Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Cik Purple, Oven Pertama Ku

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Masa budak2 dulu, suka sangat bila Ramadhan dah nak sampai ke penghujung, hari2 pangkah kalendar mengira bila nak raya. Beza dengan umur sekarang, terasa sedih bila mengenangkan Ramadhan akan pergi *sobsobsob* . Nampak sangat aku menuju usia tua *semoga sempat merasa umur tua, dalam keadaan waras, sihat akal dan fizikal, Insha Allah*. Grup Whatapps sekolah aku, hari2 duk update buat kuih raya. Ada yang dah siap 5/6 jenis kuih. Jujurnya aku bukan lah rajin sangat nak buat kuih *ditambah pula ada sikecit yang nak melekap 24 jam, okey tak alasan?* Tapi bila mengenangkan anak dara 2 ketui tu makin membesar, aku ingin meninggalkan memori manis untuk mereka kenang bila besar nanti. Macam mana mak aku tinggalkan memori kami buat kuih sampai melecur kepala lutut aku kena oven Rama-Rama satu ketika dulu. Memori kena marah dengan ayah sebab dah lambat masak untuk berbuka sebab sibuk menggentel kuih raya. Kenangan 6 jenis kuih konon

Baby Aisha: Kesian Sayang Umie

Tengok gambar kat bawah ni Ini gambar beberapa bulan lepas Sian baby SAA pipinya kejap gebu, kejap lagi merah mengelupas Dah jumpa beberapa doktor  ada yang kata ruam susu ada yang kata exzema aku pun dah pening huhu Pernah ke Klinik Dr Ko di Seremban dapat 2 ubat krim sapu, 1 mandian balik sapu, 2/3 hari baik, dah hilang pastu naik balik Jiran pula cadangkan kami ke Klinik Reddy di Kajang katanya dari zaman anaknya yang sulung sampai yang bongsu situ lah klinik diorang pegi memang serasi sangat Jomlah kita cuba Dengan bantuan En Google Maps, sampai lah kami kesini Kali pertama dapat parking betul2 depan pintu Rezki baby SAA Suasana dalam klinik mengingatkan aku klinik masa aku kecik2 dulu Deko klinik zaman dulu-dulu Kali pertama jumpa Dr Dass (kalau tak silap namanya) katanya, tak boleh mengesahkan tapi berkemungkinan eczema (dah agak cuma nak kan kepastian) Diberi sejenis krim sapu dan di s

Puding Roti Kismis, Mudah Sesangat

Hai Selamat petang dah masak? ker tapau kat param? apa2 jelah kan.. masak pun boleh, tapau pun boleh puasa setahun sekali, apa salah kita memeriahkan pasar ramadhan asalkan tak membazir oklah tu okey, saja nak share (walaupun korang lagi hebat masak2 dari aku) sejak jadi surirumah ni, cuba-cuba merajinkan diri tapi setakat yang simple2 je pelik2 dan bahan susah dapat memang takde lah Okey ni nak share Puding Roti Kismis Mudah Teramat hamboihhhh seram sangat nama nya haha cilok kat FB je pun abaikan presentation yang as-bol (asal boleh) tu Resepi Puding Roti Sos Kastard Bahan-Bahan: Puding Roti – 4 keping roti – dikoyak kecil-kecil 1 tin susu cair (375 mL) 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu besar butter Sedikit kismis Sos Kastard – 400ml susu segar (low fat) 2 sudu besar kastad 1 1/2 sudu besar gula perang lembut 1 sudu kecil esen vanilla Cara Membuat: Pudi

Ramadhan Bersua Kembali, Alhamdulillah

Wow, dah sebulan lebih blog terabai. Maafkan daku kerana melupaimu, bukan ku sengaja tetapi masa amat mencemburuiku, uhuk uhuk uhuk. Alhamduillah, hari ni umat Islam berpuasa di hari ke8. Sekejapan je dah seminggu lebh kita berpuasa ye. Harap belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua sahabat alam maya yang sudi singgah ke blog sendu ini. Ramadhan kali in amat bersejarah kerana ma ayah sudi datang menyambut Ramadhan di perantauan, haha. Bukan senang oi mak ayah aku nak menyambut Ramadhan dirumah anak-anak. Tapi kali ini seminggu sebelum puasa, mak datang dan 2 hari sebelum puasa, ayah pulak datang dengan adik. Jadi dapatlah kami bersahur dan berbuka puasa bersama mak ayah beberapa hari. Dapat makan masakan mak, Ramadhan kali ini sama macam tahun2sebelum jugak, aku masih dapat menahan diri untuk ke bazaar Ramadhan, masak ala kadar kat rumah. Kecuali keluar makan kat restoren pilihan je yang tak boleh elak, huhu. Anak-anak pun berpuasa seperti biasa kecual