Wah! Dah di bulan September kita ye. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu nak update blog hari ni. Sedikit free lepas hantar anak-anak ke sekolah. Si kecik pun sedap tido berselimut litup lagi. Takde gangguan untuk mengadap laptop. Hihi Urusan rumah tangga biasalah, tak pernahnya habis. Jadi kita buat yang mana termampu, kalau rasa penat.. kita pejam je mata, so tak nampaklah kan, haha (oh! jangan tiru tau perangai camni) Sebelum tu, sempat lah scroll laman Facebook, tengok aktiviti kawan-kawan. Melintas di wall, post 'kawan baik' yang baru balik dari bercuti ke Korea, seronok membaca pengalamannya ke Korea. Aku ralit membaca bila dia bercerita dengan detail setiap tempat yang dia lawati, tren nombor berapa dia naik dan berapa harga tiket yang perlu di bayar untuk masuk ke tempat yang dilawati tu. Aku yang membaca pun serasa ada bersama dalam setiap cerita nya. Sebenarnya, Korea pun ada dalam list impian negara yang ingin di lawati. Moga tercapai satu hari nanti. Emmm, tak