Assalamualaikum korang Bersua lagi kita dengan hari Isnin. Baru balik hantar kakak dan abam ke sekolah, ntah kenapa pagi ni bas sekolah tak datang, anak2 dah gelisah takut lambat. So aku hantar je lah, angkut sekali dengan anak2 jiran setakat yg muat keta. Nama je tak keje, tapi sibuk dan penatnya tetap sama. Sapa cakap duk umah rilex tu mungkin sesuai dgn yang ada 10 orang gaji kot, hihi. Bila Isnin hingga Jumaat, jadual aku pun padat macam bekerja jugak. Tambah pulak bila ada jual-jual online ni. Sekarang aku dah tetapkan, cuma hari Isnin untuk urusan pengeposan. Maknanya sekali seminggu je. Kecuali ada barang urgent. Kalau boleh tunggu, memang Isnin jelah aku pos. Sekarang dah ambik tugas jadi supir anak2, petang hantar dan ambik sekolah agama, aktiviti ko-ko, kelas tambahan. Malam pulak hantar dan ambik kelas tusyen. Penat jugak kuar masuk keta. Satu hari je kuar masuk dekat 10 kali (campur ngan auta, haha) Memandangkan dah takde gaji tetap, apa sahaja duit ku