Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

2000 Kalori Sehari, Tapi........

SaLaM JuMaaT Awak dah lunch? Makan apa? Kat mana? Dengan Sapa? ololo, sweet sangat, macam remaja baru nak kenal cinta, wawawawa Baru balik lunch Jauh sikit menapak hari ni, bangunan sebelah Kena gigih sikit sebab jalan tengah panas lebih kurang 3 minit setengah Tapi belum sempat lemak mencair, dah sampai Banyak menu tapi jemu makan nasi nampak soto cam sedap je nampak air jagung, cam  sejuk je okey, maka terhasillah gabungan duet yang mantap SOTO + AIR JAGUNG = BURPPPPPP  *alhamdulillah* elok lepas makan, nampak ni kat dinding berapa kalori dah masuk perut hari ni? jom kira: pagi tadi:  bihun 1 senduk + air masak 1 liter lunch: soto + 1 gelas air jagung eh tak reti lah nak kira-kira kalori ni korang reti tak? apapun syukur masih ada nikmat makan kan kan kan ? SeLaMaT BeRhujung Minggu

Cuti CNY, Rasa Tak Puas Walaupun 4 Hari Cuti

Cukup panjang tak tajuk entri tu? ke nak aku tambah lagi 2 perenggan? haha  *gelak mak lampir*. Saja je buat tajuk panjang2, kasi korang stress membaca tajuk, itu belum baca isi penting lagi, hahaha. Panas sungguh cuaca sekarang, rasa macam malas sangat nak keluar rumah. Tapi duk dalam umah, kipas siling pulas nombor 5 pun tetap jugak berbahang. Malam tadi tak lena tido, pusing kiri pusing kanan, berpeluh2. Semalam si kenit menangis taknak gosok gigi, katanya 'taknak gosok gigi, nanti mulut kita sakit, kat sini * tunjuk tepi bibir ada ulser kecik baru nak bertunas* ololo, kecian kenit umie. Tapi aku pujuk, gosok jugak slow, takkan gi tadika tak gosok gigi, sudahnya meraung tak hengat, hahaha. Seperti biasa, cerita basi masa cuti 4 hari di hari CNY lepas. Ingatkan memang nak qada' tido je kat rumah, tapi berjalan jugak walaupun dekat2 Day 1: Ontheway balik Cheras, lajak terus ke Klcc sebab nak shopping baju budak2. Aku pun memang nak cari baju kerja, rasa dah lama tak

Kelas Borong China dan Kelas Bisnes Tudung Jenama Sendiri

Hai korang Sunyi opis hari ni, dah ada yang start bercuti Dah ada yang balik kampung malam tadi dan ada yang akan bertolak balik petang nanti Aku? Tengok je orang balik kampung Lagipun, kami adik beradik memang akan balik awal Mac nanti (ada kenduri). Jadi bersabarlah dan simpan bajet untuk balik kampung nanti Okey, ni nak share kisah yang sudah menjadi sejarah tapi aku tulis sebagai kenangan akan datang. Mana tahu, lagi 5-10 tahun bila baca balik, masa tu aku dah berjaya jadi 'seseorang', akan aku kenang macam mana susah payah aku masa mula-mula nak bertapak, kahkahkah. Poyo amat entri ini, ada rasa nak muntah ke? Sila bertahan sampai perenggan akhir ye.. Semenjak dua menjak ni, aku suka pegi kursus/seminar berbayar (memang kena bayar pun, cuma beza mahal @ murah je). Yelah, bukan senang nak dapat ilmu dari orang, kenalah bayar sebab dia pun mungkin ratus ribu habis sebelum berjaya dapat ilmu nak jadi pengajar, ye dak? Aku penah borak dengan seorang tokey spa. K

Bukan Lagi Rahsia

Assalamualaikum.. Dah ada yang start cuti ke hari ni? Keluar rumah pagi tadi jalan clear je sampai opis, best je rasa. Aku keje lagi sampai Rabu ni, tapi anak2 last sekolah hari ni. Cuti CNY ni takde plan kemana-mana, mungkin duk rumah je kot, tapi kami ni bukan boleh harap, suka sangat last minute plan. Hehe Terasa lama tak menulis, bukan tak de cerita tapi tak tahu dimana nak mula. Log in blogger.com dengan semangat berkobar2 nak bercerita, tapi sudahnya.. lompat2 blog orang lain dan akhirnya blog sendiri tak ber update. Huhu Minggu lepas, aku buat keputusan selepas fikir banyak kali, aku dah tutup account FB HappyIrfa, semua kawan dalam tu aku dah add sekali lagi ke Fb Mawarni Sani, kalau sesapa yang tercicir, boleh add aku ye. Dulu aku ada 2 acc FB, sebabnya.. aku tak selesa meluah rasa kat fb official. Maklumlah kat situ ramai dari kalangan ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan opis, jiran tetangga.. semua ada. Jadi aku lebih selesa meluah rasa di fb Happyirfa, kerana kat

Mendaki Genting Highland di Hari Minggu Yang Lalu

Okeylah, sementara aku rajin ni, meh up entri. Ni citer Sabtu lepas.. Tak de bau lagi ni, kira lom basi lagi kan? Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn Sabtu lepas, ada jemputan kenduri bertunang sedara EnAbe di Batang Kali, dekat sangat dah tu ngan Genting Highland. Malam tu, EnAbe bagi hint nak bawak anak2 naik Genting lepas majlis. Aku? i like je bab jalan-jalan, kalau boleh setiap minggu makan angin pun aku ok je. Berangan cam duit berkepuk2 gitu, wakakakaka Dipendekkan cerita, Sabtu yang permai itu, kami kuar umah kul 11 lebih kurang. Terus zassssssss ke Batang Kali, makan langsat setengah guni, baru sampai keumah kenduri, panas je hati sebab sepanjang jalan, tak jumpa signboard Batang Kali, huhu. Pelik pun ada, dah kol Fil banyak kali, baru jumpa umahnya. bergambar di majlis bertunang # gambar bawah: FIL bersama cucu2nya Makan2, salam sedara mara, posing 5,6 ketoi gambar, zasssssssssss mendaki lah kami anak beranak. Perjalanan nan hijau sepanjang jalan macam balik kampung, ana

AlFatihah, Tuan Guru Nik Aziz, Pergi Yang Tak Kembali

Malam tadi, mesej di fb tentang permergian TGNA mula-mula macam tak percaya sebab ini bukan kali pertama berita TGNA meninggal dah banyak kali berita palsu tentang kematian TGNA tapi bila semua update, rupa-rupanya berita betul terdiam sekejap, macam mimpi Pemergian TGNA adalah kehilangan besar bagi kita semua # mungkin rakyat Kelantan lagi terasa bahang kesedihannya Pernah beberapa kali terserempak dengan TGNA di Klia dan juga Kota Bharu Airport orangnya kecik je dan selalu tersenyum Antara pesanan TGNA yang dapat aku kongsikan moga kita tak lupa #dapat dari whatapps grup Semoga TGNA ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman Amin

Si Dia Peminat Wings dari Kelmarin, Semalam, Esok dan Selamanya

GA by Irfa InshaAllah, hadiah akan di pos esok@lusa 3 orang dapat shawl, 2 orang dapat inner magic nasib lah sapa yang dapat ye, hehe ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ Sungguh lemau nak update blog sekarang Banyak cerita tertangguh yang belum sempat dikongsi kat blog # blog ni ibarat diary aku, kena lah tulis untuk tatapan akan datang Ni pun kisah dah hampir basi (malam sebelum besday aku) Sebenarnya, dah lama tak gi konsert last tengok konsert rasanya masa anak 1 kot masa tu kat bukit jalil kalau tak silap masa tu rasa nak pitam, sebab ramai sangat orang setelah sekian lama tak layan konsert maklumlah, konsert kat umah pun tak habis2 nak layan sehari sebelum besday aku (1 Feb) aku dikejutkan dengan berita oleh teman sebilik 'Hari Sabtu 31Jan nanti, kita tengok konsert Wing kat Melaka ye, tiket dah beli' aku cam blur2 je masa dengar tu mimpikah aku? citer kat cikviva , dia dengan relahati nak jaga bebudak #setelah di upah dengan 2 kotak pizza

Pemenang GA Sempena Besday 'Sweet' 36 Sangat

PENGUMUMAN dengan ter'publish nya entri ini, maka dengan rasminya GA SEMPENA BESDAY HAPPY IRFA DI TUTUP # gedegang, bunyi pintu besi ditutup, hehe Soalan GA yang berbunyi begini HAPPY IRFA ADA BERAPA ORANG ADIK ? # berapa orang adik ye, bukan adik beradik maknanya tak termasuk ngan tuan tanah ye Hanya 5 PENGOMEN TERAWAL dan MENJAWAB DENGAN TEPAT dikira PEMENANG btw, terima kasih pada semua yang mencuba ye ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ PEMENANGNYA IALAH: IMM HASSAN (sori takleh letak link blog, google plus tu leceh sikit, huhu) SIS NIEDA RAMLY (pun sama kes, takleh letak link, i also don't know apa mslhnya) POTPET MAMA ZANA-NORZANA MASY kepada semua pemenang, TAHNIAH jangan lupa tggalkan komen bersama alamat kat entri ni hadiah mungkin tak sama, kalau tak suka..boleh je sedeqah kat orang lain, hehe #ops, komen yg ada alamat tu x publish, jgn ler korang risau ye kepada semua yang join tapi tak menang, TERIMA KASIH lain kali cuba lagi ye okey selamat ber

GA: Nak Bagi Hadiah Sempena Besday Aku, Nak Tak?

I LOVE FEBRUARY (^_^) kerana February adalah bulan kelahiranku *wpun mak kata, lahirkan aku 31Jan, tapi di daftar kan pada 1 Feb, huhu secara rasminya, dalam surat beranak n ic, aku lahir 1 Feb February banyak cuti kalau pandai plan, penjimatan berganda dibulan Feb ini Pada 1 February lepas aku dengan baik hatinya bagi cuti pada semua yang bekerja di Wilayah suka tak? sori gurau je eh Ok, yang ni tak gurau memandangkan aku dapat 'hadiah besday yang tak disangka' oleh 'teman sebilik' makanya, aku nak bagi hadiah kepada 5 pengomen bertuah #mintak tolong ye, kalau korang join, sila check balik kotlah korang menang yang lepas2 pun ada lagi yang yang tak claim hadiah GA aku pun dah lupa sapa yang tak claim, huhu soalannya berbunyi begini HAPPY IRFA ADA BERAPA ORANG ADIK? bukan adik-beradik ye sila jawab dalam sekali napas 5 orang terawal dapat jawab dengan tepat ada hadiah menanti selamat mencuba (^_^)