Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Pembelian Terakhir Sebelum GST

Selamat Menunaikan Urusan Masing2 di Hari Isnin Buat Yang Bekerja, Selamat Bekerja Buat Suri Rumah, Pun Selamat Menunaikan Urusan Rumah Tangga Yang Takkan Habis 24jam Bahang Gst sudah terasa disana sini Bahang GST sama panas dengan cuaca sekarang Semalam ke pasaraya yang biasa kami beli barang dapur orang ramai dua kali ganda dari biasa mula-mula rasa pelik kenapa ramai sangat orang hari ni lepas tu baru teringat pasal Gst akan start 01April nanti (walaupun dah ramai peniaga naikkan harga barang sebelum April) Ini troli barang yang aku beli semalam Beli yang mana penting je *baru separa troli, tak penuh pun* Aku bawak cash rm200 je bila nak bayar, skrin cashier menunjukkan total harga RM267.10 tak cukup cash kat tangan, terpaksalah guna Debit Card sib baik memang ada duit dalam tu Sepanjang jalan ke kereta aku renung troli tu Seingat aku, biasanya kalau separa troli macam tu dalam rm150++ je tapi kali ni terasa macam terlebih je pada

Family Trip 2015: Bye Bye Amsterdam, Malaysia.. Tunggu Aku Pulang

18 March 2015 ( Rabu) HARI TERAKHIR DI AMSTERDAM jam 9.00 pagi kami check out naik tren dari Amsterdam Centraal terus ke Schiphol Airport Dewasa: Euro 4.10 Remaja: Euro 2.50 Kanak2 : FOC  * budak2 ni tak pernah jemu dengan kucing, sampai sini pun masih intai kucing * tapau kebab sebelum naik tren Amsterdam Centraal sambil tunggu tren, kita posing dulu seround  aku ada gambar pertama kali kami ditempat yang sama pada tahun 2002 kalau ingat, aku edit balik entri ni korang boleh cari perbezaan aku dulu dan sekarang, haha   rasanya kami yang last check in, jumpa staf kami kat sana asal Vietnam tapi dah jadi warganegara Belanda rasanya   dalam flight Amsterdam ke Kuala Lumpur MH19 flight tak penuh, dapatlah tido selesa sikit bila seat sebelah kosong selamat mendarat di Klia jam 7.29 pagi (Khamis, 19 Mac  2015) layan Dunkin Donut sementara ayah kat kaunter taxi umie tiada dalam  gambar, tengah memikirkan berapa mesin baju nak kena

Family Trip 2015:Hari ke 2 di Amsterdam, Tour ke Perkampungan Tradisional Holland (Volendam, Marken & Windmills)

Sambungan dari SINI Malam tu kami tido dalam kesejukkan yang amat sangat (aku suspek yang heater tu ada problem, tapi staf kaunter kata nanti lama2 ok, kejap on kejap off, tapi dalam tak sedar, kami lena jugak sampai ke pagi). Bangun2 je perut rasa lapar sangat, meh layan Maggi cup sampai menatap jam besar kat bangunan Beurs Van Berlage, nikmat sangat makan megi kat oversea (kat rumah aku memang tak layan megi bodoh rendam air panas nih, paling malas pun megi goreng) , sesekali boleh lah. Sejuk2 makan megi best wooo.. masa ni rasanya kul 6 pagi kalau tak silap tengok jam lah Plan hari ni ambik tour melawat kawasan perkampungan, tunggu hari cerah sikit, jam 9 pagi kami keluar dari hotel. Tak payah risau mana nak cari tour melawat tu semua, berderet kaunter kat bawah tu boleh pilih, kami plan nak ambik trip pagi tapi dah penuh. So ambik yang tengah hari punya  (jam 12.30 tengah hari).  * Hotel Damrak Inn, betul2 mengadap jam besar * tangga naik ke hotel, ok lah

Family Trip 2015:London ke Amsterdam, 10 Jam Naik Bas Melintasi France dan Belgium

Posting ke2 untuk hari ini, wah! ko dah macam kejar dateline je Irfa oi 16March2015 (Isnin) Last day kat Umi London, sedih pulak nak tinggalkan bilik yang kami berkubang selama 2 malam tu, sedih nak tinggalkan cuaca sejuk 4 darjah celcius, sampai berlaga gigi bila balik lewat petang. Ntah bila dapat datang lagi ke London, adakah akan ada lagi kali ke3 untuk aku? Hanya DIA yang lebih mengetahui. Touching lak tetiba Pagi tu kami bersiap awal, makan kenyang2 habiskan stok nasi ayam yang sekarang jadi pilihan aku bila travel oversea. Sangat senang dan pastinya mengenyangkan, cuma kena pastikan tempat korang duduk ada microwave untuk panaskan. Eh! cam promosi free pulak diorang, kena mintak persen nih. Setakat nu dah kali ke2 kami bawak bekal nasi ni bila cuti2 'seberang laut', masa gi Paris pun kami borong ni jugak. sepeket lebih kurang rm7-8 boleh makan 4kali kalau perut kecik cam Hajar, perut aku sekali hadap je lah  Dah salam2 peluk cium ngan Umi, kami mintak diri