~*~ Jumaat Datang Lagi ~*~ Pagi ni sedikit lambat sebabnya kami anak beranak ke Terminal One,Seremban hantar mak aku dan anak dara sulung nak balik kampung akhirnya mak pilih bas transnasional dari naik 'ketebang' tak kisahla..asalkan mak selesa dan selamat sampai kakak dan mok Alhamdulillah kakak dapat bersama umie,ayah dan adik2 selama 4 hari Hari ni kakak balik kampung semula sebab sekolah dah nak buka Ahad nanti Lepas ni kakak dah susah nak balik sini kelas tambahan utk upsr dah bermula Nampak gaya kami pula yang kena balik kampung kalau rindu pada kakak umie kena simpan cuti untuk balik kampung lama sikit Sabar ye kakak dah tak lama pun lepas upsr hujung tahun nanti kakak balik sini dan kita akan lengkap sebagai satu keluarga macam dulu umie,ayah dan adik2 sayang kakak # mood sedih..tapi ku tahankan Jebat apa kaitan Jebat dengan ini cerita?