Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Kedai Lama Wajah Baru

hai korang tak sabar nak share ngan korang (^_^) taraaaaaaaaaaaaaaa cantik tak? (pinjam ayat Eric Leong) Tukang Rumah ialah Aini Zakaria TQ ye HajarCloset aka Mawarni Sani Enterprise kedai dah lama, baru ari ni buat renovation sikit *kedai je besar, barang tak penuh pun lagi, hihi* tapi stok nasi arab banyak kalau berminat nak jamu nasi arab Al Bayt raya nanti boleh order sekarang, Isnin sempat lagi pos ~ selamat berhujung minggu ~

Sebuah Pengorbanan

Salam Sejahtera and Happy Wednesday untuk semua Pagi ni bertemu seseorang Happy dapat jumpa dia yang kini bebas buat apa yang dia suka mengembara ke bumi asing dengan semangat baru Sis, TQ banyak2 ye. Sudi dating n bekfes sesama tadi Selamat terbang ke UK (bukan ulu kelang ye, hihi) tajuk atas tu aku sebenarnya tak tahu nak letak apa so letak jelah tajuk Sebuah Pengorbanan sapa yang terkorban, di korban @ mengorban i also dont know yang pasti raya Haji nanti banyak lembu akan terkorban, hihi sikecil berwajah baru start awal bulan September ni tapi pakai untuk tengok tv je main lompat2 bintang tak pakai pun dahla letak merata, jenuh mencari bila nak pakai dah pesan letak kat satu tempat pun, ada hari buat, ada hari dia letak je mana dia suka tapi 'kite' still cute kan? sapa nak puji selain omie dia kan?   ini budak, setiap makan akan tanya 'esok umie cuti tak?' Ada sesapa yang baca blog aku ni yang dulunya bekerja mak

Ada Peminat Bawal Aidijuma Baca Blog Aku Tak?

Ahad lepas, cuci mata ke MydinMall Seremban Singgah Butik Aidijuma #lokasinya kat tingkat bawah agak tersorok ontheway ke parking, rasanya dia kena tukar lokasi lebih baik   Sebenarnya zaman aku ber'bawal' dah berlalu Tapi sekarang bawal datang balik dengan nafas baru tengok adik2 pakai bawal, comel je tambah pulak owner sendiri yang lawa (Norjuma) jadi model dah cantik, pakai apa pun lawa, ye dak? #sejak specky ni lagilah cam tak sesuai aku berbawal terasa kembang je tudung tu nanti, huhu meh layan gambar butik AIDIJUMA cawangan Seremban   eh! ada model cilik sesat dalam ini gambar ops, ni bukan model cilik ini photobomb, hahaha agak2 kalau aku jual, ada yang nak beli tak? #baru survey, belum beli lagi, haha poyo je kan? layannnnn

Cerita ' Kita'

Lama tak stori mori tentang anak2 asyik2 cite pasal aku, aku dan aku lagi ni kisah 'kita' si kenit Hajar Umurnya 4 tahun 8 bulan *masih gelaran adik, hihi. bongsu barangkali* Peminat setia Anna dan Elsa (filem animasi bertajuk 'Frozen') peminat tegar kucen boleh tengok, pegang tak boleh kejam tak? # tapi aku tahu dia pegang jugak sebab kat pengasuh ada kucing nama Norman* ni gambar wajib tengok sebelum tido comel tak? dan ini kucen yang selalu datang makan umah kami pandai nih, kalau kitorang bangun lambat dia dah panjat tembok nak ambik makanan sendiri Orang kata bela kucing murah rezki Aku tak mampu nak bela, bagi makan boleh lah ye hihi

Cara Daftar Perniagaan Dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Alhamdulillah, Jumaat datang lagi *tak tunggu pun dia tetap datang selepas Khamis dan sebelum Sabtu, hihi* Dah sarapan? Hari ni bwak bekal, masak lebih sebab anak2 kan cuti sekolah okey, ni ada benda nak citer Sebenarnya ni kisah minggu lepas, 50:50 nak citer ke tidak. Tapi berpegang kepada moto 'blogku, diary ku jua' jadi kenalah tulis sebagai rujukan akan datang #rindu nak tulis2 diary macam dulu, tapi masa mencemburuiku, huhu. Korang yang selalu singgah blog aku ni tahu kan yang aku ada bisnes kecik2 SINI , tapi ni bisnes taraf 'anak bilis' je, income bulan2 belum sampai 4 angka lagi. Pada awalnya aku fikir tak perlulah nak daftar SSM bagai nih #sebenarnya malu kat pegawai SSM bila nak register, huhu. Tapi ada orang kata 'ko kena daftar, wpun jual kecik2 pun' eh! acik jual nasi lemak tepi simpang tu ada SSM jugak ke? kalau ada memang malu lah aku, huhu. Jadi, sedikit free Jumaat lepas, lari kejap ke Putrajaya. Ada yang kata boleh DAFTAR

Bila Anak2 Mula Belajar Mengeja

kisah semalam  lalu sini sebab nak ke post office sebelah tu di belakang aku ada seoramg ibu muda bersama sorang anak pompuan umur lebih kurang 4/5 tahun si anak mungkin baru belajar mengeja dan membaca 'K.O.P.I T.I.M.E' lalu disebut 'kopitimey' (ish susah nak terangkan melalui tulisan, harap korang paham) comel kan? dan aku pun senyum pandang muka dia teringat anak sendiri kat rumah (^_^)

Baju Bundle Bersih dan Murah di A&A Bundle, Nilai

Semalam kan coti 1Malaysia, CV balik umah aku. Dia wajib kena balik sebab nanti anak2 sedaranya akan kerinduan kalau dia tak datang umah kami. Asal cuti je tanya 'makcek datang tak hari ni?' Tak tahu nak wat apa, so petang tu kami jalan2 cari makan. Masa nak tapau nasi kandar Lawood nampak kedai bundle area Nilai. Sebelum ni tak penah pulak nampak kedai tu. Saja lah singgah cuci mata. Kedatangan kami disambut dengan senyuman mesra sepasang anak muda (seorang lelaki dan seorang gadis) . Saja usha2 baju musim sejuk kat situ. Rega RM15/sehelai. Mungkin ada lagi bundle yang lebih murah tapi rasanya orang yang membeli kat sini tak menyesal sebab  kualiti yang bagus dan barangannya bersih macam baru keluar kedai dobi. Kalau setakat nak pakai2 jalan2 satu trip tu baiklah beli kat sini dari membazir beli yang baru kat kedai berjenama sampai ratus2 untuk selai baju macam ni. baju Bok Nyeo (watak orang gaji dalam drama Korea 'Strange Housekeeper' sehelai rm15

Whatapps Group

hai korang sihat ke? cuti ke keje? aku keje, boleh kira ngan 2 belah tangan je yang datang keje hari ni banyak meja kosong je, pakat sambung cuti sebab esok Public Holiday dalam hati berangan nak cuti tapi balik ke pangkal jalan  'ko mana ada cuti lagi Irfa oi' keje jelah, jangan banyak songeh eh nak tanya korang ada bape group whatapps? apa? 5 je? nape sikit sangat? korang patut ada grup whatapps seperti berikut family siblings bff kawan tadika kawan sekolah rendah kawan sekolah menengah kawan kolej/universiti kawan sekerja lagi apa ye? hihi, sebenarnya aku ada lebih kurang 7/8 grup je family (adik2 dan mak je) siblings (aku dan adik2) teman jalan2 (dah kurang post kat sini, maklumlah lama tak kemana2)   kawan sekolah menengah (yang ni aktif, satu hari ratus2 wsap masuk) grup pmpuan2 je (ni grup sek tapi pmpuan je, sini kongsi tip rumah tangga, resepi konon2) grup bisnes (ni pun ratus2 gambar masuk se

Eksklusif Bersama NurulWahabDepp, Ulang Tahun ke2 Blog

pstttttttttttt nak dengar citer tak? ni kisah Sabtu lepas yang fren kat FB dah muntah baca pasal ni tp kat blog  belum citer so nak bagi adil kenalah cite kat blog jugak baru adil kan? dah macam berbini dua lak ye, hihi okey, ni bukti kejadian tadi Ina, PA Nurul wsap gambar ni # alamak, tetiba malu sendiri cer cari mana aku? sori takde adiah ye Alksisah bermula di  SINI RoseMawar tu aku ler create acc wordpress semata2 nak komen kat blog NurulDepp gigihkan?  # tarik napas, hembus... panjang ni tau. Kalau nak gi toilet sila tunaikan hajat dulu, dah free baru datang baca.   Okey, korang penah baca kan yang hobi aku selain makan, tengok drama korea, membaca adalah hobi no 1. Suka baca blog orang, kisah manusia. Dari hasil lompat-lompat blog, aku terlompat ke NurulWahapDepp . Sebenarnya aku tak tahu pun sis Nurul ni ada blog, Tapi dia pakai wordpress. Aku gigih membaca dari mula sampai akhir, sib baik jugak baru tulis, sempat khatam dalam sehari je.

Para IbuBapa, Tarik Nafas dan Bertenang

Update Lelaju: Rata2 samada di laman muka buku mahupun whatapps grup tajuk yang sama perasaan nervous ibubapa yang anak2 exam UPSR bermula hari ni aku dah hadapi tahun lepas wpun kakak exam nun di kampung dan aku disini jarak tidak memisahkan kami doa melepasi sempadan #sila kagum dengan penggunaan ayat yang kebabom itu setiap saat ingat kat dia setiap saat minta pada Allah bagi kakak extra ketenangan menjawab soklan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar itu kisah tahun lepas tahun ni rasanya dalam family takde yang ambik UPSR yang ramai adalah anak2 kengkawan kawan sekolah kawan fb kawan blog dah usaha sehabis baik kan? jadi masa ni kita jawab sebaik mungkin dan tawallal pada Allah # ramai kot yang ambik cuti masa anak exam itu salah satu usaha si ibu demi anak kesayangan tp aku dulu tak cuti pun mana tidaknya, setiap tahun asik merungut tak cukup cuti, huhu

Cracker Cheese Cake

Tora datang lagi dengan Cracker Cheese Cake # ingat tak iklan tu?   kenot eat everyday if not u will fat like a Garfield, huhu  member jual sebekas RM 15, beli sebab anak suka psttttttttt, 16x gugel resepi cam senang je cam mudah je cam malas je endingnya, beli lah senang bayar dan balik nanti terus ngap 'dalam rezki kita, ada rezki orang' #motohiduptakbolehblah kakak kalau dapat makan ni sesiap suapan akan cakap 'wah! sedapnya' nanti lah ajar kakak wat sendiri emm, bilakah? dan ni cara2 membuatnya yang aku cilok dari gugel ops, yang ni buh milo ikut selera lah nak ejas macam mana kan kita buat dia senang je kan? beli lagi senang, haha Selamat Berhujung Minggu kengkawan i ada misi besar Sabtu ni nanti kita share okey daaaa

Jalan-Jalan ke One City Mall, SkyPark

Ini sambungan entri semalam makan kenduri di Puchong lepas dah kenyang makan nasi kenduri adik lelaki bawak kami ke sini One City Mall, Skypark first time jejak kaki kat sini tak nampak pulak butik jual baju macam sopim mall biasa  yang aku nampak banyak restoren cina dan restoren jepun (jepun ke korea tak pasti ler, sepesen je) payah nak jumpa muka melayu kat sini, chinese memang ramai ler tujuan bukan nak membeli pun tapi nak naik atas bumbung kaca tu je ramai duk share bergambar atas lantai kaca tu sumber dari SINI meh bergambar kenangan sesuai sangat bergambar dengan bendera sebab esoknya Merdeka Day, 31 Ogos  budak tak tahu gayat, aku pulak yang risau kot pecah cerminkaca tu ingat abam je tak reti takut, adik pun sama   lama gak kami kat situ panas gile kat atas tu, cair lemak i, huhu masa nak balik ada nampak kedai jual handphone murah murah kot dari kedai biasa so singgah sebab mak nak beli handphone kata

Cerita Makan Kenduri di Puchong dan Shah Alam

* hidung ada bunyi soksek soksek, makan pun takde rasa, hidung tersumbat* Banyak yang nak stori, tapi tak tahu nak start yang mana dulu. Mood terjun lombong lepas bercuti 3 hari. Lemau tersangat lemau, macam biskut masuk angin, huhu. Mak dah balik kampung malam tadi, mak kat umah aku 2 malam, umah adik 2 malam kot. Alhamdulillah misi mak untuk ke kenduri di 2 tempat telah terlaksana. SABTU: Kenduri Pertama di Puchong Indah Ini kenduri sepupu mak, kawinkan anak lelaki sulungnya. Besar kendurinya, khemah sampai tutup 2 jalan masuk. Makanan pun sedap, air ada 4 jenis siap cendol lagi. Kagum aku tengok orang buat kenduri besar-besar gini. Sambil makan, otak pun laju wat kira-kira bodoh 'berapa agaknya sewa khemah ngan pelamin ni ye?' 'makanan ni, berapa rm agaknya satu kepala?' 'sewa photobooth ni bape rm  agaknya? *zaman aku takde pulak photobooth bagai nih* very de kak kiah sangat, makan jelah jangan manyak songeh boleh? hihi apa? gambar kat kenduri