Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Pilih Punya Pilih Punya Pilih.. Akhirnya,Langkawi Jadi Pilihan

assalamualaikum korang..........rindunya kat blog kesayangan hamba ni.dari pagi membawak kepetang sangatlah busy like bee..sebenarnya nak karang citer Cuti-Cuti Ke Langkawi tapi lupa bawak kamera.hehe.tak bestlah bercerita takde gambar. okey takpe..apa kata kita citer macam mana Langkawi jadi pilihan cuti-cuti kami.sebelum cuti sekolah tu ari,duk pikir-pikir kemana nak bawak anak-anak bercuti.sebab ingat tiket free tahun lepas ada lagi lom guna.mula-mula tu fikir nak ke Beijing,China sebab teruja baca blog orang yang kesana.lagipun 2 orang kawan bersama family akan kesana.tarikh lebih kurang dengan tarikh yang kami pilih.cuma terfikir musim apa kat sana?musim durian ke musim rambutan?hehe. dalam plan nak ke Beijing tiba-tiba tukar nak gi Korea pula.ni gara-gara terpengaruh dengan drama Korea la ni.dah terbayang-bayang dimata nak makan kimchi dan bibimbap.hehe.okey,masuk dalam list 2 tempat tersebut tapi bila baca blog kawan ni hati mula beralih arah.apa kata kita ke Istanbul?emm boleh

Bukan Oversea Tapi Over The River :)

Khamis dan Jumaat kami disini :)

Saat Getir Dalam Labour Room

nak kongsi pengalaman?kalau takde pengalaman pun takpe..baca sebagai pengalaman hidup mungkin lepas ni korang juga akan merasainya. pengalaman aku sendiri yang dah masuk labour room untuk 3 anak adalah berbeza.itu baru 3,kalau 14 orang macam zaman mak-mak kita dulu macam mana pulak?eh!orang dulu-dulu beranak kat rumah je..salah satunya aku,kami ada 6 beradik..3 yang terawal dilahirkan kat rumah je dan 3 yang terakhir tu lahir kat spital. apa yang aku nak tanya korang ni ialah bila di tolak je masuk ke labour room apa yang korang fikir?seronok nak dapat baby sudah semestinya..tapi mesti ada yang terpikir 'adakah aku akan keluar dari bilik ini dengan masih bernyawa @ sebagai mayat?' .masa tu segala macam doa kita baca kan? masa bersalinkan kakak,aku cakap dalam hati.. 'YaAllah..semoga kami berdua selamat.kalau sampai ajal aku waktu bersalinkan dia..izinkan aku bawak dia sekali bersama aku.aku taknak anak aku membesar tanpa seorang ibu' .masa doa tu airmata jangan citer l

Si Blur..Pegi Main Jauh-Jauh

aku try cari gambar 'blur' ni je yang keluar. gambar penyeri cerita katanya ;) aku tak tahulah..aku paling MENYAMPAH TAHAP MAHARAJA ZORGON bila bercakap dengan orang blur.paham tak maksud aku orang blur ni macam mana? jenis yang kita bercakap tak bagi perhatian.pastu tanya dan tanya lagi benda yang sama.eeeeeeeee geram aku.nak bercerita pun takde mood.kalau rasa otak tak boleh beri perhatian jangan ajak aku sembang.ini tidak..orang bercerita ko nak bercerita.pastu fakta dan auta tak boleh nak beza.nampak sangat tak bagi perhatian dengan apa orang cakap dan sekadar borak berbasa basi..cam tak ikhlas pun ada. dahlah asik ulang soklan yang sama,tak penat ker?okey..aku penat nak minum air jap,nak gi toilet,nak gi solat asar..kejap lagi nak balik..bestnya duk umah

'Ane Akak?Ane Abam?..tanya Adik

PAGI SEMALAM..anak-anak mintak nak pegi umah Maklong (panggilan kepada ex pengasuh dulu) .sebenarnya dah menyanyi kat telinga aku dari hari sabtu lepas tapi melampau la aku cuti nak hantar anak rumah orang.sibuk duk tanya 'bila nak pegi umah maklong?hari isnin ke selasa?' makin teruja bila bestfriend kakak (anak pengasuh itu) duk sms tanya 'bila nak datang rumah kita?'. so pagi semalam aku yang dah mintak cuti tapi tak jadi cuti sebab anak-anak nak pegi umah maklong,buat apa aku cuti kalau takde sapa kat umah?baik aku simpan je cuti seciput tu untuk agenda akan datang.bila kakak pegi,otomatik abam pun nak ikut jugak..maka kedua-duanya aku hantar kesana. petang semalam..patutnya abam kena balik rumah dan tinggal kakak je sebab dah diminta oleh pengasuh tido umah dia.tapi abam lagi pandai dari aku..dia dah siap buat rayuan dengan muka seposen dengan maklong mintak nak tido situ jugak (bestfriend dia anak lelaki bongsu akak tu) .kata maklong 'bila awak kata dia kena b

Jalan-Jalan ke Dataran Nilai

tempat apa yang paling bernilai? jawapannya...DATARAN NILAI. marah ker?hahaha...jangan marah nanti kena jual. kata BangsawanNilai ..itu tak gempak,nak lagi gempak kalau ke dataran Nilai dan jumpa Bangsawan Nilai .yo lah....... sebenarnya walaupun tempat ni bukanlah jauh mana dari rumah kami dan wajib lalu kalau nak balik umah mil kat cheras (kalau keluar kat Tol Nilai la..kalau balik ikut Putrajaya tak delah lalu sini) .anak-anak tiap kali lalu sini mesti akan cakap 'kita tak penah pegi sini kan?' sian pulak dengar.bukan tak nak singgah tapi aku ni pesen tak berapa suka dengan tempat sesak dan ramai orang.darah cepat panas bila tempat panas..hehe kebetulan hari ahad,kami dari Cheras lalu sini sini nampak kain rentang kata ada fiesta pancawarna katanya dari 25hb.nak singgah pun bukan ada apa di tengah hari panas terik tu..malam en abe keje so aku plan nak ajak adik datang sini. gedebuk gedebak (itu tanda cerita di pendekkan tanpa iklan) adik lelaki setuju bawak kami kesini.lepa

Jumpa Blogger,Beliau Belanja Aku Kepci ;)

Okey..hari ni aku akan apdet 3 kali.jangan ada yang muntah hijau sudahlah ye.hehe.lepas kisah jumpa kawan sekolah yang dah 16 tahun terpisah tu (2 hari aku lepak ngan dia waktu lunch-khamis dan jumaat) dan jumaat tu kami janji nak lunch sama-sama tapi dia takleh tinggal kiosk.sebab pembantu dia hari tu budak keje part time.nanti kalau orang tanya itu ini,budak tu xleh jawab.so kensel.huhu..sedih. sambil2 tu aku dapat call dari akak blogger ni katanya ontheway ke airport.aku okey je..sementara tunggu akak tu sampai aku masih melepak kat kiosk kawan tu sampaikan budak2 opis aku melawak kata 'ko buat part time kat sini waktu lunch ker?' .hehe..jahat diorang ni tau. dalam 1.30 kakpb call bagitau dah sampai.oh!beliau datang hantar TokMa nak balik kampung (ini pertemuan bagi kami berdua tapi pertemuan pertama dengan TokMa..peramah jugak TokMa ni) .sian kak pb kena beratur panjang hari tu..memang ramai sungguh manusia bila cuti sekolah,dah rupa pasar borong pun ada..cuma takde bau

Pertemuan Semula Selepas 16 tahun

aku kenal dia masa masuk sekolah menengah tapi tak begitu rapat hinggalah lepas peksa Pmr kami sekelas.nama kami lebih kurang sama..rapatnya kami kerana kepala gila-gila (tapi bukan gila yer) .aku penah teman dia dating dan begitu juga sebaliknya.. (dulu mana ada orang dating berdua..kalau boleh satu bas nak ajak teman dating..keluar berdua adalah tidak di galakkan..mati kena hempuk kalau mak ayah aku tahu). alkisah pertemuan semula kami melalui laman 'mukabuku' ..walaupun 'mukabuku' ini ada ketika melekakan dan ada anasir yang tidak baik juga,tapi tak dinafikan jika betul cara kita memanfaatkannya,baik jugalah yang kita dapat. tapi sekadar Like dan komen tu je ..kami tak jumpa pun lagi.hampir-hampir nak jumpa ada jugak tapi hajat tak kesampaian.disitu kami bertukar-tukar no phone. khamis lepas,aku dapat call..katanya dia kat klia.nak jumpa aku..ingatkan dia datang nak naik kapal @ hantar orang..rupanya dia datang kerana sedang bertugas (dia keje promosi multivitamin j

Ada 3 Cerita Tapi............

Hai korang ;) ada 3 cerita nak share ngan korang tapi cerita belum karang lagi 1- pertemuan semula selepas 16 tahun 2- jumpa blogger,beliau belanja aku kepci ;) 3-jalan-jalan ke Dataran Nilai (Dataran Nilai pun mau citer ker?igtkan citer jalan-jalan ke Trafagar Square) okey..kendian baru citer,bagi tajuk dulu (bajet macam ada orang kesah).

Pulangnya Kakak Ke Pangkuan UmieAyah

ni sambungan kisah semalam yang tajuknya 'Sabar Umie,itu kata kakak' . akhirnya tepat jam 11.40 malam,en abe dan anak daraku selamat sampai umah.dengan susah payah macam naik tongkang rasanya.cik abe sampai rumah terus terbaring kepenatan dan tertido sampai ke subuh. mana tidaknya..dari klia ke kota bharu naik flight cuma 55 minit tapi dari kota bharu nak ke kampung aku,ambik masa 2 jam.itupun dia sempat singgah umah atoknya kat Kok Lanas masa dalam perjalanan.sempat makan tengahari kat umah atoknya dan masa nak ke kampung aku,atok dan nenek barunya ikut sekali ke kampung aku. lepas ambik kakak dan beramah mesra sejam dengan mak ayah aku..pecut pulak ke kota bharu..dengan jalan jem sepanjang perjalanan dan sampai airport kul 7.30 malam..seat pulak takde..aku yang duk umah rasa kecut perut risaukan diorang.entah dapat balik ke tidak ni? kalau konfem tak dapat seat,sah lah kena tido hotel dua beranak tu.. (kan pembaziran tu..tido kejap je tapi kena bayar beratus RM) .keta pun dis

Darinya Kita Datang,Kepadanya Kita Kembali..AlFatihah buat Norma

Pagi ni..aku baru dapat tahu Norma yang kisahnya aku selalu baca kat blog Moon sudah pergi meninggalkan kita semua pada 23hb (2 hari lepas) . Alfatihah..semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.selalunya aku baca kisah Norma walaupun jarang tinggal komen.tapi entah dimasa silapnya..aku lambat tahu yang Norma dah 'pergi'.aku tak kenal Moon apatah lagi Norma..kenal cuma dari tulisan Moon kat blog dan statusnya di fb tapi kesannya sangat mendalam.dari situ aku kenal Talib yang begitu setia menemani isterinya yang terlantar sakit.bukan calang-calang lelaki boleh melakukannya.paling buat aku mengalir airmata bila membayangkan Rafiq yang tak sempat bermanja dengan ibunya macam anak-anak yang lain. sampai sekarang aku masih sebak.itu aku yang hanya membaca kisahnya di blog,bagaimana pula dengan ahli keluarganya?semoga Allah mengurniakan mereka semua dengan lebih ketabahan.Takziah untuk Moon dah keluarganya

Yakinlah..Rezki Adalah Dari Allah

Assalamualaikum ini emel yang aku terima dalam mailbox pagi ni.nak share ngan korang semua. REZEKI DAN PENDAPATAN ADALAH DARI ALLAH SWT (Bahagian 1) SEPATUTNYA kita yakin bahawa semua rezeki dan pendapatan adalah datangnya dari Allah dan Dialah yang menentukan pembahagiannya. Itu adalah akidah kita. Maha Pemurah Allah - Dia memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya: 1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menj

'Sabar Umie'..itu kata kakak

HARI NI..KHAMIS,dan khamis adalah hari terakhir sekolah di negeri Kelantan.esok bermulalah cuti sekolah 2 minggu.ayahnya baru jap tadi 'terbang ke kelantan' untuk ambik kakak.malam nanti sampailah kakak ke sini. semalam kakak call tanya 'baju apa kakak nak bawak balik,Umie?' .aku cakap 'bawak yang perlu aja.kat umah ada lagi baju kakak.pakai je apa ada'. pastu aku cakap la 'tak sabar tunggu esok.tak sabar nak jumpa kakak' .korang tahu dia kata apa 'sabarlah Umie' .adoyai.. 2 minggu cuti.kemana kita yer?eh!anak je cuti..mak ayah tetap kena keje yer.. apdet kembali jam 2.50 ptg: -cik abe dah sampai kampung..katanya 'kapal nak balik dah penuh.tak tahu boleh balik malam ni ke tak.huhu'

Oh ! Lelaki,Life Begin at 40 Katanya..Sape Kata?

ada lelaki yang tersenyum baca artikel ni ker?jangan bangga sangat sebab dah cecah 40an.kalau boleh,berubah lah kepada yang lebih baik dari sebelumnya.sebab kita tak tahu berapa lama lagi Allah nak bagi kita hidup kat dunia ni. tapi aku tahu yg baca blog ni masa muda remaja kan?hehe mak aku penah kata 'kalau usia cecah 40 masih bawak perangai lama..sampai mati pun akan tetap perangai macam tu' . tapi aku kata 'manusia boleh berubah jika ada kemahuan' . korang kata apa pulak?

Patutnya Dapat 100 Markah

SELAMAT PAGI..dah sarapan ker?sebelum masuk opis,aku tapau bihun goreng singapore kat kafe.belum sempat makan lagi datang akak opis offer pulut kuning lauk rendang ayam.sedap pulak rendang tu..penyudahnya dua-dua selamat masuk perut.alahai..kenyangnya.alhamdulillah oh ni nak citer pasal kecuaian si hero,abam.minggu ni dia periksa bahagian akademik.tapi macam biasalah..bukan menelaah sangat pun.salah aku jugak.hari ni mata pelajaran BMelayu,Math dan Sains.kesian budak-budak sekarang.darjah 1 dah belajar Sains.seingat aku dulu mata pelajaran Alam dan Manusia diajar masa darjah 4. sambil kejut dia pagi tadi aku check beg sekolah dia,tengok alat tulis cukup @ tidak.so nampak la kertas ujian Jawi (exam last week) markah 96.senyum terukir dibibirku.hehe.tapi muskil jugak kenapa tak dapat 100.belek punya belek..2 soklan dia tinggal tak berjawab. bila tanya 'kenapa abang tak jawab 2 soklan ni?' dia kata 'itu bukan soalan..tak payah jawab' .amboi..pandai sungguh menjawab.nak ke

Sabtu Malam,Pegi Dinner Kompeni

hai..selamat pagi Isnin.korang apa khabar hari ni?sihat ceria nampaknya.. emm apa nak citer yer?oh..ada citer.ni kisah sabtu lepas.aku dan cik abe pegi dinner yang di anjurkan oleh kompeni kami.sebenarnya dah lama aku tak join dinner kompeni.pertama kali join dulu..kalau tak silap zaman mawi baru kuar Af.dia jadi artis jemputan..majlis dibuat kat sebuah hotel area subang kot (dah lupa..sebab dah lama sangat lebih kurang 9 tahun yang lalu.gile lamanya). kali ni majlis dibuat kat hotel sebelah airport ni je.lagipun bos sponsor tiket aku.nak jawab tak nak pegi melampau sangat la kan.so pegi jugakla walaupun pada awalnya agak buntu nak pakai apa. (pompuan biasalah..kalau boleh setiap majlis nak pakai baju baru.huhu.boleh botak kepala macam ni) .nak pakai baju kurung pun rasa bosan je..dahla datang keje hari-hari pun pakai baju kurung.nak pakai jubah pun takde jubah yang cantik.lupakan pasal baju.. nak keluar rumah pun dah huru hara bila si kenit nampak aku siap berbaju lawa dia pun kelam k

Ceria...Tapi Bukan Astro Ceria

gambar dari sini SALAM JUMAAT untuk semua.semoga ceria-ceria selalu ye..lupakan entri jiwa kacau semalam.tarik nafas dan bertenang..semua masalah ada jalan penyelesaian.walaupun masalah aku semalam masih belum nampak jalan penyelesaian,aku cuba fikir positif.kalau benda ni berlarutan aku juga ada cara untuk mempertahankan diri aku..so wait n see :).jangan biarkan diri anda di selubungi masalah. sekejap sungguh masa berlalu.hari ni dah jumaat..kadang-kadang aku rasa tak cukup 24jam sehari.2 hari cuti sabtu ahad..macam-macam benda nak buat. tapi bagus juga masa cepat berlalu..sebab nak tahu kenapa? betul nak tahu ni? 24hb (minggu depan la kan) kakak balik sini..yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,cuti sekolah 2 minggu.tak sabar rasanya.okeylah..nak buat keje.bai

Buat Kerja Masing-Masing,Aman Dunia

gambar dari sini APAPUN KERJA KITA,MESTI ADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN.KERJA 'SI A'..ADA KAITAN DENGAN 'SI B' DAN KERJA 'SI B' JUGA SEDIKIT SEBANYAK ADA KAITAN DENGAN 'SI C'.MASALAH AKAN TIMBUL BILA 'SI C' TAK BUAT KERJANYA DENGAN BETUL.SECARA OTOMATIK KERJA 'SI A' DAN 'SI B' JUGA TERGENDALA. ALANGKAH AMAN DUNIA JIKA KITA BUAT KEJE MASING-MASING.huhu bila tulis dengan 'HURUF BESAR' itu tandanya mood tak stabil cao

Rita Rudaini..Cantiknya Dia Bertudung

lupakan 'kisah sensasi' dia.aku tak nak komen pasal tu.tapi yang buat aku tertarik sangat sampai letak kat blog ni ialah dia sangat cantik pakai tudung. kan? macam mak aku kata la 'orang cantik,pakai selimut pun lawa' .

Hari Guru,Selamat Pagi Cikgu

gambar dari sini Selamat Hari Guru.. Terima Kasih buat guru pertamaku iaitu 'Ma..ibuku sendiri' orang pertama yang mengenalkan aku dengan ABC,123 dan Alif,Ba,Ta. Tak lupa buat guru-guru zaman sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Jasa guru-guru semua tak mampu ku balas. Semoga hidup mereka diberkati Allah selalu.Amin PETANG SEMALAM ambik anak-anak dari rumah pengasuh ini dialog aku dan si hero,Abam. Abam:esok hari guru.abang ambik cawan dalam bilik kakak nak bagi cikgu boleh tak umie? Aku:cawan mana pulak Abam:yang warna pink tu Aku:eh!mana boleh.cawan tu dah lama.nanti umie carikan cawan baru Abam:okey dan..malam tadi aku demam selsema teruk.cari ubat tak jumpa.huhu.terpaksalah tunggu en abe balik untuk makan ubat.itupun dah kul 1.00 pagi.dalam demam tu mata masih EMALAM..gagah layan citer korea :).lepas makan ubat terus tido lena sampai pagi.kuat sungguh kesan ubat tu buat aku mengantuk sampai sekarang.dan bangun pagi ni..abam tuntut hadiah. alamak..memang aku lupa sunggu

Citer Anak-Anak Je Pun

tajuk tu kalau dibaca laju-laju jadi macam citer anak-anak jepun.hahaha KAKAK YANG JAUH DIMATA ,DEKAT DI HATI.. macam biasala..sesi koling-koling sebelum tido.katanya 'sekolah kakak belum peksa lagi,lepas cuti sekolah baru peksa'.emm .. mesti sangat tak best bila dalam bercuti kena fikir nak peksa.kan bagus kalau peksa sebelum bercuti.dia pun tak sabar menunggu 24hb,nak balik sini ;) NI KISAH ABAM..DE ONLY HERO :) jumaat lepas dia bawak balik sekuntum bunga ros plastik dan jadual peksa.sambil hulur bunga dan berlari naik atas,mulutnya cakap 'umie..terima kasih untuk segalanya.cikgu suh cakap'. boleh gitu? minggu ni peksa sekolah agama petang.3 hari je,isnin sampai rabu minggu depan peksa akademik.. dia? emm macam biasa.. masih lagi ngadap kartun. umienya? masih jugak ngadap citer korea. hehe CIKENIT CIKEBUM.. budak ini malam-malam pun mintak buah.kalau en ayah call malam-malam nak cakap ngan dia,ayat yang kuar dari mulut dia cuma 'nak uah..nak uah' .senang cite

Hati Kita,Hanya Kita Yang Tahu

dari emel..share dengan korang jugak. pesanan Guru Mursyid "Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu, Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang". Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi BALA komen aku pulak 'apapun yang kita buat dan kita lakukan..hanya HATI KITA dan ALLAH sahaja yang tahu apa niat kita.tak gitu kengkawan?'

Kakak,Abam dan Adik Di Kampung

SALAM JUMAAT untuk semua.. ada benda nak citer tapi malas nak mengarang.boleh?so layan gambar anak-anak masa kat kampung. malam pertama sampai kampung..kami tido 4 beranak atas katil queen size.korang bayangkan betapa sempitnya bersesak atas katil tu tapi kerinduan mengatasi segalanya.kami lena sampai pagi walaupun dalam keadaan berhimpit itu..kaki adik atas muka kakak tapi kakak lena je tido.sayang adik punya pasal :) sila abaikan adik yang sangat 'cekci tak berbaju' tu..cuaca amatlah panas tengah bergomol 3 beradik..kejap kakak jadi kuda,kejap abam pulak jadi kuda.adik pun ada hati nak jadi kuda tu tak padan dengan kecik. rindu adik.dah 2 malam adik duk terjerit-jerit dalam tido sebut nama kakak.sabarlah dik,24hb nanti kakak balik yer.InsyaAllah. ni gambar masa pagi khamis hantar kakak naik bas ke sekolah..busuk masam belum mandi lagi tu.hehe okey..selamat berhujung minggu

Miss Ahjumma..

hari Rabu yang lepas adalah ending drama korea yang aku follow,While You Are Sleeping.sib baik endingnya berbaloi aku menunggu 120 episod. (tipu je..aku tengok pun masa dah tengah-tengah kot) .wajib duk depan tv jam 10.20 sampai kul 11.45 malam.hehe ingat dah abis citer ni tak nak follow dah drama korea..konon nak tido awal tapi dah tersangkut pulak ngan drama baru Miss Ahjumma (kalau tak silap aku ahjumma tu maksudnya 'makcik') .drama tu main 2 episod satu malam.eh!aku tak tahulah kalau ini adalah drama ulangan..tapi aku nak share jelah bagi yang minat nak tahu.oh!dia adalah memegang watak yang aku suka dalam drama The First Wives Club..dengan nama Na Hwa Sin yang juga memegang watak isteri yang tak dihargai oleh suami.dalam citer ni pun wataknya lebih kurang sama. banner drama Miss Ahjumma wataknya bernama Kang Geum Hwa yang berambut kerinting kasar dan suka berbaju besar gedobos..pakai lak spek besar. ni muka sebenar dia.. JALAN CITERNYA LEBIH KURANG BEGINI..alahai 103 epi

SarapanKu Pagi Ini,Jemput Tengok Semua ..

ni entri pemalas..buat blog macam Fb duk tayang makan apa..hahaha jemput tengok semua ye..nasi kerabu kaler biru berlaukkan ikan celup tepung dan telur masin.reganya rm3.50,pesan kat kawan.setakat ni sangat sesuai dengan tekak aku.aku suka nasi kerabu yang sambal kelapanya kering dan bukan yang tumis basah tu.ada beza ker?haha..kena carilah kalau nak tahu... jemput makan :)

PJJ : Perkahwinan Jarak Jauh

sebetulnya aku sangat sibuk..tapi dalam sibuk-sibuk itu masih sempat 'curi-curi masa' membaca blog kengkawan.nampak tak betapa sayangnya aku kat korang semua ;) *sila tepuk tangan secara berjemaah*. tempat baru..suasana baru..kawan baru (dah lama kenal cuma tak penah satu opis je) .meja sempit..huhu.boleh langgar bontot dan sengol-sengol bahu kalau bergerak.alahai.. (sabar..katanya 2 bulan je kat sini sementara tunggu opis siap) lupakan kisah itu tapi nak kongsi satu cerita.sejak semalam aku duk baca banyak blog yang kisah mereka (blog kaum ibu la) terpaksa berjauhan dengan pasangan.samada kerana berpisah disebabkan kerja @ sambung belajar.ada yang dalam negara dan tak kurang jugak yang pasangannya nun jauh di seberang laut. bila baca luahan hati mereka,bergenang airmata aku..membayangkan kerinduan si anak kepada bapanya.kerinduan si ibu tu hehehe 'no komen la'.aku yang balik kampung 5 hari tu pun tak larat melayan pertanyaan si kenit 'ayah ane?ayah ane?'aduhai

Hai,Im Back ;)

hai.. kembali bersiaran setelah bercutian selama 5 hari kat kampung (dari hari Rabu sampailah Ahad).melawat anak dara kesayangan sambil melepas rindu yang menyesakkan dada.hehe.aku dan anak-anak balik kampung hari Rabu lepas,menumpang keta adik lelaki.perjalanan balik kampung sangat lancar maklumlah bukan cuti sekolah..jalan clear dari rumah sampai la ke kampung cuma sedikit hujan lebat masa masuk sempadan negeriku.kakak memang terkejut 'monkey' bila aku dan adik-adiknya dah sampai depan umah.terjerit-jerit dia kerana sangat teruja. aktiviti di kampung adalah MAKAN..MAKAN DAN MAKAN LAGI (pagi-pagi sarapan adalah nasi kerabu) TIDO..TIDO..DAN TIDO (aktiviti tengah hari sambil menidokan kenit..dengan aku sekali menidokan diri) MENZIARAH SEDARA MARA (kebetulan sehari sebelum balik kampung,dapat berita suami kepada makcik yang ku panggil Mak Mbong telah meninggal dunia (mak mbong ialah kakak sulung mak aku yang aku penah citer rumahnya terbakar bulan lepas).ujian untuk mak mbong..le