Hari ke14 Ayah pergi Terasa Ayah ada lagi. Tambahan pula aku di Nilai, terasa macam Ayah ada di kampung & aku akan balik jumpa Ayah lagi nanti Terbayang2 yang Ayah akan buka pintu bila kereta sampai. Ayah peluk cucu2 sambil tersenyum & paling aku rindu, dapat salam tangan Ayah yg kasar itu. Tangan yg dulu nya aku rasa besar & kasar, tangan yg buat aku rasa selamat. Perkara yg akan aku rindu & tak mungkin lagi dapat aku ulangi ialah bersama2 Ayah ke Pasar Tani. Kalau Ayah datang rumah aku & kebetulan hari Ahad. Kami berdua akan ke Pasar Tani Pekan Salak. Kalau balik kampung pula, ke Pasar Tani Guchil Berjalan berduaan dengan Ayah, serasa aku kembali ke zaman kecil. Turun dari kereta, aku mengekori Ayah ke gerai jualan tulang & daging, selepas tu ke gerai sayuran & buah. Sebelum membeli, Ayah tanya ini okey tak? Yg tu nak tak? Walaupun aku sebenarnya bukan nak makan sangat, tapi aku suka dapat membayar apa yg Ayah beli. Ayah akan pegang semua plastik walaupun