Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Apakah Gwiyomi?

Sejak handphone rosak,aku dah tak bukak fb dan ketinggalan banyak perkara (sampai ke hari ni aku tak de masa nak pegi kedai repair handphone itu) jadinya bila adik2 duk ber 'we chat' dan bercerita pasal Gwiyomi apa ke bendanya itu..aku macam blur-blur gitu..rasa macam duk planet asing 'eh!diorang ni citer pasal apa?' setelah ku gugel2 dapatlah aku tahu dan tengok video Gwiyomi yang katanya jadi fenomena sekarang.Apa maksud Gwiyomi?jumpa kat sini maksud dan mana datangnya mende alah tu.. Gwiyomi=Comel/Cute Sebutan asalnya Kiyomi dan berasal dari Korea Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli bandboy Korea BtoB .. .(itu yang aku jumpa dalam gugel..kalau salah,minta maaf) Tapi bila ku belek2 dalam banyak2 video Gwiyomi tu..memang ada yang comel sangat contohnya macam video Wawa Zainal dan juga Nora Danish (cth je..banyak lagi artis lain) dan paling comel ialah yang ini aku rasa m

Sketsa Di Sebuah Restoren

Semalam..balik keje member singgah ambik anak2 dia di nursery..rupanya anak kecik dia (dah darjah5) demam panas..so kami ke klinik sebelum balik ke rumah..aku tumpang dia,so aku pun ikutlah sekali.Takde masalah bagi aku sebab masih awal waktu tu..baru kul 6.00 petang.Sementara member tunggu giliran,aku menemankan anak sulung member makan kat restoren sebelah. Depan meja kami,ada seorang ibu muda tengah melayan anak2nya makan..riuh dengan suara dia dan anak-anaknya.3 orang anaknya semua lelaki..umur anak2 pun macam rapat je,mungkin beza setahun dua je antara mereka. Si abang..badan 'sihat' tengah makan bihun..yang sorang lagi pun tengah makan juga..suap sendiri.si ibu suap adiknya makan..sambil suap mulut sendiri.Aku ni sejak jadi mak-mak ni suka sangat tengok gelagat budak-budak.Nak pulak kalau budak comel,kulit putih dan gebu..mesti aku pandang 2kali.Dulu..masa zaman remaja,aku tak suka budak sangat (adik sendiri pun ada 5 orang). Dengar si abang menjerit 'letak bal

PM (Private Message) dan Postage

# sejak minggu lepas,aku sibuk menziarah blog2 jual barang online.Kain baju,kain ela,telekong,baju budak,kerepek,segala jamu mak nenek pun ada dan macam2 produk lagi.Pendek kata macam iklan Astro 'macam2 ada'  hahaha.Dan aku masih masih berfikir2 tentang satu perancangan yang masih  berlegar-legar dalam otak.hehe Dalam dunia 'segalanya dihujung jari' dan 'dunia tanpa sempadan' ini..tak payah start engin keta dan susah-susah cari parking..kita masih boleh membeli belah.Janji kita ada duit dalam akaun @ kad hutang.hehe Aku pernah melawak ngan sorang akak opis sebab dia pantang nampak sesiapa meniaga kat opis,mesti dia beli sebabnya dia jenis cepat kesian...katanya 'dah memang rezki dia hari ni'. Kalau aku jual barang pun,dia antara orang yang wajib beli..hehe.Ada sekali tu orang jual bawang goreng ..aku cakap ngan dia 'kak..agak2 kalau saya jual ikan bilis dan bawang putih yang dah siap kopek kulit ..ada tak orang beli?' ...dan ada juga yang

Saya Sayang Cikgu

Malam tadi..lepas Maghrib,si abam tak turun-turun ke bawah.Kalau tidak laju je dia turun tanya 'Umie,dinner apa malam ni?' tapi malam tadi..banyak kali aku panggil 'abam buat apa kat atas tu?' dia jawab 'takde apa..kejap lagi abam turun' .Aku pun malas nak menge'check' apa dia buat. Pagi tadi nampak dia kemas beg sekolah sambil sorok2 masukkan sesuatu dalam beg.Pandang aku malu-malu sebab aku nampak apa yang dia buat. 'Kertas apa tu?' 'Abang nak buat kad untuk cikgu..nama cikgu tu Cikgu Hisyam.Dia nak berenti keje.Hari ni hari last cikgu.Abang buat ni je tapi tak cantik' Aku ambik kertas tu..kertas A4 putih dilipat dua..depan tulis 'kepada cikgu Hisyam' di dalamnya tulis 'saya sayang cikgu Hisyam' alahai,sedih la pulak baca (cikgu tu mesti baik ..dulu penah sekali dia cerita seorang ustazah namanya Ustazah Maryam..ustazah tu baik sangat) dan ini cikgu ke2 yang dia puji. Serba salah sebab aku ada dengar har

Gerai Nasi Lemak Payung ala 'Chipsmore'

Pagi ni sarapan nasi lemak,lama tak makan nasi lemak.. Sejak tumpang member baru ni,sebelum datang keje member akan singgah nursery anak dia untuk hantar beg sekolah petang.Dan aku nampak satu gerai nasi lemak..dalam hati terfikir nak singgah (aku kan dah boikot pakcik kafe sebelah tu..so sarapan aku kena beli kat tempat lain kalau aku tak bawak bekal) .Tapi sebab tumpang orang segan nak suruh dia benti..aku harap dapat rasa nasi lemak dia sebab aku nampak ramai orang singgah..mesti sedap la kot Tapi lepas tu banyak kali lalu,gerai payung tu tak bukak..dalam hati berkata 'ni la orang kita,meniaga macam chipsmore.kejap bukak kejap tutup,suka hati je...macam mana nak maju' ewahh..suka suki buat spekulasi.hehe Pagi ni nampak gerai bukak..saja bagi hint dan tak sangka member nak berenti.so aku beli 2 nasi lemak telur mata (sorang satu) 5 biji kuih (3 biji karipap sadin dan 2 biji roti sambal) = rm6.nasi lemak tu rm1.50 sebungkus la.Ops,sebelum bayar aku sempat cakap 'ban

Laksam Yang Enak Di Pagi Khamis Yang Indah

alhamdulillah rm3.00 brother dari kelantan yang jual dia jual ketupat daun palas pagi ni dia bawak laksam sekali cukup rasa lemak dan pedas sekata suka laksam? ada beza laksam dengan laksa laksam bentuknya tebal bukan bulat panjang macam laksa hehe

Kali Pertama...

Malas aku nak ulas pasal ending King Of Ambition malam tadi.Tapi aku ada tambah sikit kat entri semalam.hehe Pagi tadi topik kat HotFm ialah 'Kali Pertama .....' so ramailah yang share kisah 'kali pertama'  mereka.Ada yang bercerita kali pertama kerja,kali pertama masak,kali pertama bla bla bla...eh!kisah malam pertama pun ada.cepat2kan kuatkan volume radio tapi kisah bantal terbakar rupanya,suspen sangat.hik hik hik (ko pehal irfa?) Okey ni kisah kali pertama aku..eksklusif sangat hanya untuk korang ;) # Kali Pertama Kerja aku memulakan kerja pada usia 19tahun (3.8.1998) dan 2 minggu pertama training tu masuk keje 8.30-5.30 dan bila start shift (3 shift..petang,pagi dan malam) kali pertama roster aku kerja malam ialah 12malam sampai jam 8.00 pagi.Dan aku masih belum mahir dengan roster menggunakan sistem 24hrs.Sebab bila kita tengok jam cuma ada 12angka.dengan selamba aku datang keje jam 1.00 tengah hari sedangkan aku sepatutnya report duty malam tadi iaitu

Ending King Of Ambition..malam penentuan

Malam ini jam 9.00 malam di channel 393 OneHD adalah malam penentuan King Of Ambition apa kesudahan hidup Joo Da Hae adakah dia akan mati  @  menyesal dengan sepenuh hati? adakah identiti sebenar Ha Ryu akan terbongkar? atau adakah dia akan meneruskan hidup  dan bahagia dengan identiti abang kembarnya Cha Jae Woong? dan adakah dia akan berkahwin dengan Cik Baek? cik Baek yang 'dingin' tapi berkarisma maaf ye korang sekali lagi angin monsun barat Korea datang melanda kepada anak-anak Umie malam ni acara bebas korang boleh sepahkan menan dari atas sampai bawah tangga umie tak marah hahaha # an-nyong haseyo Update Kendian: TQ to Suterazen nakal le kamu..siap bagi link ye sekarang aku dah tahu apa ending tapi tetap jugak nak tengok malam ni. tak puas sebab skrin pc kecik.hihi tapi dah tak surprise sebab dah tahu apa kesudahannya bagi yang tak sabar nak tahu sila klik sini ending King Of Amb

Melantak dan Lantak

Melantak dan Lantak Aku tak pasti 2 perkataan ini ada dalam kamus DBP atau tidak ~*~*~*~ Melantak selalu digunakan bagi nafsu makan senang citer makan tahap maksimum seolah membela hantu raya dalam perut contoh ayat: '(nama dirahsiakan) eh!ko ni makan macam setahun tak jumpa makanan. ni makan ke melantak? Lantak tahap taknak ambil kisah/ambil peduli contoh ayat: 'lantak ko la nak buat apa nak melingkup ke nak hapa..aku dah taknak ambil tahu' aku rasa antara 2 ayat itu.. ayat yang kedua adalah paling bahaya emm lawa kasut ~sekian~

Tribal Pattern Everywhere

dulu masa kecik aku ada selai t-shirt corak macam ni masa tu kecik sangat lagi sekolah rendah kalau tak silap pakai je tanpa ada apa-apa perasaan sekarang ni aku tengok corak ni ada di mana-mana tribal nama kamu ye sebut 'tribal' terbayangkan 'kanibal' puak yang makan orang tu tudung baju skirt beg kasut casing handphone topi bla bla bla dan baru ku tahu namanya TRIBAL tudung tribal pattern model lawa pakai apa pun lawa ler casing handphone pun tak lupa untuk di 'tribal'kan nampak gayanya pesen dan corak zaman mak ayah kita dulu popular balik # apa benda yang korang pakai sekarang simpan la ye,mana tahu zaman anak cucu nanti pesen tu timbul kembali boleh jual kat muzium.hahahaha

Pilihan Di Tangan Kita,Boikot Katanya

Assalamualaikum..Selamat Pagi dan Good Morning semua... Hari yang ceria..takde istilah Monday Blues ke hapa pagi ni..semuanya berjalan lancar bermula dengan bangun jam 6.15 pagi (kunci jam 6.00 pagi tapi extra time 15 menet) 6.15 bangun,masak air,kejut si abam..mandi solat subuh,bersiap,buat sarapan roti celup telur untuk abam..dan sidai kain (basuh kain malam sebelum tido).Jam 7.05 semua dah selesai..masa keluar rumah jam 7.10 menet.kenit masih lagi sedap tido dengan ayahnya..jalan sikit sampai simpang depan,member yang aku tumpang pun sampai.Gembira kalau setiap pagi macam ni..takde sesi kelam kabut  (kalau tido awal,bangun awal..kalau bangun lewat semua huru hara la jawabnya)  Sampai opis..On komputer..rendam green tea dalam cawan,buka emel..bersarapan dengan bekalan dari rumah..makan kat meja je (lupa ambik gambar dah masuk mulut.huhu) Bercerita bab makan..masuk minggu ni genap minggu ke3 aku tak membeli kat kafe sebelah.Cukup2lah aku membebel bab makanan mahal tak padan de

Bukan SENANG nak SENANG

sejak ada header cantik rasa macam nak apdet blog setiap setengah jam hahahaha # muntah la yang membacanya ~*~*~*~*~ tajuk kat atas tu gimik semata hari ni aku menggugel tentang PENDAPATAN SAMPINGAN dalam bahasa omputehnya SIDE INCOME emm.. macam-macam cabaran rupanya bagi yang berniaga Online ada cabarannya bagi yang berniaga pasar malam itu kisahnya pendek kata.. Bukan SENANG nak SENANG Bukan SUSAH nak SUSAH dalam maknanya tu langkah pertama ialah TAHU MATLAMAT HATI KENA KUAT SABAR dan bila semua dah buat akhir sekali DOA dan TAWAKKAL (^_~)

Kelas Tajwid :Men'top up' Yang Mana Kurang

Ehem ehem..malu nak citer sebenarnya,harap jangan ada yang fikir aku nak menunjuk bagus ke hapa.Aku cuma ingin berkongsi cerita..mana tahu ada manfaat bagi yang datang baca blog 'merapu' aku ni. Sejak beberapa minggu lepas aku ada join kelas Tajwid yang dianjurkan oleh ahli surau di pejabat ni.Sebelum join kelas,macam biasa la 'setan' cucuk jarum 'tak payahlah join.ko kan dah pandai baca Qur'an.sama je yang ko belajar zaman sekolah dulu..ulang benda sama je.baik ko duk opis layan blog ke bersembang ke,lagi best' itu dah memang kerjaya dia mengoda cucu cicit Nabi Adam,nak buat macam mana kan.Tapi aku cuba tepis dengan fikir 'aku ni asyik sibuk dengan urusan keje..urusan rumah tangga..takde masa nak mencari ilmu bekalan akhirat..malunya pada Allah.tak dapat buat banyak,dapat sikit pun jadilah' itu yang aku fikir. Benda yang aku nak share kat sini ialah: niat utama aku belajar ialah nak 're-fresh' balik benda yang aku dah belajar d

Bila Kaunter Pertanyaan Jawab 'Tak Tahu'

macam mana rasa  kalau kita ke satu tempat  yang kita baru pertama kali datang? @ jarang-jarang datang?  mesti kita teragak-agak nak buat sesuatu sangat bersyukur kalau nampak  'KAUNTER PERTANYAAN' tapi apa rasanya bila bertanya dengan cik adik manis di kaunter tersebut dan jawapannya adalah 'saya tak tahu' bukan ke sepatutnya yang duduk di kaunter tersebut tahu semua info? bukan ke dihantar kursus @ ada manual sebelum di suruh duduk di kaunter itu? itulah yang aku nampak senario pagi tadi seorang pelancong mengheret beg besar berdiri dengan muka ada (?) besar di kepalanya tapi dengan kuat suara cik adik manis itu menjawab 'saya tak tahu' kalau tak tahu pun dah duk situ kena usaha cari info kalau awak staff baru,tanya senior tak tahu jugak? okey..tapi jangan menjawab 'tak tahu' dengan suara macam speaker rosak bukan aku sorang je terperanjat dengan suara dia orang lain lalu lalang pun sama o

Beza Mereka Dan Kita

Antara hobi aku selain dari mengadap drama korea ialah memerhati gelagat manusia.Dalam keta pergi dan balik kerja pun aku boleh melihat dan mengkaji drama kehidupan.Perkara yang menarik hati aku dalam perjalanan balik keje semalam ialah 2 orang lelaki (warga bangladesh memakai kemeja dan pelikat..menjinjing plastik besar kiri kanan) kebetulan kereta berhenti di traffic light,so aku sempat jeling barang dalam plastik tersebut (very de kepochi kan?hihi) aku nampak dari jauh ada bawang holland,kentang,tepung.Untuk pengetahuan korang,aku tahu diorang berjalan kaki hampir 2 km dari tempat tinggal untuk ke pasaraya tersebut.Diorang ni tak  kisah pun jalan berbatu,cuba kalau kita?Sedikit contoh beza mereka dan kita: Kita kalau ke kafe,ambik nasi..lauk dan sayur kalau nak kekedai tak sampai 2 blok dari rumah pun sanggup start engin keta keje dalam aircond.sejuk sampai ke tulang sum sum,balik umah..masuk je terus on ekon Mereka bila makan cukup dengan nasi menimbun,kuah kari dan seb

Mengenali Anggota Badan Versi Budak 3 Tahun

Malam tadi..jam dah kul 11.00 tapi sikenit masih belum tido.Agaknya dia tido lama waktu siang masa kat rumah pengasuh.Biasanya jam 10.00 dia dah tido,si abam pula dah lama belajar ke lautan mimpi. Tengah syok menahan rasa amarah dengan 'watak jahat' si Ju Da Hae (drama korea,King Of Ambition) ,tak sabar tunggu ending hari Selasa minggu depan.Tak boleh nak agak apa endingnya.Sayup2 aku dengar anak dara kenit yang baring kat sebelah aku duk menyebut anggota badannya. kepala lambut (rambut) mata idum (hidung) tinge (telinga) gigi mulut lidah dagu demam 'eh! demam' aku pandang muka dia 'mana demam?' 'ni..demam kat sini' oh!dahi rupanya. 'ini dahi..bukan demam dik oi' 'ok..dahi' sambung lagi tangan perut malu (ehem-ehem) sakit 'sakit?mana sakit?' 'sini' (tangan tunjuk lutut) 'sini sakit.ajaa jatuh' 'oh.ini namanya lutut.bukan sakit' (a

Header Doodle,Maka Impian Pun Tercapai

cantik tak? sila cakap cantik lama dah aku kelip-kelip mata nak header macam ni  jeles bila tengok blog orang lain yang lawa-lawa nak buat sendiri tidak jumpa jalannya ai kan mak budak tapi jiwa budak2 so nak jugak header doodle TQ buat blogger Aini Zakaria   yang merealisasikan impian aku itu (^_~) # merah sangat ke blog aku ni? sakit mata tak korang view blog ni? sila bagitau dengan jujur ye

Anggur @ Zabit ?

bila baca balik entri sebelum ni ada rasa ingin termuntah uwek makanya kita up lagi satu entri kasi neutral perasaan itu (^_~) masa kecik ayah beli yang kaler hijau so sampai sekarang kaler hijau aku panggil 'zabit' yang pepel/merah namanya 'anggur' kenal buah ni? masa kecik2 dulu kalau demam ayah belikan oren dalam botol dan 'buah zabit' yang tak demam menjeling dengan jeles orang demam mesti dapat layanan first class you  tahu buah zabit? anak2 aku panggil 'buah anggur' orang kampung aku sebut 'grape' # mood rasa bersalah  sebab buat korang rasa jijik dan mual dengan entri 'berbau' itu 'maaf kan saya' baca dalam intinasi detektif Conan

Euwwwwwww.. Sangat Menjijikkan

AMARAN KERAS: # bagi sesiapa yang belum sarapan tidak digalakkan membaca entri ini kecuali kamu memang kuat semangat dan tahan loya..sekian Ini kisah jumaat lepas.. Seperti biasa jam 5.30 petang,aku dah melenggang ala itik pulang petang menuju ke carpark dengan member yang aku tumpang keta dia (sekarang aku dah dapat tumpangan baru..so sampai awal sikit dari sebelum ni.Anak2 terutama si abam gembira sebab dapat pegi taman lama sikit.sebelum ni sampai umah 7.00 malam,abam tak sempat nak gi taman tapi sekarang 6.20 petang dah sampai umah) Hari kejadian,member park keta tingkat 4 kalau tak silap aku..so konon nak bakar lemak yang ada,kami taknak naik lif.Konsep 'guna tangga bagus untuk kesihatan jantung anda' . Dari tingkat 3 nak ke naik ke tingkat 4 (kalau tak silap aku la) ada bau yang sangat busuk masa kami nak naik anak tangga tu.baunya macam 'najis manusia' (sebut najis elok sikit dari tahi) .Tapi aku takde cakap apa cuma tutup hidung dengan hujung tudung.Ora

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan (You Are What You Eat)

# suka pulak aku tengok poster2 nih banyak lagi tapi aku pilih 3 je perasan tak kalau kita sedang pilih makanan kat kafe ada 2 kategori A ambil pinggan cedok nasi,lauk ayam/daging/ikan dan sayur sambal belacan sikit ke kaunter dan bayar  B ambil pinggan/mangkuk ambil lauk @ sup sayur ke kaunter dan bayar dan cuba perhati bentuk badan 2 orang tersebut (pun ada 2 jenis jugak) A1 yang ambil nasi,lauk ayam/daging/ikan dan sayur sambal belacan sikit tapi badannya slim je 'oh!mungkin metabolisme dia tinggi membakar lemak tahap kuasa 5 ekor kuda hitam' A2 ambil sama cam A1 tapi badan memang size XXL 'Omg..patutlah macam tu.tengok la dalam pinggan dia' B1 yang ambil ambil lauk @ sup sayur je slim je 'emm okey,patutlah slim,itu je yang dia makan' B2 ambil yang sama macam B1 tapi size adalah XXL  'emm,metabolisme rendah ni. tak pun balik rumah belasah nasi 3 pinggan' hahaha 

Kebun Pisang dan Jantung Pisang

Salam Hari Isnin jom cuci mata tengok pokok pisang yang menghijau ni gambar last week lepas je pakcik tukang potong rumput datang mesin rumput aku pun jenguk mini kebun pisang aku tak jauh pun kat bucu pagar di belakang dapur lama dah tak tengok bukan apa..banyak kemuncup nanti leceh nak cabut kemuncup yang lekat kat kain tiap petang balik dari rumah pengasuh kenit Ajaa akan tanya 'umie,nak pisyam.dah masyak belum?' antara feveret buah dia selain tomato..ialah pisang dulu dia sebut pisang sebagai 'pitam'   aku perasan ada jantung pisang tapi sebab takut batang pisang patah  dan tak dapat menampung tandan itu maka ku cantas jantung itu dan buang beberapa hari lepas tu baca blog EmbunRosaliza dia buat teresek jantung pisang terus teringat jantung yag aku cantas buang tu rasa nyesal pulak tapi aku tak pasti jantung pisang tu sesuai ke tidak buat teresek sebab penah sekali member buat kerabu rasa pahit semacam

Kasut Murah Cepat Koyak

KISAH ISNIN YANG LALU Dialog seorang ibu dengan anak bujang (darjah 2) Tajuk: Kasut Murah Cepat Koyak  harga rm10.90 sen sekali pakai dah koyak rabak siapa salah? kasut takde kualiti ? @ tuan kasut aktif sangat ? Umie: Abam..kasut sekolah ni baru beli semalam. Pakai sehari dah koyak biar betul.Sepak apa ni?  Abam: Abam tak sepak..tapi dia koyak sendiri. Umie,bape ringgit ayah beli kasut ni? Umie: Kenapa tanya harga? Abam: Kawan abam kata 'kasut murah cepat koyak' Umie: Memang la kasut tu tak mahal  tapi kalau jalan elok-esok,tak sepak sana sini  takkan boleh koyak dalam masa sehari Nanti umie beli kasut yang buat dari besi la.. baru tak koyak. Abam: (diam sambil kelip-kelip mata membayangkan rupa kasut yang diperbuat daripada besi itu)

Diet Darah Jenis AB

# Semalam naik penimbang,masih angka sama sejak 2 bulan lepas.Naik tidak,turun pun tidak.huhu Malam-malam sebelum tido suka belek majalah SHAPE ni.hihi (aku tak beli pun,dapat free.itupun keluaran lama,tahun 2012 tapi ada aku kesah?bukan isu lapuk pun..benda sama je dia ulang) Shape Malaysia keluaran Ogos 2012 Untuk Rujukan Diri Sendiri.Sumber dari SINI The  Blood Type Diet  was created by Dr. Peter D’Adamo to help individuals to become healthier, age gracefully and reach their ideal weight. The basic premise behind the diet is that your blood type determines how food is metabolize by your body. D’Adamo outlines specific foods to avoid based on your blood type. These are the foods that interact with your blood in such a way that leads to an acidic condition. When the body becomes too acidic, it can lead to a range of health problems. The AB blood type is thought to be more complicated than the other blood types. It combines some of the vulnerabilities of both the Type A a

Semakan Tempat Mengundi

bila tarikh mengundi? dengar kata 5 Mei? betul ke? # mood teruja maklumla pertama kali nak mengundi.huhu klik SINI UNTUK SEMAK TEMPAT MENGUNDI aku punya tempat mengundi dekat je sekolah si anak bujang kan bagus kalau mengundi kat kampung ada orang kata  'ada pihak bagi duit minyak balik mengundi' so bolehlah balik kampung sekali sambil nyelam minum air  hihi # undi saya adalah rahsia dan harap kertas undi saya tak rosak maklumlah kali pertama nak memangkah.hehe

Jalan-Jalan Ke Kolumpo

Salam Khamis untuk semua (^_~) Semalam aku coti sambil ber 'dating' dengan enAbe.Berdua tak bawak anak..kira dating le kan?Bukan sesaja nak cuti tapi ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.Kuar umah awal tapi setelkan beberapa urusan di area berdekatan.Dalam pukul 1.00 tengah hari barulah kami gerak ke Key El. Okey...aku ni nama je family mentua duk Cheras (area KL le kan) tapi kalau dah masuk umah mil memang aku dah malas nak keluar..Jadinya,dah lama benar aku tak menjejakkan kaki ke pusat bandar KL itu.Sebenarnya,sesekali ke luar ke KL aku rasa sesak napas..dengan jem dan kesibukkan warga kota bersama urusan masing2.Aku membayangkan macam mana la pegi balik keje hari-hari ngadap jem.Aku ni menunggu traffic light merah tukar kepada kaler hijau pun dah rasa nak muntah.Memang sesuai sangat rumah aku duk di ceruk kampung (ai suka rumah sekarang walaupun orang kata duk ceruk kampung,masuk je taman tu rasa  aman tengok pokok kepala sawit,tengok bukit.hihi). Pada pendap