Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Homemade Kimchi dan Mangga Manis

KISAH PETANG SEMALAM Balik keje semalam, ada parcel untuk aku yang di alamatkan ke rumah pengasuh dalam hati berkata 'yeayyy.. kimchi sudah sampai' kiriman dari Rai Ourkizuna # siap ugut sambil hentak2 kaki suh dia pos sebalang untuk aku, haha aku kan peminat tegar drama Korea bila scene makan2 mesti diorang hidang kimchi dalam hati teringin nak cuba tapi tak pernah pun ke restoren makanan korea ada je resepi si Rai tu bagi tapi ... buat sendiri konfem lah bukan aku orangnya Home made kimchi apa rasanya? masam2 pedas, boleh tahan memang jeruk kubis le, tapi ada rasa pedas2 aku makan ngan nasi je sebab dah malam lauk dah habis tapi malas nak masak lauk si abam suka, makan bersuap aku dengan dia semalam kata si tukang buat, buh dalam nasi goreng pun sedap boleh ler cuba nanti     KISAH PAGI INI di opis, baru fikir apa nak buat pagi ni tetiba ada kol dari 'seseorang' ingatkan dia nak 'terbang' kemana2 rupanya

Ajal Datang Tidak Lewat dan Tidak Cepat Walau Sesaat, Al Fatihah

Petang semalam, tepat jam 5.30 petang, aku macam biasa la dah angkat handbag, jalan laju2 menuju ke lif. Masuk je lif ada sorang senior tegur 'eh! u dulu dari opis .....  kan? macam mana dengan staf yang eksiden tu? dengar citer meninggal kan?' aku dengan muka terkejut 'sapa? tak dengar citer pun' . Senior tu sambung citer 'baru je kejap tadi member i kol bagitau ada staff eksiden, meninggal dan anak2nya masuk icu. Eksiden highway Putrajaya ke Kota Warisan tu, namanya N... ' aku dengar je terus pegang dinding, rasa nak pitam. Serius, aku kalau dengar berita kematian dikalangan orang yang aku kenal .. perasaan itu sangat lain macam. Sampai ke malam aku terfikir pasal tu. Kami pernah satu opis lebih kurang 7 tahun sebelum aku bertukar department. Dia senior dari aku tapi dikira baru di dept tersebut sebab aku masuk dulu situ, arwah masuk beberapa tahun kendian. Walaupun tak rapat macam bff, tapi pernah jugak berkongsi kisah semasa satu opis dulu, bila aku tuk

Aku dan Denggi

Ini sudah menjadi sejarah, aku tulis sebagai salah satu cerita dalam hidup aku, sebagai kenangan dan tatapan akan datang. Agak membosankan, jadi kalau korang baca jangan menyesal ye.. hihi Kisah aku kena denggi bulan lepas. Ia bermula selepas aku balik dari course di KelanaJaya 18/10/2013 (Jumaat). Balik dari course petang tu, aku rasa sangat penat dan sakit satu badan. Dia punya penat sampai aku terpaksa suruh en abe bawak anak2 dinner kat luar sebab tak larat nak masak, tapi aku tinggal kat rumah je sebab takde selera nak makan. Malam tu macam nak nanges sebab rasa sakit satu badan, sentuh pun sakit, huhu. Makan ubat tahan sakit pun tahan sekejap je. Sabtu Ahad aku menahan sakit, tak pegi klinik sebab aku ingatkan sakit pinggang biasa. Kalau sakit pinggang, klinik panel memang bagi ubat tahan sakit je, jadi aku ingat nak tunggu Isnin untuk ke Medical Centre dan dapatkan guarantee letter refer hospital. Konon nak dapat rawatan pakar je, malas nak gi klinik biasa setakat

Janji 1: Mandi Manda di Bukit Lagong

Waktu kakak di kampung, bila si abam teringin nak kemana2 mesti akan cakap 'boleh tak bila kakak balik, kita pegi sini?' jadinya dia dah lama sebut nak mandi sungai/air terjun. Tapi aku bagi alasan 'tunggu kakak balik sini'.  Sekarang kakak dah balik, apalagi .. menagih janji ler. Ini antara senarai janji bila kakak balik # mandi sungai.  Kebetulan Sabtu kami ke Cheras, sementara mak dan adik ke rumah adik lelaki. Kakak nak jumpa atok dan makwan (mak ayah en Abe) . So Ahad tu takde apa2 program, kami buat keputusan ke area Selayang, ada sungai ala2 air terjun tak berapa nak terjun sangat. Banyak kali dah kesana, sungai tu dalam kebun perkampungan orang asli kot. Ada dusun durian tepi sungai tu. Bawak seperiuk nasi + sebotol kicap dan tapau kepsi buat bekalan mandi mandi. Call adik ipar ajak join, dan mil n fil pun join last minute. Sebelum tu 'cilok' 2 orang anak sil buat teman si kakak n abam. Diorang tu memang sepupu kamceng, seronokla sebab lama tak jum

Cantiknya Kek, Rasa Sayang Nak Makan

sapa suka kek? angkat tangan, hihi aku tak suka sangat benda manis macam kek, coklat dan aiskrim ada depan mata, makanlah tapi nama nak mencari semata2 nak makan, tak kot tadi lompat2 blog singgah blog  Sis Azlita Masam Manis alahai, cantiknya kek kalau dapat, simpan dalam frame sebab sayang nak makan, hihi tuan punya gambar sis azlitamasammanis  cantik macam ni acaner nak potong? sayang la, hihi kagum sungguh aku dengan mereka2 yang kreatif ni aku dah lama berangan nak buat apam polkadot sampai sekarang tak terbuat tak pasti la samada tak kreatif @ tak berapa rajin   (tukar 'takberaparajin' sebab taknak sebut perkataan 'malas') # bestnya esok sabtu ahad (^_^)

The Inheritors (Pewaris) aka The Heirs

Ye haaaaaaaaaaaaa, lama tak berkisah tentang drama Korea kan?  Bukan peminat drama korea harap dapat tahan diri dari muntah ye, hihi.  Okey, ini drama yang terbaru aku follow selain  drama bertajuk ' The Birth of a Family ' dan ' The Strange Housekeeper ' e mm, macam banyak je drama kena follow, macam banyak sungguh masa lapang ye, huhu Masa memula iklan The Inheritors ( The Heirs kalau kat Korea nun), aku dah set taknak follow. Sebab taknak terikat dengan cite tu, paham2 jelah bila dah tersangkut susah nak lepaskan diri. Tapi tertengok jugak pada episod ke2. Dan selepas itu tertunggu2 jugak episod seterusnya. Nak kata set alarm semata2 nak tengok tak jugak, siaran ulangan kan ada. Tapi malam tadi, ketiduran awal akibat kepenatan bekerja seharian di kantor, tertido lepas Magrib, sedar diri dah jam 10 malam. Tapi, si anak dara tu rupanya tunggu drama tu. Dia dah follow masa kat kampung. So dialah yang apdet aku apa kisah malam tadi. Bila orang yang citer, mana sama

Air Zam Zam Tidak Boleh Di Jual ?

Last week, sorang akak kol tanya ada air zam-zam tak? aku punya stok air zam-zam kat umah memang dah lama habis tapi bila akak tu kata nak buat ubat ayah mertuanya sedang sakit sekarang Jadi .. aku usahakan bertanya sesapa yang ada dan ada sorang brother ni kata  'ada orang jual' so aku pun tolong beli kan sebotol besar (10 liter) semalam hantar kat rumah kakak tu dan macam biasa, bila kita bagi barang dan orang hulur duit otomatik mulut tercakap  'saya jual' okey.. ingatkan habis disitu je PAGI INI bos-bos besar dapat air zam-zam hari ni kan last flight balik Haji aku terdengar orang bercerita tentang jual air zam-zam kata bos (bukan bos aku) 'air zam-zam tak boleh akad jual beli macam kita jual barang lain kalau kita ambik duit, kita kena cakap duit yang dibayar itu untuk kos botol dan transport je' so aku pun call balik kakak tu dia kata memang semalam aku aku ada buat akad jual beli h

Kebimbangan Yang Ketara

hish, sian korang datang blog aku asik layan luahan perasaan je kan? hik hik hik bimbang apa ye? kebimbangan yang jelas ialah tentang KG KG yang ku maksudkan bukan singkatan kepada 'Kampung' ye tapi KG itu ialah 'Kilogram' tu ari 'berehat' kat spital sebab denggi tak lalu makan seminggu kot naik atas penimbang, tak susut pun sedikit pelik dihati patik balik dari spital, makan jelah keje aku dan sekarang, mak ada kat umah mungkin seminggu rumah aku, seminggu lagi rumah adik balik keje je, bukak periuk nasi apa mak masak semua sedap kat tekak aku sambal bilis sedap tomyam sedap ayam goreng kunyit+garam pun sedap acaner? # tapi bila ingat balik masa hilang selera makan kena denggi tu aku rasa 'alangkah nikmatnya dapat makan' masa sakit tu, letak apa pun semua jeling ekor mata siap kena paksa lagi suh makan huhu sekarang, nikmat makan dah kembali tinggal nak kena kontrol je lagi #sayataknakgem

Panadol Please ...

Okey, kakak dah balik sini masa ambik result Upsr tu hari surat berhenti sekolah lom dapat cikgu kata 'boleh collect dalam masa 2 minggu' emmm... dalam hati nak je cakap 'boleh taip sekarang tak surat berenti tu? saya rela menunggu'  sebabnya bukan dekat nak ulang alik KL-KB tu kos $$ dan jugak masa Tadi cikgu call 'surat berhenti dah siap, dah boleh collect  dan ada 1 surat tawaran dari sekolah menengah aliran agama tapi sekolah tu di area Kelantan' of kos lah kena tolak, sebab kakak dah nak tukar sini Call PPD tanya detail pasal tukar sekolah kena jugak ambik surat dari sekolah menengah penempatan kat sana alahai ... banyaknya keje tak sanggup dah naik bas sakit pinggang, sakit bontot duduk 8 jam dalam bas huhu nak naik flight pun asiklah penuh mana diorang pegi ramai-ramai ni? cuti-cuti Malaysia kot pegi balik kapal penuh banyak sungguh duit orang Malaysia nih mokcik stress la gini, huhu # panadol p

Tawa dan Tangis Yang Ke 13

Semalam ialah 18 NOV 2013 18 Nov antara tarikh 'istimewa' dalam diari hidup aku selain dari tarikh lahir sendiri dan juga family  kerana pada tarikh yang sama cuma berbeza tahun (18-Nov-2000) aku bergelar status kepada gelaran seorang 'isteri' semalam tu bukan lupa, tapi tak ingat, hihi 2 hari sebelum memang ingat tapi semalam, salam nak gi keje, dua-dua tak wish, huhu dah tahun ke 13, takde makna nak sentap bila pasangan lupa tarikh istimewa cakap je terus terang, no selindung-selindung 'awak, esok hari apa?' jenuhlah member perah otak nak mengingat, hihi setakat ni takde hadiah, takde kek, takde bunga kendian la kita celebrate sambil makan2 cuma ucapan yang membuat air mata bergenang (biarlah rahsia, kui kui kui) untuk 'si dia' yang kekadang sekodeng blog ini  'kita sayang awak selagi awak sayang kita' Happy Anniversary ke 13 Moga rumahtangga yang dibina ini diberkati Allah  dan kasih saya

Alhamdulillah Untuk Segalanya

Salam Hari Isnin, moga hari yang di berkati untuk kita semua # banyaknya entri tertangguh, nak citer pun macam dah basi je, tapi kena gak tulis sebagai bacaan sendiri masa akan datang, hihi. Last week (Selasa) , aku balik kampung ambik si kakak. Balik berdua dengan si kenit, Hajar. Naik bas selepas 10 tahun, sedikit risau tapi tawakkal jelah sebab itu je transport yang ada. Tren penuh, nak naik flight malas nak waiting list. Saja balik awal sebab aku nak ada di samping kakak masa result UPSR di umumkan (14Nov2013) . Alhamdulillah, result kakak empatAsatuB itu kami terima denga redha, setakat itu rezki yang tertulis untuk kakak, yang penting dia dah usaha dan buat sehabis baik. Ini baru langkah pertama, jika umur panjang .. jauh lagi perjalanan hidupnya. Apa yang penting bagi aku ialah semoga anak2 menjadi anak yang soleh dan solehah, yang menjaga agama dan menjaga solatnya bukan sekadar berjaya dalam segi akademik semata-mata. Kakak happy bila dapat tahu sepupu kamcengnya, Ayong p

YaBeDaBeDu

alhamdulillah bulan lepas punya report dah setel # rasa kematu bontot tak bangun dari pagi tadi, huhu jom bergumbira tak sabar nak khatam blog kenkawan (^_^)

Uwaaaaaaaaaaaa Sob Sob Sob

keje ni bila nak abis ? kepala dah pening tengok kertas mata dah keluar nombor report bulan lepas lom siap bos dah 16 kali lalu depan meja aku sendiri mau ingatlah, huhu  sejak baik dari denggi tu aku perasan ada sikit perubahan dalam hidup aku tak leh berdiri lama, rasa nak pitam tak leh makan pedas, sakit ulu hati tak leh stress, cepat sakit kepala huhu # sambung nanges dalam hati

Alhamdulillah

Assalamualaikum hari ni start keje selepas hampir 3 minggu 'mc' TQ untuk yang mendoakan dan juga yang dalam melawat di spital Syukur pada Allah kerana memberi aku peluang bernafas lagi di muka bumi ini TQ untuk yang tinggal komen buat yang bertanya kes aku 'mc' lama saya di gigit nyamuk 'jahat' yang bernama 'AEDES' # TQ to DZ kerana tolong perbetulkan 5 hari di tahan wad, sambung mc seminggu sambung nanti ye rindu nak baca kisah kengkawan blog kesayangan aku ni babai xoxo