Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Baby Baru: Rezeki Yang Tak Di Sangka

Assalamualaikum... Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan sepatah dua kata2 semangat di kotak komen. Terharu dan rasa disayangi walaupun kita cuma kenal di alam maya. Huhu Masih dalam mood 'umpama mimpi dalam mimpi' yang aku kehilangan kerja selepas 17 tahun dan ditambah satu lagi kejutan yang hampir membuat aku sikit lagi nak jatuh dari toilet bowl pada pagi 9/6/2015, aku bagaikan diawangan bila pregnancy test menunjukkan 2 line (positive). Ya Allah, hanya Engkau yg lebih mengetahui apa yg terbaik utkku. Bagi mengesahkan ujian tersebut, aku ke klinik dan doc melakukan scan diperut, dan mengesahkan kandungan dah berusia 12minggu (lebih kurang 3 bulan). Aku langsung terlupa yang 'kawan baik' dah lama tak datang sebab kepala duk concentrate pasal sakit pinggang. Aku fikir hormone huru hara sebab banyak makan ubat dan masuk hospital. Rupanya dalam perut ada isi. 3 berita serentak di terima dalam masa tak jauh beza, bagaikan pakej (disahkan slip disc, hilang

Jun Yang Mencabar, Kesetianku Selama 17 Tahun Kini Berakhir Sudah

Assalamualaikum semua, Masih bersiaran dari rumah, minggu ke 3 'cuti sakit'. Alhamdulillah sudah beransur pulih sedikit dari sebelumnya, tak pasti adakah sebab fisio @ urut terapi. Tapi rasanya kerana urut terapi dengan izin Allah ada sedikit perubahan. Next post aku akan share tempat aku urut terapi tu, tak jauh, di Puchong je tempatnya. Jun antara bulan yang mempunyai sejarah bagi aku, Jun 2000 dimana aku telah diserap sebagai 'permanent staff' di syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) setelah 1 tahun setengah berkhidmat sebagai 'contract staff' bermula 3 Ogos 1998. Tahun 1998 adalah tahun gawat dimana ramai orang hilang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia agak teruk pada tahun tersebut tetapi aku pula bertuah kerana mendapat pekerjaan. Ini adalah kerjaya pertamaku selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 1997. * sempat lagi en posmen mengucapkan 'bertabah ye kak' haha * 3 surat, untuk aku, en abe dan cikviva Jun 2015, setelah genap