Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

PART 1: Family Tiket Terakhir, Jom Kita Ke Sabah

Minggu lepas, 23-25 April 2016 (Sabtu - Isnin), kami sekeluarga bersama MIL ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Ini adalah family tiket yang terakhir dari syarikat 'wau bulan' utk en abe. Dah purchase Ogos tahun lepas lagi. Ingat nk gi jauh sikit tp mengenangkan ada baby kecik, kita pilih destinasi dekat2 je, asalkan terbang suda.. Sian anak-anak dah lama tak naik kapal terbang katanya 23/04/16 SABTU Pagi tu betul2 kelam kabut, kunci jam pukul 6 pagi tapi tangan tanpa sedar off alarm, dan tido balik. Maka berlakulah adegan lompat katil kuasa kilat bila aku terjaga jam 6.45 pagi sedangkan dah janji dengan jiran sebelah minta tolong hantar kami ke airport jam 7.15 pagi. Sib baik semua dah ready, tinggal nak mandi dan sarung je. Fuhhh berpeluk keti mak nak. Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dan bersarapan di Marrybrown KLIA sebab tak sempat sarapan kat umah. Flight kami MH2610 KUL/BKI jam 9 pagi. Mendarat di BKI jam 12 tgh hari. EnAbe sewa sebuah kereta (Vios) Rm180/per day u

Asam Pedas dan Gulai Lemak Ikan Keli Salai di Cafe Impian

Ya Allah mengantuknya petang ni. Malam tadi tido tak lena, si kecik asik berjaga je, nyamuk banyak pulak tu, dah lah halus, nak tampar asik tak kena je. Nak tido pun tak boleh, banyak lagi urusan belum selesai, baru lepas hantar kakak gi ko-ko, abam ke sekolah agama. Ni tengah tunggu call dari EnAbe untuk pick-up kat airport, penat oi jadi supir nih. Dah lama tak apdet blog, ada je rasa nak tutup terus blog ni tapi sayang pulak. Takpe lah ye sesekali update cerita basi. Sekarang aku suka nak share makanan, kedai makan, benda yang diguna, apa saja yang bagus untuk dikongsi, takkan hari2 nak cite pasal diri sendiri je, ko ingat ko artis yang semua benda orang nak ambik tahu? haha Okey, ni nak share satu restoren? Em nak panggil restoren ke? Sebab kecik je kedainya, ala kafe gitu. Eh memang Cafe pun namanya, CAFE IMPIAN. Terletak di 9 Avenue Nilai, senang citer dalam kawasan Giant Nilai. Banyak kedai2 tepi tu, cafe ni terletak sebelah Sushi King, bawah Kedai Buku Popular.

Cheesekut Semudah ABC, Kegemaran Anak-Anak

 Selamat Pagi korang buat apa tu? dah masak ke belum? kain dah basuh ke? soklan itu ditujukan kepada surirumah cam aku bagi yang bekerja, selamat bekerja ye tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin *tetiba rindu meja kat opis dulu sapa agaknya duk kat meja sebelah mesin potostat tu ye* okey, move on *tarik napas, hembus* Sejak duk umah ni, baru tahu boleh tahan selera anak-anak aku nih mulut asyik mengunyah je, hihi sampai aku kena perah otak nak masak apa pagi nak sarapan apa? petang nak kudap-kudap makan apa? malam nak makan nasi ke nak makan apa? wah! mak-mak sangat tau Saja nak share, kegemaran anak-anak terutama si kakak sekarang ni ni bahan2nya biskut (apa brand pun boleh, janji biskut) susu segar nestum cream cheese (ni pun belasah brand apa pun) susu pekat (setengah tin je aku guna) Caranya: blend susu pekat dengan creem cheese (nak kacau ngan sudu pun boleh, tapi blend lagi sebati) rendam bisku

Car Boot Sale Mercato Enstek, Macam-Macam Ada

Aku ingat lepas ni nak mintak komisyen dengan penganjur Car Boot Sale Mercato lah Asyik promote diorang je, haha Mana tau dapat lot tapak niaga free * jangan berangan le nak free, air hujan je yang free setakat ni* Gurau jelah, aku share sebab aku suka Suka kalau dapat share benda bagus dengan orang Mana tahu dengan perkongsian tak seberapa ni membantu orang lain ye dak... Kan dah cite kat entri lepas , boleh kata tiap minggu datang sini maknanya duit aku boleh tahan masuk poket peniaga kat sini, haha eh! diorang tak paksa ko beli pun ko yang mudah tergoda, lagi nak salahkan orang ye meh tengok apa aku beli minggu lepas Baby Walker dan Playpen Condition 8.5/10 bintang gitu Baby walker ni ada 2 fungsi 1- jadi baby walker untuk baby menjelajah satu rumah 2- jadi kerusi goyang macam yo-yo tuh dan last, playpen aku tak tahu berapa lama dia nak main dengan mende nih nanti kalau dah taknak pakai, baby dah be

Kaklin Kids Bundle

Baru selesai asingkan baju-baju Baby Aisha yang dah tak muat, jangan tak tahu, umur baru 3 bukan lebih, tapi baju size 3-6 bulan dah tak muat. Dia pulak susu badan sepenuhnya, kemain membolat badan, kalau dukung setengah jam pun dah lenguh tangan. Kuat menyusu, badan naik bagai di pam-pam. Aku ingat nak jual prelove je baju-baju tu, tengok banyak je page prelove kat Facebook, kalau tak laku.. sedeqah jelah kat sesapa yang baru dapat baby, baju elok-elok lagi, pakai tak sempat berpeluh pun. Ada yang baru pakai sekali dua, dah tak muat. Aku ni pulak pantang betul nampak baju baby girl, laju je nak membeli. Tambah2 lagi membeli sekarang tak payah keluar kedai, online pun habis duit, huhu. Baju baby bukan murah, kalau masuk butik baby, paling sempoi brand Anakku pun dah puluh2 RM selai baju, belum lagi masuk butik mahal. Bukan tak boleh beli baju baru tapi nanti membazir, lain lah kalau anak sulung, boleh diperturun pada adik2nya nanti. Tapi aku ni dari zaman anak sulung lagi, tak suka s

Belai Diri di Zara's Beauty & Spa

Mencuri sedikit masa sementara Baby Aisha tido Malam tadi dia tak lena tido, asyik terjaga je Ntah apa yang mengganggu tidurnya ************ Ini kisah minggu lepas * ada gambar dalam henpon, sebelum delete jom kita share dulu * aku dan kawan berjanji ke Zara's Beauty & Spa lepas balik club baby tinggal bagi enAbe jaga kejap dekat je ngan rumah aku, dalam 5 minit je drive Kami ambik pakej sauna, lulur dan mandi susu wah! best betul rasanya badan dah lama tak manjakan diri sendiri *sampai dah lupa bila last aku gi spa/sauna* ZARA'S BEAUTY & SPA Pada mulanya kami cuma nak sauna je masa tu ada promo RM50 untuk 2 orang Tapi lepas habis sauna, rasa macam tak nak balik lagi So kami ambik pakej lulur dan mandi susu cuma tambah RM 70/seorang servis yang sangat berpatutan dengan harga yang dibayar masa mandi susu ni rasa macam nak berendam sampai petang lupa lak aku ada baby kat umah, haha tempat ya