Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Nikmatnya Sihat

KWC : Kenanga Wholesale City

Antara Cerita Raya .. nak habiskan ceritera raya sebab esok aku tak masuk opis, ada course kat KJ (bukan Khairi Jamaludin ye, ia adalah Kelana Jaya, hihi)  Sebelum ni aku selalu duk baca kat blog dan dengar adik2 ipar bercerita tentang KWC, aku mampu dengar je sebab tak penah sampai sana. Kalau balik Cheras, dah masuk umah memang susah la aku nak keluar balik. MALAS BERPANAS @ POKET TAK PENUH adalah alasan utama. Apa yang bestnya siksa mata setakat tengok tapi tak dapat beli, huhu Tapi nak jadi citer, Ahad tu aku dan sil no 4 (kami berdua) jalan-jalan ke KWC, kebetulan SIL pun cuti. Kami naik lrt dari BTS dan turun kat stesen Hang Tuah, konon nak jalan kaki sebab sil kata dekat je, tapi tengok matahari dah memancarkan cahayanya, tak sanggup aku nak menapak, nanti cair lemak i, rugi je simpan lama, hihi. So kami ambik taxi terus stop depan pintu, tak mahal .. Rm3. Meh layan gambar .. kat LRT Stesen me and the HotFM Dj, hihi dengan poster jelah TQ to sil no 4, yang sud

Cerita Ceriti Raya Qurban

Ini kali Raya kat Cheras, en Abe bekerja di pagi hari Raya. So aku beraya sakan makan kat rumah Mil. Pagi tu sempat bersolat Raya dengan Mil dan si Abam kat masjid bawah je. Lepas balik solat Raya, makan-makan pun bermula. Di mulakan dengan Bismillah, makan nasi himpit + kuah kacang + rendang ayam. Setengah jam kendian, makan soto lak, extra bergedil dan sambal kicap. Lepak2 tengok tv. Si abam ikut atok dan sepupu2nya beraya ke rumah sedara mara. first round, hihi rendang ayam, kuah kacang dan nasi himpit PETANG-nya, dengan adik2 ipar mula sampai, diorang beraya kat rumah diorang dulu. Lepas aktiviti makan2, diorang ajak ke KWC part ni aku citer kat en3 lain ye, balik dari KWC, tetamu tak putus2 datang beraya umah mil. Aku tengok mil pun dah macam penat sangat, aku tolong apa yang termampu je. Meh layan gambar yang tak berapa nak ada i kan sibuk makan, hihi abam di pagi raya adik dapat buah oren, yang lain semua tak pandang dah baju raya recycle raya Posa p

Salam Aidil Adha dan Selamat Menunaikan Ibadah Qurban

# aku dah start coti hari ni now kat umah mil di Cheras apdet blog ni pun tumpang lappy SIL gigih semata-mata nak wish selamat beraya kt korang sumer SALAM AIDIL ADHA untuk semua re-rakan # i raya di Key El tahun ni tanpa kakak ler harap kakak happy bersama atok, mok, mak n pak sedaranya  harap semua happy tak kisahlah raya kat mana2 pun  jauh dimata namun dekat dihati kepada Ayahanda dan Bonda, maaf anakanda tak balik Raya Haji kali ni Tahun depan Insya Allah kita raya sama2 opss, jangan lupa kirimkan daging salai ye anakanda menanti dengan harapan ucapan salam aidiladha dari anakanda yang jauh di kutubselatan buat kengkawan semua, jumpa lepas raya ye (^_^)

Ibnu Sina Eyewear

Ibnu Sina Eyewear website penah tengok spek lubang2 ni? pertama kali aku tengok orang jual bende ni ialah kat Kota Bharu Airport promoter duk panggil2 orang singgah booth dia tapi cam biasa, jeling je tak singgah pun, hihi itu kisah beberapa tahun lalu bulan lepas, akak sebelah aku ni pakai spek tu aku tengok dia banyak kali dengan muka pelik sebab dah macam mata lalat bila dia pakai spek tu so apa lagi, sesi intebiu pun bermula 'saya penah tengok spek ni dulu, tapi tak tahu untuk apa'  akak tu kata (dia kata, bukan aku kata) 'sejak pakai spek ni, akak dah tak payah tengok tv pakai spek senang citer tak bergantung 100% pada cermin mata cam dulu' kalau Admin Ibnu Sina baca ni, sila ambik akak ni jadi Duta ye wah! terkagum aku dengar biar benar sebenarnya aku ada masalah dengan si kenit dia kan suka ngadap tv, kalau boleh kartun 24 jam budak2 sekarang tengok tv dekatnya macam nak masuk kepala dalam tv tu larang banya

Blog Sarapan Pagi Saya

Salam Hari Jumaat dah sarapan ke? aku ingat nak tukar nama blog la dari nama Happy Irfa kita tukar kepada Blog Sarapan Pagi Saya boleh gitu? mana tidaknya, asyik up citer menu sarapan je, huhu   okey, pagi ni member yang aku tumpang hari2 tu suami dia lak yang hantar gi keje diorang nak sarapan dulu so aku pun pandai2lah bawak diri seganlah nak makan semeja dengan diorang kotlah diorang nak sembang laki bini buat la alasan, nak gi restoren sebelah cari nasi dagang so sarapanku pagi ini ialah Nasi Dagang Lauk Ikan Aye (Ikan Tongkol) tapi rasanya kurang memuaskan hati sebab: - takde cili sebiji2 dalam gulai tu, puas aku cedok2 tak jumpa cili -acar timun takde rasa cuka pun, tawar je banyak sangat songeh kan? macamlah pandai masak aku layan sorang2 kat meja hujung masa nak keluar baru aku perasan cuma aku sorang je pompuan makan kat situ semua pelanggan lain adalah abang2 teksi dan pekerja kontrak agaknya keterujaan nak makan

Sosej Sebatang RM1 ?

hai korang moga hari yang diberkati untuk kita semua semalam citer pasal sambal kerang yang extra masin hari ni pun nak citer pasal sarapan lagi, huhu selalunya, aku adalah amat jarang nak beli sarapan ala omputeh ni tapi bila tengok menu semuanya tak menyelerakan nampak sambal sotong, hati teringin tapi masih phobia dengan sambal kerang masin semalam so lupakan je nak makan apa2 yang letak sambal ambik 3 ketul sosej 1/2 senduk telur hancur dan 1/2 senduk baked bean (ye ke namanya tu?) masa nak bayar, tak perasan bos kat depan aku memang langkah kanan kot pagi ni bos bayar sarapan aku tq bos TAPI bila cashier kira 'sosej rm1/seketul bla bla bla' aku kat belakang 'rm1.sebatang sosej? biar betik' (dalam hati je) sepeket sosej jenama biasa rasanya tak sampai rm5 selalu aku beli rm3.90 sen je sepeket kalau dalam tu ada 12 batang sebatang jual rm1, dah dapat rm12 kalau gitu aku nak jual sosej jugaklah

Lawak Botol Shampoo dan Cecair Cuci Pinggan

bekfes pagi ni entahler, tukang masak hilang deria rasa ke hapa semuanya masin  (-_-) koteow masin + sambal kerang masin huhu sambil makan, lompat dari blog ke blog aku jumpa satu lawak dah baca, pastu gelak sensorang (^_^) jom layan kalau dah baca, sila abaikan ~*~*~*~*~*~  alkisah berborak la si kurus dan si gemuk si gemuk menyuarakan kerunsingan kerana makin hari makin gemuk bertanyalah si kurus kepada si gemuk  'ko mandi, cuci rambut pakai apa?' jawab si gemuk 'pakai shampoo lah' jawab si kurus  'salah tu, jangan guna Shampoo untuk cuci rambut tapi tukar kepada Cecair Pencuci Pinggan' 'gilo ke hape cuci rambut pakai cecair cuci pinggan' bantah si gemuk tahu nape si kurus kata gitu Cer korang baca kat botol shampoo tu dah terpampang perkataan 'FOR EXTRA BODY AND VOLUME' Tu pasal lah.  Jadinya salah siapa? Sepatutnya yg nak kurus slim macam   aku   ni, tak mandi dan c

Cemburu Dengan Ibu Mertua ?

hai korang, bizi giler sekarang nak jenguk blog kengkawan pun tak sempat rindu nak baca kisah korang # bzzzzzzzzzzzzzzz tapi sempat apdet blog pepagi dengar berita hangat kengkawan citer kesah seorang kenalan mereka 'pasangan tersebut baru kawen 2 minggu  tapi bercerai kerana isteri terlalu cemburu dengan ibu si lelaki aka IbuMertua' Sedikit pelik di telinga aku Kenapa dengan ibu mertua pun boleh cemburu?  Lainlah kalau cemburu dengan biras ke contohnya wife abang ipar ko hot, tetiba jeles tak pelik sangat Itu mak kepada suami ko je kot ada yang marah ke dengan statement aku tu? hehe saja je usik korang aku paham sangat sebab ada kengkawan yang suaminya 'anak omak' sangat bukan semua orang yang lahir kat dunia ni anak omak ke? siapa lahirkan dia? mestilah mak dia kan? orang kata 'memang makan hati kalau kawen ngan anak mak ni' itu orang kata, aku tak tahu la betul ke tak cakap lebih2 kang ada yang sound '

Balik Kampung Punya Cerita

Citer nak basi, tapi kenalah citer, sebab BlogKu DiariKu jua, hihi Ini kisah balik kampung minggu lepas. Kami ambik keputusan balik jenguk kakak kerana En Abe dah tak sanggup menanggung rindu pada anak sulungnya itu. Nak tunggu raya Haji, kemungkinan besar En Abe tak dapat cuti raya. So kami berpakat balik jelah wpun tak dapat beraya. Sengaja ambik cuti di tengah2 minggu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di udara, dah tahu sokmo doh, kalu hari Sabtu Ahad gak, konfem la kapal penuh. tetiba speaking Balik keje hari Selasa tu, terus balik kampung dengan flight jam 6.30 petang. Sampai airport KotaBharu, kami sewa keta 2 hari untuk balik kampung. Murah je sewa keta (viva RM159/2 HARI) . Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampailah kami ker umah ayah bonda. Masa tu dah jam 10.30 malam. Kami di sambut dengan wajah ceria kakak yang gembira dengan kepulangan umi, ayah dan adik2. RABU ( 02-10-2013) Pagi tu dia rekues hantar dia ke sekolah, kami ikutkan je. Dah lama tak merasa hantar kak

Kenapa Suka Beli Online?

Kesibukkan melanda diri, rasa nak nanges belakang pintu tapi kembali pada realiti, hidup mesti diteruskan. Nanges ke tak nanges, keje tetap kena siap sebelum dateline. huhu. Korang tahu kan aku baru nak mula bisnes kecik-kecik, memang kecik sungguh, asik tak cukup stok je. Sampaikan ada rasa nak tutup kejap blog  HajarCloset tu sebab bila orang wasap tanya stok, asik la cakap kaler tu takde, kaler ni takde. Mesti orang nak order pun takde mood, niaga apa asik takde stok nih? huhu sekali lagi. Ada la dengar orang bisik 'laku ke jual online? sebab aku tengok orang jual kat luar pun rega lebih kurang je, tah2 lagi murah kat luar' .. panas gak telinga, tapi tarik napas, hembus, fuh fuh. Okey, gini la lebih kurang. Ambik contoh macam aku, pegi keje balik keje. Hari cuti duk umah je jadi housewife, sesekali keluar jenjalan @ balik umah mil. Pasar malam? Down town? Up Town .. jap nak kira, bape kali je kot aku pegi. Last pegi pasar malam pun aku dah lupa. Tambah2 pulak aku ni

Qarin Si Tukang Bisik

Ingat nak citer pasal balik kampung, tapi tak sempat nak mengarang. So mari kita bercerita tentang apa yang aku kutip dalam kelas ilmu waktu rehat 2 jam tadi. Ikhlas cakap, pada awal kelas tadi aku hampir2 nak keluar kelas (mengantuk dan penyampaian agak membosankan) tapi aku bertahan. Rupanya ada banyak ilmu dapat aku kutip dihujung2 kelas tersebut Korang kenal tak Qarin? Aku baru tahu kewujudan Qarin Si Tukang Bisik ni. Kalau korang dah tahu baguslah, okey ni aku nak citer kepada yang tak tahu macam aku. Satu blog aku jumpa menulis tentang Qarin- Klik sini Secara ringkasnya, semasa kita di lahirkan ke dunia ini, kita lahir bersama kembar yang bernama Qarin. Dia adalah Jin Kafir. Tugasnya ialah berbisik pada hati kita supaya menjauhkan dari melakukan kebaikkan. Kita pula setiap saat kena berjuang menentang bisikan si Qarin ni. Contoh situasi ialah: - Jumaat ada kelas ilmu (bagi kaum wanita) di surau. Break time 2 jam, kita niat nak pegi kelas ilmu tapi si Qarin duk la berbis

Balik Kampung Makan Buah Dokong

~ Salam Hari Jumaat ~ ada yang rindu tak aku tak apdet blog beberapa hari? emm takde? sedihnya, huhu okeylah, bagi korang cuci mata dulu ini dia buah DOKONG # gambar buah dokong dari pokok depan rumah ayah bonda di kampung fresh petik dari pokok, terus masuk mulut kami balik kampung jumpa anak dara maklumlah Raya Haji nanti aku tak balik citer pasal balik kampung, minggu depan lah aku citer ye ~ mood happy baru lepas jumpa anak ~