Assalamualaikum
.
Hari ni aku nak menulis coretan yg panjang tentang Ayah & moga ini kali terakhir aku menulis nya. Selepas ini, aku akan simpan dalam memori selamanya. Aku ingin berkongsi sementara semuanya masih segar dalam ingatan (post ni akan di set only for me bila sampai masanya)
Hari ke9 Ayah pergi, aku juga dah kembali ke rumah semalam setelah seminggu di kampung. Last aku jumpa & peluk Ayah ialah pada 9 Mac lepas (83 hari selepas itu, Ayah pergi selamanya)
Berat hati nak tinggal kan Ma & Adik Bongsu tapi aku juga ada tanggungjawab kepada keluarga kecil ku & hidup mesti di teruskan
😢
Aku menulis & abadikan di laman FB ini sebagai kenangan utk diri sendiri, anak2 ku, keluarga & yg pernah mengenali Ayah semasa hidup nya
‘PERGI NYA’ HERO PERTAMA KU❤️
Ayahanda ku Abdullah Sani bin Majid (di kampung, Ayah dikenali dengan nama PokTeh Sani @ pokteh
20 Dec 1954 - 31 Mei 2020
( 65 Tahun 5 Bulan 12 Hari)
Waktu Pemergian: 11.40 pagi
Waktu Kebumi : lebih kurang 6.30 petang
Ayah meninggalkan seorang Isteri, 6 orang anak, 3 menantu & 10 orang cucu
Ayah banyak tinggalkan kenangan pada orang2 yg mengenali nya
Aku akan kongsi dari mula
1️⃣Hari Pertama
31 May 2020, Ahad
.
Jam 11.47 pagi
Aku dirumah, tengah mengadap WA tiba2 ada masuk WA dari grup Family, Adik Bongsu (Eshu) menulis
Abe along kaknik chiq kakcheq
NOK OYAK BERITA BURUK NIHH!!
AYOH XDOK DOHðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Aku macam blur masa baca WA tu & serentak Adik Bongsu call
Yg aku ingat, aku cuma meraung dan menyebut Ayah banyak kali tapi aku tak dengar jelas apa yg Adik cakap. Tangisan aku telah membuatkan EnAbe yg yg baru tido2 ayam (sejak patah tangan & bersimen, EnAbe memang tak lena tido) terbangun & dan anak2 datang kepada ku
Bukan family aku aku je terkejut dengan tangisan aku, tapi juga membuatkan 3 orang jiran datang menjengah dari pintu belakang rumah bertanya khabar
Dan selepas itu apa yg berlalu ialah, panggilan masuk dari adik2 & juga sepupu mengesahkan apa yg berlaku adalah benar & bukan nya mimpi (ye.. masa tu aku memang harap ia adalah mimpi)
Adik no3 bagitau yg dia dah otw ke Balai Polis utk mendapatkan kebenaran balik kampung, aku dirumah capai beg dan bersiap apa yg patut. Berbincang dengan EnAbe samada kena balik semua @ aku balik sorang je (yg akhirnya mengizinkan Aku balik, tumpang Adik2 Perempuan bersama dengan Abam & Cikebom) Kakak & Kakcik di tinggalkan utk menjaga EnAbe
Adik2 lelaki memaklumkan yg mereka dah pun bergerak balik ke kampung bersama Family masing2 & aku pula menunggu Adik Perempuan datang ambik aku bersama anak2
Kami bergerak pulang satu kereta lebih kurang jam 1.30 petang
Alhamdulillah, perjalanan balik kampung lancar dgn melalui 3 sekatan jalanraya. Hujan juga ada mengiringi kami di sesetengah tempat, jadi aku perlu hati2 memandu
Perjalanan kami dari Nilai ke Kampung ambil masa selama 6 jam 30 minit (aku igt pesan Ma, jangan bawak laju2 & aku sedia maklum yg Ma mesti risaukan kami, jd aku taknak tambah masalah)
Kami sampai kampung jam 7.50 malam tapi sebelum tu Ma dah call utk bgtau yang Ayah akan di kebumi kan & Ma minta maaf tak dapat tunggu kami sampai
Tapi adik2 lelaki dah sampai & sempat memandi kan Ayah, adik bongsu mengimamkan solat jenazah & mereka ber3 bersama2 hantar Ayah turun ke liang lahad
Kami adik beradik dah sedia maklum, AyahMa selalu berpesan ... jika mereka meninggal, uruskan pengebumian secepat mungkin & tak perlu tunggu sapa2. Klu ada rezki nak jumpa, ada lah. Kalau tak sempat .. jgn terkilan.
Sebab MaAyah sedar, semua anak2 berada jauh dari kampung dan takkan sempat sampai kampung dalam masa 2/3 jam
Jadi... kami anak2 perempuan Ayah dah redha tak dapat jumpa Ayah kali terakhir ( last aku peluk cium Ayah ialah pada 9 Mac 2020, yang aku ada share video di FB kisah balik kampung sebelum PKP berkuatkuasa)
Kami sampai ke rumah dengan selamat. Masuk rumah kali ini tiada lagi Ayah menunggu di muka pintu seperti biasa. Jumpa Ma & selebihnya... korang bygkan lah sendiri
Disini aku nak jawab soalan yg banyak orang tanya
❤️Ayah sakit apa?
Setakat apa yg aku tahu, selama hayatnya, Ayah takde penyakit kronik. Kalau ada pun setakat demam batuk biasa @ sakit urat yg biasa orang2 tua alami. Selalunya Ayah pegi ke klinik swasta. Tak pernah sekalipun warded akibat sakit
Mengikut cerita Ma & Adik, pada hari tersebut.. Ayah sambut Raya kali ke2 selepas habis puasa 6. Ayah bagitau nak makan laksam. Jadi Ma cakap pegi lah beli bahan2nya. Ayah keluar & pulang dgn bahan nk masak laksam (Ma cite, Ayah beli 3kg laksa, sampai Ma tegur, sapa nak makan banyak2 ni? Ayah jawab takpe la. Nanti adalah yg makan tu) ye.. pagi esok nya, anak menantu & cucu2 Ayah makan laksa tu 😢
Masa Ma tengah nak masak, Ayah duk keliling umah berkemas spt kebiasaan nya yg memang tak boleh duduk diam sambil monitor orang nak pasang batang paip depan rumah.
Lepas tu Ayah naik mandi. Lepas mandi, Ayah rasa tak sedap badan. Ayah panggil Ma & minta di lapkan badan dgn kain basah & panggil Adik Bongsu utk picit kaki nya (Ayah & Ma yg aku kenal, memang sgt menjaga satu sama lain, tak segan silu tunjuk kasih syg depan anak2, jadi aku dapat bygkan keadaan masa tu)
Ayah bgtau rasa dada nya terasa ketat dan susah nak bernafas. Ayah panggil Adik duduk dekat dengan nya. Hikmah #Pkp, Adik yg sbnrnya masih belajar di Gombak, di hantar pulang oleh kerajaan dalam bulan Ramadan, lebih kurang 20 hari sebelum Raya
Jadi nya memang adik lah yg menemani Ma Ayah di kampung) Syukur sgt masa kejadian, Ayah berada di rumah... bukan di kebun & masa keseorangan
Ma ajak Ayah ke klinik tapi Ayah cakap ‘tak payah, dah tak sempat’’. Ayah juga sempat berpesan beberapa perkara pada Ma & Adik.
Ayah terus bercakap sampai akhir nafas nya di atas riba Ma. Klinik mengesahkan Ayah mendapat serangan jantung secara tiba2
❤️Ma macam mana? Okey ke?
- Soalan ni susah nak jawab. Setakat seminggu aku di kampung, aku tengok Ma sangat kuat (mungkin sebab anak, menantu & cucu2 masih ada, suasana masih riuh lagi). Sesekali Ma akan bercerita tentang apa yg Ayah buat sebelum pemergian mengejut itu & kami sama2 mengalir airmata.
Bukan tak redha, cuma sangat terkejut sebab ia berlaku sekelip mata
Dari apa yg Ma cerita
- Ayah buat extra apa yg Ayah selalu buat
Contohnya bab berkemas keliling rumah, bertukang, berkebun & masak memasak
- Ayah berkemas keliling rumah macam lepas ni nak rehat lama, hari2 susun itu ini, ada je benda nak di buat
- Ayah bertukang, kemas kini tempat gantung periuk kuali dan peralatan di ruang dapur utk Ma (padahal semua nya dah sempurna je pada mata aku)
- Ayah berkebun, tanam macam2 belakang rumah. Ayah tanam tebu, terung & juga semai anak durian
- Ayah pandai masak. Bila balik kampung, Ayah pantang dengar anak sebut nak makan apa. Mesti Ayah akak masak. Selalunya Sup Tulang, Sup Daging & Perut Air Asam. Ayah juga suka mereka2 jenis Sambal. Ayah happy sgt klu orang makan apa ayah masak
Disebabkan #pkp, Ayah tak boleh ajak orang datang ke rumah berbuka macam selalu Ayah buat, jadi setiap petang Ayah masak extra dan hantar apa yg dimasak nya terutama sambal utk kongsi dengan sedara mara & jiran2 sekampung.
Rasa kering airmata bila dengar cerita tentang Ayah dari orang2 yg dtg menziarah
😢
Itu dari sudut mata aku sebagai anak. Bayangkan pula dari Ma sebagai teman hidup Ayah selama 43 tahun (sejak 20 Nov 1977)
Akhir sekali, Terima kasih kepada semua yg Whatapps, PM & yg memberi sumbangan.
Terutama sekali jutaan terima kasih pada sedara mara & jiran2 di kampung yg menguruskan semua urusan sementara kami adik beradik balik. Moga dipermudahkan urusan kalian & hanya Dia yg mampu membalas nya
Ikhlas dari ku & adik2
❤️
#AyahBondaKakMawar
#AyahKakMawarDalamKenangan
Comments
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Moga tenang lah arwah di sana...
Tapi rasa nya fb bukan tempat yg sesuai
Saya akn kembali ke blog
Rasa lebih selesa
Ye... bukan tak redha
Kerana Mati itu pasti
Cuma terkejut dengan pemergian tiba2 itu