima gaji sebagai pekerja Setiap bulan sejak 17 tahun lepas, Maybank menghubungkan kami berdua Lepas ni aku cuma mengharapkan 'wang sara hidup' dari housemate Dengan izin Allah, aku takkan  lupa untuk berdoa semoga usahanya diberkati Di murahkan rezki untuk menyara kami semua Hari ini 25 Ogos 2015 Aku datang ke opis untuk kali terakhir Mengembalikan harta benda syarikat yang di pinjamkan kepada aku Selama aku bertanggungjawab menjaganya # sebak weiii Terima Kasih untuk segala kenangan  manis, masam, pahit selama 17 tahun kita bersama Pastinya aku merindui 'lambang wau' itu sampai bila-bila babai

Salam Jumaat

Assalamualaikum, apa khabar semua? Sihat ke? Dah baca A Kahfi ke belum? hihi Kalau belum, jom luangkan masa baca Al Kahfi sekejap Sarapan apa pagi ni? Aku sarapan cekodok je, tu pun bancuh tepung segera cekodok bilis Adabi Rajin sangat kan.... Sunyi dah rumah Abam dah ke sekolah, Sikenit dah ke tadika Kakak je sekolah sesi petang ada meneman Tu ada duk study hari ni last exam Jap lagi nak masak lunch untuk kakak kesekolah sibuk kan suri rumah? sapa kata suri rumah banyak masa lapang? huhu Dah hampir 3 bulan aku jadi suri rumah tak rasmi (masih mc) Hujung bulan ni last day sebagai pekerja dan secara rasmi September aku memegang title baru Sebagai SURIRUMAH SEPENUH MASA jawatan yang tak pernah aku terfikir akan dipegang sebelum pencen aku ingat paling tidak akan berkerja sampai umur 45 (kalau pencen awal) tak sangka Allah rancang lain, bersangka baik padaNya Ramai gak yang tanya, apa planing aku lepas ni? Nak cari keje lain @

Sambutan Raya Taman Perumahan

Ewah, semalam gantung kuali eh? Semalam kan last Syawal, sana sini open house, tinggal pilih je mana nak pegi, kan? Aku ada 3 jemputan je, tapi dua2 nun di Key El sinun, memang tak pegi lah, cik abe keje petang. Malamnya ada Majlis Raya Taman yang dibuat kat surau, first time aku join sejak pindah sini. Boleh tahan meriah, siap pasang khemah dan ada jugak pertandingan gerai tercantik. Aku pegi lepas Isya' elok majlis baru nak bermula. Meh layan gambar anak2 makan, tengok si kenit yang berminyak mulut dengan kuah sate ambik gambar je, aku cuma ambik soto, mee kari tak rasa pun bukan setakat menu raya, buah2an tempatan pun ada aku makan lemang, sate dan soto je perut dah penuh sebab petang tu dah makan macam2 Masa ni lah nak kenal2 jiran setaman, kalau sebelum ni nak nampak muka pun payah. Kalau terserempak masa sidai kain@buang sampah, senyum je lah yang mampu. So far aku suka jiran2 taman perumahan ni, semuanya baik dan tak sombong. Semoga hidup terus ber

Baby Baru: Fasa Suka Makan Kini Bermula

Vitamin R datang lagi, lalalala Masa 3 bulan yang tak tahu perut aku ada 'isi' tu aku memang ada masalah tak lalu makan tapi aku ingat itu mungkin sebab aku sakit (slip disc)  so aku memang tak terfikir itu sindrom tak lalu makan kerana mengandung  bila tahu mengandung, makin menjadi2 tak lalu makan nasi tak lalu, makan pilih2 bila makan pulak, sekadar 'drive thru' sebab lepas tu muntah balik dan sekarang, fasa tak lalu makan sudah berlalu fasa asyikkkkkkkkkkk lah nak makan pulak yang mengganti tengok gambar kat bawah ni ini antara makanan yang dah selamat masuk perut aku sejak minggu lepas #alah, makanan biasa2 je, takde yang taraf hotel 5 bintang pun cendol femes kat area Nilai Cendol Enstek namanya next post aku citer kat mana boleh dapat cendol ni ye ni namanya Roti Canai Melayu kenapa namanya Roti Canai Melayu? sebab melayu yang buat aku memang tak lalu nak makan kedai mamak sejak akhir2 ni kedai roti canai dekat r

Pes Rendang Segera: Mudah Dimasak, Sedap Di Makan

(^_^) Hai korang sementara vitamin R datang ni, meh lah kita update blog buatnya datang vitamin M, berbulan ler blog sendu aku nih bersawang, huhu ni nak tunjuk pes rendang yang aku dapat dari Kak Erna masa bulan posa tu ari masa tu kak Erna datang melawat aku kat umah lama aku simpan pes ni sebab aku kan cuti dari masak2 sebulan Pes ni kawan Kak Erna yang buat, cuma perlu tambah ayam/daging dan santan je mudah kan? sesuai sangat dengan aku yang 'rajin mencuba' nih, hehe aku kalau tengok resepi, nampak banyak sangat bahan memang kensel lah Seingat aku, sejak berumah tangga ni, baru 2x aku masak rendang tu pun tak pasti rasa rendang @ rasa kari, huhu maklumlah, tak penah beraya dirumah sendiri aku masak-masak ni masa mak ayah datang kerumah aku pada hari raya ke4 yelah, bau rendang satu rumah barulah ada mood raya tak gitu Bedah? sapa Bedah angkat mouse, hihi aku masak dalam kuali besar, senang nak kacau memula masukkan

Syawal 2015: Kisah Raya Kami

Seperti dijanjikan dalam entri lepas, meh lah kita update citer raya walaupun dah masuk Syawal ke21. Ye ke? Sorry kalau daku tersilap kira Raya kali ni kami berpecah kepada 2 kumpulan. Kakak dan Abam beraya di kampung, ikut adik aku,  CikViva balik ke kampung 2 hari sebelum raya. Aku dan kenit pula beraya di Cheras bersama EnAbe dan family Mil. Sib baik enAbe keje shift petang, dapat lah beraya pagi tu. Ini tahun pertama beraya tanpa Fil, jadi semua adik beradik EnAbe pakat berkumpul dirumah Sil pada malam raya. Kami berharap Mil happy dan tak terasa kehilangan Fil dimalam raya. Malam tu riuh rendah umah Sil dengan acara masak2, diorang ler yang masak. Aku jadi mandur je, bertuah punya menantu, huhu. Ada rendang, ketupat palas, kuah kacang. Emm apa lagi ye? aku pun dah ingat2 lupa, maklum dah nak basi pun cite raya ku ini. Alkisah Pagi Syawal Pertama... Bangun awal untuk mandi sunat Aidilfitri, pastu mengadap juadah raya, aku makan sikit2 dulu takut nanti keluar balik, diorang