Sebenarnya dah ingat2 lupa apa aku buat cuti seminggu lebih tu, yang aku ingat sepanjang cuti tu aku bangun lewat, best gile. Sila jangan contohi tabiat ini ye, kalau anak dara diketahui oleh bakal mak mentua kelaku gini, mau kensel ambik jadi menantu. Eh! best apa, bangun lambat takyah sarapan, terus masak untuk lunch, penjimatan berganda di situ ;) Dah, cukup2 merapu. Berbalik ke pangkal jalan Balik kampung adalah tiada dalam perancangan wpun tahu anak2 akan bercuti sekolah selama seminggu. Aku cadang nak bagi diorang rehat sakan kat umah je, tapi kebetulan minggu sebelum cuti sekolah, akak pengasuh tak sihat. Demam tiba2 dan di syaki denggi. Memandangkan aku tahu macam mana tahap dia tak sihat, sampai muka pucat lesi, jalan pun huyung hayang, mmg tak sampai hati dah nak hantar anak. Memanglah kakak n abam boleh jaga adik, tapi aku tak bape harap sangat senang citer, cakap jelah ko yang nak cuti Irfa oi, banyak sangat alasan nih Kol mak di kampung, tanya khabar. Katanya 'a