Assalamualaikum... Hari ni 21 Feb 2016 , genap 60 hari umur baby SAA. Dah lama bertangguh nak update kisah kelahirannya pada tahun lepas, 23 Dec 2015 . Hari ni aku pastikan post ini di publish, Insha Allah. Giler lama mengarang, 2 bulan baru siap satu post, haha. Coretan ini agak panjang, sebab aku nak abadikan dalam blog kesayangan sebagai kenangan masa depan, bagi aku ia sebuah kelahiran yg cukup istimewa kerana selama 3 bulan dia 'bersembunyi' dalam rahimku tanpa aku sedari (kerana sibuk memikirkan sakit pinggang dan belakang yang dialami) . Kandungan yang banyak menduga mental dan fizikal, permulaan yg diuji dengan bermacam ujian tapi pengakhiran yang sangat manis. Mengandung di usia 30an berbeza dgn mengandung di usia 20an, ni nasihat hakak pd adik2 yg 'family planning' tu, elok korang beranak masa muda2 nih (wah! nasihat mcm dh tua sgt dah, hihi). Aku dah maklum dari awal, bagi ibu2 yg dikategorikan berisiko (yang ada darah tinggi @ diabetes waktu mengandun