Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Selamat Hari Lahir ke 61, AYAH

Salam Hari Minggu untuk semua Apa xtvt hari ni? Sepatutnya sekarang dah ke Klia sambut Mak Ayah dari Umrah tapi flight delay  (dalam schedule pukul 11 pagi tapi delay kul 1 tgh hari) so lepak dulu lah, umah pun 10 minit je ke Klia tak payah lah terkejar2, hehe Hari ni hari istimewa untuk lelaki pertama dalam hidup aku Hero pertama ku iaitu AYAH Hari ni bersday ayah yang ke 61 tahun semoga Allah memberkati sisa2 usia yang ada TQ CikViva yang menaja kek comel ni *harap sedap secomel rupanya* Okey, nak bersiap ke airport daaaaaaaa

'KakCik' dan Gelagatnya Yang Mencuit Hati

Hai semua, Salam Jumaat ye Okey hari ni nak bercerita tentang 'kakcik' Sementara belum ada 'baby baru' ni kan Tahun depan (January 9 tarikh yang lebih tepat) Genaplah umurnya 6 tahun Dia seorang peminat setia kucing pantang nampak kucing mesti mintak nak bela maaflah sayang, tengok dan pegang boleh bela tu umie belum mampu, huhu ( dah cuba jugak bela tapi tak tahan lama, samada hilang@mati) # kucing ni nama Ray (kepunyaan Kak Laila, tokey mee udang glemer D'laila Mee Udang Nilai ) Ni situasi biasa bila balik dari tadika Tudung senget benget tu pemandangan biasa jarang lah tengok tudung dia terletak elok sib baik masih melekat tudung tu kat kepala, hehe Tapi anak tudung dah banyak kali hilang Yang ni memang sakit perut mak aku gelak mak aku pelik kenapa pelik sangat rupa karipap ni bila citer, sakit perut gelak kata mak mana tidaknya, habis kelim karipap di gigitnya tanpa rasa bersalah alasannya "kita

Happy Besday Mama, Terima Kasih Untuk Segalanya

Ni cerita bulan lepas, ada dalam draf, so teruskan je lah Sebelum berkahwin, masa single mingle dulu Aku selalu fikir nanti dah kawen, nak kawen dengan anak yatim piatu eh! betullah, ni bukan rekaan tau Aku bayangkan bakal suami tu anak yatim piatu @ pun kalau tak dapat yang yatim piatu aku harap dia cuma ada mak je, tapi ayah dah meninggal dan dia takde adik beradik # sebab aku takut adik beradik dia tak suka aku sebabnya apa aku takut kalau ada bapak mentua? aku takut kalau bapak mentua aku suh buat pengat pisang sebab aku tak yakin boleh buat pengat pisang, huhu gila punya imaginasi kan? TAPI... yang berlaku adalah sebaliknya aku berjodoh dengan anak sulung (kami sama2 anak sulung) aku 6 beradik dan enAbe pun 6 beradik masih punya mak ayah masa tu * Fil meninggal April lepas, kehilangan Fil masih terasa hingga kini* aku dapat 5 adik ipar dan enAbe pun dapat 5 adik ipar wah! besar adik beradik kami kan? Memandangkan mak ayah ak

Hadiah Untuk Ma dan Ayah

Bagi pembaca setia (wah! berani mati punya statement claim ko ada pembaca setia ye, kikikiki)  mesti dah sedia maklum yang aku dan CikViva sudahpun menamatkan 'khidmat' kami selama berbelas tahun dengan 'kapal cap wau' itu. Teruskan langkahmu jangan dikenang perkara yang dah lepas #lap air mata dengan lengan baju, sobs sobs sobs. Kalau ada yang tertanya2 apa aku buat sekarang, aku tak buat apa2 selain mengurus rumah tangga dan anak2, jadi supir hantar anak ke tusyen/sekolah dan selain itu menunggu hari bersalin. eh! penat rupenya jadi supir ni ye, huhu CikViva pun dah sebulan lebih memulakan kerja barunya, moga dia baik2 aje menyesuaikan diri dengan kerja baru, kawan baru, suasana baru dan segala yang baru. Doaku untukmu sis..... krik krik krik. Eh! aku nak citer pasal apa tadi ye? Oh, nak citer pasal hadiah untuk my lovely parent, ayah dan ma. Memandangkan tiket free CViva masih berbaki (bahagian untuk parent), so kami adik beradik berpakat menghadiahkan pakej u

Baby Baru: Keterujaan Nak Sambut Baby Baru

Datang malasnya, berminggu blog terbiar tak ber update Datang rajinnya. rasa nak post setiap 30 minit ( pentipu sangat, hehe) Okey, ni datang rajinnya, meh lah kita update blog ye Baru je lepas lipat baju baby, dah beli sikit2 minggu lepas, tapi takde masa nak basuh, lagipun hari mendung je sekarang, takut lambat kering. Sebenarnya, mengandung kali ni semua kena beli baru. Yang lama semua dah let go kat orang (ingatkan dah tutup kedai, hehe) . Tapi tak banyak pun membeli, hanya beli yang penting je. Boleh tahan jugak harga barangan baby sekarang ni ye, jenis aku pulak tak pandai nak survey, kalau boleh masuk satu kedai dan borong semua kat situ je, tak kuasa nak survey banyak2 kedai, penat oi nak menapak masuk dari satu kedai ke satu kedai. Ada orang cakap expo barangan baby situ sini murah, aku takat dengar jelah. Berpanas dan bersesak kat tempat ramai, memang bukan aku lah orangnya. FIRST BATCH: model kecik nak enterframe, kasik can lah  1- Beli baru

Baby Aisha: Berjaga-Jaga, Akhirnya Cucuk Insulin Juga

27-30 NOVEMBER 2015 Aku tulis sebagai kenang-kenangan apa yang berlaku sepanjang pengalaman mengandung kali ke4. Mengandung kali ini diduga dengan diabetes sama macam masa mengandungkan KakCik (Hajar). Bezanya masa tu aku cuma di suruh control diet, pernah di masukkan ke hospital untuk 2 malam monitor gula dalam darah dan berjumpa pakar pemakanan tapi belum sampai tahap kena cucuk insulin. Sebenarnya aku dah bersedia mengandung kali ini juga akan ada diebetes sebab masa mengandungkan 'kakcik', doktor ada pesan kemungkinan diebetes akan ada bila mengandung akan datang. Walaupun aku control diet, result on off, kadang ok, kadang ko. Nak taknak klinik refer jugak aku ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Ada gak mintak excuse, tapi tidak dilayan, huhu. Untuk kebaikkan ibu dan anak seperti kata doktor, aku serah diri ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada petang Jumaat ( 27 Nov 2015). ini bukan wad bersalin tapi bangunan utama Hospital Tuanku Jaafar, Seremban WOW! Wad

Sambut Anniversary ke 15 di Restoren Berputar Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur

Sambungan dari post INI # walaupun dah lewat, kena tulis sebagai kenangan, maklumlah sekarang ni aku dah tak tulis diary Anniversary kami pada 18NOV tapi kami sambut secara rasmi pada 20NOV sebab pada tarikh sebenar anniversary, en Abe berada di 'luar kawasan', takpelah lewat pun asalkan dia ingat, hehe. Kejadian manis 20 NOV ini akan tercatat dalam diary hidup aku, sebab sebenarnya kami jarang celebrate berdua di tempat istimewa (u know me, yang sangat berkira untuk setiap sen yang keluar, rasa sayang je nak kuar duit makan tempat mahal (mahal bagi aku, mungkin biasa bagi yang ber'uang'). Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu. SIL post kat facebook diorang celebrate anniversary ke20 kat situ. Aku secara bergurau pada EnAbe cakap nanti nak celebrate kat situ jugak bila anniversary kami nanti. Dia reply, OK. Aku tak ambik serius pun, sebab lebih suka sambut dengan bawak anak2 makan seperti biasa kami lakukan. Lagipun seperti biasa, aku fikir nanti anak2 sapa nak

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

gambar dari SINI Destinasi seterusnya selepas balik dari JPO, cikAbe mencadangkan untuk bawak anak-anak 'main air' kat  Bayou Lagoon Park Resort . Last minute booking bilik, yang tinggal cuma Studio Apartment with jacuzzi, lain semua dah penuh. Kami sampai lebih kurang jam 9 malam. Bilik nun tingkat 11, tinggi melangit,nak kuar kat balkoni pun gayat semacam, sejuk tapak kaki, hihi. Takde apa aktiviti, nak kuar cari ikan bakar terkenal kat Melaka pun tak larat dah, sib baik ada 'nasi dan lauk kenduri' yang dibekalkan pada kami lepas majlis tu (orang sebut apa ye, 'berkat' eh?).  Makan tu jelah sementara tunggu esok pagi. Paginya..  pepagi cam biasa turun sarapan dengan kakak dan abam bagi can ayah dan kenit sambung tido # makanan yang disediakan biasa-biasa je Habis sarapan, kakak dan abam teruskan agenda ke theme park #sebakul pesanan pada mereka untuk jaga diri nak teman memang aku betul2 tak larat aku pulak naik ke bilik mel

Cuci Mata ke Johor Premium Outlet JPO dan Pertemuan Selepas 17 Tahun

Sambungan entri semalam , habis majlis di Felda Sg Sibol, yang lain2 semua bertolak balik KL tapi kami sekeluarga ke JPO (bukan nak menyoping sangat pun tapi sekadar nak kenal apa itu JPO yang orang duk cerita best sangat tu, hehe). Dari umah pengantin ke JPO dalam 40 minit je, tak jauh pun. Walaupun gerak dari felda tu hujan lebat giler tapi elok sampai ke JPO cuaca elok tak hujan pun. Merestui sangat tau, haha. Aku membayangkan JPO terletak di tengah bandar, rupanya di tengah kawasan lapang tiba2 ada bangunan. Dari jauh tiba2 ko akan nampak  bangunan dengan logo jenama terkenal, eh! kat sini ke? dah sampai? hah, gitu reaksinya. Seperti biasa, enAbe akan turunkan aku kat pintu masuk, tak payah menapak dari parking, pepaham lah mak buyung memang mengah kalau kena menapak jauh pastu jalan ngan budak2 pulak, walaupun budak besar tapi agak huru hara sikit. Lagipun aku dah cakap nak singgah kejap je, ops sebelum tu memang ada janji ngan seseorang yang dah lama tak jumpa (ka

Rombongan Menghantar Menantu

Catatan sebagai kenang-kenangan kerana ini antara perkara bersejarah dalam family. Kisahnya, malam Sabtu lepas, kami sekeluarga bersama family enAbe bertolak ke JOHOR kerana pada hari Sabtu tu ada majlis menyambut menantu (adik pompuan en Abe yang last bertemu jodoh dengan jejaka dari Felda Sg Sibol, majlis dipihak kami telah berlangsung ada September lepas tapi aku masa tu takde mood nak berblog, so aku tak share pun kisah mereka kat blog, hehe). Hampir 3 jam perjalanan, kami selamat sampai ke homestay yang disediakan oleh pihak lelaki dengan bantuan en Waze. Sampai pun dah dekat pukul 1, memang tak cakap banyak terus cari bantal jelah, hehe. Pagi2 baru lah nampak sapa yang datang, sapa yang tak datang. EnAbe 5 beradik semua ada kecuali sorang adik pompuan yang sarat macam aku jugak tak dapat join majlis. Lepas solat Zohor, kami konvoi ke rumah pengantin lelaki. Suka pulak aku dengan suasana Felda ni. Masa sampai malam tadi tak nampak keliling sebab dah gelap. Bila siang, namp

Happy Anniversary ke 15, Moga Dalam Rahmat Allah Sentiasa

Hari ni 18 NOV 2015 adalah hari ulang tahun perkahwinan aku dan en Abe yang ke 15 tahun (kami di akad nikah pada 18 NOV 2000) Rasanya tak perlu lah ucapan meleret2 sebabnya, harapan bagi semua pasangan yang berkahwin adalah sama sahaja semoga semoga ikatan yang terbina ini kekal hingga ke syurga Syukur padaNya atas segala nikmat yang dikurniakan Hadiah paling berharga ialah anak2 yang diamanahkan kepada kami berdua besar amanah tersebut, moga kami berjaya mendidik mereka menjadi insan berguna pada keluarga, agama dan pada negara Terima kasih untuk ucapan yang di terima di FB dan juga di Whatapps terima kasih atas doa ikhlas dari kalian semua (^_^) kasih sayang kerana Allah

Tak Pandai Mekap @ Tak Suka Mekap?

Salam Isnin untuk semua Kejap je dah November ye *dah bulan ke3 aku jadi suri rumah sepenuh masa* Hari ni nak berceloteh pasal apa ye? Meh kita citer santai-santai je Sapa sini yang suka mekap? Yang wajib mekap kalau nak keluar rumah? Yang wajib touch up tiap kali lepas solat kat surau akan touch up balik mekap? Sebenarnya ada beza antara orang yang Tak Pandai Mekap dengan yang Tak Suka Mekap? Ada yang memang suka mekap tapi tak pandai mekap, jadi dia usaha belajar mekap Ada yang pandai mekap tapi tak suka mekap, cuma mekap bila ada majlis istimewa Aku spesis mana pulak ye? Aku spesis Tak Pandai Mekap, Tak Suka Mekap dan Tak Nak Belajar Mekap (kalau nak belajar boleh je, SIL aku seorang mak andam pengantin) Seingat aku, mekap paling tebal aku ialah masa jadi pengantin 15 tahun lalu, lama giler kan? Haha. Itupun aku ingat lagi macam mana susahnya mak andam nak lekatkan bulu mata palsu kat kelopak mata aku, sampai merah2 mata, lepas tu ada lah jugak mekap sikit2 kalau a

Baby Baru: Batu Dalam Hempedu, Biarkan, Buang Sekarang @ Buang Kemudian?

Assalamualaikum... Tak boleh tido sejak terjaga dari jam 2 pagi tadi (so update blog sementara menunggu mata ngantuk balik) . Ada sesuatu duk berlegar dalam otak aku sejak semalam selepas check up mengandung di hospital swasta. Setiap bulan memang aku check up di 2 tempat (klinik kerajaan dan hospital swasta). Sejak 3/4 hari lepas aku dapat perangai tak lena tido, mengiring kiri dan kanan rasa sakit menyucuk kat ulu hati, rasa macam gastrik pun ada jugak, tapi aku makan takde masalah, terlebih makan lagi ada. Masa check up tu aku citer pada Dr Intan dan doctor cakap nak scan sambil scan baby sekali. Masa scan dia kata ada biji kecik kat hempedu dan dia agak ada batu kat hempedu aku yang menyebabkan aku rasa sakit menyucuk2 kat ulu hati, masa dengar tu terus aku rasa blur dan semua penerangan doctor tentang baby selepas tu aku dengar tak dengar je, tak boleh fikir dah. Aku tanya doctor apa patut buat, tapi dia kata tak boleh bagi komen sekarang sebab dia bukan pakar bahagian tu, ke

JJCM: Nasi Kak Wok Nilai

Salam Rabu dah lunch? Okey, hari ni nak share 1 tempat makan di Nilai bagi warga Kelantan, dimana ada menu Kelantan yang sedap mesti akan cari dan try Bukan senang nak dapat yang betul2 sedap macam di kampung halaman sendiri kadang2 tu nampak sama, tapi rasa kelaut Sebenarnya dah banyak kali lalu kedai ni, tapi manjang tutup termengumpat gak dalam hati 'asik tutup je, bila masa niaga nih?' hihi Kali ke 4 kami lalu sini, baru nampak kedai ni buka apalagi, harus lah cuba * notis di dinding tulis waktu niaga jam 8 pg-4 ptg * Kedainya agak tersorok sikit di Bandar Baru Nilai bangunan belakang ye eh! sekarang ni dah tak susah cari tempat En Waze kan ada, Google je destinasi mana nak pegi Insha Allah, En Waze hantar sampai ke depan pintu Pagi tu cuma 1 menu je, Nasi Berlauk * kat notis yang di tampal bagitau, hari Sabtu ada banyak menu,  tapi kami datang Rabu, so ada 1 menu jelah* Kami order 3 nasi berlauk, 2 milo