Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Diet Ikut Jenis Darah

mood mendum bila orang tegur bab berat badan.eh!bukan berat badan yang jadi masalah tapi bentuk badan.tapi kalau dah berat,haruslah memberi kesan juga kepada bentuknya.huhu...dan gugel-gugel jumpa ni,sumber dari sini sebab aku jenis darah AB so aku share jenis darah AB je.kalau korang darah O,A atau B..sila ke link yang aku letak tu Darah AB Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan Protein Kambing, arnab, ayam belanda Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang Makanan Laut Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura Tenusu Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Keju america, aiskrim, susu penuh Lemak Minyak zaitun Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower Bijirin Peanut, walnut Semua kecuali dalam

Kerja Orang,Kerja Kita..Janji Ada Kerja

nasi lemak lauknya kerang,rm3 nasi yang cukup lemaknya sambal yang cukup rasanya memang complete pertama kali beli kat makcik ni memang akan jadi kegemaran akan datang   Kerja Orang,Kerja Kita.. Janji Ada Kerja Ada Kerja,Ada Gaji tak gitu ? ada orang merungut banyak keje ada orang merungut takde keje ada orang melangut tak buat keje haha korang kategori mana? aku adalah semua diatas ikut musim ;) kadang2 kita rasa kerja orang lagi best dari kerja kita macam aku contohnya taknak bagi contoh orang lain so baik buat contoh pada diri sendiri ye tak? tengok orang outstation sana sini macam best je tu ari berborak dengan sorang akak senior baru balik dari duty travel ke London aku yang dengar seronok je tapi tuan punya badan merungut penat memang betul2 pegi keje tak sempat nak cilok untuk cuci mata pun katanya yelah,,dah kata gi keje bukan makan angin aku yang keje duduk je kat opis ngadap pc rasa macam best je kalau dapat k

Tak Cantik,Salah..Cantik Pun Salah

aku tak tahan nak gelak baca emel ni..ramai orang berlumba2 nak cantik ..makan itu ini untuk cantik,kalau berduit siap operate tukar mana yang rasa tak lawa.tapi bila dah lawa lain pulak jadinya.... nak tengok?ini dia............ CHINESE MAN SUES WIFE FOR BEING UGLY, AND WINS Both of these photos show Jian Feng's Chinese wife. Before (L) and after (R) she underwent $100,000 of plastic surgery.  A man from northern China who divorced his wife before suing her earlier this year for being ugly has won $120,000 in a lawsuit, reported Fox 31.   The man, who was identified as Jian Feng, accused his wife of cheating him on following the birth of their daughter. Jian’s wife, who was not identified, admitted to the court that she had spent $100,000 on intensive plastic surgery to change her appearance before she met Jian but added that she had never told this to her husband. Jian won the lawsuit after arguing that the woman convinced him to marry her under false pret

Saham Akhirat dan Kampungku Yang Permai

Wah! Tajuk tak agak-agak tu.. Okey,adik aku dah apdet citer raya.. klik sini kalau berminat nak baca .sebenarnya dia lagi berani,baru bukak blog dah tunjuk muka mak ayah dan kampung kami.aku ni bertahun tulis pun tak tunjuk kampung,huhu.bukan tak nak citer pasal kampung ai sedar diri yang ai anak kampung cuma ai suka privacy tu pasal tak tulis..hehe kenalkan mak dan ayah aku romantik kapel gitu sayang mereka ketat-ketat sebab tiada gantinya di dunia ini  lemang dijual sepanjang tahun,bukan hanya musim raya sahaja lemang ni landmark kampung aku,dikenali dengan nama kampung lemang hingga nama asal kampung hampir tak dikenali mana nak dapat lemang 4 batang RM 10? tapi kat kampung aku ada tau kalau kat cheras ni aku penah beli RM 16 sebatang masjid yang masih dalam pembinaan sapa2 nak simpan saham akhirat boleh la menderma kat sini di alu-alukan okey,ni yang aku nak citer sebenarnya..dulu ia cuma surau kampung yang kecil je..disinilah aku mengaji lepas khata

Pisang Disana dan Disini

Selamat Pagi kawan kawan.. Hari ni cerita Pisang oh pisang..kan aku ada citer pasal pokok pisang yang tumbang minggu sebelum raya tu.so ikut petua kakYus yang katanya kalau nak pisang tu cepat masak..letak garam kat sisir pisang yang bergetah tu.aku pun ikut lah petua tu..tapi aku lupa nak bagi jiran2 sebelum balik kampung.konon nak bagi yang dah masak,tak nak la bagi yang belum masak. Tapi...bila balik kampung Ahad lepas..cepat2 buka besen pisang tu...tu dia...................terlebih masak sudah.masak sampai gugur dari sisirnya.huhu.acaner nak buat ni? ambik besen..buang kulit pisang tu dan simpan isinya dalam peti ais.ada la dalam 6 sikat.nasib baik dah bagi kat akak pengasuh sikit sebelum balik kampung tu.sekarang ni stok pisang tu aku buat cekodok pisang je.ingat nak buat kek pisang tapi bahan2nya takde pulak. meh rasa sorang sebijik cekodok pisang aku buat pagi ni..banyak jugak aku goreng..bagi si abam bawak ke sekolah..suh share ngan kengkawan.hari ni dia ada hari suka

AL-FATIHAH untuknya

Korang ingat tak aku penah tulis pasal sebuah drama 'loghat Ganu' yang aku suka dan wajib tengok masa bulan Ramdhan tu ari?kat sini aku tulis, Masihkah Ada Ramadhan . Aku rasa sangat ketinggalan sebab baru tahu pelakon watak Zali tu dah pun meninggal dalam kemalangan motor di KM5.7,Lebuhraya Persekutuan pada 30 September 2012.Baru lagi ni..bulan lepas je pun.Satu kebetulan...aku rasa macam ada baca tajuk tu dalam paper hari tu tapi aku tak sangka itu adalah dia.Ini pun aku tahu masa dalam keta ontheway balik raya jumaat lepas,borak dengan adik-adik dan terbuka citer pasal ni.free masa lunch tadi terus gugel,banyak blog dah tulis pasal ni rupanya. Aku tak kenal dia tapi rasa macam sedih sangat bila tahu dia meninggal.Tapi bagusnya dia meninggal dengan membawa kenangan yang baik pada orang tentang dia.Sebab watak dia dalam drama tu,dia anak yang baik..dalam drama tu pun dia meninggal jugak. gambar dari sini- Diari Si Froggie kat sini pun ada- OhArtis  dan sini pun ada

Raya Qorban Kami Part 2

cewah..Raya Haji pun siap ada part 1,part 2 bagai..hehe,layankan je PAGI RAYA KE2... aku bangun awal sebab plan nak gerak dari kampung jam 6.00 pagi sebab en abe kena masuk keje jam 3.00 petang.Tapi macam biasa lah,kejut orang itu orang ini..siap ada yang mintak extra time 15 minit lagi.huhu. 6.50 pagi barula memulakan perjalanan..senang citer kul 7.00 la bertolak.Alhamdulillah jalan clear..singgah kat R&R Gua Musang untuk sarapan dan mandikan si kenit.pastu terus la tak stop sampailah ke Key Ell.sangat sangat seronok sebab perjalanan ambik masa 5 jam je.berbanding 8 jam masa balik tu ari.aku la yang seronok sebab boleh mimpi sampai ke bintang. tepat jam 12.00 tengah hari kami dah pun sampai umah mil.(cukup 5 jam dalam keta) lepas letak barang kat umah mil,aku keluar semula ikut mil ke umah sil yang baru pindah umah.tak jauh..area situ jugak.anak-anak seronok dapat jumpa sepupu2nya. Aku macam biasalah layan mil bercerita dan tolong mil masak.kesian mil,nak makan sup tulang

Raya Qorban Kami

Assalamualaikum...kembali bersiaran dipagi Isnin yang ceria.3 hari tak berceloteh di blog kesayangan,rasa macam 'kosong' je.hehe gedik la sangat. Okey..haruslah apdet kisah raya Haji yang lepas,memula nak stori mori,aku kan dapat pelepasan balik awal hari jumaat tu..kul 12 tengahari dah boleh balik tapi en abe kena keje,shift petang pulak tu.apa gunanya balik awal kan? tapi ada gunanya jugak..balik keje gi 'dating' ngan adik kesayangan, cikviva .aku tunggu dia kat umah sewanya dan kami jalan-jalan ke Jayen.alahai..Jayen je?oklah dari takde...makan nasi ayam penyet sebelah Jayen tu..dah banyak kali nak singgah tapi en abe tak berminat.huhu.maka hari itu aku melayan anak tekak.rasanya?boleh tahan..mintak 2 set tapi makan tak abis sebab portion agak banyak.tapau bawak balik..lepas makan cuci mata kat Thai Bazaar depan Jayen itu.terbeli kemeja murah..terbeli sebab susah nak dapat size.bila nampak ada size aku terus je beli.rm29 lepas tawar dapat rm25,tawar lagi sebab am

Salam Aidil Adha

hari ni dapat perlepasan balik awal kul 12 tengah hari dah boleh balik emm..lagu raya AidilAdha takde ke? kalau raya Aidil Fitri sebulan pun masih main kat radio dalam keta nak datang keje tadi  aku dengar lagu ni 'berkorban apa saja harta ataupun nyawa' hehe..itu je kot lagu raya  sebab ada perkataan 'korban' kat situ okeyla nak kad raya? ambik sorang satu ye bagi yang balik kampung hari ni aku la tu..huhu semoga selamat sampai ke kampung dan selamat kembali bekerja makan daging jangan lupa aku kat sini ko sapa nak suh orang ingat? jumpa lepas raya Insya Allah 

Klinik 'Tok Kassim'

Belek-belek gambar dalam henpon,rasa macam 'mak ai,banyaknya gambar.tah hape-hape punya gambar pun ada.bila masa aku ambik gambar ni?' sendiri ambik,sendiri lupa kaedahnya.bukan gambar lawa pun tapi dah pe'el suka ambik gambar ni,semua benda nak di simpan.lagi semak memory yang tak berapa nak banyak tu. Dan terjumpa gambar kat bawah,tak yah senyum-senyum.aku tahu mesti terdetik kat hati korang ' plastik ubat pun nak ambik gambar ke?'   hehe.gambar ni diambil masa ke klinik tersebut minggu lepas. Kat mana klinik ni?sila tengok alamat di plastik ubat itu Rasanya bukan aku sorang je ada kes macam ni.kes apa?kes klinik mana yang serasi ngan anak-anak.kalau sakit demam,pegi klinik lain mintak ubat,makan sampai habis ubat tu tapi sakitnya tak jugak baik..nak jugak bawak ke klinik 'feveret' nya walaupun jauh berkilometer dari rumah.huhu Anak-anak aku ni memang serasi sungguh dengan sebuah klinik nun jauh di Cheras sana.Kami kenal klinik ni melalui mi

Kerana Kita Anak

Masih bekerja walaupun esok dah raya.huhu.Harap2 perjalanan balik kampung petang nanti takde 'jem'.Aku rasa ramai dah balik malam tadi kot.hehe Okey..apa yang nak di 'repek'kan hari ni ye?oh kalau tengok tajuknya macam serius.gempak je bukan ada apa pun. Aku bergelar seorang Anak dan dalam masa yang sama aku juga seorang Ibu .bezanya anak-anak aku masih kecil.so takde lagi la isu nak kecik-kecik hati ni.gila ke hapa nak kecik hati ngan budak kecik?tapi jika dipanjangkan umur,pasti aku juga akan merasai pengalaman itu. Kalau ada perkara yang kita tak puas hati dengan ibubapa..selagi boleh sabar,sabar jelah..ingatlah kerana telah tertulis dalam AlQuran,kita sebagai anak tetap berdosa walaupun cuma dengan sepatah perkataan 'AH' terkeluar dari mulut kepada ibubapa.Redha Allah bergantung kepada ibubapa terutama sekali anak lelaki.menitik airmata ibu,susahlah hidup...anak pompuan pula syurga bawah tapak kaki suami tapi jangan lupa tanggunjawab sebagai anak.san

Durian Crepe Namanya,Baru Ku Tahu

Dari Blog Gula-dan-Mentega pinjam gambar ye ;) gambar close up dari sini- Elinluv's Tidbits Corner ni kisah petang maghrib semalam aku menyidai kain di ampaian sidai kain harus la diampaian itu pun mau citer ke,hehe en abe baru balik  kat tangan dia ada macam-macam barang agaknya dia excited nak tunjuk aku sesuatu katanya 'cuba makan ni..sedap' aku pun nganga la rasa cam durian tapi kenapa comel sangat bentuknya tak pasang lampu garaj  so aku tak nampak rupa bentuknya macam mana katanya  'sedap tak?kawan jual.bini dia buat sedap tapi mahal jugak reganya cuba cari kalau ada kawan yang jual ni' dalam tu ada 3 ketul je aku lupa pulak bape rm so sorang seketul untuk aku,abam dan kenit tapi kenit taknak aku nampak dia tunjuk aksi macam nak muntah geli la tu takpe..abam habiskan bahagian adik dia memang 'hantu durian' bukan takat durian je tempoyak pun kalau dibiarkan dia boleh sudu je mac

Fire Drill aka Latihan Kebakaran

ni je contoh poster Fire Drill yang aku jumpa Fuh..berpeluh rasa satu badan walaupun berpanas tak sampai pun 20 minit.ni kisah jam 9.45 pagi tadi.dah dibagi short briefing bagitau ada fire drill cuma tak dibagitau jam berapa.disuruh standby je sebab bila2 masa je loceng kecemasan akan dibunyikan.sebelum tu dibagitau nak keluar pintu mana dan berkumpul kat mana. Tapi biasalah..loceng berbunyi masih ada yang lenggang kangkung sambil borak2 macam takde apa-apa.agaknya kalau betul berlaku kebakaran harus ada yang rentung sebab terhegeh-hegeh.emm biasalah..susah nak bagi kerjasama bab ni,nak pulak tahu itu cuma latihan je.Kalau betul-betul berlaku mungkin baru kelam kabut.Jangan masa tu lupa mana pintu keluar dahla.. Jom layan gambar.. tempat berkumpul..tak jauh tapi panas la matahari baru naik aku pulak keluar bawak henpon je,kalau berlaku kebakaran sebenar..handbag pun kena bawak jugak kan?hehe.......takpe,selamatkan diri dulu yang penting.barang-barang tu jadi no2

Game Tembak-Tembak

Cepat sungguh jam bergerak hari ni...dah masuk lunch time rupanya..bekfes tadi makan nasi goreng dan telur mata.kenyang lagi la... nak citer,aku bukan 'hantu game' ..ada orang aku tengok waktu lunch tak keluar makan,duk main game kat pc.yang peliknya dari bulan Jan sampai dah masuk bulan Oktober itu jelah game yang dia duk main.tak jemu ke?tapi orang kata 'jangan mengata kat orang,nanti terkena kat kita baru padan muka' .sekali, penyakit itu berjangkit kat aku,hari-hari duk layan ni.sampai lenguh dan kebas jari jemari. lebih kurang gini la yang aku duk main tu pejam mata pun nampak bola.aduhai..nyesal main ;( korang suka game ape? er..dah lama tak main 'dekcok'. apa itu 'dekcok' ?ala...yang main kejar-kejar sambil lompat dengan satu kaki tu.kalau dapat cuit kawan tu,dia punya giliran pulak.aku tak tahu orang kat sini panggil apa...

Blog Surat Khabar Lama

Hari ni ada benda nak buat..dah set dari semalam nak buat semua tu hari ni.harap2 setel tanpa gangguan.oh,sebelum tu blog kena kasi apdet dulu.hehe. pernah baca blog surat khabar lama?sila klik suratkhabarlama.blogspot.com .memang wujud blog tu tapi takde apa-apa pun dalam tu..kosong macam tajuk lagu Najwa Latif ;) ni dia takde entri pun dalam tu sebenarnya bukan blog itu yang menjadi watak utama dalam entri aku kali ini.dia takde kaitan langsung dan aku pun tak tahu tentang blog ni.saja je aku gugel tapi tak sangka memang wujud.huhu. mesti korang tertanya apa kaitan dengan tajuk kat atas tu.okey..gini kisahnya,perasan tak wujudnya blog yang hanya letak berita/kisah dalam surat khabar sebagai entrinya?takde ulas apa pun,cuma semata-mata snap @ copy berita dan tepek kat blog.pernah jumpa kan?sekali sekala boleh diterima la tapi kalau selalu tak mustahil aku terus 'banned' blog tersebut.tak berminat..kalau aku nak tahu tentang berita baik aku klik terus

Syaitan Merah Bertanduk

Lama tak sori mori tentang si Abam,the only hero..ni kisah abam dan solat.. Budak...kalau dah namanya budak,kadang-kadang nak mengajar dia kita pulak kena jadi budak.malam tadi..lepas solat Maghrib aku baring-baring dalam bilik nak tunggu solat Isya,adik dan abam kat bawah tengok tv.dah azan,aku panggil abam solat.kalau aku solat dulu dia marah sebab tak tunggu dia..panggil sekali dijawabnya 'kejap' .panggil sekali lagi dijawab 'nanti abam solat sorang' okey..aku teruskan je. dah siap,turun bawah join diorang.dah kul 9.30 aku suh abam naik solat,korang bayangkan dia boleh berguling-guling dari depan tv sampai ke anak tangga pastu dia boleh pulak duduk disetiap anak tangga tu...bukan taknak solat tapi saja lengahkan masa (bukan selalu macam ni tapi ada harinya) . last-last aku cakap 'wah.mesti besar syaitan bertanduk merah atas bahu abam tu kan?sebab tu susah sangat abam nak naik tangga.kalau abam hebat..abam mesti boleh kalahkan dia' .tahu apa jadi?tiba-ti

Bila Murah,Tak Yakin La Pulak

pernah tak korang lalui situasi macam ni..ada orang jual barang yang korang suka dan dah lama berkenan dengan rega lebih murah dari harga pasaran? Contoh situasi: *Perfume -Rega pasaran dah sedia maklum rm300 + + tapi member jual rm200 je tapi takde kotak.katanya,perfume itu rejected masa 'packing process'.was-was tetap ada padahal kalau ada kotak pun bukan simpan ngan kotaknya..kotak tetap jugak buang bila dah bukak. @ *Handphone -rega kedai rm2000 tapi ngan kawan dapat rm1500..dalam hati rasa macam nak order sebab dah jimat banyak tapi was-was.ni made in China kah?padahal..beli kat dealer terpilih pun kat kotak tetap tulis Made In China. okey..berbalik pada kisah aku,ada kawan jual tab 'murah' jenama pulak tak pernah ku dengar.huhu rm305 siap semua ada dalam tu maam tab biasa jugak.ada warranty 1 tahun.tab sekarang dah ada sebijik tapi ingat nak beli yang ni untuk diri sendiri.lagipun tak mahal sangat dan tak payah share ngan orang lain.. padahal keh

Tak Tahu Tapi Buat Macam Tahu

Sapa dengar HotFm pagi ni?aku kesian sungguh dengan sorang pemanggil (lupa nama tapi dia pompuan). tahu kenapa aku kesian?dia beria-ia memuji pelumba motor yang menang tempat ke 2 semalam,kalau tak silap aku yang namanya Muhammad Zulfahmi Khairuddin tu,aku pun tak kenal sangat sapa si Zulfahmi tu walaupun hari-hari nampak muka dia kat papan iklan depan Sepang Circuit tu. kisahnya,masa pemanggil tu duk puji-puji si Zulfahmi,boleh pulak Dj tu 'dajalkan' dia.kenapa aku kata dia didajalkan?sebab mereka dah buat pemanggil tu konfius bila sebut nama pelumba itu sebagai Hafiz Hamidun dan pemanggil tu pun mengiakan.masa dengar tu aku yang syok layan game kat henpon macam konfius,eh!betul ke nama pelumba tu Hafiz Hamidun?tapi aku abaikan je sebab aku pun tak pasti nama sebenar pelumba tu. sekali............Dj tu gelak-gelak sebab dapat kenakan pemanggil tu.Yang sebenarnya Hafiz Hamidun ialah penyanyi nasyid bukannya pelumba motor.. Ni baru Zulfahmi yang menang tempat ke 2 lumb

Blogspot Kena Block?uwaaaaaaaaa

Assalamamualaikum alahai,datang keje muka ceria tapi bila bukak blogspot tak boleh pulak terus muka tak ceria huhu.acaner ni? dulu Fb kena block.sekarang blogspot pulak tak bestnya okeylah korang kalau blog ni bersawang  paham-paham jelah ye bye-bye *membawa diri yang duka lara*

Bolasepak Piala Malaysia 2012...Kelantan 3 : ATM 2

Akhirnya penantianku berbaloi dari jam 8 malam sampai 12 malam tercongok depan tv sib baik cuti.....hehe okey layan gambar yang aku snap kat tv gila gigih kan? walaupun tak pegi stadium tapi aku yang duk rumah dapat rasa bahangnya abam siap pakai jersi sebagai tanda sokongan kepada The Red Warriors  Dina nyanyi lagu Negaraku,kenapa lain sangat bunyinya ditelingaku emm gelombang merah The Red Warriors penyokong TRW senarai pemain TRW senarai pemain dengan muka masing2 hai afiq ;) bersemangat masa nyanyi lagu Negaraku Piya (Badhri Radzi)dan Apek (Kharul Fahmi Che Mat) TAHNIAH THE RED WARRIORS ^_^

2:0 ^_^ harap-haraplah

malam ni  ada temujanji dengan en TV ai layan kat tv je sambil makan-makan dan baring-baring juga dan  TRW : 2 ATM  : 0 jangan marah ye penyokong ATM bola je pun menang kalah itu adat bertanding moga pasukan pilihan kita menang selamat menonton dan selamat berhujung minggu

Laman Prasangka Isteri Kepada Suaminya

Bersua lagi kita.. Aku jarang-jarang bukak Fb tapi buka jugak sekali sekala dua kali dua kala.aku memang ada Like satu page ni,perlu ke aku tulis?emm..rasa cam malas je,tapi lebih kurang gini la page nya,kisah tentang alam berumahtangga.sebelum ni aku takde masalah dengan page ni.selalu dia share macam mana cara nak menjaga kerukunan rumahtangga,kalau baca masa tengah marah memang boleh sejuk tahap siram ais batu la.insaf kejap.hehe .................. Tapi.. harus la ada tapi sebab aku kan nak mengulas lanjut tentang ini. semenjak dua menjak,aku perasan admin page itu makin mengarut.harus kah aku UnLike je? contoh ayat provokasi ialah : 1-suami keluar dating dengan pompuan lain dihari minggu 2-suami simpan simkad@henpon ke2 tanpa pengetahuan isteri 3-suami bawa pompuan lain naik kereta tanpa pengetahuan isteri itu cuma 3 contoh tapi banyak lagi aku malas nak tulis...seperti biasa,ramai la yang 'meroyan' dengan status tersebut.ayat2 seperti ~!@#%^&*(%^ memang b

My Kebun Pisang

okey..entri ke2 hari ni.wah!duk opis baru kemain rajin apdet blog ko ye..eh!mana ada,bukan dari dulu ke aku rajin?hehe kisah petang semalam,balik keje ambik kenit lalu jalan belakang umah..ternampak sebatang pokok pisang yang ayah aku tanam dibelakang rumah sudah tumbang,buahnya dah elok membesar mungkin akan masak tak lama lagi.sekarang kan selalu hujan lebat siap pakej dengan angin kuat lagi.tu pasal agaknya pokok pisang ni jenis yang rendah tak mampu menampung tandan yang berat itu.nasib baik pokoknya jenis rendah je..so tandan pisang tu elok je menongkat pokok itu.tidaklah patah terus.kalau tidak,mau rosak buah itu nanti. dengan berbaju kurung aku menebang pisang,pakai pisau dapur je sebab takde parang.sib baik pisau size besar.sebijik rupa macam petani moden .... layan gambar sebagai bukti penceritaan... Gambar dari kiri ke kanan: -2 pokok pisang tengah berbuah,nampak yang tepi pagar sudah tumbang -gambar pokok pisang yang tumbang itu -lagi sekali..mungkin tumbang sebab