Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Alah dengan ubat nyamuk dan kaitan dengan G6PD

Salam Jumaat dan selamat tengahari semua ;) dah lunch?aku makan meggi goreng (bawak untuk sarapan tapi kena masuk briefing so tak sempat makan.salah sendiri sebab sampai cukup2 time je..makanya makan sarapan jadi lunch terus) ,ada member bagi rasa seketul durian crepe..sudahnya sendawa ada bau durian.euwwwwww.. Durian ni makannya memang sedap tapi sendawa kalu baunya,arghhhhhhhhhhhhh perit.itu baru sendawa,kentut kalu..sendiri jawab ;) Nak tanya pernah dengar kata-kata 'lagi banyak belajar lagi bodoh'  hehe,kasar bunyinya.bukan itu maksud dia..maknanya bila kita belajar dan belajar,banyak benda kita tak tahu jadi tahu tapi banyak juga benda yang kita tak tahu.eh,peningla... korang tahu apa itu G6PD?sini ada tulis  dan sini juga .G6PD ialah singkatan kepada Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase.Semalam berbalas emel dengan sorang kawan blog yang sedang menunggu hari bersalin, dear..kamu tahu siapa kamu .hehe kami bercerita tentang macam-macam dan last tercerita pasal G6PD.

Nina,Masterchef Musim Ke 2 dan Tudung Bokitta

Okey..abaikan entri yang agak emo tu,meh kita citer pasal rancangan masak-masak yang dah nak sampai ke penghujung.Che Lah dah keluar.sedih?ye..sedih la kan sebab aku minat dia.Tapi selain Che Lah,aku minat kat sorang lagi..sapa dia? tara..........ni dia,Nina..peserta dari Kedah yang senyumnya manis macam gula batu my name is Nina,umur 31tahun asal dari Kedah noo.. komen dari mil 'laki balik keje nak marah pun tak jadi,dapat bini senyum manjang macam ni' hati senang boleh la senyum sakit ati kalu,boleh ke senyum?  nina yang manis selain suka tengok Nina yang lemah lembut suara dan loghat Kedahnya itu,yang aku suka tentang dia ialah fesyen tudungnya yang berwarna warni.ye..........aku suka style tudung macam shawl lilit2 jangan sampai terbelit sudah .  aku ter'cakap' ngan adikku,cikviva pasal tudung yang Nina pakai ni.katanya 'entah2 ni tudung yang dah siap lilit tu..dari Lubnan katanya..ada kuar dalam tv tu ari'. oh!aku ketinggala

Jangan Menyesal Kendian Hari

hai hai hai..mood adalah celaru tentang banyak perkara tapi sila abaikan je..itu cuma masalah duniawi.okey..hari ni nak berceloteh tentang tajuk: ~Menyesal Dahulu Pendapatan,Menyesal Kemudian Tiada Gunanya~ pernah tak korang menyesal tentang sesuatu?tak kisahlah samada menyesal disebabkan perbuatan @ kata2. aku bagi contoh simple: -isteri/suami yang tak menghargai pasangan semasa masih ada..dah mati@bercerai baru nak nyesal tak buat itu,tak buat ini semasa masih bersama dulu -anak yang menyesal tak buat yang terbaik semasa masih ada ibubapa sila jawab tanpa banyak soal dah macam kes paksa ni .hehe

MAHA 2012 @ Serdang

hai ;) tq sudi singgah sini lagi dan layan entri ke3 aku untuk hari Rabu yang katanya Wordless Wednesday.yelah sangat...mana 'less'nya kalau dah 3 kali post entri.huhu Korang tahu kan mak dan adik aku ada kat sini,pagi semalam sampai dari kampung cerita kat sini .dan sekarang aku masih memikirkan kemana nak bawak diorang mengisi masa lapang.bukan senang tau mak aku nak datang.. inipun sedih sebab ayah tak datang,macam tak cukup korum je .huhu.Cuti sekolah yang panjang ni je kalau nak datang pun.yelah,aku kan masih ada sorang adik yang bersekolah.Kalau tak cuti sekolah memang tak boleh kemana-mana lah.  eh..sebelum itu aku gugel apa itu MAHA ? (kotlah ada yang tak tahu..macam aku dulu-dulu,duk dengar orang sebut MAHA tapi aku tak tahu apakah bendanya) -sumber dari sini : MAHA ialah  PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha International) 2012 yang dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 2

Kegunaan 'EarPhone'

korang yang cerdik pandai  mesti kenal ni kan? yang simple nak nampak lebih gegirl buleh pilih kaler pink yang ni boleh sumbat terus dalam telinga ye.. nama omputehnya 'earphone' nama melayunya 'telefon telinga' eh!ye ker? gunanya untuk mendengar radio,lagu atau apa je yang kita nak dengar melalui pc @ henpon tanpa mengganggu telinga orang lain jadi dengan itu suka hati lah ko nak pasang apa sekali pun lagu tamil ke lagu hindi ke lagu kpop kegemaran terkini lagu Uji Rashid nak ulang 16kali  sampai lebam @ sambil tersumbat gegendang telinga tak semua lagu yang kita suka orang lain pun suka kita hidup bermasyarakat jangan fikir kepuasan kita semata-mata tak gitu kak senah? masak apa hari ni? layannnnnnnnnnnnn

~Rabu Tanpa Kata~

opss,..ada yang tanya kat kotak komen ini buah apa? jawapannya:Buah Dokong Anak  hehe ~sekotak besar mak bawak dari kampung~ manis rasanya ^_^

Trend Peplum (macam buah plum je bunyinya)

semalam 2 entri duk komen pasal siaran tv hari ni nak komen pasal fesyen wah!tak agak2 tu nak komen pasal fesyen berfesyen sangatkah ko?huhu banyak sungguh trend zaman sekarang pesen zaman dolu-dolu pun dah keluar balik seluar kaler2 warna warni macam-macam pesen baju pula yang lengannya ala-ala Saloma aku ni bukan ikut trend sangat pakai mana yang sesuai dan selesa je (ngaku jelah..susah nak dapat baju lawa bersize besar..huhu) sana sini aku tengok orang duk sebut 'peplum' memula dengan aku ngat diorang cerita pasal buah sian kan? padahal jauh bezanya buah dengan fesyen tu sejarah memula aku tahu pasal peplum  ialah masa baca blog elly in wonderland  dan blog fillanie elly pakai peplum kaler hijau tu lawa sangat suka baca blog dia yang 'gila2 sengal' ni sori ye elly (dia baca ke blog aku?huhu) dan lepas tu aku terus mengugel image apa itu peplum emm..  ada banyak blog tunjuk pesen peplum ni antaranya  disini

Ingat Esok,Rupanya Pagi ni..alahai

kisah pagi ni jam 7.30 pagi dah keluar rumah ke medan perang eh silap,ke opis tinggal en abe,si kenit dan si abam tengah sedap bergolek depan tv kakak pula malam tadi bermalam kat umah ex pengasuh aka rumah 'mak angkat'nya dalam perjalanan,mak call dalam hati ingat mak nak tanya kot aku nak pesan apa2 sebab kepala otak aku ingat petang ni mak naik tren dari kampung untuk datang sini besok pagi la baru sampai sekali..........aku silap sangka rupanya mak tanya 'sapa ada kat umah?dah nak sampai ni' alahai.......  kalau lah aku tahu mak sampai pagi ni harus aku masak nasi lemak untuk sarapan dan masak siap2 menu untuk lunch aku ingat nak buat semua itu pagi esok huhu inilah namanya 'miss communication' nasiblah labu... aku keje sebab cuti tahun dah abis :(

Dalam AlQur'an Ada 114 Surah dan Juzuk Ada 30

Lagi kisah apa yang aku tonton kat tv..tadi drama ni pulak nak komen pasal rancangan teka teki teka tekuk.hehe.mengomen je keje ko ye..macam good2 je.oh lupa nak bagitau,malam tadi konon layan bola dengan adik lelaki,Malaysia vs Singapore.tapi keterujaan tak sehebat macam aku layan bola bila time Kelantan main.Berkesudahan dengan Malaysia 0 dan Singapore 3.huhu.Takpelah Malaysia..jangan kecewa,cuba lagi (ayat skema biasa bila dah kalah.Bila menang di puji2..kalah kalu,dikeji2..itu biasa). Dalam layan bola ...tukar-tukar channel layan 104,Sejuta Duit Jatuh tu ;) Antara soalan yang menarik perhatian aku ialah 'siapa nama bekas suami pelakon Rozita Che Wan?' emm sapa je yang tahu sebab aku pun tak tahu,apa yang aku tahu ialah bekas suami Cik Ta ialah pilot.Namanya siapa,sori aku pun tak tahu. Aku rasa takdelah kesal sangat bila peserta tak boleh jawab soalan tu tapi..yang buat aku sedih malam tadi ialah bila 2 orang beserta (lelaki India dan perempuan Melayu,ofkos la Isla

Mariam Kampung Putat,Kisah Cinderella Zaman Baru

Hari ni nak citer pasal kisah dalam tv je. Memula nak stori pasal Blogger Hanis Zalikha anak blogger Kak Nani Rostam dalam cerekarama Tv3,Sabtu yang lalu..bertajuk Mariam Kampung Putat.sumber gambar dan info dari sini  dan sini . Sinopsis: Kisah bermula dimana suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di  Kampung Putat ,  Mariam  (Hanis Zalikha) secara tidak sengaja terlanggar Danial (Aiman Hakim) yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial. Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak peristiwa itu, Mariam takut untuk keluar rumah kerana khuatir akan berjumpa dengan Danial. Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya.Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Da

Fear Factor Selebriti Malaysia

fuh,sib baik hampir terjatuh dari kerusi  tahu sebab apa? view blog sendiri *kantoi baca blog sendiri..hahaha* cer tengok kotak iklan nuffnang tu iklan dari Astro ada labah-labah tengah merayap geli tak? gambar tu bergerak-gerak rasa macam labah-labah tu merayap kat tangan aku oh iklan Fear Factor Selebriti Malaysia rupanya  Fear Factor Selebriti Malaysia aku bukan penggeli serangga  seperti # labah-labah (tadi tu terkejut je sebab keluar tiba2) #pacat (kecik2 dulu main tarik-tarik sampai putus,selamba je) #lipas (tak takut @ geli pun tapi benci baunya yang busuk itu) #cicak (aku penah tengok cicak beromen di cermin tingkap,tak senonoh itu cicak)  tapi...aku paling geli dengan yang ini kecik besar bagi aku sama je takde istilah bisa @ tak bisa 'hello en ular..sila main jauh-jauh dari saya' lawa berkaler kaler pun aku tetap jugak geli euwwwwwwwwww

Apa Nama ku Di Handphone mu itu

Adik lelaki aku,Si Sammy (nama gelaran cikviva kepadanya#oh dia takde blog so takleh nak letak link) hantar emel suh bukak satu blog... ni blognya Nak gelak pun ada,nak nanges pun ada jugak.huhu Nama wanita di hp lelaki:- 1) masa couple: DARLING 2) Baru menikah: MY LOVELY WIFE  ♥ 3) 1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY 4) 5 thn menikah: HOME 5) 10 thn menikah:IBU PEJABAT 6) 15 thn menikah: BILIK GERAKAN 7) 20 thn menikah: BUKIT AMAN 8) 25 thn menikah: WRONG NUMBER aku dah kawen 12tahun tahun ( anniversary ke 12 hari ahad yang lepas) tapi aku tengok nama aku kat henpon en abe ialah - Umie .huhu tapi sib baik bukan IbuPejabat . pesanan pada en abe..sila tukar sekarang dari Umie kepada AYANG ...macam dulu2.boleh?balik nanti nak check ;) Mood sekarang:Ready for lunch....................ya riva ya riva

Kuasa Seorang Ibu

baru lepas baca blog- CursingMalay ..tajuk ni best sangat walaupun dah lama tulis (entri tahun 2011).aku suka je baca blog walaupun entri lama.lagipun aku tak khatam blog dia dari awal... petik sikit tulisan dia tentang kuasa seorang wanita yang bergelar IBU.meh baca...eh!dia citer pasal lain aku cuma petik yang aku suka je b. Kuasa ibu ke atas anak-anak... Fakta: Takde anak yang lebih sayangkan bapanya berbanding ibu.Bapak kena beli anak kereta mainan,barbie dan mcm-mcm untuk buat anak sayang kat dia.Mak?Mak ada sebelah kau,kau dah boleh rasa sayang kat dia.Kadang2 kau tengah main bola ke,tengok wrestling ke,dating pun...kau masih lagi mampu rasa sayang dia.Suami rugi kat situ.Tapi ada sebabnya Tuhan jadikan umat Islam ni camtu. Ibu adalah pengaruh paling besar dalam membentuk karakter seorang anak.Takde orang lain. Trylah kuat macam mana pun si bapa nak bentuk anak-anak dia,sepanjang hidup anak...ibu lah orang yang paling lama dalam kepala dia. Dan sebab tu lah kalau bapa kemat

Keciknya Dunia

ni kisah pagi tadi...pagi tak pagi sangat la lebih kurang jam 11.30 pagi.seperti biasa aku ke bangunan sebelah atas urusan kerja.sambil jalan2 suka perati gelagat manusia yang nak naik kapal terbang.ada ketika aku tengok gelagat mencuit hati..senyum sensorang Situasi .. jalan sambil belek henpon..dah jadi tabiat kot (kadang2 ada orang jalan sorang diri belek henpon sebab tak tahu nak buat apa) rasa macam langkah serba tak kena je sebab takde teman bersembang. Lebih kurang 10 tapak depan aku,nampak seorang lelaki beruniform tentera berdiri tepi eskalator..dan aku konfem la tengok dia sebab aku nak lalu situ.dia pandang aku,aku pandang dia..sesi pandang memandang walaupun itu tak berapa bagus ye adik kakak..sebab berlainan jantina.hehe Aku rasa cam penah tengok dia tapi dimana ye? *otak mula memproses maklumat* dan baru aku nak sebut nama dia,sebab aku rasa konfem itu dia .. tiba2 dia pulak sebut nama penuh aku.sah,dia memang kenal aku.. tau sapa?oh sudah tentu bukan abang Aaro

Hobi Masa Lapang

Assalamualaikum.. Sekejap je dah khamis hari ni..apa nak citer hari ji ye..okey,tajuknya 'Hobi'.Apa maksud HOBI ? -yang aku faham,Hobi ialah suatu aktiviti yang kita suka dan dilakukan sewaktu kita lapang dan pastinya ia mendatangkan keseronokkan yang orang lain takkan faham.lain orang lain hobinya. Aku ada banyak hobi tapi sekarang dah beranak pinak..banyak hobi telah dilupakan.Antara hobi aku mengikut zaman(sebenarnya banyak tapi aku tulis 50% je nanti tulis semua..besok pun tak abis lagi) Zaman sekolah -kumpul setem (aku penah jugak kumpul setem zaman sekolah..ada la 2 album lepas tu dah mula kerja hobi itu hilang sendiri..album setem dah bagi kat sepupu aku yang masa tu baru sekolah rendah) -dengar radio,masa tu cuma radio kecik yang pakai bateri AA tu,sanggup jimat duit belanja sekolah sebab nak simpan beli bateri.huhu -menjahit tapi bukan jahit yang besar2 macam baju ke sarung bantal.aku suka buat beg kain yang kecik2 @ bekas pensil dan getah pengikat rambut

Siang Malam Berdoa DiMurahkan Rezki

MALU..itulah yang mampu aku kata bila dengar ceramah Ustaz Kazim di You Tube.eh,buat keje sambil dengar ceramah tak salah kan?telinga mendengar tapi tangan tetap buat keje.hehe Isi ceramah yang aku dengar ni,ramai yang mintak doa murah rezki,mintak diluaskan pintu rezki,mintak jadi kaya tapi jarang yang mintak dipelihara iman atau mati dalam iman. Sedangkan...kaya macam mana pun,takde orang makan 10pinggan nasi sekaligus,tido pakai 10 biji bantal dilapis 10 tilam empuk.ker ada yang makan beger 10 biji dan 10 gelas air sekali gus?itu bukan makan lagi namanya..itu dah --------------------------- (isi tempat kosong) Ramai yang pentingkan dunia lebih dari akhirat.Contoh lebih kurang gini. -hantar anak tuition jam 8.00 malam balik 10.30 malam,sampai umah anak terus tido tanpa solat Isya' pun mak ayah boleh pejamkan mata..alasan 'kesian anak penat' -tak kejut anak solat subuh dengan alasan 'setiap pagi bangun awal nak pegi sekolah.hari cuti ni biarlah dia tido l

Tajuk Berita Hangat

Assalamualaikum dan Selamat Hari Rabu untuk semua korang dah sarapan?eh!dah jam 11.30 mestilah dah sarapan kan? hari-hari tanya orang dah sarapan ke belum macam la nak belanja.huhu okey.. sarapan pagi ni tidak mengeluarkan satu sen pun di belanja?oh tidak ye roti semalam ada dalam laci bawak bekal dari rumah,isi ayam goreng kunyit kat umah takde bebudak,en abe lak keje shift petang takat aku ngan kenit..apa sangatlah kan  ayam pulak tak sedap simpan lama-lama so potong kecik2 buat ayam goreng kunyit jumpa terung 2 biji dah lama beli..lupa nak masak 2 dah buruk,2 masih elok...potong2 dan campak sekali dalam kuali jadilah ayam goreng kunyit berterung aku ni spesis senang bela bak kata Rai 'lelaki bertuah dapat bini macam dia' aku pun sama..jenis tak meminta2 tapi merengek dan menyanyi kat telinga je hahahaa ada orang sambil makan,baca 'surat kaba' aka ' surat khabar' !!!apa khabar kau disana,lama sudah tak berjumpa!!! tetiba nyanyi di

Siapa Kamu DiDalam Kelas

nyampah pulak bila baca entri sebelum ni emo tak pasal-pasal bukan menambahkan duit poket pun @ paling tidak kurang sekilo berat aku ni bila di tegur kalau boleh kurang barang sekilo aku rela di tegur setiap 2 minit lantak tepi lah..badan aku,suka aku la nak gemuk ke nak kurus.hehe okey..up satu lagi entri baca ni dalam blog kak zareda aku no 8 dan 9 tu kalau pilih meja bila masuk kelas baru aku akan pilih seat baris ke2 dari depan tak suka duk belakang sangat dan tak suka duduk paling depan pernah dipisahkan oleh cikgu dengan mybff masa tu sorang depan,sorang lagi nun di belakang,huhu gara2 cikgu ngajar kat depan,aku ngajar kat belakang tapi sekarang bila ada course aku suka pilih seat paling depan gila glemer pun ada,duk depan sekali cantikkah ko?nak duk depan sekali eh suka ati la  hahaha korang pulak yang mana? 

Ye,Aku Diet.Ada Masalah?

dah lama aku peram tapi hari hasil 'peram' an itu dah pecah bertaburan di sini,sana dan jugak disitu jam pukul 1 tengahari 'tak keluar makan?diet ke? aku makan roti 'roti je?kenyang ke?diet ek? aku minum air  kosong 'wah!banyaknya minum air.diet ke?kembung nanti?' heloooooooooooooooooooooooooooo suka hati lah aku nak diet ke nak makan ke tak nak makan susah ati ape hal? ye..aku diet sebab aku rasa dah gemuk bila badan dah berat nak buat apa pun malas naik tangga rasa mengah dengan tinggi aku 164cm berat ideal aku ialah 50-60kg sahaja sekarang berat aku 70kg puas hati? sumber dari sini klik untuk view lebih jelas aku dah lalui semua fasa aku penah di 'kutuk' sebab terlampau kurus (satu masa dulu) -macam papan lapis la -lori lalu sebelah boleh melayang la itu ini,begitu begini  tapi sekarang aku ikut peredaran zaman (ayat pujuk ati) ingat aku tak berusaha ke? dari duk komen maca

Petua Hati Tenang dan Doa untuk 'PakLong'

baru kejap tadi,dapat msge dalam fb dr anak ex pengasuh ayahnya yang dipanggil 'paklong'oleh si kakak dan abam masuk spital kejap tadi -disyaki sakit jantung tiba2 'paklong' ialah suami 'maklong' pengasuh kesayangan kakak dan abam mintak doa dari kawan-kawan doakan semoga 'paklong' baik-baik aje ~mudah-mudahan semuanya baik-baik aje..amin~

Irfa,Bukan Aku la...

~morning korang~ hari ni sarapan kat mana?makan apa? Pagi ni,menu sarapan kat kafe sebelah  kurang menarik dari tray ketama sampai tray ujung semuanya tinggi carbo nasi lemak,mee goreng,nasi goreng kampung pastu nasi goreng kaler merah2 sikit, ada lagi...mee goreng dan bihun goreng gerak depan sikit,gerai roti canai alahai last2 masuk opis bancuh kopiko 3in1 makan dengan roti,carbo jugak tapi roti breakthru konon carbo tak tinggi sangat.hehe lepas minum kopiko rasa nyesal..huhu sebabnya aku memang alah dengan sebarang minuman yang ada unsur kopi @ nescafe konfem kepala berdenyut2 nyesal sekarang tiada gunanya -_-  okey layan blog jap baca sini ,bila rai post entri ni aku terkujat pastu aku gugel image gambar pertama aku jumpa dengan keyword 'irfa' ini dia oh,ni irfa rupanya hahaha daaaaaaaa sori buang masa korang baca entri merepek dipagi hari 

Sesekali Naik Komuter,Best Pulak Rasanya

Sabtu lepas..kami ber3 (aku,abam dan adik) naik komuter ke umah mil sebab en abe keje.Kakak memang dah awal2 ikut makwan balik cheras masa kami balik dari tido kat Morib tu.Si abam sangat seronok bila aku cakap nak naik tren.Budak2 zaman sekarang susah nak dapat peluang naik kenderaan awam sebab majoriti ibubapa ada kereta sendiri.Zaman aku dulu memang dah biasa nak bas @ teksi untuk kemana2. Ingat lagi masa sekolah rendah..ayah sewa sebuah kereta untuk bawak kami anak beranak ke funfair di pekan.bukan ayah yang drive tapi sewa dengan drivernya sekali.Ayah aku dapat beli kereta secondhand bila aku dah form5..jenama 'galant' versi lama yang besar tu..seronok gila bila ayah beli keta walaupun bukan kereta baru. Jom layan anak2 yang sangat happy dapat naik tren komuter walaupun perjalanan cuma 40 minit.rasa seronok duk dalam tren macam taknak turun.. Add caption happy sungguh adik dapat naik komuter sekarang kakak dan abam bercuti kat rumah mak

Tahun ke Doblas,Katanya....

Tarikh 18 November adalah antara tarikh penting dalam hidup aku selain beberapa tarikh penting seperti tarikh lahir sendiri dan juga tarikh aku bergelar ibu.Kerana pada tarikh tersebut 12 tahun lalu aku bergelar seorang isteri di usia 21tahun dan 'si dia' pula masa tu 25tahun. pertama kali nak share kat blog gambar 12 tahun dulu Pejam celik pejam celik..tahun ni sudah 'doblas' tahun kami bersama.Segala macam rasa ada selama 'doblas' tahun yang sudah berlalu itu. Ada ikan masak sweet sour Ada gulai lemak cili api Ada asam pedas Semuanya bercampur menjadi satu Seperti juga pasangan2 yang berkahwin diluar sana..apa yang aku harapkan semoga rumahtangga kami diberkati Allah dan 'bahagia sokmo' bersama cahaya mata kami ber3 itu dan semua orang yang kami sayang.amin...............

Mandi Manda di Gold Coast Morib

kisah semalam..Cuti Awal Muharram tu ler..ni namanya 'rezki jatuh dari langit' ..tiba2 dapat call dari sil bagitau dia sekarang kat Gold Coast Morib 'kalau nak bawak anak-anak main air jomlah datang sini' .Kebetulan jugak semalam (01 Muharram,en abe restday dan aku sudah semestinya memang cuti lor) ..apalagi,kul 11 pagi kami dah keluar rumah.tak jauh pun dari rumah kami tapi sebab tak pernah pegi sana rasa jauh pulak.adalah lebih kurang sejam melalui jalan kampung melintasi Bagan Lalang. Aku cuma tahu Gold Coast Sepang je tak tahu pulak ada Gold Coast Morib.nak pegi Gold Coast Australia jauh sangat.so kita pegi yang dekat dulu.Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami sampai sana,kalau tengok dari pintu masuk..nampak macam 'belum siap' mungkin juga tempat baru..so banyak bangunan masih dalam renovation.Overall semua okey sebab tempatnya bersih dan water theme park pun okey..sampai-sampai je mintak nak main air.sabar ye anak-anak.masuk bilik dulu letak beg,lunch