Skip to main content

Apa Nama ku Di Handphone mu itu

Adik lelaki aku,Si Sammy (nama gelaran cikviva kepadanya#oh dia takde blog so takleh nak letak link) hantar emel suh bukak satu blog...ni blognya

Nak gelak pun ada,nak nanges pun ada jugak.huhu


Nama wanita di hp lelaki:-

1) masa couple: DARLING
2) Baru menikah: MY LOVELY WIFE 

3) 1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY
4) 5 thn menikah: HOME
5) 10 thn menikah:IBU PEJABAT
6) 15 thn menikah: BILIK GERAKAN
7) 20 thn menikah: BUKIT AMAN
8) 25 thn menikah: WRONG NUMBER


aku dah kawen 12tahun tahun (anniversary ke 12 hari ahad yang lepas) tapi aku tengok nama aku kat henpon en abe ialah -Umie.huhu tapi sib baik bukan IbuPejabat.

pesanan pada en abe..sila tukar sekarang dari Umie kepada AYANG...macam dulu2.boleh?balik nanti nak check ;)

Mood sekarang:Ready for lunch....................ya riva ya riva

Comments

Mummy Sher said…
SALAM..

HAHAHAHA..awak ni kelakarlah!
panggilan umie pun okay ape,comel je tau..;)
Unknown said…
ooppssss jangan 'ayang' tu panggilan manja tok akakkkkkkk.........
Unknown said…
kalau kurang dari lima tahun kawin da label sebagai bukit aman memang parah la...hahaha..
Irfa said…
#sherwieyna..
mmg kena tukar kepada umie sebab dulu masa anak pertama..anak saya panggil 'ayang'sebab dengar ayahnya panggil gitu..tu psl terus tukar nama

#kak lienda..
'ayang' ke 'oyang'?

#rai..
ye betul..baru 5 tahun panggil gitu mmg cari nahas la
bangsawan nilai said…
irfa,
kalau ada 4 wifey camne yek? susah nak ejas tu heh heh
Unknown said…
Hehehe...suka entri ni. En suami di hp kak zan, abang. Kak zan di hp en suami pula isteriku,..ok la kan!
Hanis Azla said…
ha..ha.. tergelak akak baca.. macam2 kan.. tapi comel..
kak irfa mcm mne nk letak link mcm tuu..kiki
Rumah Kuning said…
ayang ngan laling. hehehe

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...