Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Tips Bercuti Ke Langkawi, Tanah Kelahiran Mahsuri

Hai semua............. ada orang singgah sini tak? Rindu blog, baru ada masa nak Log In, tapi masih belum ada masa yang betul-betul lapang nak bercerita, sambil jenguk entri-entri lama, terutama yang cuti-cuti. Aduh....  terasa lamanya tak pergi bercuti bersama family. Maksud aku, cuti-cuti yang naik kapal terbang, kalau yang dekat-dekat naik kereta tu adalah, hihi Tiba-tiba terbaca post lama yang  Cuti-Cuti Ke Langkawi Tahun 2012  (ini kali yang ke berapa ke Langkawi pun dah lupa) selepas tu pun ada lagi Trip ke Langkawi, Tahun 2016 kalau tak silap. Itu adalah trip pertama bersama Baby Aisha. Kami ke Langkawi masa tu khas untuk makan-makan je, Omie teringin nak makan Laksa tepi lapangan terbang tu, hihi ehsan Google Dataran Helang (Gambar dari Google) Laksa Power tepi lapangan terbang Actually, tak pernah bosan pun ke Langkawi walaupun ada yang cakap, pusing-pusing pun situ juga. Bagi aku okey je walaupun dah banyak kali pergi tempat sama, suka maka

Menyusu Bayi Di Khalayak Ramai

Dear Blog Dah lama aku tulis ni tapi simpan je dalam draft. Takde keyakinan untuk publish tapi secara kebetulan sangat kisah ini menjadi topik hangat baru-baru ni. Aku sebenarnya takut nak tulis ni, takut ada yang terasa tapi dah lama aku pendam, rasanya aku tulis ni dah tapis-tapis. Ini hanya perasaan aku saja takde kaitan dengan yang hidup @ sudah meninggal dunia. Maaf kalau ada yang terasa. Okey.. kalau kita pegi ke klinik,pasti ada poster ibu tengah susukan anak.aku okey je tengok poster tu. Kalau kita ke shopping mall.. nampak ibu tengah susukan anak dia kat kerusi tapi cover..tak nampak t3t3k pun, aku okey je. Ye, aku paham, aku penah laluinya...4 anak aku semuanya sempat menyusu.. walapun kakak cuma sekejap tapi Abam dan Kakcik sempat nyusu sampai 2 tahun 2 bulan. Aku tahu macam mana perasaan bila anak tengah lapar/dahaga, aku dah tak peduli orang keliling.yang penting bagi aku ialah, anak aku nak susu, secepat mungkin cari tempat yang sesuai untuk sesi menyusu. TAPI....

Kawal Resdung DenganTablet Resdung Tok Melah

Pagi ni aku nak kongsi satu Produk Tempatan yang aku puas hati. Kita jangan pandang sebelah mata bila dengar Produk Tempatan . Bukan semua Produk Tempatan takde kualiti dan tangkap muat (borong dari satu kilang, tepek sticker nama sendiri) . Ini terbukti dengan Tablet Resdung Tok Melah yang aku dah guna lebih kurang setahun. Alhamdulillah serasi untuk kami sekeluarga yang ada masalah RESDUNG TEGAR terutama En Abe dan anak ku si Kakcik Hajar. Kerana mereka berdua lah, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Mana tahu ia bermanfaat kepada yang menghadapi masalah yang sama Apa petanda seseorang ada masalah RESDUNG (tanpa sedar, ramai yang ada masalah Resdung tanpa di sedari) Apa yang aku nak kongsi hari ini, kesan kepada masalah Resdung yang dihidapi oleh EnAbe. Dia memang selalu selsema dan bersin teruk setiap pagi, juga alergik dengan kepada Seafood. Dia juga ada masalah Asma, bila cuaca sejuk, selalu jugak kena sedut pam, baru boleh bernafas lega. Al

Petai Jeruk: Busuk Tapi Sedap

Sapa suka PETAI? Suka petai mentah ke petai jeruk? Aku suka kedua-dua nya Apa saja masakan berasaskan Petai, semua aku layan Tapi aku jarang beli petai kat rumah sendiri Selalunya stok petai dibekalkan oleh Ma Ayah dari kampung Ayah akan kait petai di kebun Kopek buang kulit dan simpan dalam bekas Bekas tu di lapik dengan kertas/tisu atas bawah Nanti Ma Ayah akan bawak datang waktu melawat anak-anak di Nilai Itu lah kasih sayang ibu ayah kepada anak-anak nya Mampu kah kita membalas jasa mereka? huhu *sebak* okey.. Nak kongsi cara buat PETAI JERUK Bahan-Bahan: Petai  ( dicelur/rebus sekejap tanpa kopek kulit) Garam Asam Keping Air Bekas bertutup Cili Padi - ikut suka Cara-caranya: 1- Petai yang di rebus/celur tadi di kopek Kulit putih tak perlu buang 2-  Masukkan dalam bekas, masukkan air tutup paras petai 3- Tabur garam, bubuh asam keping dan cili padi 4- Tutup rapat bekas dan simpan dalam peti bahagian

Lockching @ Satey Ikan

Ini Lockching @ Satey Ikan Masa kecik dulu-dulu, selalu petang-petang ada motor masuk kampung macam jual aiskrim tu, jual Lockching. Seposen secucuk. Beratur lah budak-budak beli lockching. Sabar je tunggu pakcik tu membakar atas pembakar arang mini yang di sangkut tepi tong satey tu. Bau nya wangi menyucuk hidung buat kami menitik air liur. Boleh pilih nak Sos Pedas ke Sos Manis. Bila makan tu, hirup sos sampai licin plastik, punya lah sedap  Sekarang dah moden, Lockching dah boleh order online Yang dalam gambar  ni aku order dari Terengganu Seller pos guna Poslaju Siap dengan kuah pilihan Sos Pedas dan Sos Manis dalam botol Nanti bakar dalam pemanggang ajaib atas dapur gas Makan lah sepuas nya sambil mengenang memori dulu-dulu