Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Buah Manggis Batu Itu Memanggil Ku Pulang

Jumaat terakhir di bulan Ramadhan yang ke 27 masih di opis hati jangan tanya lah kat mana ada pulak blogger 'sekapal' post gambar ni kat FB perghhhhhhhhh, hati rasa menggelupur nak balik kampung sobs sobs sobs 'buah manggis' yang menjadi ikon bandar tempat aku membesar kenangan sweet sour ada disini 'balik kampung, ooooo balik kampung'

Salam AidilFitri Untuk Semua

# mood raya sudah datang opis pun dah sunyi, dah banyak kerusi dan meja kosong tapi aku pekerja mithali ni masih setia menghuni meja hujung tepi mesin fotostat sambil berfikir 'nak raya mana dulu?' Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras *belek kelopak bunga mawar berdur i* oklah, tadi dah pos sebahagian kad raya spesel sempena GA yang lepas tapi ramai lagi yang belum kasi alamat korang tak sudi ye? huhu, sedih kita tau  untuk yang lain, jangan sedih nah ambik sorang sekeping kad raya jangan rebut2, kat belakang banyak lagi, hihi jangan lupa gantung tau  *gambar kad raya mesti ada ketupat, baru rasa nak raya ketupat dan raya adalah sinonim* maaf kalau ada tersalah bahasa selama berceloteh dan berbalas komen di blog ini hati2 dijalan raya untuk yang memandu pulang ke kampung halaman # ngeri tengok gambar mangsa kemalangan yang diorang duk share kat grup, huhu jumpa lagi lepas raya, Insha Allah (^_^)

MH017 AMS-KUL, Dalam Kenangan

MH017  AMS/KUL setiap kali teringat, kerongkong rasa tersekat (rasa nak teguk air bagi ilang rasa tersekat tapi tak boleh, aku puasa) Tragedi MH017 membuatkan seluruh dunia bersedih kesedihan berganda bagi Malaysia aku tak tahu mana nak mula aku juga tak tahu nak komen macam mana tapi setiap kali bangun tido, aku harap ia adalah mimpi aku pernah 'berbulan madu' 12 tahun lalu ke Amsterdam (bulan madu selepas bersalinkan si kakak, kami pergi berdua tanpa kakak) kami kesana melalui Paris (KUL-CDG-AMS-KUL) dari Paris ke Amsterdam naik keta api laju pulang ke Malaysia dengan MH017 kini tiada lagi MH017, dah diganti dengan MH019 waktu malam kejadian tu, aku tengah sedap tido bila terima kol dari adik jam 12.05 tengah malam dengan nada cemas, dia suh aku bangun buka channel Awani katanya 'MH017 kena tembak jatuh, cepat buka tv' aku rasa macam mimpi bila dengar MH017 ditembak jatuh dalam kelam kabut dan mamai, aku lupa a

Doa Untuk Semua

YaAllah, jauhkan kami dari orang2 yang zalim Amin #PrayForMH370 #PrayForMH017 #PrayForGAZA #PrayForMalaysia, tanah tumpah darahku

FoodBlog, Ayam Percik Kuah Putih Idamanku

Isnin  lepas, kafe ada menu ayam percik ( tapi versi yang kuah cili kering tu) so aku tercakap kat adik kafe 'nape buat ayam percik kuah merah ni? buat lah yang kuah putih, dah lama tak makan' amboi kemain kan? siap rekues bagai berani lah rekues, sebab adik tu budak kampung aku, hahaha hambik ko hari ini intai2 menu kafe tadi ada ayam percik kuah putih yabedabebu, i is gembira tq adik midah, u make my day ayam potong 4, so ambik bahagian peha emm yummylices lajak depan sikit, nampak siput sedut masak lemak ambik sikit  lajak lagi 2 tapak, ada udang sambal petai. ambik secedok total kos rm12 sekian, selamat berbuka

GA di Tutup, Pemenang Akan Di Umumkan

Salam Ramadhan ke 16 dan Happy Monday GA oleh HappyIrfa  dah pun ditutup Setakat ini ada 27 jawapan ada yang jawab dengan tepat ada yang macam tak pasti tapi selagi ada sebut 'jawapan' tu, masih di kira betul, hihi tq sebab sudi join nanti free aku umumkan pemenang ye today sibuk sikit  (^_^) Update: SEMUA YANG JAWAB ADA SEBUT PERKATAAN ' ROTI JOHN' DIKIRA MENANG JAWAPAN PALING TEPAT OLEH BloggerPetakBunga # roti john tu tertinggal, lupa bawak balik, huhu

Cuba Teka? GA by Happyirfa

Happy Thursday masuk keje, nampak ni atas meja kalau hebat, cuba teka? 10 komen terawal yang dapat jawab dengan betul ada 'kad raya istimewa' untuk korang # GA terkejut katanya, nampak benda ni terus timbul idea nak buat GA, haha join lah kalau free hadiahnya yang pasti bukan tv@peti ais TARIKH TUTUP: sampai ada entri baru, nanti kita publish semua komen (^_-)   

Pesanan Dari PosLaju

SALAM RAMADHAN ke 11 kejap je dah hari ke 11 kan? alhamdulillah, berat aku mantain tak kurang seinci pun wpun dah seminggu lebih puasa * sobs sobs sobs* ingat! niat posa untuk ibadat, bukan sebab nak kurus bila raya nanti * ayat pujuk hati* aduhai bz sungguh sekarang nak hapdet blog pun tak tenang jiwa tau tengah mengarang ayat baekkkkkk punya tit tit bunyi mesej di whatapps tanya inner, tanya shawl, tanya nasi arab kenalah layan sebab itu semua $$  *bak kata si Hajar 'umie suka duit ye?' huhu tapi ni nak share info sikit sesapa nak ngepos-ngepos barang bagi penjual dan juga pembeli barang online yang nak kirim kuih raya ke, dodol ke kat sedara mara di seberang laut sila ambil perhatian dengan pesan ikhlas dari PosLaju nih sebarang pengeposan harus di buat sebelum 22 Julai takut nanti lewat dari tu, lepas rasa baru dapat barangnya ye lepas entri  NI tak sangka ada silent reader wsap untuk try nasi arab Al Bayt buat m

Menapau di Param Secara Berhemah

Lunch time 2 jam apa nak buat ye? ada lah benda yang dibuat, kang citer semua jatuh riak pulak, kikiki okey ni acara selingan meh dekat sikit, nak tanya  *ehem, ehem, betulkan duduk, macam serius sangat soalannya* dah masuk Ramadhan ke 6 hari ni balik singgah Param (Pasar Ramadhan) ke ? berapa bajet sekali ke Param? RM 10? RM 15? RM 20? macam banyak kan? tapi kalau dengan RM20 dapat 3 jenis lauk, rasanya berbaloi sebabnya dengan RM20 ko takkan dapat beli udang, ayam, itik serati semua kan? belum lagi kena beli sayur dan kuih haha aku setakat ni lom lagi ke param tidak ke param, tak bermakna aku balik masak 4,5 jenis lauk dalam masa 1 jam tu aku sebenarnya menapau jugak kat kafe sebelah ni je tak ke param pun, macam2 dah ko boleh pilih pakej dengan aircond tak payah penat menapak parking keta sebenarnya dengan kos sebanyak RM10 tu pun aku boleh dapat 2 jenis lauk dan 1 kuih ini adalah kejadian 2 hari lepas gulai le

Temui Jalan Pulang Di Hari Lahir ke 28 Tahun

Ramadhan ke 5 sekejap sungguh masa berlalu aku suka bulan Ramadhan, tenang je rasa hati walaupun kena bangun banyak kali, haha # faktor umur barangkali masa bebudak, suka raya dah jadi mak budak, suka bukan posa, hihi tadi  BACA SINI serius tak kenal dia sangat, pastinya dia pun tak kenal aku # ye, tahu itu tak kelakar, huhu pernah tengok dia berlakon dalam drama apa tah (asik lupa je, banyak makan kepala ikan agaknya) tapi sebagai orang baru, nampak kaku sikit, pandangan aku lah selalu kat FB orang duk komen pasal dia so aku like page dia, dan baca komen (korang pun camtu gak kan? jangan tipu, dosa, hihi) beratus2 komen setiap kali dia post kadang2 aku baca sambil geleng kepala dalam banyak komen yang bagi dia semangat, tak kurang yang bagi komen negatif bukan calang orang kot yang boleh bertahan macam dia kalau lah dia putus asa masa tu, tak rasa bersalah ke? Alhamdulillah, hari ni bertambah sorang lagi umat Islam semoga terus istiqomah ye Felixia kat

Kakak Berjualan di Hari Koperasi Sekolah

Happy Wednesday u olls okey, nak sambung cerita minggu lepas Masih ingat entri INI ? # tak ingat takpe, aku tetap nak citer jugak sebagai kenang-kenangan di blog kesayangan ni   Bagi menunaikan hajat kakak nak berniaga di Hari Koperasi Sekolah. Aku order Bubblerice Chocolate dan Red Velvet Cake dengan jiran. Pastu ada kawan sekolah poskan hasil krafrangannya iaitu Bookmark dan benda yang gantung kat henpon (lupa dah nama apa).  Tapi malam sebelum kejadian, jiran wsap bagitau yang dia masih dikampung, ada kematian ahli keluarga, berkemungkinan tak sempat nak buat Red Velvett Cake. Tapi dia cuba buat Bubblerice Chocolate tu je, emm takpelah .. benda kita tak rancang. Teruskan jelah dengan apa yang ada. Tiba lah hari yang ditunggu, kakak dan kawan yang share tapak sangat excited nak berniaga (kawan kakak tu ialah anak kawan aku). kami yang paling awal sampai untuk setting meja  taraaa, dah siap kakak jual bubblerice coklat, bookmark dan yang gantu