Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

emmm.......no komen

emm aku dah bagi jawapan pada KISAH SEKEPING FOTO ITU ADA ORANG..BILA DIA MENGATA ATAU GURAU OVER DIA TAK FIKIR PASAL HATI PERUT ORANG LAIN TAPI BILA DIA YANG BERGURAU OVER SAMBIL MENGATA ORANG ITU DAN ORANG INI BOLEH PULAK TAK FIKIR PASAL PERASAAN ORANG LAIN.(sori..aku paling tak suka orang mengata kawan-kawan aku depan aku,w,pun dia jugak kawan aku). tetiba aku jadi MALAS NAK LAYAN MAAF..yang pasti korang bukan lah orang yang aku maksudkan itu.babai,mood bercelaru

Cerita DiSebalik Foto Itu

PAGI TADI.. kelam kabut yang amat.huhu.rasa nak nanges pun ada.dahlah 'tukang pujuk' takde.tapi sebagai SuperMak..semuanya setel walaupun ada adegan airmata.hehe siapa lagi kalau bukan si hero,semalam baru dapat buku teks..ada yang dah berbalut (terima kasih pada mak ayah pelajar tahun lepas yang balut buku) tapi ada juga buku baru yang belum balut (eh!buku baru memang la belum balut) so abis kaki tangan diguna pakai untuk balut buku itu.aku memang tak suka balut buku..bukan takde yang readymade punya pembalut tapi bagi aku tak berapa kemas.hehe pagi ni katanya ada Pendidikan Jasmani kena pakai track suit dan baju putih takde gambar..memang ada selai baju tu tapi biasa la kalau dicari memang tak jumpa.aduh,menyirap je aku rasa bila aku kata 'abang pakai jelah baju skolah nanti petang umi beli baju sukan tu yer' .tetiba dia bantai melalak macam kena pukul. aku apa lagi 'dah tak payah nak melalak.nak skolah ke tak nak?kalau tak nak pakai tak yah gi skolah la.bukan c

Kisah 5 Jari

tadi macam biasa la jengah blog kengkawan.dan terbaca kisah BILA SUAMI JATUH CINTA LAGI KAT BLOG KAK WOS (baca je dan hati tergedik-gedik nak komen tapi tak boleh.huhu) .nak baca sila kesana ye.tak baik copy apa yang orang lain tulis.tak gitu kak wos?ai like kak wos.. KATA HERO(rujuk gambar dari kanan ke kiri): 1-JARI IBU 2-JARI PETUNJUK 3-IBU HANTU 4-JARI YANG MANIS 5-IBU KELINGKING hambek ko.anak sapa la ni :)

Suatu Kebetulan Yang Amat Sangat

emm tak pasti korang masih ingat atau tak bulan Disember lepas aku ada tulis tentang Pelanduk Dua Serupa.tapi entri tu kategori tahun lepas punya so aku dah simpan dalam 'kotak besi dan sorok bawah katil'. nak link pun malas sebab blog itu rahsia(rahsia la sangat).so aku copy kat sini..kalau dah baca sila skip --------------------------------------------------------------------- Pelanduk Dua Serupa NI CITER AHAD LEPAS.. (banyak xtvt kami anak beranak pada ahad lepas..nanti aku citer satu persatu)ini adalah satu dari kejadian yang berlaku.sampai sekarang aku masih lagi terfikirkan tentang kejadian itu. kami ke Jusko Seremban2..plan nak tengok wayang.aku kat luar surau tunggu giliran(bagi adik aku dan kakak solat dulu..jaga kenit kat luar surau) tetiba adik aku keluar bagitau nampak seseorang macam kawan sekolah rendah aku..dia kata 'cer gi tengok macam akak tu (sebut nama) tapi tak pasti lah betul ke tak.anak dia ramai kan?' dan aku pun teruja almaklumlah,kalau betul itu

Anugerah Juara Lagu 26

salam hari isnin korang.. tak cukup tido konfem la ngantuk tapi terlebih tido juga boleh menyebabkan mengantuk.aku rasa aku pagi ni dalam kategori ke 2 ..(terlebih tido w,pun malam tadi jenuh aku tahan mata sebab nak tahu sapa menang dalam Anugerah Juara Lagu ke 26). pendapat aku (yang jarangggggggggg sekali layan sebarang rancangan Anugerah tapi malam tadi pecah rekod tercongok depan tv..siap solat Isya' awal sebab nak tengok Yuna). hehe.peserta semuanya hebat-hebat belaka.tapi rezki milik mamat rambut kerinting yang tak perlu perah otak nak cari baju glemer..cuma pakai track suit adidas dan tshirt tapi tetap jadi Juara.TAHNIAH HAFIZ..anak akak tanya 'kenapa rambut dia macam tu?nape dia tak pakai kasut?'ish banyak lak soklan budak ni. pinjam kat SINI apapun Yuna tetap di hati "hai yuna..walaupun ko tak menang tapi akak tetap sokong ko dari belakang"..GO YUNA..GO YUNA :P

Tadikan..Kita Kan..Cuci Mata Kat Sini..

tajuk macam mintak kena lempang je kan?eh buntu tau nak buat tajuk ni..korang break time 2 jam tadi pegi mana?kalau opis area KL nak pulak area jalan TAR tu boleh gak cuci mata kat Sogo kan?kalau kat opis aku ni..duty free shop banyak la.kalau duit tak berapa banyak duk la jadi 'jaga' kat opis. selalu malas nak keluar tapi hari ni sian kat member.dia baru je dapat pas masuk kawasan dutyfree..selama keja tak penah masuk.so aku merajinkan diri teman dia 'tawaf kedai'.cuci mata je pun. banyak kedai yang OMG mampu tengok dari luar je..nak masuk pun segan at salesgirl.almaklumlah..rega sebijik henbag bersamaan 3 kali gaji aku.buang karan je masuk.. tengah 'tawaf' tu jumpa ex opis lama tengah mengintai-intai cermin kaca.oh kat sini diorang yer.apa lagi kami join la 2 kaki.. pilih kak..jangan tak pilih taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tumpang ambik gambar je.sib baik salesgirl tu memang ramah gile..tumpang ambik gambar je,sorang pun tak beli..kah kah kah (eh!mana tahu dalam dia

Maka,Rindu Pun Bermula

baru jap tadi hantar kakak dan mak aku naik fligt balik Kota Bharu.huhu.dan mulai hari ni akan bermula la detik-detik rindu dalam hati umie,ayah,abang dan adik.Insya Allah..cuti sekolah bulan Mac baru jumpa balik mok..umie..kakak (3 generasi) kalau ada nenek aku cukup 4 generasi pepagi tadi kami bergambar sedondon 3 beranak ..(konon baju raya tapi cik abe kata pakai je.lambat lagi nak raya..so pakai jelah) dan sikenit melalak masa hantar umah pengasuh gara-gara pakai cantik-cantik tapi kena tinggal..cian dia tadi kakak cakap ngan aku yang dia pelik kenapa orang suka tanya 'sekolah kat kampung tak rindu umie ker?' .katanya 'mestilah kakak rindu.tak payahla tanya macam tu' ..aku jawab 'sabar la kakak.mulut orang bukan boleh tutup.orang pun selalu tanya umie tak rindu ke hantar anak duk jauh.tapi kakak tak payah fikir sangat hal tu.janji kakak tahu apa yang kakak buat dan kakak tahu apa tujuan kakak sekolah kat kampung.jauh mana pun kakak duduk rindu dan kasih sayang

Cuti-Cuti Cameron Episod 2

okey dah abis iklan :) lepas sejuk-sejukkan lidah makan eskrem stoberi itu..siap solat zohor semua kami berpisah.kami balik KL ikut Tapah dan mak ayah serta adik-adik balik ke Kelantan semula..ikut Gua Musang.waktu lebih kurang jam 2 petang. berbalik cerita kami,pusing Tanah Rata nak makan nasi tapi semua kedai penuh so kensel.singgah taman yang ada replika buah-buahan tu..sambil makan goreng pisang dan cucur sayur..sedap le pulak akak tu goreng cucur..harusla ambik gambar dengan replika buah itu sebagai kenang-kenangan agak-agak matahari dah makin menegak..aku pun dah berpeluh dengan baju panas itu (motif pakai baju panas ialah stok baju aku dah abis dan cardigan yang plan nak pakai masa balik tetiba koyak tang lengan..huhu.terpaksa la pakai baju panas itu..macamlah sejuk sangat) lalu depan Cameron Valley banyak bas tengah turunkan penumpang.nak singgah malas nak cari parking..so snap picture dari kejauhan je lah nun menghijau ladang teh..tetiba teringat citer Ombak Rindu yang lisa ga

Cuti-Cuti Di Cameron

MALAM KAMI DI EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND tiap kali pegi mana-mana wajib kena ambik gambar dengan signboard.motif?huhu konon malam tu nak keluar la jalan-jalan tapi tak sampai ke mana-mana pun.cik abe nak kuar tengok bola pun terpaksa kensel,dari hotel nak turun ke Tanah Rata jalan sangat jem.huhu..tensen aku.rasa macam percutian kami ni semata-mata nak lepak kat bilik je.penyudahnya patah balik dan kami rasa bukan kami je yang buat camtu..aku tengok banyak keta patah balik..kecuali mereka yang terpaksa menempuh jem sebab tak tinggal kat situ. PAGINYA.. lepas subuh aku dan cik abe dah kuar cari makan.lapar gila..mak aku kata kalau tahu macam ni punya sejuk dan lapar konfem dia usung periuk nasik dan buat sambal untuk makan-makan.aku jawab 'kan bercuti,,tak payahla nak masak-masak.makan je kat kedai' hehe. kami turun ke Tanah Rata cari kedai jual nasi lemak..aku borong makan untuk lunch terus sebab kul 12.00 kami nak check out..lepas makan-makan,kami jalan kaki depan hotel yang

Kisah Balik Kampung la la la la.episod 2

hihi..poyo je siap ada episod bagai..sambung citer semalam ,kami bermalam di kampung.konon malam tu nak gi jalan-jalan ke pasar Wakaf Che Yeh (for info..nama je asal kelantan..seumur hidup belum penah sampai sana.lalu je penah la..singgah belum lagi) .tapi kepenatan dalam perjalanan buat kami tido tak sedar diri.sedar-sedar dah pagi. pagi tu jam 9.00 kami anak beranak + adik bongsu naik satu keta.adik lelaki dgn adik pompuan satu keta ngan ma dan ayah bertolak ke Cameron ikut Gua Musang.perjalanan lancar dan kami sampai Cameron singgah lunch dulu kat Kg Raja.lepas makan nak ke Equatorial Hotel jalan sangat jem tahap merangkak.dahlah jalan naik bukit jem pulak tu sib baik la keta auto..manual kalu lenguh lah kaki ( adik lelaki merungut lenguh kaki sebab keta dia manual). apapun kami selamat check in jam 2.30 petang. makan time..sambal ikan kelinya sangat sedap.ker sedap sebab dah lapar sangat?hehe kami duk sini..apartment dua bilik.ni kali ke2 kami kesini..dulu pun singgah balik raya ta

Kisah Balik Kampung la la la la

apa punya tajuk daa.........hehe PLAN AWAL.. aku dan anak-anak akan tumpang adik balik kampung malam sabtu @ pagi sabtu.dan cik abe akan balik kampung naik flight hari ahad tu..dan beliau akan menyewa kereta untuk membawa kami semua bercutian ke Cameron Highland ( ini adalah percutian ganti bulan 12 tu ari tak bawak anak cuti kemana-mana pun). memula ingat nak gi Universal Studio kat Singapore je..tapi aku bangkang sebab kalau nak cuti ke sana ofkos kakak kena ponteng lama sikit dan mak ayah aku juga akan bising.huhu PLAN YANG JADI.. kami semua balik dengan 2 keta pagi sabtu bila cik abe check flight semua penuh.konon konvoi la..janji 8.00 pagi aku subuh-subuh sapie dan siap beg depan pintu tapi adik datang jam 9.00 pagi.cair mekap mak tau..mekap la sangat.gedebuk gedebak 9.30 juga baru bergerak dari rumah. perjalanan nak kuar dari KL pun dah hazab.dah kuar KL nak masuk tol Karak pun hazab jugak..lepas tol Karak baru okey.matahari tengah nak naik..mata sangatlah mengantuk.nak tido pun

Hai..hai..hai

kembali bekerja :) rindu kat meja aku dan juga kertas yang menimbun atas meja yelah sangat............ kakak ada kat rumah. ikut kami balik masa balik kampung sabtu lepas tapi kena hantar balik la sebelum buka sekolah ahad ni plan aku kena hantar kakak balik sabtu ni tapi sib baik mak ikut adik balik semalam so tak payahla aku hantar kakak hehe..jimat tenaga beli tiket balik untuk kakak dan mak jumaat nanti nak citer pasal cuti balik kampung pasal jem sana sini dan sinun jugak.huhu.. dan cuti-cuti bawak mak ayah tido kat kameron tapi ada keje kena setel.. sambung kendian la

Pagi Ini............

PAGI NI.. jam 6.30 pagi pengasuh ke2 Hajar sms cuti kecemasan sedara meninggal..aku pening kepala mana nak hantar dia.terus bincang ngan cik abe,aku gi keje pagi dan ambik cuti setengah hari (sib baik juga cik abe keje shift petang hari ni). PAGI NI.. hujan..semua orang lambat..onthe way ke opis jalan jem..ada air sudah melimpah naik ke jalan raya.apa2pun tepat 8.30 aku sampai opis.just on time PAGI NI.. masuk opis pc buat hal..gelap gelita.puas godek dah boleh bukak tapi line internet takleh masuk..emel xleh bukak..kepala aku pening PAGI NI.. kerana banyak hal yang berlaku tiba2 kepala aku pening.bukan pening biasa tapi tahap pandang depan semua benda berpusing.dada berdegup kencang.tak boleh jadi ni.terus ke klinik..doktor kata aku stress w,pun tekanan darah aku okey dan normal.tapi doktor bagi aku cuti sakit untuk rehat hari. moral of de story: -lelaki yang dapat mengawal marahnya adalah LELAKI PALING COOL dan -aku MC.. selamat bercuti korang.babai

Curi Gambar Dari Blog Resepi.Kenapa Perlu Curi?

BLOG aku bukan blog masak-masak.tapi itu tak bermakna aku tak tahu masak dan tak pandai masak..tak percaya kalu,baru2 ni aku buat pertama kalinya masak gulai kari sardin tanpa santan.hebat kan?hahahaha. aku tahu korang gelak.takyah la gelak lebih-lebih ye.aku memang tak pandai masak kari tapi aku pandai masak yang lain dari kari.kerana kari ngan family aku tak berapa nak ngam..aku berbaik ngan kari ni pun sejak kawen ngan cik abe.kerana mil adalah 'tukang masak' terhebat aku rasa.masak apa pun semuanya sedap ;)..ini bukan entri membodek apa lagi entri meng'kipas',lagi pun bukan mil baca blog aku pun. aku suka jenguk blog masak.suka tengok resepi dan gambar makanan itu.buat aku meleleh hanya dengan sekeping gambar.hebat sungguh..rasa belum tentu sedap tapi gambar yang ditayang tentu boleh buat orang terliur. yang aku heran tu..ada orang buat blog ala-ala blog resepi tapi dengan tak malu letak gambar cilok dari blog orang lain dan claim dia yang masak?sangat kesian pada t

Ada Bola,Ada Kawan

semalam baca blog FILLA bergenang airmata aku teringat kat si kakak kat kampung.dah masuk minggu ke3 kakak di kampung. setiap malam wajib dia call borak-borak sebelum tido.setiap pagi dia akan sms wish selamat pagi..petang balik sekolah akan sms lagi 'umie kat opis ke?' ..kul 6.30 petang akan sms lagi 'umie dah balik rumah ker' ..malam lepas magrib bunyi lagi sms masuk 'umie tengah buat apa?abang buat apa?adik buat apa?' ..bila lambat aku jawab sms dia terus call.senang citer aku sentiasa kena top up henpon dia supaya dia boleh sms dan call aku bila-bila masa.eh terpanjang lak citer pasal kakak.aku nak citer pasal lain tadi. aku mesti akan tanya 'kat skolah hari ni buat apa?makan apa?kawan ngan sapa?' dan jawapan dia bab kawan tu 'ada sorang je kawan?' .alahai..dah 3 minggu sekolah takkan baru ada sorang kawan.mak aku kata ramai yang nak berkawan tapi dia yang pendiam sangat.apa boleh aku buat.sifat peramah aku tak menurun kat anak..kata mak &#

Day Trip To Saigon,Vietnam Part IIII-Gambar Bercerita Part2

mak ai bercinta nak upload gambar..sekali upload 5 keping je pun (ker aku je yang tak tahu cara nak upload sekaligus)..huhu akhirnya dapat ambik gambar berenam.tapi nape aku pejam mata?muskil aku drebar dia belah kiri yer,ingat sama macam kat tempat kita.nyaris aku nak berebut naik belah driver.hehe member suh ambil gambar wayar berselirat tu buat kenangan..kalau black out camner yer? motor sana sini sinun.jom merempit..walaupun banyak motor tapi aku tak nampak kemalangan berlaku(tapi masa pilih baju tu ada satu kemalangan.aku jenguk keluar nampak diorang berbincang kejap pastu terus blah..muka pun cam takde apa-apa berlaku).risau gak tadi kot ada yang keluar parang :) ambik ko.datang bawak sling bag je..balik kena beli beg pack..tu pun beli yang mana patut..kalau beli semua (mmg tak pun) konfem balik ngan kontena.hehe kedai telekong..aku suka kain telekong ni..berat dan sejuk :) .. (promosi ni..hehe) rambang mata memilih.semuanya cantik di mata ku