Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Apa yang menarik tentang Traveloka Sale dan Matta Fair 2018

Wah! Dah di bulan September kita ye. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu nak update blog hari ni. Sedikit  free lepas hantar anak-anak ke sekolah. Si kecik pun sedap tido berselimut litup lagi. Takde gangguan untuk mengadap laptop. Hihi Urusan rumah tangga biasalah, tak pernahnya habis. Jadi kita buat yang mana termampu, kalau rasa penat.. kita pejam je mata, so tak nampaklah kan, haha (oh! jangan tiru tau perangai camni) Sebelum tu, sempat lah scroll laman Facebook, tengok aktiviti kawan-kawan. Melintas di wall, post 'kawan baik' yang baru balik dari bercuti ke Korea, seronok membaca pengalamannya ke Korea. Aku ralit membaca bila dia bercerita dengan detail setiap tempat yang dia lawati, tren nombor berapa dia naik dan berapa harga tiket yang perlu di bayar untuk masuk ke tempat yang dilawati tu. Aku yang membaca pun serasa ada bersama dalam setiap cerita nya. Sebenarnya, Korea pun ada dalam list impian negara yang ingin di lawati. Moga tercapai satu hari nanti. Emmm, tak

Selamat Datang Ogos dan Kak Mawar Pantang Food

BYE BYE JULAI SELAMAT DATANG OGOS . . . Dalam sibuk urusan dunia, dah masuk bulan ke 8 tahun 2018 Banyak sungguh perubahan berlaku Kita juga dalam pemerintahan kerajaan baru dah lebih 2 bulan Pagi ni sempat jenguk blog, cuci sawang istilah blogger dulu2 Banyak benda nak kongsi, tapi tak tahu mana nak mula Sibuk sangat konon nya haha Oh sebelum terlupa Sejak bulan lepas, aku ada mulakan bisnes baru Bisnes menyediakan masakan berpantang bagi ibu2 lepas bersalin Masih bertatih lagi Bisnes ni sebenarnya sebagai nilai tambah aku dalam kehidupan Dengan niat membantu ibu2 dalam pantang yang jauh dari family dan juga membantu suami2 untuk menyediakan makan pantang yang berkhasiat kepada suri hati Setakat ini baru beroperasi sekitar kawasan perumahan, area Nilai dan taman2 berhampiran Jika ada yang berminat, boleh terus whatapps ke nombor 016-6116459 Okey lah, log out dulu Urusan rumah tangga menunggu untuk di selesaikan Bye See u

Komen Paling 'Pelik' Setakat Ini

hai korang sejuk eh pagi ni rasa macam nak pakai stokin je # tiba-tiba teringat mangsa banjir di negeriku beberapa tahun yang lepas. diorang tinggal dalam khemah macam mana lah agaknya menghadapi cuaca sejuk camni, huhu eh, ni nak citer pasal pengomen kat blog tipulah kalau blogger tak suka bila ada orang komen, huhu aku ngaku suka baca komen sesapa yang singgah kat blog aku sebab taknak terlepas pandang semua komen aku setting semua komen kena approve baru publish # setakat ni takde lagi komen mengutuk, yelah.. aku bukan blogger femes pun tapi, ni komen paling 'rare' aku dapat berminat? pm dia, jangan pm aku ye hehe

Tips Bercuti Ke Langkawi, Tanah Kelahiran Mahsuri

Hai semua............. ada orang singgah sini tak? Rindu blog, baru ada masa nak Log In, tapi masih belum ada masa yang betul-betul lapang nak bercerita, sambil jenguk entri-entri lama, terutama yang cuti-cuti. Aduh....  terasa lamanya tak pergi bercuti bersama family. Maksud aku, cuti-cuti yang naik kapal terbang, kalau yang dekat-dekat naik kereta tu adalah, hihi Tiba-tiba terbaca post lama yang  Cuti-Cuti Ke Langkawi Tahun 2012  (ini kali yang ke berapa ke Langkawi pun dah lupa) selepas tu pun ada lagi Trip ke Langkawi, Tahun 2016 kalau tak silap. Itu adalah trip pertama bersama Baby Aisha. Kami ke Langkawi masa tu khas untuk makan-makan je, Omie teringin nak makan Laksa tepi lapangan terbang tu, hihi ehsan Google Dataran Helang (Gambar dari Google) Laksa Power tepi lapangan terbang Actually, tak pernah bosan pun ke Langkawi walaupun ada yang cakap, pusing-pusing pun situ juga. Bagi aku okey je walaupun dah banyak kali pergi tempat sama, suka maka

Menyusu Bayi Di Khalayak Ramai

Dear Blog Dah lama aku tulis ni tapi simpan je dalam draft. Takde keyakinan untuk publish tapi secara kebetulan sangat kisah ini menjadi topik hangat baru-baru ni. Aku sebenarnya takut nak tulis ni, takut ada yang terasa tapi dah lama aku pendam, rasanya aku tulis ni dah tapis-tapis. Ini hanya perasaan aku saja takde kaitan dengan yang hidup @ sudah meninggal dunia. Maaf kalau ada yang terasa. Okey.. kalau kita pegi ke klinik,pasti ada poster ibu tengah susukan anak.aku okey je tengok poster tu. Kalau kita ke shopping mall.. nampak ibu tengah susukan anak dia kat kerusi tapi cover..tak nampak t3t3k pun, aku okey je. Ye, aku paham, aku penah laluinya...4 anak aku semuanya sempat menyusu.. walapun kakak cuma sekejap tapi Abam dan Kakcik sempat nyusu sampai 2 tahun 2 bulan. Aku tahu macam mana perasaan bila anak tengah lapar/dahaga, aku dah tak peduli orang keliling.yang penting bagi aku ialah, anak aku nak susu, secepat mungkin cari tempat yang sesuai untuk sesi menyusu. TAPI....

Kawal Resdung DenganTablet Resdung Tok Melah

Pagi ni aku nak kongsi satu Produk Tempatan yang aku puas hati. Kita jangan pandang sebelah mata bila dengar Produk Tempatan . Bukan semua Produk Tempatan takde kualiti dan tangkap muat (borong dari satu kilang, tepek sticker nama sendiri) . Ini terbukti dengan Tablet Resdung Tok Melah yang aku dah guna lebih kurang setahun. Alhamdulillah serasi untuk kami sekeluarga yang ada masalah RESDUNG TEGAR terutama En Abe dan anak ku si Kakcik Hajar. Kerana mereka berdua lah, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Mana tahu ia bermanfaat kepada yang menghadapi masalah yang sama Apa petanda seseorang ada masalah RESDUNG (tanpa sedar, ramai yang ada masalah Resdung tanpa di sedari) Apa yang aku nak kongsi hari ini, kesan kepada masalah Resdung yang dihidapi oleh EnAbe. Dia memang selalu selsema dan bersin teruk setiap pagi, juga alergik dengan kepada Seafood. Dia juga ada masalah Asma, bila cuaca sejuk, selalu jugak kena sedut pam, baru boleh bernafas lega. Al

Petai Jeruk: Busuk Tapi Sedap

Sapa suka PETAI? Suka petai mentah ke petai jeruk? Aku suka kedua-dua nya Apa saja masakan berasaskan Petai, semua aku layan Tapi aku jarang beli petai kat rumah sendiri Selalunya stok petai dibekalkan oleh Ma Ayah dari kampung Ayah akan kait petai di kebun Kopek buang kulit dan simpan dalam bekas Bekas tu di lapik dengan kertas/tisu atas bawah Nanti Ma Ayah akan bawak datang waktu melawat anak-anak di Nilai Itu lah kasih sayang ibu ayah kepada anak-anak nya Mampu kah kita membalas jasa mereka? huhu *sebak* okey.. Nak kongsi cara buat PETAI JERUK Bahan-Bahan: Petai  ( dicelur/rebus sekejap tanpa kopek kulit) Garam Asam Keping Air Bekas bertutup Cili Padi - ikut suka Cara-caranya: 1- Petai yang di rebus/celur tadi di kopek Kulit putih tak perlu buang 2-  Masukkan dalam bekas, masukkan air tutup paras petai 3- Tabur garam, bubuh asam keping dan cili padi 4- Tutup rapat bekas dan simpan dalam peti bahagian

Lockching @ Satey Ikan

Ini Lockching @ Satey Ikan Masa kecik dulu-dulu, selalu petang-petang ada motor masuk kampung macam jual aiskrim tu, jual Lockching. Seposen secucuk. Beratur lah budak-budak beli lockching. Sabar je tunggu pakcik tu membakar atas pembakar arang mini yang di sangkut tepi tong satey tu. Bau nya wangi menyucuk hidung buat kami menitik air liur. Boleh pilih nak Sos Pedas ke Sos Manis. Bila makan tu, hirup sos sampai licin plastik, punya lah sedap  Sekarang dah moden, Lockching dah boleh order online Yang dalam gambar  ni aku order dari Terengganu Seller pos guna Poslaju Siap dengan kuah pilihan Sos Pedas dan Sos Manis dalam botol Nanti bakar dalam pemanggang ajaib atas dapur gas Makan lah sepuas nya sambil mengenang memori dulu-dulu

Blog Semakin Membosankan, Nak Tutup Tapi Sayang

Sehari dua ni, setiap malam aku bukak blog. Itupun sebab laptop dah sedia On sebab kakak guna sambil study. Dapat lah aku tumpang konon nya. Niat nak update,tapi aku tak tahu nak cerita pasal apa. Semua pun dah bercerita di FB, bila buka Blog dah takde apa nak cerita. Tapi nak tutup terus, sayang pulak. Lagipun rutin harian pun sama je, huhu. Peliknya, aku dah malas nak baca, dulu walaupun tak update blog sendiri, rajin jugak lompat dari blog ke blog, baca kisah kengkawan. Blog yang aku suka dan wajib baca setiap hari dulu pun, aku dah malas nak baca. Adui, pehal teruk sangat nih. Waktu Free, aku suka baca buku. Pantang ke kedai buku, mesti terbeli. Eh, bukan novel, buku tentang motivasi dan buku2 ilmu yang lain. Nampak sangat hidup aku sekarang memerlukan motivasi, haha. Apapun, aku tak rasa rugi beli buku, sebab sampai bila2 pun boleh baca kan? Sejak Cikebom pandai buat hal sendiri ni, sempat lah aku ber MeTime baca buku, bagi dia buku kosong dan pensel, pandai2lah dia buat ha

Entri Pertama 2018: Ayah Hebat

Alhamdulillah, masih bernafas sehingga kini. Sudah di bulan Februari, bulan kelahiran aku yang ke39 tahun. Lamanya aku tinggalkan blog kesayangan ni. Bukan takde masa, tapi mood untuk berblog dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Okeylah, ini Entri perttama di tahun 2018. Malam ni tiba2 rasa nak bercerita tentang AYAH. Setiap anak pasti nya menjadikan AYAH nya sebagai Idola. Masa remaja, aku berharap akan bertemu lelaki macam ayah sebagai pasangan hidup, Yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Ayah seorang yang tak banyak cakap, kalau minta izin, bila diam itu tandanya ayah izinkan. Tapi kalau ada bunyi ayat dari mulutnya, itu bererti, Ayah tak bagi. Sekarang aku ada 4 anak, semestinya Ayah mereka adalah Ayah Yang Hebat di mata mereka. Bila Ayah Out Station, asyik bertanya bila ayah nak balik, bila Ayah sampai kemuka pintu, berkejar sambut Ayah. Bila Ayah nak keluar rumah, semua tadah pipi untuk di cium. Ayah yang melayan cerita mereka, melayan permintaa