Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Mak Datang dan Kebaikkan Bawang Putih

Salam Jumaat untuk semua wah! senyum lebar muka sorang2 ye maklum lah esok lusa tulat cuti ada rancangan nak kemana2 ke? aku ada 2  jemputan kenduri Sabtu & Ahad ni Sabtu kat Puchong sedara jauh kawenkan anaknya Ahad di Shah Alam, 2 pupu kawen Semalam mak datang, naik keta api taknak naik flight, takut katanya, huhu Mak datang untuk 2 kenduri tu # mak tahu, kalau mak tak datang, kitorang tak pegi kenduri tu nanti, huhu Macam biasa lah bila mak datang satu kampung kalau boleh nak hangkut bawak untuk anak cucu sebut je nak apa petai jeruk? cendawan kukur? semua ada asam keping tu dah bertahun aku tak beli ayah buat sendiri, berbalang2 kat umah tu petai yang dah kopek kulit, satu tipuware aiskrim yang besar tu mak bawak dah macam poket doraemon beg mak tapi kali ni ada satu yang lain dari yang biasa tapi ni bukan aku kirim tapi jiran sebelah merangkap mak angkat bagi anak2 aku tu yang kirim hasben akak tu selalu gak macam sakit dada

Makan2 Penutup RAYA

Emm, serba salah nak letak tajuk nak kata Open Raya, syawal dah pun habis Tapi disebabkan kami memang belum buat majlis Raya so buat jugaklah ala kadar orang kata 'better late than never' gituuuu sebelum start majlis BigBoss bagi ucapan sepatah dua kata dan mendoakan juga utk 'family kami' ex MH370 & MH17 AlFatihah Antara menunya ialah: eh! cantiknya agar2 kaler hijau ngan merah tu sapa lah yang buat ye? ehem ehem ehem cantik sangat kan? up gambar lagi satu kali, hahaha * sila tahan muntah ye* buah-buahan tempatan pun ada belen kuih raya juga jangan di lupa elakkan pembaziran  dan ini antara makanan yang aku makan # kan aku cakap 'antara' yang lain tak payahlah tunjuk, haha lepas makan, rasa ngantuk acaner tuh?

Sup Bebola Daging Mabeles

my lunch today sup bola-bola api, hihi # lagu Siti Nordiana n arwah Achik tu kan? femes jap lagu tu zaman remaja dulu kalau blog orang lain duk up apa dia orang masak aku pulak duk post gambar makanan beli kat kafe emm, hari bekerja bila nak masaknya balik masak untuk dinner jelah pun tapi sup tu sedap sangat bebola daging tu terasa sangat dagingnya terus teringat masa makan bebola daging kat Bakso Amat, Medan Indonesia dulu dahlah sup panas, tambah sesudu sambal kicap perghhhhhhhhhhhh layan okey, tu je nak share hari ni daaa

Selamat Pagi Malaysia

Hari Berkabung MH17, Tak Lupa MH370

HARI NI DALAM SEJARAH 22 OGOS 2014 Dalam kesedihan untuk MH17 kita semua tahu yang mereka sudah pasti tiada yang tinggal cuma kenangan  dan untuk MH370, teka teki belum terjawab dan jangan lupa untuk terus mendoakan mereka # keajaiban boleh berlaku dengan kuasa Allah hanya Dia yang lebih berkuasa dan mengetahui

Bincang Majlis Raya

Sebulan puasa di bulan Ramadhan adakah itu bermakna kita juga kena raya pun selama sebulan? yelah kot sana sini majlis raya tapi opis kami belum buat lagi memang wajib buat ke? haha baru je abis bincang majlis raya plan tarikh minggu depan aku ni wakil unit je selain hidangan utama # tempah katering ler diorang tanya la sesapa yang nak offer menu sampingan korang tahu aku offer buat apa? . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . nak tahu ke? betul nih? jangan nyesal . . . . . . . . aku nak buat ni je BELEDO SIRAP @ nama lainnya Agar- Agar @ juga dipanggil Lengkong aku gugel gambar agar-agar sirap rose tahu apa yang aku dapat? gambar agar2 sirap yang penah aku post  dalam entri lama dulu # baru plan nak pinjam gambar, upenya sendiri punya gambar, huhu   eh! jangan gelak korang ingat senang ke? nampak je senang kan tapi kalau salah sukatan agar2 tu jadi ker

22 Ogos 2014, Hari Berkabung MH17

Today is Wednesday 20 Ogos 2014 Insha Allah 22 Ogos 2014 ( JUMAAT) nanti adalah Hari Berkabung  dan menjadi antara hari yang akan diingati oleh semua rakyat Malaysia Hari dimana sebahagian dari 'keluarga MH17' akan dibawa pulang Semoga urusan di permudahkan dan berjalan lancar sumber dari SINI Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17 Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan; Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan; Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan. sudut memori di salah satu tempat di KLIA # setiap pagi lalu sini, mesti ras

Hujung Minggu Kami

Sabtu melepek seharian Keluar rumah sidai kain dan buang sampah je Hujan dari awal pagi, syok je tido Ahad ada 3 jemputan Open House 1 Nilai & 2 Putrajaya Tapi kami pegi 1 je (Blogger di Putrajaya) cam biasa, CV  yang bawakkan kami kesana Semalam (17/8) besday dia dah janji tu ari nak masakkan Mandy Kambing untuk dia tapi dah nak gi open house, tak jadilah kita tunggu Ma datang next week lah kot baru masak kot Makan ramai2 baru best Meh cuci mata gambar raya anak-anak #nak ambik menu raya umah blogger tu segan tapi nasi apa tah namanya , cam nasi arab pun ada, sedap sangat sate pun sedap, lembut je TQ KAK, kerana jemput kami (harap dia baca) tahu tak, kami sempat lagi buat foto session kat belakang umah akak ni ler hasilnya dan untuk Tat Bunga Inti Mewah ni TQ pada Sis Erna sebab susah payah bawakkan dari Seremban ke Putrajaya kalau dah rezki, tak kemana masuk keta, terus ngap sorang satu eh silap, setengah bek

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Mata Ke Dua

Minggu lepas, sedang baring2 dalam bilik masuk si abam sambil sengeh2 apa yang kelakar aku pun tak tahu 'umie, spek umie patah, kakak terduduk' diorang ni memang berebut jadi kaki mengadu kakak buat hal, abam ngadu abam buat benda pelik, kakak tukang report WHAT   # terus speaking omputeh, terkejut punya pasal nak marah pun tak guna pelik tak macam mana spek duk atas sofa? sebenarnya petang tu berebut spek ngan kenit  dia nak terai spek aku, so aku sorok atas birai sofa terus lupa nak simpan dalam peti besi, huhu Aku pesen rabun jauh # lebih pada silau kot baca novel tak payah pakai spek tp kalau tengok citer korea, kena pakai utk baca sarikata power kiri 150 kanan 170 Spek aku bajet murah2 je, janji boleh nampak benda depan mata takdelah nanti orang kata aku sombong bila orang senyum aku buat donno yang patah tu rm161 (promo bingkai RM1) yang baru lagi murah giler, rm98 je   konon nak repair bingkai je beli baru membazir, aku

Kedai Dah Buka, Jemput Masuk

yuhuuuuuuuuuuu ni apdet seringkas mungkin kedai HajarCloset dah bukak jemput cuci mata apa yang berkenan Nasi Arab Al Bayt dah pun re stock Semua 4 jenis rempah ada * mandy kambing * mandy ayam * kabsah ayam * maqluba ayam Dalam kotak disediakan beras dan rempah rempah cukup untuk masak nasi dan perap ayam/kambing  RM15/sekotak poslaju 1 kotak RM6 2 kotak rm10 Sabtu Ahad ni kalau ada tamu nak datang beraya , sempat lagi order Pengeposan setiap hari kecuali Sabtu Ahad ye *make sure payment sebelum jam 1 pm, pos hari yang sama* Halfmoon Chiffon Plain ni nak clear stock Harga sangat berbaloi + free gift lagi mana nak dapat kat tempat lain  Taknak citer banyak, berminat whatapps laju2 ye 016-6116459 daaaaaaa

Raya Kami: BBQ dan Ogos Besday Girls

Eh! ada lagilah citer raya # bajet cam ada lagi yang nak tahu kisah raya kami. Aku dah lupa kisah hari raya keberapa, kami ada buat BBQ anak beranak. Masa tengah perap ayam, baru teringat ada 3 orang yang besday nya bulan Ogos. terus laju2 cari kek untuk melengkapkan majlis kecik kami. Orang2nya ialah myprinces Kakak Aina, mylovely adik CV dan anak buah, IrisQistina Menu bbq malam itu ialah ayam sotong udang itik kerbau,  m layan sekeping dua gambar di hari kejadian kek untuk besday girl ber3 konsep jimat cermat katanya 1 kek, 3 nama Princess Iris Qistina Aina 9/8 Princess Aina 11/8 Mak Buah Princess 17/8 kazen2 tengah membakar ayam adik2 lelakiku juga menyumbang tenaga Puan Besar takyah buat keje sangat, cukuplah jadi penyambut tetamu je, haha # muntah adik2 aku baca nih ( bergambar bersama the only makcik (adikmak), belakang tu my lovely nenek yang kupanggil 'mok')  watammat kisah raya # fuh, lap peluh menitik, penatnya mengarang karang

Raya Kami: Kedai RM2, Ziarah Pusara, Lawat Pakcik Makcik

HAI KORANG... Sihat ke? Last aku apdet blog 5 Ogos, makanya dah 7 hari *seminggu* tak apdet blog. Kejadian yang jarang berlaku nih? #sampai ada yg wsap tanya nape tak apdet blog?  Selalu hari2 apdet, walaupun entri langsung tak berilmiah, huhu Ada yang rindu ke? kikiki Sebenarnya aku sangat M.A.L.A.S, ye itulah alasan sebenar #hari2 nak apdet, taip satu perenggan .. stop, kering idea S.I.B.U.K tu salah satu alasannya. Emm, nak sambung citer raya lagi ke? cam dah basi tahap nak masuk tong sampah dah ni. Tapi kang tak tulis nampak cam tergantung lak citer raya kami tu.Sambung sikit jelah ye *jap ye, nak perah otak untuk ingat balik, huhu* Aku duk kampung dari Ahad (sehari sebelum raya sampai Sabtu, raya ke6) , so memang banyaklah benda yang aku buat dan juga benda yang aku makan, huhu . Antara perkara yang aku buat ialah: MEMBELI BELAH DI KEDAI RM2 Senang citer, kalau balik kampung je rasa semua barang sangatlah murah. Spentot anak2 pun beli borong kat pekan dikampung

Raya Kami: 1 Syawal Pun Tiba

Sambungan entri semalam 1 SYAWAL 1435 (28 JULY 2014) Jam 6.00 pagi aku dah bangun, niat nak buat nasi arab Al Bayt sempena menu pagi syawal. Semudah ABC, tak kejutkan sesiapa pun untuk tolong masak.. sorang2 je aku kat dapur, tak sampai sejam dah siap masak Nasi Arab Ayam Mandy. Nak tengok? NAK ORDER KLIK SINI # iklan di blog sendiri dibenarkan, hihi  Dah siap masak, kejut anak2 dan ajak mandi sunat Aidilfitri. Walaupun anak2 dah besar tapi bila hari raya, tetap aku mandikan. Pastu pakai lawa2, ngadap meja makan. #bila time mengadap meja makan di pagi raya, aku rindu kat Mil, sebab kalau pagi raya Mil suka masak sampai penuh meja. Tahun ni tak merasa kuah kacang dan rendang air tangan Mil, huhu. Sebelum ke masjid untuk Solat Aidilfitri, meh kita berfotoan barang sekeping dua sebagai kenangan hari tua, hihi. For info, family aku ni cukup susah nak foto ramai2 macam orang lain #kadang sampai sentap pun ada. Sebab tu kadang2 ada rasa jeles tengok foto raya korang kat

Raya Kami: Plan Bertukar Di Saat Akhir

Okey, jom kita berstori-mori pasal raya. Memandangkan aku dah tak tulis diary lagi (setiap tahun aku menulis diary berbentuk buku, setakat ni dah ada 14 buah diary sejak kahwin) , ntahlah .. takde mood nak tulis, dekat sebulan diary kosong tak tulis apa2, jenuh perah otak nak ingat balik apa xtvt yang lepas, so aku ambil keputusan untuk stop tulis diary, tapi dah jadi rutin untuk catat apa yg aku buat setiap hari, maka aku akan tulis peristiwa penting di blog kesayangan hamba ini... Raya kali ini, aku dah bincang ngan en abe nak raya bersama Mil di Cheras. Sebab 2 tahun berturut raya kat kampung aku masa kakak duduk di kampung. Tapi pengasuh bercuti seminggu, jadi takkan nak lepak umah je seminggu, so tambah plan sikit untuk raya semua tempat (di Cheras & di Kelantan jugak) #tangan kanan belek wallet, tangan kiri korek tabung ayam, sambil otak ligat kira bajet, huhu 25 July (Jumaat) lastday keje, balik umah kemas apa yang patut, tunggu anak2 balik sekolah, terus gerak balik Ch

Raya Kami

Salam Syawal ke 8.. Hari pertama kembali ke meja opis selepas seminggu bercutian (+ sabtu ahad, genap 9 hari bercuti) Amacam raya korang? a-Happy? b-Not Happy? c-Okey la? d-semua di atas Alhamdulillah, Syawal kami anak beranak berjalan lancar *walaupun setiap saat tak lupa untuk family kami dalam tragedi exMH370 & exMH17* tahun ni kami beraya di kampung aku, Klate eh! bukan tiap2 tahun raya kampung aku ke? huhu Raya kami # tak cukup korum ( 2 menantu takde) nantilah free kita citer pasal raya ye daaaaaaa