Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Update Penutup 2016

Hai, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah dipenghujung tahun 2016. Banyak perkara berlalu 11 bulan yang lepas, manis ke masam ke, redah je. Lamanya tak update blog. Dah tak tahu apa yang nak dikongsi disini, semuanya dah update kat Facebook (walaupun bukan 100% tapi 50% ada kat situ). Dah setahun 4 bulan aku duk rumah, bukan duduk sesaja, macam2 benda buat jugak. Selain kerja rumah yang tak pernah habis, jadi driver untuk anak-anak, aku masih berjualan online (cuma tak serancak dulu). Seronok tengok kawan-kawan yang dah ada produk sendiri, ada bisnes yang dah stabil, tapi aku masih lagi terumbang ambing, kejap buat tu, kejap buat ini. Tak de satu benda yang betul-betul fokus. Entah lah. Aku harap 2017 nanti akan lebih baik. Banyak perkara dan benda yang aku inginkan belum tercapai. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada. Syukur aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, anak2 dan suami sihat setakat ini Syukur aku masih ada ma ayah, adik beradik dan fa

16 Tahun Yang Ada Macam2 Rasa

Hari ni 18 NOV 2016 November antara bulan istimewa aku selain dari bulan FEB tarikh lahir aku JAN tarikh lahir abam dan kakcik MAC tarikh lahir EnAbe AUG tarikh lahir kakak DEC tarikh lahir cikebom haha senang citer semua 12 bulan dari January hinga December ada keistimewaannya ada kisah yang manis untuk di kenang * ada pahit tu kita campak jauh2* bila dah semakin berumur, lebih sabar dan tenang kalau dulu, soulmate lupa wish anniversary, muncung 8 depa sekarang kalau dia lambat wish, kita wish dulu pedehal kan Renung seketika kata-kata ini Okey, dah baca? Tenang kan rasa bila baca ni Seperti doa2 aku sejak mula kami diijab kabul pada tarikh 18 Nov 2000 Doa aku tak pernah berubah malah makin panjang doa nya, hehe semoga kami bahagia hingga ke syurga dan semoga tanah dan cangkul sahaja memisahkan kami sob sob sob Kepada En Abe walaupun size badan kita berubah mengikut peredaran zaman percayalah, cinta ku padamu t

Kongsi Cerita: VCO Virgin Cocunut Oil

Hai Semua nak share sesuatu yang menarik  (ini bukan entri berbayar ye, ikhlas nak cerita) Sapa sini ambik VCO sebagai supplement harian? Aku ni cukup malas nak makan supplement Tapi yang peliknya, masa pregnant cikebom Aisha, aku rajin pulak Siap makan dengan teratur lagi tau tepuk untuk diri sendiri syabas  Ni antara yang aku makan tanpa culas waktu pregnant VCO by Catalyst * beli ngan kawan opis dulu*  yang ni aku makan masa awal kandungan Lagi 2 bulan sebelum bersalin, aku cuba yang ni yang ni jenis cecair, minum pakai sudu Alhamdulillah, Kelebihan yang aku dapat dari VCO ni dengan izin Allah ialah: - Masa cikebom Aisha ni langsung takde kena tegur dgn misi pasal Hb low. Pregnant 3 yg lepas, asik kena bebel dengan misi sebab hb low. Mcm2 cara aku cuba dan mcm2 petua aku ikut, mkn sayur bayam, mkn kerang, makan hati ayam@lembu. Tp kali ni hb elok je smpai bersalin.  ALHAMDULILLAH. - dengan IzinNYA juga, bersalin dengan mudah.

Kenangan: Air 4 Jenis

Tadi aku duk skroll gambar2 dalam handphone, terjumpa gambar ni. Sebelum delete, meh kita stori mori sikit. Apehal lah ye sampai 4 jug air tu? Nak kenduri ke? Sebenarnya ini gambar masa Ramadhan yang lepas. Aku bancuh air oren sunquick, sekali enAbe balik bawak air jagung. Tak lama tu adik pulak datang nak berbuka sesama, dia pun beli air jugak (2 jenis, aku pun dah lupa air apa). Gambar ini mengingatkan aku pada zaman berpuasa masa kecik2 dulu di kampung. Seronok sangat kenangan membesar bersama adik beradik. Mak ayah melayan je karenah anak-anak berpuasa, kalau 3 anak, ada 3 jenis air. Air tebu, air soya, air oren. Semua mengadap jug air tu sementara tunggu waktu berbuka. Hehehe Itu baru bab air, belum bab makanan lagi. Tapi selalunya, masuk je waktu berbuka, dah togok air bergelas-gelas, dah tersandar kekenyangan air, haha Okey lah itu je nak share, korang pun mesti ada kenangan camni kan? Sekarang semua sudah berfamily, kita pulak layan karenah anak-anak berpuasa

Hari Repot Kad Tadika, Tahun Akhir

 5 Nov 2016 Sabtu   Tadika kakcik mengadakan pertemuan dengan ibubapa untuk memberitahu sejauh mana prestasi anak-anak selama belajar disitu. Alhamdulillah komen guru tentang kakcik boleh dikatakan baik. Seorang pelajar yang mendengar kata, tulisan cantik dan kemas, boleh membaca dengan lancar. Cuma Math dia masih confuse antara tambah dan tolak, hehe.    kakcik dengan guru yang mengajarnya ni kotak hikmat, hehe segala tugasan sepanjang tahun ada dalam kotak ini simpan sebagai kenangan ye Cuma satu komen cikgu, kakcik agak lambat bergaul bila buat kerja berkumpulan. Emm tu memang tak dinafikan. Dirumah pun dia cuma berkawan dengan adik beradik, kalau ke rumah saudara mara pun dia cuma rapat dengan sepupu2 yang sebaya. Aku pun bukan selalu biarkan anak-anak main diluar rumah tanpa pengawasan, keluar aku maka keluarlah anak-anak. Kalau aku berkurung dalam rumah, dalam rumah jelah diorang main kecuali si abam yang dah pandai berkawan, itu pun setakat kelua

Bukan Tak Rindu, Tapi .... Ntah lah

Assalamualaikum... Status Cik Ina Dodocheng pagi ini terharu weh bila nama ku diseru *macam tetau aku charge laptop malam tadi dengan niat nak update blog barang seperenggan dua, hehe* serius tak tipu, bukan tak rindu langsung nak aktif berblog macam dulu2 tapi ada je benda yang menghalang * huruf M tu besar sangat, bertenggek atas kepala* asal aku on laptop je, ada lah tangan kecik tu tarik2 baju ajak baring asal aku on laptop je, dia tengah tido tetiba buai bergoyang macam tetau je aku tengah on laptop 23hb October lepas genap umurnya 10 bulan makin banyak akal ada 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah yang suka geget orang belum berjalan lagi, baru lepas2 tangan meniti sofa sudahnya, meh lah kita berbaring wahai anak oi sedar2 hari berganti minggu minggu berganti bulan sedar2 bulan pun dah sampai hujung tahun satu lagi, aku dah terlalu aktif di Facebook semua benda dah cerita kat facebook sampai dah tau nak share cite apa kat b

Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak-Anak

Hai blog *lambai ala ratu* kebetulan bukak laptop ni meh lah kita update blog sepatah dua kata Alhamdulillah, setelah bertangguh sekian lama akhirnya urusan buka akaun Tabung Haji untuk anak2 pun selesai Susahnya sebab Tabung Haji takde di Nilai kena pegi Seremban @ Banting, yang mana terdekat Nampak sangat beza buku lama dengan buku baru buku kuning tu aku dan kakak dah bukak tahun 2010 dan 2011 tapi tak aktif, so bila nak simpan duit kat Bank Islam tak boleh katanya, akaun tak aktif kena aktifkan akaun semula di Tabung Haji Alang-alang dah sampai Tabung Haji teruslah buka akaun untuk abam, kakcik dan cikebom fuh lega rasanya Untuk buka akaun Tabung Haji - mykid @ surat beranak - isi borang di kaunter - rm10 untuk buka akaun tapi belum daftar haji, sebab perlukan rm1300 dalam akaun kalau bekerja, cuma bawak penyata kwsp terus boleh daftar next time lah, sebab penyata kwsp tak bawak (sebab tak tahu) okey, mula menyimpan dar

Salam Maal Hijrah 1438, Jom Hijrah

Assalamualaikum... Semoga kita menjadi muslimin muslimat yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Setiap hari cuba perbaiki diri, keluarga, masyarakat ke arah lebih baik dan 'tidak menyusahkan' orang lain. Kalau sebelum ini, solat akhir waktu.. cuma solat awal waktu Kalau sebelum ini, culas ke masjid, cuba lah kenal2 tangga masjid/surau Kalau sebelum ni tak kenal jiran tetangga, cuba lah ramah2 mulut bertegur sapa Kalau sebelum ini, gemuk... cuba kuruskan badan sikit *itu peringatan kepada diri sendiri* kbai

Pertama Kali: Rawatan Acupunture

SALAM HARI MINGGU..  BYE BYE SEPTEMBER and WELCOME OCTOBER Sementara roh rajin datang ni, hari-hari kita update blog ye, nanti datang roh malas, berbulan lah blog ni bersawang dan bersemak sampai tak jumpa jalan masuk, haha. Okey nak tanya, ada sesapa yang singgah baca blog aku ni penah try Rawatan Akupuntur? Ala yang cucuk2 jarum kat badan tu. Kalau tengok gambar, konfem belah bagi nak buat ke tidak sebab ngeri tengok badan kena cucuk dengan jarum tu. Sedikit info tentang rawatan akupuntur dan kebaikkannya boleh baca di  SINI . Aku copy sikit je. Apa itu Akupuntur? Akupuntur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai  "acupuncture point"  atau  titik akupuntur . Tujuan akupuntur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi menda

Jaga Muka Dengan Serum

Salam Jumaat... Sebenarnya aku tersilap hari, mati-mati duk ingat hari ni Khamis. Adoi la, dah tak keje ni kadang haribulan dan hari pun boleh ingat-ingat lupa. Sabor je lah Perkongsian hari ini ialah tentang jaga kulit. Wah ko... bajet cantik sangat kan nak kongsi rahsia kulit cantik. Takde maknanya pun. Aku kulit biasa-biasa je. Takdelah gebu gebas mana pun, cuma takde jerawat batu je. Dah penghujung 30an ni baru sedar nak jaga kulit nak jaga badan bagai, harapnya belum terlambat. Lagi 3 tahun masuk angka 4 series, kekadang rasa jeles tengok akak-akak yang aku kenal nampak cantik walaupun dah bercucu. Moga aku pun cantik dan sihat macam diorang di usia itu nanti, Insha Allah. Aku baru berjinak pakai serum sejak beberapa bulan lepas. Memula dapat free, pakai lah bila ingat. Lama-lama rasa suka bila sentuh kulit muka rasa licin dan lembut je. Takdelah lembut macam pipi Baby Aisha tu, tapi lembut dan lembab lah dari dulu-dulu. Rupanya banyak je serum jual kat pasaran, tinggal

Baby Aisha: Selesa Dalam SSC (Soft Structured Carrier) by Khayla

Hai korang... Hari ni cikebom Aisha mood baik, bagi peluang umie update blog. Dia elok je main sendiri dengan mainan kakcik. Aku nak kongsi sedikit tentang BabyWearing. Dulu2 kalau keluar bawak anak, usung stroller. Tapi memandangkan sekarang ni, pantang silap sikit, cepat je viral. Aku pernah di jeling sebab aku biarkan si abam cuba naik escalator sambil sorong stroller (baby dah aku dukung, stroller tu kosong) itu pun orang dah jeling. Cuba kalau aku sorong dengan baby sekali naik stroller, mau viral cakap ibu yang bangang cuba naik escalator guna stroller. Bukan taknak guna lif, tapi hampir setengah jam menunggu lif, semuanya penuh dengan kapel sihat walafiat yang taknak guna tenaga naik escalator. Huhu Setelah survey dan terpengaruh dengan sorang kawan yang nampak sangat selesa usung babynya dengan SSC, SSC singkatan kepada Soft Structured Carrier. Aku pun baru tahu dengan bertanya kepada En Google, haha. Wow! sangat terkejut bila tengok harganya sampai angka ribu

By Dream Sister Bundle, Kualiti Setanding Dengan Harga

Dulu jarang tengok @ jumpa kedai bundle baju baby. Yang ada cuma untuk dewasa je. Sekarang ni dah banyak, kalau di Facebook tu boleh kata berderet jual baju bundle baby. Aku pun dah jadi ketagih beli baju kat laman bundle baby ni  *pre love lah sedap sikit sebut dari bundle, hehe* . Sebelum tido, duk skrol FB yang jual prelove. Kalau timing bagus, ada orang prelove baju anak-anak diorang yang dah tak muat, baju branded dapat kurang dari rm10 dengan kualiti cantik lagi.  Selain dari kawan baik aku jual bundle baby, yang aku pernah share kat blog suatu ketika dulu  KLIK SINI , terbaru adik ipar pun baru berjinak jual bundle baby. Meh tengok model tak berbayar masa diorang ambik stok, cikebom meyelit bersama sepupu2nya, hehe. Okey jangan malu-malu untuk like page diorang ye, By Dream Sister Bundle . Ada jual selai selai dan boleh jugak beli kiraan kilo (mana tahu korang nak niaga jual kat opis ke, jual kat taman dengan jiran2 ke) boleh pm terus kat page diorang ye.

Dari Dapur DJ Shaz, Mabeles You

Aku sangat kagum dengan orang pandai masak, pandai buat kek, pandai serba serbi. Aku ada ramai kawan yang pandai buat kuih, buat kek. Ada yang ambik tempahan untuk majlis lagi. Kagum giler aku dengan diorang. Aku ni, baru ada orang usik2 nak datang umah minggu depan, minggu ni aku dah seram sejuk kaki tangan 'eh!nanti nak jamu apa orang datang? takkan nak hidang biskut cicah teh o? nak masak menu pelik2, kang tak sedap malu pulak'. Padahal yang nak datang tu bukan nak makan pun, kalau nak makan sedap baik diorang gi restoren yang dah tentu2 masak sedap. Tak gitu? Oh ni sebenarnya aku nak citer tentang salah sorang kawan yang kenal dari blog bersambung ke laman muka buku FB, dan bebaru ni aku sempat merasa air tangannya. Eh makan ati tau hari2 tengok dia post brownies kat Facebook, gigih lah aku masuk order kebetulan dia onthe way nak balik kampung, kiranya order drive thru lah ni. Mujurlah laluannya balik kampung, lalu taman perumahan aku. Ada sesapa kenal? Inilah dia

Chia Seed Ku Bercambah

Salam hari minggu. Apa aktiviti hari ni? Seperti biasa rutin hari Sabtu aku hantar Abam training bola. Tapi hari ni takde training sebab ada lawan bola kat Seremban. Abam pegi tumpang jiran. Tapi hari ni kakak ada tuition extra, maklumlah PT3 dah dekat. Tq ticer yang rajin buat extra class tanpa bayaran tambahan. Okey ni ada benda nak cite. Korang cuba teka apa kah bendanya ni? Ini ialah chia seed yang telah bercambah. Usianya baru beberapa hari. biji ni terlekat kat penutup botol dah bertambah tinggi dalam 1 inci Ada sesapa kat sini guna chia seed dalam makanan @ minuman? Aku ada terbaca tentang chia seed yang bagus untuk turunkan berat badan, saja la nak cuba (nampak sangat ke aku ni mudah terpengaruh? haha) KLIK SINI kalau nak baca, SINI PUN ADA SHARE  (ramai keliru chia seed dengan biji selasih, tapi bukan ye, mungkin sepupu belah mak dia kot, haha *lawak hambar* Aku letak dalam botol air minum aku je, tak buh dalam makanan pun. Takde rasa apa pun, cum

Baby Aisha: Tik To Tik Tok, Sudah 9 Bulan

Assalamualaikum Umie sibuk, maklum lah Home Manager katakan banyak benda nak diuruskan so biarlah saya tolong sapu sawang blog umie ni hihi Hai genap 9 bulan umur saya hari ni kejap je masa berlalu kan? Umi cakap ' rasa macam baru semalam umie terkejut monkey dalam bilik doktor bila tahu saya diam2 dah 3 bulan saya menyorok dalam perut umie' hihi Terima kasih Umie, Ayah, Kakak, Abam dan Kakcik yang sabar melayan saya layan saya yang suka menjelajah satu rumah layan saya bila saya meragam Terima kasih pada kenalan umie dalam FB dan jugak Blog (walaupun umie dah jarang update blog kesayangan nya ini) Sebagai kenangan, saya listkan apa perkembangan saya setakat ini - saya dah boleh merangkak laju, sampai depan muka pintu bila ayah nak gi work - saya dah ada 2 gigi bawah, 2 gigi atas untuk gigit umie, auwwwwww - saya dah boleh berdiri lepas tangan dalam kiraan 2 saat - saya dah makan bubur blend - saya masih menyusu denga

AidilAdha Kami 2016

Orang kata, raya dimana2 pun sama je. Asalkan bersama yang tersayang, itu dah memadai. Aku akuinya sejak berkeluarga dan anak-anak pun dah berderet. Jangan tak tahu, Awal2 dulu kalau tak dapat balik beraya di kampung sendiri, murung beberapa hari walaupun mulut kata redha, haha. Dah 16 tahun kahwin, kami takde sistem giliran balik raya pun. Raya kami tengok bajet, kalau $$ lebih, boleh balik kampung aku. Bajet kureng, raya kat Cheras je pun ok, takde hal. Alhamdulillah sehari dua ni bajet tidak menjadi isu, Cuti pun tidak menjadi hal sebabnya aku pun dah takde majikan dan enAbe bekerja sendiri. Dulu zaman bekerja dengan orang, mereput lah kau tunggu cuti raya lulus, kerja shif kena ikut giliran. Takkan lah tiap tahun muka ko je cuti raya kan? Mana adil bagi orang lain. 11-12 SEPTEMBER 2016 AidilAdha kali ini aku beraya bersama Mil dan adik2 ipar (raya sambil bercuti). Sorang je adik enAbe yang tak dapat join gathering raya kali ini sebab dia buat aqiqah dirumah mertua, so cuma